Weblog OKU 2

This blog are use both English language and Malays langauge. Anything issues about disabled people can be disscused here. This Blog also known as WEBLOG OKU. Blogger 1 January 2007

 
Menu
|Weblog OKU 1| |Weblog OKU 2| |Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |e-Book|
Iklan





Kunjungan Pelawat


Pengunjung Online
Waktu Malaysia
Waktu Solat
Borak

Free shoutbox @ ShoutMix
Website OKU
Labels
Harakahdaily Yahoogroups

Jom ke yahoo group Harakahdaily!

Harakahdaily

Fri | Jun 22, 07 | 03:55:05 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Ingin mendapatkan berita muktahir dan terkini?

Ingin bersantai sambil membaca berita-berita serta maklumat alternatif sewaktu bercuti?

Atau ingin melengkapi diri dengan perkembangan semasa dengan maklumat alternatif?

Kini anda berpeluang untuk mendapat segalanya dengan menyertai yahoo group Harakahdaily.

Para peminat, penyokong dan pembaca berita alternatif dipelawa untuk menyertai secara percuma yahoo group ini.

Apa yang perlu anda lakukan adalah layari; http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily dan daftarkan diri untuk mendapatkan segala maklumat melalui emel peribadi anda.

Jom meriahkan sumber maklumat dan pemberitaan alternatif terkini!

Subscribe to harakahdaily
Powered by groups.yahoo.com

Jemputan Menyertai GOKUM
Subscribe to gokum
Powered by groups.yahoo.com
Pelancaran Kelab Siber MAB
Friday, August 03, 2007
http://groups.yahoo.com/group/gokum/message/2985

Assalamu 'alaikum, salam sejahtera.

Kepada semua,

Sukacita dimaklumkan bahawa upacara pelancaran Kelab Siber MAB, kelolaan
bahagian ICT Persatuan Bagi ORang-orang Buta Malaysia (MAB) akan berlangsung
seperti berikut:

Tarikh: 24 Ogos 2007

Tempat: Dewan Utama, Kompleks MAB, Jalan Tebing, Off Jalan Tun Sambanthan 4,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Masa: 8:30 pagi - 12:30 tengah hari

Prof. Dato' Dr. Ismail Salleh, Presiden MAB akan merasmikan pelancaran Kelab
Siber, merasmikan pelancaran skim bantuan pinjaman pembelian alat-alat komputer
untuk individu kurang upaya penglihatan, seterusnya menyerahkan kad-kad keahlian
para ahli yang telah mendaftar dan membuat pembayaran. Jamuan ringan dan makan
tengah hari disediakan.

Salah satu topik menarik yang dijangka menjadi perbincangan hangat ialah
mengenai skim bantuan pinjaman pembelian alat-alat komputer untuk individu
kurang upaya penglihatan yang bakal ditawarkan oleh MAB sebaik sahaja ia
dilancarkan.

Aturcara majlis adalah seperti berikut:

8:30 pagi: ketibaan dan pendaftaran para hadirin

8:55 pagi: ketibaan tetamu kehormat, Prof. Dato; Dr. Ismail Salleh, presiden MAB

9:00-9:35 pagi: ucapan alu-aluan dan ucapan perasmian oleh tetamu kehormat

10:00 pagi: jamuan ringan

10:30 pagi: mesyuarat agung kali pertama Kelab Siber MAB

12:30 tengah hari: jamuan makan tengah hari

1:15 tengah hari: bersurai

Justeru itu, saya, bagi pihak bahagian ICT MAB, dengan besar hatinya ingin
menjemput sesiapa sahaja yang membaca hebahan ini atau mendapat khabar daripada
mereka yang membacanya agar sudilah kiranya datang beramai-ramai bagi menyeri
dan memeriahkan majlis yang tidak sepertinya ini. Pendaftaran awal amatlah
dihargai. Ia bagi memudahkan pihak kami menyediakan tempat dan makanan yang
cukup buat semua yang hadir.

Kepada sesiapa yang masih belum mendaftar sebagai ahli Kelab Siber MAB, anda
boleh berbuat demikian mulai sekarang di bahagian ICT MAB pada waktu pejabat
setiap hari bekerja atau datang dan terus mendaftar pada hari pelancaran nanti.

Untuk makluman anda, keahlian ini terbuka kepada semua warga negara Malaysia
yang berusia 18 tahun dan ke atas, tanpa mengira kecacatan atau kesempurnaannya.
Anda masih boleh menjadi ahli Kelab Siber MAB walaupun anda bukan warga kurang
upaya penglihatan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Silatul Rahim Dahman, Pengurus bahagian
ICT MAB di:

Tel. Pejabat: 03-22722677 sambungan 44

HP: 013-4882484

e-mel: rahim@...

web: http://www.mab.org.my/

Kami tunggu kedatangan anda!

Sekian, harap maklum.

Fadzlin Hiezrie B. Abdul. Rahman

Instruktor Teknologi,

Bahagian ICT,

Persatuan Bagi Orang-orang Buta Malaysia (MAB)

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 11:37 AM   0 comments
3 anak si buta masuk universiti
Monday, July 09, 2007
Harian Metro, 9 julai 2007

Oleh Samsudin Oli Mohamed

SINTOK: Seorang tukang urut yang cacat penglihatan bangga apabila tiga anaknya mendaftar serentak untuk melanjutkan pengajian di menara gading yang bermula kelmarin.

Tiga anak pasangan Ibrahim Md Isa, 47, bersama isterinya, Nur Sakinah Thomas Abdullah, 42, masing-masing mendaftar Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Anak sulung mereka Mohd Ammar Ibrahim, 20, mendaftar di USM, manakala anak kembarnya Nur Mutmainnah, 19, mendaftar di UUM manakala Nur Syuhada mendaftar di UPM, hari ini.

Ibrahim yang ditemui ketika menemani Nur Mutmainnah mendaftar sebagai pelajar di Kolej Yayasan Albukhary UUM berkata, dia bersyukur kerana tiga anaknya berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana doa dan harapan supaya anak-anak ke menara gading tercapai.

“Kesungguhan isteri dan anak-anak untuk menjadikan keluarga ini mengamalkan budaya berpelajaran dan sentiasa berusaha untuk beroleh kejayaan amat membanggakan saya,” katanya.

Bapa kepada empat anak yang mengusahakan pusat urut tradisional di Kajang itu berkata, kehidupan mereka sederhana, namun berpegang kepada prinsip usaha dan menanamkan semangat untuk beroleh kemenangan yang dalam kehidupan.

“Rumah saya mempunyai tujuh almari tetapi bukan untuk menyimpan pakaian sebaliknya menyimpan buku-buku,” ujarnya lagi.

Ibrahim yang sentiasa senyum dan peramah ketika ditemubual melahirkan

rasa terkilan kerana tidak dapat membimbing anak-anaknya untuk belajar, tetapi dengan ketabahan dan kesanggupan ibu mereka Nur Sakinah yang turut menjadi pelajar dalam Unit Pendidikan Jarak Jauh di UPM menjadikan keluarga ini lebih bersemangat mengukir kejayaan demi kejayaan.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:50 PM   0 comments
‘Bebaskan isteri saya’
Thursday, July 05, 2007
Harian Metro, 4 julai 2007

Oleh Tuan Maheran Tuan Shaffee

MARANG: Seorang suami kurang upaya merayu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri membebaskan isterinya yang kini ditahan selepas didapati mengemis sejak akhir bulan lalu.

Tun Muda Tun Sulaiman, 52, dari Taman Rahmat di sini, berkata, isterinya, Halimah Ngah, 47, yang cacat penglihatan ditahan di sebuah pasar malam di Paka, Dungun, pada 27 Jun lalu dan kini ditempatkan di Taman Seri Kemumin Pengkalan Chepa, Kelantan.

“Sejak isteri saya ditahan, kehidupan saya bersama empat anak di dalam lingkungan 18 hingga sembilan tahun semakin tidak terurus.

“Kami kini terpaksa bergantung kepada anak sulung untuk memasak dan menguruskan rumah, sedangkan dia masih belajar di sebuah kolej di pusat bandar,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Tun Muda yang juga cacat penglihatan dan lumpuh kerana angin ahmar sejak lima tahun lalu berkata, dia risau ketiadaan isterinya boleh menjejaskan pelajaran empat anak yang masih bersekolah.

“Anak bongsu saya sering menangis dan hilang selera makan kerana terlalu merindui ibunya menyebabkan saya semakin risau,” katanya.

Tun Muda berkata, sebelum ini, dia sering menasihatkan isterinya supaya tidak mengemis bagi mengelakkan ditahan JKM, apatah lagi hasil yang diperoleh tidak seberapa.

“Pada hari berkenaan, saya sudah melarang isteri saya, tetapi dia tetap berdegil untuk mengemis di pasar malam kerana berpendapat bantuan bulanan RM400 daripada JKM tidak mencukupi untuk menyara kehidupan kami enam beranak,” katanya.

Tun Muda berkata, dia tidak mampu berkeras kerana ada kebenaran dalam kata-kata isterinya, menyebabkan dia hanya mampu berdoa supaya isterinya selamat pulang.

“Tetapi saya sangat terkejut dan risau apabila dimaklumkan jiran isteri saya ditahan bersama lima rakan lain yang turut mengemis di pasar malam.

“Difahamkan, isteri saya akan ditahan di Pengkalan Chepa sehingga hari perbicaraan di Mahkamah Dungun pada 18 Julai ini.

“Saya sedih kerana isteri saya mengemis bukan kerana suka-suka, tetapi bagi membantu kehidupan kami sekeluarga,” katanya.

“Jadi besar harapan saya

Labels: ,


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:41 AM   0 comments
Anak rela jaga ibu bapa buta
Monday, June 04, 2007
Berita Harian, 4 jun 2007

Oleh Zulfa Mohamad


BUKIT MERTAJAM: Walaupun masih berhasrat menyambung pelajaran, seorang pemuda terpaksa memendam cita-citanya itu berikutan perlu menjaga ibu bapanya yang buta.

Pengorbanan itu terpaksa dilalui Mohd Asri Abdul Hamid, 20, kerana dia anak tunggal pasangan Abdul Hamid Mat Piah, 46, dan Khatijah Mad Isa, 58, di Machang Bubok, di sini.

Selain menjaga ibu bapanya termasuk memasak dan membasuh, Mohd Asri juga perlu bekerja bagi menampung kos sara hidup.

Mohd Asri dan ibu bapanya kini bergantung pada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan.

"Sebelum ini saya tidak dapat bekerja kerana menjaga ibu sebab dia tidak boleh berjalan. Sekarang sakitnya sudah sembuh dan saya serta bapa kini baru bekerja itu pun di kilang di Prai dan tidak sampai sebulan," katanya ketika ditemui, semalam.

Mohd Asri sebelum ini belajar di Institut Pendidikan Teknologi di sini, dalam bidang komputer.

Katanya, walaupun masih berminat untuk menyambung pelajaran, dia terpaksa menangguhkan hasrat berkenaan kerana perlu bekerja bagi menampung kos sara hidup.

"Sebelum ini, saya perlu memandikan ibu tetapi sekarang dia boleh berjalan dan mandi sendiri. Jika saya dan bapa bekerja, ibu saudara yang tinggal bersebelahan tolong tengok ibu," katanya yang ke tempat kerja dengan menaiki bas kilang.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jalan Gajah Mati/Machang Bubok, Hamid Yahaya, berkata sebelum ini keluarga berkenaan ditawarkan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin, tetapi tidak dihuni berikutan masalah tertentu.

Katanya, syarikat korporat atau pihak yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga Abdul Hamid boleh menghubunginya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:21 AM   0 comments
2 sahabat buta terjun sungai
Wednesday, May 23, 2007
Harian Metro, 23 mei 2007

Oleh Hadzlihady Hassan


KUALA LUMPUR: “Mereka berdua sangat rapat dan akan menamatkan kursus dalam bidang urutan hujung bulan ini,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Latihan Gurney, George Thomas ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, dua lelaki cacat penglihatan, Chua Geok Quan, 38, dan Ong Weng Fat, 23, dipercayai terjun dari sebuah jambatan ke dalam Sungai Klang berhampiran Stesen Monorel Tun Sambanthan.

Menurut George, kedua-dua mereka keluar dari pusat latihan petang kelmarin dan tidak pulang selepas itu.

“Saya hairan kerana kedua-duanya masih tidak pulang ke pusat latihan selepas dibenarkan keluar.

“Bimbangkan keselamatan mereka, saya membuat laporan polis mengenai kehilangan mereka jam 9 pagi semalam.

Katanya, dia kemudian terkejut apabila menerima panggilan daripada polis yang mengatakan mereka menjumpai satu mayat di Sungai Klang berhampiran Stesen Monorel Tun Sambanthan.

“Saya kemudian bergegas ke tempat kejadian dan selepas membuat pengecaman mendapati mayat terbabit adalah Chua berdasarkan pakaian dipakainya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sulaiman Junaidi, berkata polis menerima panggilan daripada orang awam yang mengatakan mereka ternampak seorang lelaki terjun ke sungai berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam.

“Bertindak dari maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan menjalankan operasi menyelamat bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).

“Selepas hampir 12 jam melakukan operasi menyelamat, satu mayat ditemui dalam keadaan terapung berhampiran lokasi,” katanya, semalam.

Menurutnya, seorang lagi mangsa, Ong Weng Fat masih belum ditemui dan polis sehingga kini sedang giat menjalankan operasi mencari.

“Kita masih meneruskan usaha mencari dan tidak menolak kemungkinan Ong juga turut terjun ke sungai berkenaan,” katanya.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:33 AM   0 comments
Setiap saat seorang penduduk dunia alami kebutaan
Thursday, May 17, 2007
Harakahdaily, 16 Mei 2007

Maslan Yusoh

Wed | May 16, 07 | 07:20:02 PM

KOTA BHARU, 16 Mei (Hrkh) – Mengejutkan, apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporannya mendedahkan setiap saat seorang penduduk dunia berdepan dengan penyakit kecacatan penglihatan. Manakala setiap minit pula seorang kanak-kanak terdedah dengan risiko menjadi buta.

Presiden Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Prof Dato’ Dr Ismail Mohd Salleh berkata, statistik tersebut dikeluarkan WHO yang menggambarkan begitu kronik penyakit kebutaan sekiranya tidak diberi rawatan segera.

“MAB sehingga kini menjalankan pelbagai program pencegahan kebutaan termasuk kepada kanak-kanak prasekolah. Program yang dijalankan itu melibatkan perbelanjaan yang besar.

“Setiap tahun sebanyak RM5 juta diperlukan bagi menjalankan program rawatan, di mana ia mampu merawat 2,500 orang. Perbelanjaan itu ditanggung MAB dan kerajaan hanya menyumbang 27 peratus daripada jumlah itu,” katanya pada majlis penyampaian cek sumbangan kerajaan negeri kepada MAB di JKR 10 di sini, hari ini.

Kelantan menyumbang sebanyak RM100,000 kepada MAB yang disampaikan anggota Exco, Dato’ Takiyuddin Hassan kepada Dr Ismail. Sempena program itu turut diadakan pemeriksaan dan rawatan mata (katarak) percuma.

Dr Ismail berkata, jumlah penduduk di dunia yang berdepan dengan masalah penglihatan sekarang seramai 140 juta orang.

Dan dalam tempoh 20 tahun akan datang jumlah kes kebutaan dan rabun dijangka meningkat kepada 280 juta orang sekiranya usaha-usaha bagi mengurangkan risiko tersebut tidak dilakukan.

“Sebanyak 90 peratus kes kebutaan dapat dicegah melalui pembedahan. Bagaimanapun masyarakat kita enggan mendapatkan rawatan segera,” katanya.

Beliau berkata, bagi mendapatkan dana untuk menjayakan pelbagai program kesedaran dan rawatan, MAB terpaksa mengadakan pelbagai program amal.

Dr Ismail juga berharap mendapat kerjasama daripada kerajaan Kelantan bagi mengenal pasti tapak untuk dibina cawangan Hospital Mata Tun Hussien Onn di negeri ini.

Menurutnya, bekas Pusat Serenti dikenalpasti antara tapak sesuai digunakan bagi tujuan itu sekiranya mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri.

Beliau juga mendedahkan Kelantan mempunyai perangkaan tertinggi kes rabun dan kebutaan disebabkan gaya hidup mereka yang suka kepada makanan manis secara berlebihan.

Katanya, akibat mengambil gula berlebihan mengundangkan kepada risiko kencing manis dan penyakit tersebut boleh menyebabkan kebutaan.

Selain itu, golongan nelayan juga dikenalpasti mudah terdedah dengan penyakit tersebut kerana mereka terdepan dengan angin kuat ketika di laut dan kemasinan air laut.

“Sebab itu MAB memberi tumpuan kepada Kelantan bagi menjalankan program rawatan melalui hospital bergerak yang masuk ke kampung-kampung,” katanya.

Menurutnya melalui program yang dijalankan seramai 10,500 kanak-kanak telah diberi cermin mata dan melakukan 350 pembedahan katarak.

MAB juga mempunyai pejabat cawangan di Jalan Telipot, Kota Bharu sejak beberapa tahun lalu.

Takiyuddin pula berkata, melalui sumbangan sebanyak RM100,000 kepada MAB dan Hospital Mata Tun Hussien Onn membolehkan kira-kira 200 rakyat Kelantan mendapat rawatan percuma.

“Sama-samalah kita mencegah penyakit tersebut dengan mengamalkan gaya hidup sihat,” ujarnya.

Kata beliau juga kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi membantu pesakit kronik setiap tahun.

Pada majlis itu Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri mengisi borang menderma kedua-dua belah matanya apabila meninggal dunia kelak.

Hadir sama pada program itu, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud, wakil-wakil rakyat, Penyelia Dun dan penasihat program berkenaan, Prof Dr Viramani.

Pada program yang sama seorang pesakit strok, Mohd Hashim Abdullah menerima sumbangan kerusi roda elektronik daripada kerajaan negeri.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:30 AM   0 comments
Demi pelajaran 4 anak
Sunday, April 29, 2007
Harian Metro, 28 april 2007


Oleh Zaitie Satibi

SEORANG bapa cacat penglihatan sanggup berjalan kaki sejauh dua kilometer semata-mata ingin menambah pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang sedang berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 2 di Kuantan.
Shaadun Badu, 52, berkata dia berjalan bersama isterinya, Sharifah Hassan, 40, dari Taman Esplanade berhampiran Jeti Syahbandar kerana bas yang dinaiki dari rumah mereka di Taman Tas tidak menurunkan penumpang di tapak pameran itu.

Menurutnya, dia dan isteri mengambil keputusan itu demi memastikan empat anak mereka dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading.

“Saya dan isteri memperoleh pendapatan kecil hasil menjual bakul rotan yang dianyam sendiri dan wang itu tidak cukup bagi menampung pembiayaan pelajaran empat anak.

“Disebabkan itu, saya memilih membuat pelaburan dalam ASB kerana dividen yang tinggi diperoleh setiap tahun. Wang itu akan saya gunakan untuk perbelanjaan anak kami melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi,” katanya.

Shaadun berkata, anak sulungnya menuntut di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), manakala anak kedua sedang menunggu panggilan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Dua lagi anak saya masing-masing bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan SPM tahun in,” katanyai..

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:45 AM   0 comments
Diploma ICT orang cacat penglihatan diperkenal
Thursday, April 19, 2007
Berita Harian, 19 April 2007

KUALA LUMPUR: Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) akan memperkenalkan program diploma khas berkaitan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada golongan cacat penglihatan dalam meluaskan pasaran kerja golongan itu.

Presiden MAB, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, berkata dengan pengenalan kursus itu, lebih banyak peluang kerja di pejabat dapat diisi golongan ini (cacat penglihatan) selepas mendapat kemahiran ICT.
“Jika sebelum ini skop pekerjaan golongan kurang upaya (OKU) ini hanya terhad kepada bidang telepemasaran, kemahiran menjawab telefon, urutan refleksologi dan membuat kraftangan.

“Ini tidak mencukupi kerana dengan perkembangan globalisasi dunia memaksa kita untuk memahirkan diri dengan teknologi dan dengan lahirnya graduan OKU dalam bidang ICT, ia akan mampu bersaing dengan orang normal,” katanya pada sidang media selepas menerima sumbangan RM100,000 daripada Giant Retail (M) Sdn Bhd (Giant)

Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Bahagian Korporatnya, Zamri Maulan dan ia adalah hasil derma daripada pelanggan di 88 pasar Pasar Raya Giant seluruh negara sejak April hingga Disember tahun lalu.

Ismail berkata, keutamaan diberikan kepada bidang ICT kerana banyak syarikat enggan mengambil golongan cacat penglihatan sebagai pekerja kerana menganggap mereka tidak mampu menggunakan komputer.

“Kami jamin yang graduan yang bakal dikeluarkan itu nanti sama kualitinya seperti dengan orang biasa kerana kami menggunakan komputer dan perisian sesuai dengan golongan cacat penglihatan ini.

“Syarikat tidak harus ragu-ragu terhadap keupayaan mereka kerana sebelum program diploma ICT ini diperkenalkan sudah ada segelintir OKU berjaya di bidang lain seperti pendidikan,” katanya.

Beliau berkata, MAB juga merancang memperkenalkan beberapa program diploma lain seperti fisioterapi mudah alih dan orientasi kepada golongan cacat penglihatan ini.

“Dengan diploma ini, ia bukan saja akan memberi kemahiran untuk menjaga dirinya sendiri tetapi juga menjaga golongan senasib jika mereka mengambil keputusan untuk bekerja di rumah kebajikan atau pusat OKU,” katanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:38 AM   0 comments
Muhammad Firdaus pelajar cacat cemerlang di Kedah
Friday, March 16, 2007
Utusan Malaysia, 16 Mac 2007

MUHAMMAD FIRDAUS MUSTAFFA.

ALOR STAR 15 Mac – Kecacatan tidak pernah menghalang seseorang itu mencipta kejayaan selagi ada usaha dan kerja keras.

Itulah yang dibuktikan oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Malik (B) di sini yang berjaya mencatat keputusan cemerlang pada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2006 yang diumumkan hari ini.

Muhammad Firdaus Mustaffa (gambar), 20, yang cacat penglihatan memperoleh 3A dan 1B dalam peperiksaan tersebut sekali gus membuktikan pelajar istimewa sepertinya juga mampu berjaya.

Calon istimewa STPM 2006 itu berkata, meskipun menghadapi kesukaran untuk mengulangkaji pelajaran, namun dia melupakan segala kelemahannya untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencipta kecemerlangan dalam kehidupan.

“Saya gembira kerana kejayaan saya ini dapat dikongsi dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan guru yang tidak jemu-jemu mendorong saya. ‘‘Kejayaan saya ini juga membuktikan pelajar cacat penglihatan seperti saya juga boleh berjaya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Muhammad Firdaus yang tidak menyangka memperoleh kejayaan cemerlang seperti itu mendapat pangkat A dalam subjek Pengajian Am, Sejarah dan Syariah manakala pangkat B bagi Bahasa Melayu.

Anak bongsu daripada lima beradik itu sebelum ini pernah menduduki tempat ketiga terbaik peringkat kebangsaan bagi calon khas cacat penglihatan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 selain aktif di luar kelas termasuk memegang jawatan Pengerusi Kelab Inklusif SMK Tunku Abdul Malik 2006.

Dia yang mengalami cacat penglihatan sejak berumur 14 tahun memberitahu, sebanyak tiga jam sehari masa diperuntukkan bagi mengulangkaji pelajaran.

Malah menurutnya, dia amat suka membaca buku dan surat khabar bagi menambahkan ilmu pengetahuannya

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:15 AM   0 comments
Siti Nurjannah pelajar buta terbaik STPM 2006


Oleh: S.ANAND KUMAR

KUALA LUMPUR 15 Mac – Anak seorang kakitangan Utusan Melayu (M) Bhd. yang cacat penglihatan, Siti Nurjannah Zamzuri, 20, muncul sebagai pelajar buta terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2006 apabila memperoleh 3A dan 1B.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St. John Kuala Lumpur yang mengalami masalah penglihatan sejak berusia tiga tahun itu mendapat A untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dan Sejarah serta B untuk Pengajian Am. ‘‘Kejayaan saya ini banyak dibantu oleh ayah, ibu, adik, guru dan rakan-rakan ketika mengulangkaji pelajaran.

‘‘Saya bersyukur dan gembira di atas kejayaan ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu,’’ kata anak kedua daripada lima beradik itu ketika ditemui selepas majlis pengumuman keputusan dan anugerah pelajar cemerlang STPM 2006 di sini, hari ini.

Terdahulu, Siti Nurjannah menerima replika cek RM1,000, sijil penghargaan dan plak daripada Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak.

Kata Siti Nurjannah, guru-guru juga sering membantunya menterjemah buku rujukan kepada tulisan Braille.

‘‘Selain itu, saya juga menumpukan perhatian terhadap apa yang cikgu ajar semasa di dalam kelas dan mengulangkaji pelajaran selama dua jam sehari.

‘‘Saya juga mendengar balik pita rakaman bagi mendengar semula apa yang cikgu ajar setelah pulang ke rumah,’’ ujarnya.

Siti Nurjannah yang sebelum ini belajar di Sekolah Menengah Pendidikan Khas, Setapak sehingga tingkatan lima bercita-cita menjadi seorang pendidik.

Sementara itu, ibunya, Zaiton Ibrahim, 47, berkata, kakak Siti Nurjannah dan adik bongsunya turut menghadapi masalah penglihatan.

Katanya, kakak Siti Nurjannah itu kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang Kesusasteraan Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

‘‘Nampaknya Siti Nurjannah juga ingin mengikuti jejak langkah kakaknya dan ingin belajar di UPSI,’’ katanya.

Sementara itu, pelajar cemerlang aliran Sastera, Sharafuddin Sahrin, 20, berkata, dia tidak menyangka akan mendapat 5A dan memperoleh gred A dalam kesemua 10 kertas yang diambilnya.

Sharafuddin pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang mendapat A dalam Pengajian Am, Bahasa Arab, Syariah, Usuluddin dan Sejarah.

Anak bongsu daripada enam beradik itu bercita-cita menjadi seorang peguam dan ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan perundangan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

‘‘Walaupun sibuk dengan kegiatan sukan di sekolah namun saya tidak mengabaikan pelajaran dan sering mengulangkaji pelajaran bersama rakan dan guru,’’ ujarnya

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:09 AM   0 comments
Telefon bimbit jadi panduan orang buta
Tuesday, February 20, 2007
Berita Harian, 20 Februari 2007

BANGALORE: Golongan cacat penglihatan boleh menjadikan telefon bimbit sebagai alat panduan apabila Institut Teknologi Maklumat Antarabangsa-Bangalore (IIIT-B) menjalin kerjasama dengan syarikat Lattice Bridge Info dan Spatial Data (Spinfo) beribu pejabat di Chennai mencipta teknologi berasaskan telefon bimbit untuk membantu golongan berkenaan dan pelancong mencari jalan ke lokasi tertentu.
Ia cuma memerlukan pengguna mendial nombor tertentu dan bertanya soalan seperti ‘Di mana saya’ atau ‘Di mana mesin ATM terdekat?’ dan mematikan talian.

Dalam masa beberapa saat, mereka akan mendapat panggilan dan suara automatik memberitahu lokasi tepat malah memberikan panduan untuk ke mesin ATM terdekat.

Dalam kerjasama itu, IIIT-B membangunkan aplikasi pelayan dan Lattice Bridge mencipta enjin suara yang menterjemahkan SMS kepada ucapan manakala Spinfo membekalkan kandungan geografi.

“Satu-satunya perkara yang perlu dijayakan sekarang ialah model perniagaan. Pelaburan dalam struktur organisasi ini perlu ditentukan pelanggan. Kami sudah mempunyai teknologi dan pembekal perkhidmatan boleh menyediakan program komputer,” kata eksekutif kanan IIIT-B, Prof S Rajagopalan.

Kumpulan berkenaan kini dalam perbincangan dengan beberapa pembekal perkhidmatan. Projek itu pada awalnya akan diuji di Bangalore atau Chennai dan kemudian diluaskan ke bandar raya lain. – Agensi

Fasa utama sepatutnya sudah sedia dan akan dimulakan dalam masa enam bulan.

Jika pengguna memiliki telefon bimbit disertakan GPS dengan kemampuan bluetooth, program komputer boleh memberikan lokasi pemanggil dengan lebih tepat. Jika tidak, ia perlu menggunakan menara selular terdekat dan menentukan lokasi saja.

Bagaimanapun, cabaran terbesar ialah menterjemahkan SMS kepada ucapan dan pengecualian loghat diperlukan untuk menyampaikan mesej semula kepada pemanggil. —Agensi

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:59 AM   0 comments
Harian Metro
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Dari Penulis/ Owner Weblog OKU 2
Assalamualaikum...

Weblog ini diwujudkan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat-maklumat berkenaan OKU.

Ia merupakan kesinambungan dari weblog oku 1 iaitu Anything About Disabled People.

Penulis/ owner of this blog adalah seorang OKU yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada Ogos 1992 di lebuhraya Paloh Inai, Kuantan, Pahang.

Itulah serba sedikit mengenai biodata penulis/ owner blog.

Wassallam...

Blogger

1 January 2007
Previous Post
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER


40 Reasons why you should join AGLOCO

1. You can make money safely, legitimately, and easily.

2. It takes maybe three minutes to join.

3. You need nothing more than a working computer connected to the Internet.

4. You don't have to enter any sensitive information to join.

5. You don't have to buy anything to join.

6. You don't have to buy anything ever once you are a member.

7. It's easy to cancel if you don't want to be a member any more.

8. You'll only download a small free toolbar that won't install anything else on your computer, hog its memory, or read your keystrokes.

9. You'll make the same amount of money even if you never click on anything.

10. AGLOCO is the real deal, not some little scam. A good number of notable entrepreneurs are backing it. A Google search with keyword "agloco" will net you 1 million pages and counting.

11. Very important: AGLOCO's business model has been tried before and proven to work. In fact, AGLOCO's predecessor paid out over $120 million to its members (this is what finally convinced me).

12. You can dramatically increase your income by referring other people to AGLOCO, because...

13. ...AGLOCO pays you a portion of the surf money earned by those you referred up to 5 levels below you. So...

14. You can recruit your friends and all make money together when you help them get referrals. Thus,

15. The sooner you sign up, the more folks will come to you for info and the more likely it is that you will be the original seed of a large referral network in your community.

16. You never have to read emails from people you don't know.

17. You'll never be asked to send emails to people you don't know.

18. You don't have to change anything you normally do on the Internet. You surf, AGLOCO pays.

19. AGLOCO's revenue source is genuine: a Viewbar members use that shows targeted advertisements based on your surf history, with the money paid to advertise going back to the members. That's not magic; that's common sense.

20. The Viewbar software you will download will not invade your privacy; it simply looks for keywords on the pages you view in order to show related ads.

21. The Viewbar is maybe the size of your taskbar at the bottom of your screen - in other words, it's small and won't interfere with your browsing experience at all.

22. AGLOCO has a thorough privacy policy that explicitly guarantees personal information will never be sold or given away.

23. In fact, AGLOCO has not one but three agreements every member must agree to. The bases are covered.

24. AGLOCO has a CPO - Chief Privacy Officer - whose responsibility is to make sure your privacy is never violated. His name is Ray Everett-Church, and he has more experience protecting privacy than probably anyone else on the planet.

25. AGLOCO doesn't play; anybody providing fake information, signing up twice, or otherwise trying to cheat the system will be detected by AGLOCO's anti-hacking instruments. This is an honest enterprise through and through.

26. By signing up, you support the company that will change Internet advertising for the better.

27. By signing up, you get to own a piece of the company that will change Internet advertising for the better. AGLOCO belongs to its members, which is to say that...

28. ...you will own stock (more if you refer people) in a company that is likely to become huge and thus your stock will be worth something awesome when AGLOCO goes public on the London Stock Exchange.

29. You will likely find that other AGLOCO members, especially now in the early stages of AGLOCO, are some of the Web's savviest users and developers, and you can learn a bunch from them.

30. You get to be on the cutting edge of World Wide Webware development, which means that as AGLOCO grows, its members will benefit from...

31. ...discounts when members buy from companies affiliated with AGLOCO;

32. ...possible help with spyware/antivirus protection (remember, everyone from Fortune 500 companies to millions of users will all benefit from a better browsing experience);

33. ...community forums where members can meet and discuss not just stuff, but ways and member-based projects to make AGLOCO better (it is our company).

34. Our company is in good hands. AGLOCO pays 10% of its revenues to Infomediary Services Corporation (ISC), which is simply the management company that is responsible for managing AGLOCO. The other 90% of the revenue belongs to us. This 10% will attract the designing talent needed to make AGLOCO great. The corresponding 10% of AGLOCO's shares go to a foundation dedicated to providing every human being on Earth with Internet access.

35. AGLOCO's management team will not get stock in AGLOCO. This ensures that those in positions of high responsibility don't hijack the company.

36. Though circumstances will vary, you can get paid and earn shares no matter where on Earth you live.

37. If you choose, you can donate your earnings and shares to the charity of your choice.

38. If you get involved in referring more members, you might be able to quit your day job and actually spend time at home, with your family, on vacation, wherever - and still make money.

39. If AGLOCO fails, you won't lose any money because you paid none in the first place.

40. AGLOCO ain't gonna fail. The last time such an opportunity existed, people made over $120 million in under 2 years, when far less people had Internet access and conditions weren't yet right for such a company to go public. Now, with record spending on advertising and calls from all sides for less irrelevant advertising and a better business/customer connection, the world is more than ready for an economic network that gives back to its users.

Now, if you aren't yet a member, after everything I just told you, you're not going to go and sign up?

Author: Michael H. Lewis

© 2006 Weblog OKU 2 .Template by Isnaini Dot Com