This blog are use both English language and Malays langauge. Anything issues about disabled people can be disscused here. This Blog also known as WEBLOG OKU. Blogger 1 January 2007
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Ingin mendapatkan berita muktahir dan terkini?
Ingin bersantai sambil membaca berita-berita serta maklumat alternatif sewaktu bercuti?
Atau ingin melengkapi diri dengan perkembangan semasa dengan maklumat alternatif?
Kini anda berpeluang untuk mendapat segalanya dengan menyertai yahoo group Harakahdaily.
Para peminat, penyokong dan pembaca berita alternatif dipelawa untuk menyertai secara percuma yahoo group ini.
Apa yang perlu anda lakukan adalah layari; http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily dan daftarkan diri untuk mendapatkan segala maklumat melalui emel peribadi anda.
Jom meriahkan sumber maklumat dan pemberitaan alternatif terkini!
Jemputan Menyertai GOKUM
Ibu tabah jaga 4 anak cacat dapat simpati isteri MB
TUMPAT, 10 Ogos (Hrkh) – Apa perasaan anda sekiranya ditakdirkan lima daripada sembilan anak yang dikurniakan Allah cacat dari segi fizikal dan mental. Tiada ungkapan yang mampu dilafaz, melainkan tabah dan redha.
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
Inilah hakikat yang ditempuhi pasangan suami isteri Noraini Ismail dan Mohd Zain Abdullah dari Kampung Kok Keli. Ia sudah menjadi asam garam bagi kehidupan mereka.
Lima dari sembilan anaknya menghidap penyakit ‘metapolik’ (ketidakupayaan fizikal dan mental) yang memerlukan penumpuan sepenuh sepanjang masa.
Bagaimanapun seorang daripadanya iaitu anak sulung kepada pasangan itu telah meninggal dunia. Dan sekarang tinggal empat anaknya yang mengidap penyakit tersebut iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.
Noraini ketika ditemui berkata, bukan sahaja perhatian penuh diberi kepada mereka, sebaliknya memerlukan peruntukan agak besar untuk membeli lampin pakai buang.
“Walaupun saya mendapat sumbangan sekitar RM600 sebulan dari orang ramai serta beberapa pihak lain, namun ia masih belum mencukupi,” ujarnya yang mendapat anugerah Fatimah Az-Zahra kategori khas ibu yang cekal sempena sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri di sini, baru-baru ini.
Hasil kemenangan itu melayakkan beliau menerima wang tunai RM2,000, trofi dan sijil penyertaan yang disampaikan Raja Perempuan Kelantan.
Ketabahan Noraini dan suaminya ternyata menyentuh perasaan hadirin yang berada di Dewan Besar Balai Islam ketika biodatanya dibaca.
Tidak kurang juga, situasi yang sama meruntun perasaan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana ketabahan luar biasa pasangan itu menjaga empat anak istimewa.
Dan sehari selepas itu, isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak bersama anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Aziz Yunus serta isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid mengunjungi rumah Noraini.
Pada kunjungan itu, Tuan Sabariah dan anggota rombongan benar-benar tersentuh hati melihat keempat-empat anak Noraini.
Pada kesempatan itu beliau memberi kata-kata semangat kepada ibu tersebut agar tabah menjalani kehidupan seharian walaupun diuji dengan kehadiran anak-anak yang tidak sempurna.
Tuan Sabariah turut menghulurkan sumbangan wang tunai, hamper dan barangan keperluan harian. Abdul Fattah dan Siti Zubaidah juga memberi sumbangan wang.
Kisah penderitaan keluarga Noraini pernah disiarkan dalam rancangan Bersamamu terbitan stesen TV3 yang diketengahkan hasil usaha seorang pemuda kurang upaya Roslan Ismail dari Pulau Seratus.
Roslan yang juga hadir di rumah Noraini turut menerima sumbangan wang daripada Tuan Sabariah dan Siti Zubaidah.
“Saya begitu terharu di atas keprihatinan isteri Menteri Besar dan pemimpin kerajaan negeri yang cakna terhadap nasib rakyat,” ujarnya. - mj
ALOR STAR: Seorang wanita yang dipercayai mengalami gila meroyan selepas bersalin bertindak meluru keluar dari kereta yang dinaikinya sebelum meletakkan bayinya di tepi jalan dan terjun ke dalam sungai.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 4.45 petang ketika kereta Perodua Kancil yang dinaiki wanita itu yang berusia 30-an dan dipandu seorang lelaki melalui jambatan yang merentangi Sungai Kedah, di Ampang Jajar, di situ.
Tindakan wanita terbabit yang dilihat memakai baju kurung menyebabkan pemandu yang melalui jalan itu gempar sehingga berlaku kesesakan di atas jambatan setinggi kira-kira 15 meter berkenaan.
Perbuatan wanita terbabit menyebabkan pemandu kereta berkenaan yang dipercayai ahli keluarganya terkejut.
Bagaimanapun, wanita terbabit dan bayi perempuan berkenaan yang dikatakan baru berusia dua minggu selamat. Bayi berkenaan yang hanya mengalami calar pada dagunya kemudian dibawa oleh anggota keluarganya itu, manakala wanita itu dibawa ke hospital berkenaan oleh sebuah kenderaan polis tidak lama kemudian.
Bayi berkenaan dimasukkan ke Wad K4 HAS untuk pemeriksaan lanjut.
Wanita berkenaan hanya cedera ringan di kaki dan kelihatan bingung.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Zainal Abidin Kasim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, wanita berkenaan dimasukkan ke Unit Psikiatri untuk menjalani pemeriksaan doktor. Polis masih menyiasat punca kejadian berkenaan.
SHAH ALAM: Seorang remaja yang mengaku pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jitra, Kedah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol sepupunya sendiri, seorang gadis kurang upaya (OKU).
Tertuduh berusia 20 tahun, mengaku faham pertuduhan dibacakan terhadapnya, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dari Taman Greenwood, Batu Caves, Selangor dituduh merogol mangsa berusia 16 tahun dua bulan di sebuah rumah di taman itu pada 7 Februari lalu, antara jam 2 petang hingga 5 petang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hana Hadinah S Mohd Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Rashid Tasin. Kes itu didengar Hakim Mahkamah Sesyen, Azimah Omar.
MELAKA: Tiga wanita termasuk dua beranak yang mengalami masalah mental dua minggu lalu dari Pusat Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Melaka di Jalan Bukit Baru, dekat sini, ditemui berkeliaran mengemis di Hentian Puduraya, dua hari lalu. Dua beranak, Kim Lee Sang, 46 dan anak perempuannya, Neo Leng Leng, 17, ditemui bersama seorang lagi penghuni pusat terbabit, Siti Nurhuda Poh Siew Ling Abdullah, 42.
Mereka dipercayai melarikan diri dari pusat berkenaan pada 20 Februari lalu, kira-kira jam 2.30 pagi dengan memanjat tingkap.
Kehilangan mereka disedari kakitangan yang membuat rondaan selepas mendapati mereka tiada di tempat tidur masing-masing.
Pengerusi pusat berkenaan, R Parimanalan berkata, ketiga-tiga pesakit itu dipercayai menggunakan wang ang pau yang diberi saudara-mara untuk membeli tiket bas ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, setiba di Hentian Puduraya, mereka tinggal di kaki lima bangunan berkenaan dan meminta sedekah untuk mendapatkan wang bagi makan dan minum.
Bagaimanapun, selepas beberapa hari berada di hentian itu, seorang kakitangan gereja ternampak mereka dan membawanya ke sebuah gereja berhampiran Jalan Petaling untuk perlindungan sementara tetapi hanya pada waktu pejabat.
Katanya, selepas masa berkenaan, mereka dikehendaki tinggal di kaki lima gereja sehingga kakitangan gereja terbabit menghubungi pusat berkenaan untuk memaklumkan mengenai kehadiran mereka.
"Sebaik dimaklumkan, saya ke gereja berkenaan tengah hari kelmarin untuk menjemput mereka.
"Bagaimanapun, Siti Nurhuda dipercayai merajuk dan enggan pulang ke pusat berkenaan. Dia dipercayai ingin tinggal dengan abangnya di Kuala Lumpur," katanya.
Parimanalan berkata, Kim bersama anaknya yang cacat sudah tinggal di pusat berkenaan sejak lima tahun lalu manakala Nurhuda baru dua bulan tinggal di pusat itu.
BALIK PULAU: Wanita yang dituduh membunuh dua anak lelakinya dengan menjerut mereka menggunakan wayar seterika, Rosniza Ibrahim, 30, semalam diarah menjalani rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak, selama sebulan. Majistret Shahrizal Ismail mengeluarkan arahan itu selepas menerima permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Razak Musa mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah supaya tertuduh dihantar ke hospital itu untuk menilai keadaan mentalnya.
Beliau juga menetapkan 3 April untuk sebutan kes itu. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan juru bahasa di depan Shahrizal.
Suri rumah, Rosniza dari JMK 12, kawasan penempatan semula Permatang Damar Laut, Bayan Lepas menghadapi dua tuduhan berasingan.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa membunuh Muhammad Alif Hakimi, 6, dengan menjerut leher mangsa menggunakan wayar seterika di rumah bernombor 7-2-16 Taman Indah, Lebuh Batu Maung 8, Bayan Lepas, pada 11 malam 18 Februari lalu.
Dia juga menghadapi tuduhan kedua kerana membunuh anak keduanya, Muhammad Alif Hazimi, 17 bulan, dengan cara, tempat dan pada tarikh yang sama, kira-kira 15 minit selepas pembunuhan pertama.
Sebelum itu, suasana sedih menyelubungi pekarangan Mahkamah Majistret di sini, apabila kakak ipar tertuduh yang dikenali sebagai, Sarida, 30-an meraung sebaik menatap tertuduh yang dibawa ke van polis.
Tertuduh yang cuba menahan sebak sebelum itu, bagaimanapun tidak dapat menahan tangisan apabila dipeluk kuat Sarida yang meluru ke arahnya melalui tingkap kenderaan itu.
Tangisan kuat Sarida menarik perhatian orangramai dan Rosniza kedengaran memohon maaf atas perbuatannya dan meminta kakak iparnya itu menyampaikan salam kepada ibu mertuanya.
Selepas tertuduh dibawa polis, suami tertuduh, Idris Saidin, 28, tiba dan menangis sambil memeluk kakaknya di tempat yang agak jauh daripada pihak media sebelum berlalu.
KUALA LUMPUR: Sebahagian rakyat negara ini dikesan menunjukkan tanda menghidap penyakit jiwa dan gagal mengawal tekanan sehingga sanggup bertindak di luar batas kemanusiaan. Perunding Psikiatrik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Madya Dr Osman Che Bakar, berkata sebahagian besar masyarakat Malaysia hidup dalam tekanan, sama ada peribadi, mahupun di tempat kerja.
Beliau bagaimanapun berkata, perkara ini dapat diatasi jika seseorang bijak mengawal keadaan dengan mengambil pendekatan positif menangani masalah melalui aktiviti riadah dan rekreasi, selain beramal ibadat serta bertemu pakar jika keadaan semakin kritikal.
“Hakikatnya, individu yang mempunyai tanda penyakit ini tidak perlu bimbang kerana ia tidak berbahaya jika mereka mampu mengawal diri dan emosi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau mengulas beberapa kejadian bunuh dipercayai perbuatan ibu atau bapa mangsa sejak kebelakangan ini dengan kes terbaru membabitkan dua beradik dijerut dengan mayat kedua-duanya ditemui di rumah mereka, di Batu Maung, Pulau Pinang, Ahad lalu.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pihaknya akan memperkasa program ‘Satu Keluarga Satu Kaunselor’ (SKSK) dalam usaha mengatasi masalah kekeluargaan di negara ini.
Beliau yang kesal terhadap kes di Batu Maung itu, menasihatkan individu bermasalah mengambil pendekatan bijak dalam menghadapi tekanan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, menyifatkan kejadian itu sangat mendukacitakan, selain menyifatkan hanya orang tidak beriman saja sanggup melakukan perkara terkutuk berkenaan.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Hamid, pula berkata kegagalan mengawal tekanan membuktikan iman umat Islam zaman ini rapuh, selain cetek ilmu agama, terutama membabitkan hal perkahwinan.
“Mereka harus sedar, perkahwinan menuntut pengorbanan besar baik aspek rohaniah mahupun fizikal dan yang penting bagaimana manusia menguruskannya,” katanya.
Pengerusi Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Mastura Bardis, pula berkata kegagalan membina komunikasi baik antara suami dan isteri terutama membabitkan pasangan muda, disifatkan antara punca masalah rumah tangga.
KUALA LUMPUR 19 Feb. – Mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi mungkin bukan sesuatu yang baik kepada seseorang terutama jika anda akan hilang ‘kewarasan’ diri apabila dewasa kelak. Satu kajian baru-baru ini terhadap gen dikenali DARPP-32 menunjukkan ia bukan sahaja menjadikan seseorang itu lebih bijak berfikir malahan meningkatkan risiko menghidapi masalah mental seperti skizofrenia.
Skizofrenia adalah penyakit mental yang menyebabkan halusinasi (berasa sesuatu yang tidak wujud), delusi (kefahaman songsang) dan paranoia (ketakutan tidak berasas).
Selain itu, seseorang pesakit juga mengalami perubahan sikap mendadak, senang keliru, masalah belajar, hilang ingatan, kurang tumpuan dan kemurungan.
Menurut penyelidik kajian tersebut, Dr. Andreas Meyer-Lindenberg, 75 peratus daripada mereka yang mempunyai gen tersebut lebih cekap berfikir.
Beliau berkata, gen itu meningkatkan lagi tahap ‘sambungan saraf’ antara bahagian tengah (Striatum) dan hadapan otak (Prefrontal Cortex), meningkatkan tahap pemikiran individu iaitu dari tahap ‘kepandaian asas’ sehingga kepada tahap tumpuan perhatian.
‘‘Tetapi, sambungan saraf itu turut dikenalpasti meningkatkan risiko penyakit skizofrenia memandangkan kebanyakan pesakit skizofrenia mempunyai gen itu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam laporan kajian tersebut yang diterbitkan dalam online Jurnal Penyiasatan Klinikal keluaran 9 Februari lalu.
DARPP-32 yang menjadi antara gen utama dalam perkembangan otak memainkan peranan penting dalam membentuk kawalan ingatan (memori), motivasi dan kebolehan membuat keputusan dengan pantas.
Dalam pada itu, seorang lagi penyelidik kajian itu, Dr. Daniel Weinberger menjelaskan, kepincangan sambungan saraf yang membawa kepada skizofrenia menyerupai ‘jalan mati’ di lebuh raya utama.
‘‘Dalam keadaan normal, peningkatan sambungan saraf akan menambah keupayaan berfikir, termasuk ketajaman ingatan.
‘‘Tetapi, faktor lain seperti gangguan persekitaran atau gen lain mungkin menyebabkan kerosakan kepada sambungan saraf tersebut’' ujarnya.
Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Zulkarnain Ahmad Hamidy menjelaskan, penemuan tersebut masih di peringkat awal dan masih memerlukan penyelidikan yang lebih mendalam.
‘‘Mereka yang mempunyai gen DARPP-32 tidak perlu bimbang kerana kehadiran gen itu cuma meningkatkan risiko skizofrenia.
‘‘Walaupun skizofrenia mempunyai kaitan keturunan (genetik), banyak faktor lain seperti tekanan jiwa dan cara pembesaran menjadi punca mulanya masalah mental itu.
‘‘Berbanding gen untuk barah payu dara yang memberikan 100 peratus kepastian akan menghidap barah tersebut kelak, peratusan gen DARPP-32 menyebabkan skizofrenia belum dapat dipastikan,’’ katanya ketika dihubung Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah Zulkarnain, kaitan gen tersebut dengan penyakit lain juga perlu dikaji dengan lebih mendalam memandangkan ia berkait rapat dengan fungsi otak.
RAUB: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, semalam menggesa ibu bapa menghantar anak mereka yang mempunyai kecacatan teruk ke institusi orang kurang upaya (OKU) atau pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Shahrizat berkata, ibu bapa terbabit tidak seharusnya malu kerana kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menjaga dan merawat kanak-kanak itu seperti anak sendiri.
"Saya tahu ada sesetengah ibu bapa merantai anak mereka di rumah, jangan buat begitu. Dulu mungkin (wajar dirantai) kerana mereka takut tetapi sekarang kerajaan amat prihatin dan akan pastikan layanan terbaik.
"Daripada dirantai di rumah, setidak-tidaknya hantar ke institusi penuh atau ke PDK terdekat. Kalau kes itu teruk, maklumkan kepada JKM," katanya selepas majlis mesra Mayang (Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat) di Balai Raya Kampung Melayu Cheroh dekat sini, semalam.
Beliau mengulas kes kematian lelaki kurang siuman, Mohd Mujid Harun, 37, dalam kebakaran di rumah keluarganya di Kampung Acheh, Pekan, Pahang, kelmarin selepas terperangkap kerana dirantai di bilik belakang.
Shahrizat berkata, kerajaan juga akan menaik taraf kemudahan di semua 364 PDK di seluruh negara selain melatih semua 1,433 guru PDK dengan modul kemahiran baru supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada 9,683 pelatih.
Sambil menyatakan kerajaan sudah menambah peruntukan untuk program PDK daripada RM14.3 juta tahun lalu kepada RM17.5 juta tahun ini, beliau memberi jaminan akan mengkaji permintaan guru PDK supaya elaun bulanan RM500 sekarang ditambah.
"PDK banyak membantu anak OKU di luar bandar, mereka tidak ada tempat lain untuk menghantar anak dan PDK menjadi tumpuan. Justeru, saya akan pastikan peralatan dan guru PDK adalah terbaik," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Shahrizat berharap anggota Mayang yang turut membabitkan pemimpin tempatan supaya peka kepada keperluan OKU di kawasan masing-masing.
Katanya, kementerian mahu OKU yang mempunyai kecacatan serius dibantu dalam tempoh 24 jam sebelum JKM mengambil tindakan susulan.
"Masyarakat juga perlu memberitahu anggota Mayang supaya mereka dapat dibantu segera," katanya
Pada majlis itu, Shahrizat turut menyampaikan geran pelancaran dan dua kerusi roda kepada PDK dan OKU di kawasan berkenaan.
PEKAN 22 Jan. – Seorang lelaki kurang siuman yang dirantai di rumahnya, terkorban dalam satu kebakaran yang turut memusnahkan kediaman mangsa di Kampung Acheh, di sini kira-kira pukul 4.40 petang ini. Mangsa, Mohd. Mujid Harun, 37, tinggal bersama keluarganya dikatakan terperangkap di dalam sebuah bilik di bahagian belakang rumahnya sewaktu kebakaran tersebut berlaku.
Ahli keluarga lain yang turut berada di rumah ketika kejadian ialah ibunya, Kalthum Hassan, 72, adik mangsa, Mohd. Najib Harun, 35 dan anak saudaranya, Mohd. Mohaimin Mohd. Najib, 5.
Ketika kejadian, bapa saudara mangsa, Ramli Hassan, 60, yang hendak ke surau secara kebetulan melalui kawasan rumah mangsa dan terlihat kepulan asap dari bahagian belakang rumah.
Ramli berkata, dia kemudian terus berteriak menyuruh kakaknya yang kurang pendengaran keluar dari rumah sebelum cuba menyelamatkan mangsa.
”Saya cuba untuk menolong Mohd. Mujid yang dirantai kerana bimbangkan keselamatannya , tetapi api merebak terlalu cepat sehingga saya tidak sempat menyelamatkannya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Ramli, Mohd. Mujid terpaksa dirantai bagi menghalang pergerakannya berikutan keadaannya yang kurang siuman.
Katanya, barang-barang lain juga tidak sempat diselamatkan berikutan api merebak terlalu cepat.
Sementara itu, Pegawai Bomba Daerah Pekan, Muhamad Salleh berkata, pihaknya yang menerima panggilan dari orang ramai pada pukul 4.50 petang bergegas ke tempat kejadian bersama satu jentera dan tujuh anggota bomba.
”Sewaktu sampai di lokasi, 90 peratus daripada rumah musnah dijilat api dan kami mengambil masa selama setengah jam bagi memadamkan kebakaran,” ujarnya.
Jelas beliau, punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan kerugian yang ditanggung
Berita Harian, 15 Januari 2007 KULIM: Sepasang suami isteri merayu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya menghulurkan bantuan bagi merawat anak lelaki mereka berusia 12 tahun yang cacat akibat demam kuning. Pasangan Abdul Azizi Saad, 58 dan Zainab Ahmad, 50, dari Kampung Gajah Merangkak, meminta bantuan bagi membeli makanan seperti beras, susu dan lampin untuk anak mereka, Mohd Nikmat.
"Anak kami mengalami kecacatan selepas menghidap demam kuning ketika dilahirkan dan sejak itu keadaannya lemah. Mohd Nikmat tidak boleh bercakap dan duduk untuk tempoh yang lama kerana badannya tidak seperti kanak-kanak seusianya dan sering mengalami kekejangan tangan serta kaki.
"Dia tidak boleh makan seperti biasa dan hanya diberi bubur dan susu, serta perlu memakai kain lampin sepanjang masa," katanya yang mempunyai sembilan anak.
Beliau berkata, pendapatan RM150 diperolehi hasil mengasuh anak orang dan sumbangan serba sedikit daripada anak-anak yang bekerja tidak mencukupi untuk menampung kos penjagaan Mohd Nikmat.
Beliau tidak bekerja kerana terpaksa menjaga Mohd Nikmat manakala suaminya juga sudah tidak bekerja selepas ditimpa kemalangan jalan raya.
Katanya, keluarga itu memerlukan kira-kira RM300 untuk merawat anak dan membeli keperluan makanan termasuk lampin.
"Pendapatan yang ada digunakan untuk perbelanjaan rumah dan kos penjagaan Mohd Nikmat dan persekolahan dua lagi anak berusia 14 dan 15 tahun," katanya pada majlis penyerahan bantuan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Serai, Abdul Rahman Mahamud.
Beliau pernah pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Kulim dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk memohon bantuan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) tetapi sehingga sekarang masih tiada sebarang jawapan.
Sementara itu, Pegawai Kebajikan Daerah Kulim, Zaini Osman meminta Zainab dan Abdul Aziz datang ke pejabatnya untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
PUTRAJAYA: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman mengamuk di Balai Polis Dengkil, Sepang dekat sini semalam, selepas cubaannya untuk mengemukakan laporan polis dihalang lelaki lain, yang pada masa sama sedang membuat laporan dengan pegawai polis yang bertugas di kaunter. Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayob yang mengesahkan kejadian itu, berkata berdasarkan siasatan awal, lelaki yang mempunyai masalah kesihatan itu pernah mendapatkan rawatan di Hospital Klang.
"Kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi ketika seorang anggota polis sedang melayan seorang pengadu di kaunter aduan.
"Mungkin kerana tidak sabar menunggu, beliau `naik angin' dan bertindak ganas memecahkan pintu di hadapan balai.
"Dalam cubaan menahannya, komputer yang terletak di kaunter turut musnah," katanya ketika dihubungi semalam.
Difahamkan, ketika kejadian, lelaki berusia 37 tahun yang hanya berseluar pendek, baju tanpa lengan dan berselipar turut membawa parang ke balai berkenaan.
Bagaimanapun, Zahedi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, sebaliknya berkata, lelaki yang tidak mempunyai rekod jenayah itu dihantar ke Hospital Klang untuk pemeriksaan lanjut.
Weblog ini diwujudkan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat-maklumat berkenaan OKU. Ia merupakan kesinambungan dari weblog oku 1 iaitu Anything About Disabled People. Penulis/ owner of this blog adalah seorang OKU yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada Ogos 1992 di lebuhraya Paloh Inai, Kuantan, Pahang.
Itulah serba sedikit mengenai biodata penulis/ owner blog. Wassallam... Blogger
1 January 2007
1. You can make money safely, legitimately, and easily.
2. It takes maybe three minutes to join.
3. You need nothing more than a working computer connected to the Internet.
4. You don't have to enter any sensitive information to join.
5. You don't have to buy anything to join.
6. You don't have to buy anything ever once you are a member.
7. It's easy to cancel if you don't want to be a member any more.
8. You'll only download a small free toolbar that won't install anything else on your computer, hog its memory, or read your keystrokes.
9. You'll make the same amount of money even if you never click on anything.
10. AGLOCO is the real deal, not some little scam. A good number of notable entrepreneurs are backing it. A Google search with keyword "agloco" will net you 1 million pages and counting.
11. Very important: AGLOCO's business model has been tried before and proven to work. In fact, AGLOCO's predecessor paid out over $120 million to its members (this is what finally convinced me).
12. You can dramatically increase your income by referring other people to AGLOCO, because...
13. ...AGLOCO pays you a portion of the surf money earned by those you referred up to 5 levels below you. So...
14. You can recruit your friends and all make money together when you help them get referrals. Thus,
15. The sooner you sign up, the more folks will come to you for info and the more likely it is that you will be the original seed of a large referral network in your community.
16. You never have to read emails from people you don't know.
17. You'll never be asked to send emails to people you don't know.
18. You don't have to change anything you normally do on the Internet. You surf, AGLOCO pays.
19. AGLOCO's revenue source is genuine: a Viewbar members use that shows targeted advertisements based on your surf history, with the money paid to advertise going back to the members. That's not magic; that's common sense.
20. The Viewbar software you will download will not invade your privacy; it simply looks for keywords on the pages you view in order to show related ads.
21. The Viewbar is maybe the size of your taskbar at the bottom of your screen - in other words, it's small and won't interfere with your browsing experience at all.
22. AGLOCO has a thorough privacy policy that explicitly guarantees personal information will never be sold or given away.
23. In fact, AGLOCO has not one but three agreements every member must agree to. The bases are covered.
24. AGLOCO has a CPO - Chief Privacy Officer - whose responsibility is to make sure your privacy is never violated. His name is Ray Everett-Church, and he has more experience protecting privacy than probably anyone else on the planet.
25. AGLOCO doesn't play; anybody providing fake information, signing up twice, or otherwise trying to cheat the system will be detected by AGLOCO's anti-hacking instruments. This is an honest enterprise through and through.
26. By signing up, you support the company that will change Internet advertising for the better.
27. By signing up, you get to own a piece of the company that will change Internet advertising for the better. AGLOCO belongs to its members, which is to say that...
28. ...you will own stock (more if you refer people) in a company that is likely to become huge and thus your stock will be worth something awesome when AGLOCO goes public on the London Stock Exchange.
29. You will likely find that other AGLOCO members, especially now in the early stages of AGLOCO, are some of the Web's savviest users and developers, and you can learn a bunch from them.
30. You get to be on the cutting edge of World Wide Webware development, which means that as AGLOCO grows, its members will benefit from...
31. ...discounts when members buy from companies affiliated with AGLOCO;
32. ...possible help with spyware/antivirus protection (remember, everyone from Fortune 500 companies to millions of users will all benefit from a better browsing experience);
33. ...community forums where members can meet and discuss not just stuff, but ways and member-based projects to make AGLOCO better (it is our company).
34. Our company is in good hands. AGLOCO pays 10% of its revenues to Infomediary Services Corporation (ISC), which is simply the management company that is responsible for managing AGLOCO. The other 90% of the revenue belongs to us. This 10% will attract the designing talent needed to make AGLOCO great. The corresponding 10% of AGLOCO's shares go to a foundation dedicated to providing every human being on Earth with Internet access.
35. AGLOCO's management team will not get stock in AGLOCO. This ensures that those in positions of high responsibility don't hijack the company.
36. Though circumstances will vary, you can get paid and earn shares no matter where on Earth you live.
37. If you choose, you can donate your earnings and shares to the charity of your choice.
38. If you get involved in referring more members, you might be able to quit your day job and actually spend time at home, with your family, on vacation, wherever - and still make money.
39. If AGLOCO fails, you won't lose any money because you paid none in the first place.
40. AGLOCO ain't gonna fail. The last time such an opportunity existed, people made over $120 million in under 2 years, when far less people had Internet access and conditions weren't yet right for such a company to go public. Now, with record spending on advertising and calls from all sides for less irrelevant advertising and a better business/customer connection, the world is more than ready for an economic network that gives back to its users.
Now, if you aren't yet a member, after everything I just told you, you're not going to go and sign up?