Weblog OKU 2

This blog are use both English language and Malays langauge. Anything issues about disabled people can be disscused here. This Blog also known as WEBLOG OKU. Blogger 1 January 2007

 
Menu
|Weblog OKU 1| |Weblog OKU 2| |Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |e-Book|
Iklan





Kunjungan Pelawat


Pengunjung Online
Waktu Malaysia
Waktu Solat
Borak

Free shoutbox @ ShoutMix
Website OKU
Labels
Harakahdaily Yahoogroups

Jom ke yahoo group Harakahdaily!

Harakahdaily

Fri | Jun 22, 07 | 03:55:05 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Ingin mendapatkan berita muktahir dan terkini?

Ingin bersantai sambil membaca berita-berita serta maklumat alternatif sewaktu bercuti?

Atau ingin melengkapi diri dengan perkembangan semasa dengan maklumat alternatif?

Kini anda berpeluang untuk mendapat segalanya dengan menyertai yahoo group Harakahdaily.

Para peminat, penyokong dan pembaca berita alternatif dipelawa untuk menyertai secara percuma yahoo group ini.

Apa yang perlu anda lakukan adalah layari; http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily dan daftarkan diri untuk mendapatkan segala maklumat melalui emel peribadi anda.

Jom meriahkan sumber maklumat dan pemberitaan alternatif terkini!

Subscribe to harakahdaily
Powered by groups.yahoo.com

Jemputan Menyertai GOKUM
Subscribe to gokum
Powered by groups.yahoo.com
‘Bebaskan isteri saya’
Thursday, July 05, 2007
Harian Metro, 4 julai 2007

Oleh Tuan Maheran Tuan Shaffee

MARANG: Seorang suami kurang upaya merayu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri membebaskan isterinya yang kini ditahan selepas didapati mengemis sejak akhir bulan lalu.

Tun Muda Tun Sulaiman, 52, dari Taman Rahmat di sini, berkata, isterinya, Halimah Ngah, 47, yang cacat penglihatan ditahan di sebuah pasar malam di Paka, Dungun, pada 27 Jun lalu dan kini ditempatkan di Taman Seri Kemumin Pengkalan Chepa, Kelantan.

“Sejak isteri saya ditahan, kehidupan saya bersama empat anak di dalam lingkungan 18 hingga sembilan tahun semakin tidak terurus.

“Kami kini terpaksa bergantung kepada anak sulung untuk memasak dan menguruskan rumah, sedangkan dia masih belajar di sebuah kolej di pusat bandar,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Tun Muda yang juga cacat penglihatan dan lumpuh kerana angin ahmar sejak lima tahun lalu berkata, dia risau ketiadaan isterinya boleh menjejaskan pelajaran empat anak yang masih bersekolah.

“Anak bongsu saya sering menangis dan hilang selera makan kerana terlalu merindui ibunya menyebabkan saya semakin risau,” katanya.

Tun Muda berkata, sebelum ini, dia sering menasihatkan isterinya supaya tidak mengemis bagi mengelakkan ditahan JKM, apatah lagi hasil yang diperoleh tidak seberapa.

“Pada hari berkenaan, saya sudah melarang isteri saya, tetapi dia tetap berdegil untuk mengemis di pasar malam kerana berpendapat bantuan bulanan RM400 daripada JKM tidak mencukupi untuk menyara kehidupan kami enam beranak,” katanya.

Tun Muda berkata, dia tidak mampu berkeras kerana ada kebenaran dalam kata-kata isterinya, menyebabkan dia hanya mampu berdoa supaya isterinya selamat pulang.

“Tetapi saya sangat terkejut dan risau apabila dimaklumkan jiran isteri saya ditahan bersama lima rakan lain yang turut mengemis di pasar malam.

“Difahamkan, isteri saya akan ditahan di Pengkalan Chepa sehingga hari perbicaraan di Mahkamah Dungun pada 18 Julai ini.

“Saya sedih kerana isteri saya mengemis bukan kerana suka-suka, tetapi bagi membantu kehidupan kami sekeluarga,” katanya.

“Jadi besar harapan saya

Labels: ,


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:41 AM   0 comments
Pelatih PLKN lumpuh fail saman RM11j
Wednesday, July 04, 2007
Berita Harian, 4 julai 2007

Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

KUALA LUMPUR: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) memfailkan saman RM11 juta terhadap Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan tiga yang lain, kerana lumpuh akibat cedera tulang belakang selepas melakukan tekan tubi, Februari lalu.

Asila Latin Husna Abdul Basir, 18, dan bapanya, Abdul Basir Abdul Rahman, (plaintif kedua) dari Pasir Mas, Kelantan, memfailkan saman itu terhadap Jurulatih Kem Teluk Rubiah, Fadzilah Jalaluddin, dan Ketua Pengarah JLKN, Abdul Hadi Awang Kechil

Turut dinamakan sebagai defendan, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kerajaan Malaysia. Mereka memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini melalui Tetuan Haniff Khatri.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Basir memohon ganti rugi am berjumlah RM5 juta dan ganti rugi khas termasuk bagi perbelanjaan perubatan di hospital pakar swasta, kos penginapan serta kos untuk rawatan susulan.

Selain itu, bapa kepada pelajar malang itu juga memfailkan ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk masing-masing berjumlah RM1 juta. Ganti rugi secara berasingan yang bernilai RM2 juta turut difailkan terhadap Fadzilah (plaintif pertama) dan Abdul Hadi (plaintif kedua).

Plaintif mendakwa defendan gagal membekalkan peralatan sokongan, kehadiran pakar perubatan bagi meneliti laporan dan pemeriksaan serta pemindahan ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan pakar.

Dalam afidavit sokongannya, Azila yang memulakan latihan PLKN pada 1 Januari lalu, mendakwa Fadzilah mengarahkannya melakukan dua set tekan tubi dengan 10 kali setiap set.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:17 AM   0 comments
2 beradik kurang upaya terima sumbangan kerusi roda
Thursday, June 28, 2007
Harian Metro, 28 jun 2007

KUALA TERENGGANU: “Saya bersyukur dan terharu kerana menerima bantuan dua kerusi roda bernilai kira-kira RM5,200,” kata Zurina Salleh, 33, ibu kepada dua anak kurang upaya, di sini, semalam.

Anaknya, Mohd Amirul Zainuddin, 8, dan adiknya, Nur Aina Nadirah, 6, mula mengalami penyakit kejang otot sejak masing-masing berusia tiga tahun dan kini mereka berdua tidak mampu bergerak.

“Sejak cerita mengenai anak saya tersiar dalam Harian Metro, pelbagai pihak tampil memberi sumbangan.

“Melalui bantuan kerusi roda kanak-kanak yang ditempah khas, anak saya akan dapat menjalani kehidupan lebih baik, jika selama ini hanya terdampar di rumah, kini mereka boleh bersiar di luar rumah.

“Pemberian kerusi roda memudahkan kami menguruskan kehidupan mereka dengan lebih sempurna. “Walaupun terpaksa memberi tumpuan kepada mereka berdua, namun saya reda dengan ketentuan takdir dan tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang membebankan,” katanya.

Penyerahan kerusi roda itu disampaikan Pegawai Kebajikan Daerah Kuala Terengganu, Zakaria Mohamad di rumah mereka di Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.

“Kami berharap melalui pemberian kerusi roda ini akan dapat mengurangkan beban ditanggung mereka sekeluarga seterusnya menjadikan hari-hari dilalui bertambah ceria,” kayanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:19 PM   0 comments
Terbaring sejak 21 tahun lalu
Harian Metro, 28 jun 2007

ALOR STAR: “Saya pernah memohon bantuan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah untuk membeli barangan keperluan anak saya yang lumpuh tetapi permohonan itu tidak mendapat perhatian,” kata Hasnah Shaari, 38, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pida 5 Baru, dekat sini, semalam.

Anak sulung daripada enam beradik itu, Nur Asiah Sholihen, 21, lumpuh selepas diserang demam panas sejak berusia enam bulan sebelum dimasukkan ke Hospital Kangar selama sebulan.

Selepas itu, dia terpaksa dirujuk ke hospital sama selain turut menerima rawatan tradisional untuk mengubati penyakitnya, bagaimanapun usaha itu tidak berhasil dan kini hanya terbaring di tilam sejak 21 tahun lalu.

Disebabkan tidak mendapat perhatian daripada JKM, Hasnah bersama suaminya, Sholihen Mustapha, 42, yang juga seorang petani dengan pendapatan kira-kira RM600 sebulan terpaksa bertungkus lumus untuk membesarkan enam anak termasuk Nur Asiah.

Seorang daripada anaknya kini menuntut di sebuah kolej di Kuantan, Pahang, manakala tiga lagi belajar di sekolah menengah di Kangar, Perlis, dan seorang lagi masih bersekolah rendah.

“Kami tidak pernah menerima sebarang bantuan dari JKM, bukanlah mudah untuk memelihara seorang anak yang lumpuh kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli lampin pakai buang dan makanan seperti susu yang sesuai untuknya,” katanya.

Hasnah berkata, beberapa tahun lalu, ada pegawai JKM datang meninjau ke rumahnya bagaimanapun selepas tinjauan itu keluarga berkenaan tidak mendapat apa-apa bantuan.

“Kami berharap sekurang-kurangnya JKM dapat memberi bantuan untuk membeli lampin pakai buang yang berharga kira-kira RM120 hingga RM150 sebulan,” katanya.

Sholihen pula berkata, anaknya itu tidak boleh bercakap, makan dan minumnya disuapkan selain terpaksa menggantikan lampin pakai buang beberapa kali sehari.

Katanya, baru-baru ini dia menerima sumbangan katil dan tilam terapeutik berharga RM2,600 daripada TV3 yang berkunjung ke kampung itu sempena program sambutan ulang tahun ke-23 stesyen televisyen swasta itu.

“Jika dulu Nur Asiah hanya terbaring sepanjang hari selama 21 tahun di atas tilam biasa diletakkan atas lantai rumah tetapi kini dia dapat tidur lena di tilam dan katil yang lebih sesuai,” katanya.

Sementara itu, pengarah JKM Kedah, Hadisah Abdul Hamid berkata, pihaknya memang ada peruntukan membantu anak-anak orang kurang upaya (OKU) yang lumpuh seperti Nur Asiah.

“Peruntukan untuk membeli barangan keperluan seperti lampin pakai buang memang ada, kita akan cuba memberi bantuan untuk keperluan itu,” katanya.

Beliau berharap, keluarga berkenaan dapat menghubunginya atau datang sendiri ke pejabat JKM di Alor Star untuk berbincang mengenai masalah itu.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:16 PM   0 comments
TV3 bantu gadis lumpuh
Monday, June 25, 2007
Berita Harian, 25 jun 2007

ALOR STAR: Seorang bapa terharu apabila penderitaan anak gadisnya berusia 21 tahun yang lumpuh seluruh badan sejak kecil mendapat perhatian stesen televisyen swasta, TV3 yang menghulurkan sumbangan.


Solihim Mustapha, 42, berkata mereka sekeluarga amat terhutang budi kepada TV3 kerana sumbangan itu dapat meringankan penderitaan anaknya, Nur Asiah yang terpaksa berbaring sepanjang hayatnya disebabkan penyakit lumpuhnya.

Nur Asiah menerima sumbangan sebuah katil dan tilam terapeutik berharga RM2,600 yang disumbangkan oleh Tv3 sempena sambutan ulang tahun ke-23 stesen itu.

Solihim berkata, anaknya lumpuh sejak berusia enam bulan dan sehingga kini mereka sekeluarga sudah puas membawa Nur Asiah berubat.

"Saya amat terharu dengan sumbangan yang diberikan ini. Kini Nur Asiah dapat baring lebih selesa kerana selama ini dia terbaring di atas tilam biasa yang diletakkan di atas lantai rumah saja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Fida 5 Baru, Kodiang dekat sini, kelmarin.

Sumbangan disampaikan beberapa personaliti TV3, termasuk Zakiah Anas, Norazlina Redzuan, selain selebriti termasuk Zul Yahya, Irma Hasmie, Safura, Lisdawati dan Azwan Ali.

Turut hadir pada majlis itu, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Abdul Rahman Ariffin.

Solihim berkata, beliau pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dua tahun lalu, tetapi sehingga kini masih belum mendapat jawapan.

Beliau yang bekerja sebagai petani dengan pendapatan kira-kira RM500 sebulan terpaksa memperuntukkan RM150 setiap bulan untuk membeli lampin pakai buang Nur Asiah.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 2:05 PM   0 comments
Ibu perlu bantuan beli pam sedut kahak anak
Wednesday, June 06, 2007
Berita Harian, 6 jun 2007

KUALA TERENGGANU: Seorang ibu, Zurina Salleh, 33, dari Kampung Serdang Baru, di sini memerlukan bantuan untuk membeli pam menyedut kahak dua anaknya yang mengalami cacat fizikal, yang dianggarkan bernilai RM1,000.

Kata Zurina, dua anaknya yang mengalami penyakit kejang otot ketika berusia tiga tahun amat memerlukan alat itu kerana ketika ini dia hanya menggunakan jari untuk mengeluarkan kahak yang sering keluar dari mulut anaknya itu.

"Suami saya hanya seorang buruh dan pendapatannya hanya cukup untuk perbelanjaan harian kerana itulah saya tidak mampu membelinya yang dianggar berharga RM1,000.

"Pam menyedut kahak itu disyorkan oleh pihak hospital dan boleh dibeli di farmasi," katanya.

Zurina berkata, dengan ada alat itu juga, dua anaknya, Mohd Amirul Zainuddin, 8, dan Nur Aina Nadirah, 6, dapat bernafas dengan sempurna.

Katanya, selain itu anaknya juga mengharapkan supaya ada pihak yang mendermakan kerusi roda khas untuk kanak-kanak kepada kedua-dua anaknya itu bagi memudahkan pergerakan anaknya.

"Kerusi khas itu agak mahal, saya memang tidak mampu membelinya. Dengan adanya kerusi itu sekurang-kurangnya dapatlah saya membawa mereka bersiar pada waktu petang," katanya.


Labels: ,


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:01 AM   0 comments
Bapa cacat kecewa sikap DBKL
Sunday, June 03, 2007
Utusan Malaysia, 3 jun 2007

Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 2 Jun – Seorang bapa tunggal yang cacat, Madrazhid Isa, 45, kecewa dan terasa terhina berikutan keengganan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengatasi masalah rumahnya yang dilanda air najis sejak Khamis lalu.

Beliau yang ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Taman Seri Rampai di sini berkata, sehingga hari ini tiada seorang pegawai atau kakitangan DBKL datang untuk mengenal pasti punca masalah itu.

Apa yang paling dikesalinya, beliau mendakwa telah dicerca oleh pegawai di Jabatan Perumahan DBKL ketika melaporkan kejadian tersebut, petang semalam. Menurut Madrazhid, aduan rasmi telah dibuat oleh seorang jirannya pada hari ia berlaku tetapi tiada tindakan diambil.

‘‘Saya kemudian telah melaporkan kejadian ini di pejabat kecil DBKL di sini pada pagi semalam (Jumaat). Setelah tiada sebarang tindakan dibuat, saya cuba menghubungi Datuk Bandar tetapi gagal.

‘‘Sebelah petangnya saya menghubungi Jabatan Perumahan dan apa yang saya kesalkan, saya dicerca dengan perkataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang kakitangan DBKL,’’ dakwanya.

Beliau yang merupakan seorang peniaga kecil-kecilan pernah menerima anugerah Bapaku, Wiraku sempena Hari Bapa anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun lepas.

Tambah Madrazhid, kakitangan terbabit berkata, kerosakan yang berlaku di rumahnya itu perlu dibaik sendiri oleh penghuni terbabit.

‘‘Saya bukan tidak mahu buat tetapi saya tidak mampu melakukannya. Saya bukan seorang yang normal seperti orang lain. Saya lumpuh sejak tujuh tahun lalu,’’ jelasnya.

Ujar beliau, akibat limpahan air najis itu, rumahnya kini berbau busuk dan selama dua malam beliau dan anaknya, Raihah Nadhirah, 12, tidur dalam keadaan yang sungguh tidak selesa.

‘‘Mujur petang semalam ada tiga kakitangan Alam Flora datang secara sukarela membantu saya membersihkan rumah saya ini.

‘‘Namun begitu apa yang saya khuatir sekarang kemungkinan kejadian ini boleh berulang kerana ada pihak memberitahu saya yang saluran najis di dalam rumah saya ini perlu diperbaiki,’’ katanya.

Selain itu, beliau juga pernah membuat aduan mengenai longkang di tepi rumahnya yang tersumbat sejak 2005 tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil.

‘‘Bagi saya jalan terbaik, Datuk Bandar perlu melawat rumah kami dan jangan terlalu percaya dengan kata-kata pegawai berkenaan,’’ ujarnya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:28 AM   1 comments
Pengalaman graviti sifar hebat – Hawking
Saturday, April 28, 2007
Utusan Malaysia, 28 April 2007

STEPHEN Hawking dengan dibantu oleh krew pesawat G-Force One melalui suasana graviti sifar dalam penerbangan sulung beliau di ruang udara Lautan Atlantik, kelmarin. – AP.

CAPE CANAVERAL, Florida 27 April – Ahli sains yang lumpuh, Stephen Hawking teruja merasai pengalaman bebas berat badan semalam dengan mengikuti penerbangan graviti sifar yang membolehkan beliau tidak duduk di atas kerusi roda untuk satu tempoh yang singkat.

“Ia sangat menakjubkan,” katanya selepas penerbangan dua jam dalam pesawat yang diubah suai dan meluncur seakan rollercoaster untuk mencipta keadaan mikro graviti.

“Angkasa, saya datang!” kata Hawking di Pusat Angkasa Kennedy.

Ahli sains dari Britain yang banyak menghabiskan masa dengan mengkaji lubang hitam dan graviti itu berharap pesawat tersebut akan menjadi pesawat pertama untuk misi angkasa 2009. “Dah lama saya ingin ke angkasa. Pesawat tanpa graviti ini adalah langkah pertama sebelum ke angkasa,” katanya bercakap pada sidang akhbar selepas menamatkan penerbangan itu semalam.

“Saya harap lebih ramai akan mengikuti langkah saya,” katanya lagi.

Empat orang doktor dan dua jururawat menemani Hawking dalam kapal G-Force One, kendalian Zero Gravity Corporation itu.

Kebiasaannya, syarikat tersebut mengenakan bayaran RM12,825 kepada penumpang, tetapi bayaran tersebut dikecualikan untuk Hawking.

Juruterbang terlatih akan memandu pesawat meluncur ke atas hingga ketinggian 10,000 meter sebelum menjunam semula 2,500 meter bagi membolehkan penumpang merasai penerbangan bebas graviti selama 30 saat.

Dalam penerbangan Hawking, pesawat tersebut membuat terjunan sebanyak lapan kali dan ahli sains itu dapat merasai empat minit tanpa graviti.

“Saya sudah berada di atas kerusi roda selama empat dekad, peluang untuk terapung dalam keadaan graviti sifar sangat menakjubkan,” katanya.

– AFP

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:18 AM   0 comments
RapidKL belum mesra OKU
Friday, April 20, 2007
Harian Metro, 20 april 2007

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

KUALA LUMPUR: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) didakwa tidak berlaku adil terhadap orang kurang upaya (OKU) negara ini kerana kemudahan pengangkutan bas OKU yang disediakan tidak mengikut spesifikasi keperluan mereka, selain mengenakan bayaran. Ini berikutan bas berkenaan dikatakan sukar untuk dinaiki serta membahayakan nyawa OKU terutama pengguna kerusi roda kerana landas gerak (ramp) yang pendek dan tidak dilengkapi alat bantuan hingga membolehkan mereka menggelongsor.

Presiden Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC), Francis Siva, berkata usaha murni RapidKL menyediakan kemudahan bas bagi OKU diakui baik dan harus dicontohi pihak lain, namun kelengkapannya yang tidak mesra OKU perlu diperbaiki secepat mungkin.

Katanya, sebelum mewujudkan kemudahan berkenaan, pihak pengurusan perlu mengadakan perbincangan dengan OKU kerana mereka pengguna utama yang akan memanfaatkan perkhidmatan berkenaan selain perlu disediakan mengikut keperluan dan keselesaan OKU.

“Kami menyambut baik usaha RapidKL memperkenalkan bas ini, namun kecewa apabila mendapati bas berkenaan tidak benar-benar selamat untuk dinaiki.

“Ia bukan saja menyukarkan berikutan ‘ramp’ yang pendek, malah ruangan dalam bas juga sempit menyebabkan pengguna kerusi roda sukar bergerak mahupun memusingkan kerusi roda mereka mengikut keselesaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Terapi Bantuan Haiwan untuk Warga Kurang Upaya dan Warga Emas (Petspositive), Anthony Siva Balan Thanasayan, berkata berdasarkan kemudahan sedemikian, tidak wajar bagi OKU sepertinya dikenakan bayaran walaupun diberi diskaun 50 peratus.

Ini kerana, katanya, bukan semua OKU mempunyai pekerjaan tetap dan mampu membayar tambang setiap kali menggunakan kemudahan bas berkenaan.

“Dengan mengenakan tambang dan kemudahan yang tidak mesra OKU seperti ini lebih membuatkan kami berasa terasing daripada kelompok masyarakat,” katanya yang berpengalaman lebih 20 tahun menaiki bas awam OKU di luar negara.

Anthony berkata, RapidKL perlu mencontohi negara Barat yang terlebih dulu menyediakan kemudahan OKU berciri teknologi seperti bas yang mempunyai pintu masuk berupa lif yang menyenangkan pengguna OKU.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:48 AM   0 comments
Badrulhisyam dapat sinar baru
Monday, January 15, 2007
Berita Harian, 15 Januari 2007

KUANTAN: "Bantuan kerusi roda ini memberi sinar baru kepada anak saya kerana selama ini dia tidak dapat bergerak dan hanya terbaring atas lantai akibat kecacatan sejak dilahirkan 21 tahun lalu," kata Yahya Mamat.
Beliau berkata, kesedihan anaknya, Badrulhisyam yang lumpuh dan hanya berbaring atas tikar kerana tidak boleh bergerak kini terubat kerana kerusi roda itu memudahkan anggota keluarga membawanya keluar.

"Selepas ini, Badrulhisyam boleh melihat sendiri kegiatan di luar rumah dan bantuan ini dapat menceriakan kehidupannya yang selama ini hanya berkurung dalam rumah.

"Sumbangan yang diberikan ini memang dialu-alukan dan berharap anak saya akan lebih selesa kerana kami akan bergilir-gilir membawanya bersiar-siar," katanya selepas menerima kerusi roda itu di rumahnya di Rancangan Rumah Murah Semambu Dua, di sini, semalam.

Kerusi roda berharga RM2,800 itu disumbangkan Kelab Rotary Kuantan oleh presidennya, R Annamalai.

Sementara itu, Annamalai berkata, sumbangan itu hasil daripada Tabung Amal kelab berkenaan.

Berdasarkan statistik setakat ini, sejumlah RM138,000 sudah dibelanjakan untuk membantu golongan memerlukan termasuk mereka yang menderita pelbagai penyakit.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:30 AM   0 comments
Tangan lumpuh jika leher diserang tibi
Berita Harian, 15 Januari 2007

Oleh Hafizah Iszahanid

Penyakit batuk kering boleh berlaku di luar paru-paru termasuk pada sendi, lutut dan tulang belakang

HAMPIR 90 peratus kecenderungan penyakit batuk kering (turbecolosis) atau dikenali sebagai tibi membabitkan bahagian paru-paru. Bagaimanapun 10 peratus daripada jumlah itu terjadi di luar paru-paru termasuk sendi, lutut dan tulang belakang. Tibi tulang belakang paling biasa di Malaysia. Bagaimanapun tidak ramai tahu mengenai perkara itu seperti mereka tidak tahu bahawa tibi di luar paru-paru berupaya membuatkan seseorang itu lumpuh jika tidak segera mendapat rawatan. Contohnya, jika tibi menyerang leher, tangan mungkin lumpuh.

Perunding Ortopedik dan Pembedahan Trauma, Dr Khaizatul Ezam Abu Bakar, berkata tibi tulang belakang atau disebut juga sebagai Pott’s paraplegia atau Pott’s disease disebabkan bakteria Mycobecterium tubercolosis.

“Sebenarnya tibi tulang belakang adalah penyakit lama yang memberi impak kesihatan kepada manusia sejak beratus-ratus tahun dulu,” katanya.

Tibi tulang belakang meningkat di seluruh dunia seiring dengan peningkatan pesakit HIV kerana antara golongan berisiko selain kanak-kanak dan orang tua adalah mereka yang mengalami masalah daya tahan penyakit.

“Tibi tulang belakang boleh terjadi kepada sesiapa saja tanpa mengira jantina dan had umur, tetapi dalam kajian akademik saya beberapa tahun lalu, satu pertiga pesakit di Malaysia adalah lelaki,” katanya.

Walaupun tibi tulang belakang terjadi mungkin di bahagian atas atau bawah tulang belakang, ia merebak melalui pernafasan seperti mana tibi yang membabitkan paru-paru.

Apabila seseorang itu terdedah kepada pesakit tibi paru-paru, dia berisiko untuk berhadapan dengan jangkitan di paru-paru atau sendi lain termasuk tulang belakang.

Bagi tibi tulang belakang, jangkitan boleh merebak dari dua tulang berdekatan kepada ruang disc yang bersambung. Jika satu tulang saja berjangkit, disc itu normal tetapi jika ia membabitkan dua ruas tulang yang bersifat avascular (tiada salur darah), nutrisi tidak dapat diterima.

Justeru, tisu disc akan mati, patah, kering dan rapuh. Keadaan ini menyebabkan ruas tulang meruncing dan boleh membuatkan tulang patah dan kerosakan tulang belakang.

Dr Khaizatul berkata, penyakit tibi tulang belakang mengambil masa untuk dikesan. Kerana itu pesakit harus pasti dengan simptom yang mereka alami dan berjumpa doktor.

Kegagalan mendapatkan rawatan dengan segera boleh mengancam nyawa. Disebabkan tibi sangat pandai ‘mengajuk’ (mimic) penyakit barah, diagnosisnya memerlukan biopsi.

SIMPTOM

# Turun berat badan
# Hilang selera makan
# Demam yang sekejap datang dan sekejap sembuh
# Rasa kebas
# Badan lemah
# Sakit tulang belakang
# Tulang belakang bongkok ke depan
# Berpeluh waktu malam

RAWATAN

Rawatan tibi tulang belakang hampir sama dengan tibi paru-paru. Ia membabitkan penggunaan antibiotik. Bagaimanapun pengambilannya lebih lama berbanding tibi paru-paru iaitu menjangkau antara sembilan bulan ke satu setengah tahun.

Dr Khaizatul berkata, jika rawatan tidak diteruskan, bakteria akan menjadi kebal pada antibiotik. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah berulang.

Antibiotik juga rawatan yang baik bagi masalah penyakit yang tidak kronik. Sebaliknya, jika keadaan menjadi serius dan pesakit tidak bertindak balas dengan ubat dalam tempoh dua minggu, simptom semakin teruk, kelumpuhan semakin teruk dan nanah berkumpul dengan lebih banyak, pembedahan menjadi penyelesaian.

Tibi tulang belakang juga boleh membawa maut jika tidak dirawat segera. Selain itu, kerosakan tulang belakang semakin teruk dan boleh merebak ke merata tempat termasuk otak.

Golongan Berisiko

# Mereka yang mempunyai daya ketahanan penyakit yang lemah (pesakit HIV)
# Terdedah kepada penyakit tibi
# Orang tua
# Kanak-kanak di bawah usia 10 tahun (tetapi masalah ini di kalangan kanak-kanak tidak sekerap orang dewasa)
# Kanak-kanak di negara terpencil dan miskin

FAKTA

# Ditemui pakar bedah British, Percivall Pott (1714-1788)
# Selalunya menyerang di bahagian atas tulang belakang
# 10 peratus pesakit tibi adalah pesakit tibi tulang belakang
# Boleh disembuhkan dengan antibiotik jika tidak serius

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:05 AM   0 comments
Kerusi roda ubah rutin hidup Nurul
Sunday, January 07, 2007
Berita Harian, 7 januari 2007

GOMBAK: Kerusi roda yang diterima Nurul Jannah Rosli, 7, semalam bakal mengubah rutin hariannya bagi menggapai cita-cita menjadi insan berguna. Dia yang didaftarkan sebagai orang kurang upaya (OKU) kerana tidak mampu berjalan mengalami kesukaran untuk ke sekolah, kini lebih bersemangat untuk belajar seperti rakan lain.

Murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak Satu itu tidak boleh berjalan sejak kecil selepas dilahirkan tidak cukup bulan. Adiknya, Mohamad Roszaini, 6, juga tidak boleh berjalan akibat lemas ketika dalam kandungan.

Kerusi roda itu disumbangkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Dr Rahman Ismail yang prihatin dengan nasib dua beradik itu memudahkan mereka bergerak ketika di sekolah.

Beliau berkata, kerusi roda itu ditempah khas bagi disesuaikan dengan fizikal kanak-kanak.

“Diharap sumbangan ini dapat mengurangkan kesukaran ibu bapanya yang selama ini terpaksa mendukung anak ke sekolah,” katanya.

“Setiap Sabtu, saya berada di Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Gombak bagi mendengar masalah penduduk, manakala Ahad saya turun padang meninjau aduan dikemukakan,” katanya.

Sepanjang tahun lalu, Datuk Dr Rahman menyumbangkan 50 kerusi roda kepada OKU sekitar Gombak.

Sementara itu, ibu dua pelajar itu, Noorfazini Awang, 26, berkata sumbangan itu akan digunakan bagi menghantar anaknya ke sekolah.

“Saya berterima kasih kepada Datuk Dr Rahman kerana menyumbangkan kerusi roda ini yang membawa erti besar kepada anak saya.

“Selama ini saya terpaksa mendukungnya pergi balik sekolah tetapi dengan kerusi roda ini mudahlah sikit,” katanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:15 PM   0 comments
Harian Metro
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Dari Penulis/ Owner Weblog OKU 2
Assalamualaikum...

Weblog ini diwujudkan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat-maklumat berkenaan OKU.

Ia merupakan kesinambungan dari weblog oku 1 iaitu Anything About Disabled People.

Penulis/ owner of this blog adalah seorang OKU yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada Ogos 1992 di lebuhraya Paloh Inai, Kuantan, Pahang.

Itulah serba sedikit mengenai biodata penulis/ owner blog.

Wassallam...

Blogger

1 January 2007
Previous Post
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER


40 Reasons why you should join AGLOCO

1. You can make money safely, legitimately, and easily.

2. It takes maybe three minutes to join.

3. You need nothing more than a working computer connected to the Internet.

4. You don't have to enter any sensitive information to join.

5. You don't have to buy anything to join.

6. You don't have to buy anything ever once you are a member.

7. It's easy to cancel if you don't want to be a member any more.

8. You'll only download a small free toolbar that won't install anything else on your computer, hog its memory, or read your keystrokes.

9. You'll make the same amount of money even if you never click on anything.

10. AGLOCO is the real deal, not some little scam. A good number of notable entrepreneurs are backing it. A Google search with keyword "agloco" will net you 1 million pages and counting.

11. Very important: AGLOCO's business model has been tried before and proven to work. In fact, AGLOCO's predecessor paid out over $120 million to its members (this is what finally convinced me).

12. You can dramatically increase your income by referring other people to AGLOCO, because...

13. ...AGLOCO pays you a portion of the surf money earned by those you referred up to 5 levels below you. So...

14. You can recruit your friends and all make money together when you help them get referrals. Thus,

15. The sooner you sign up, the more folks will come to you for info and the more likely it is that you will be the original seed of a large referral network in your community.

16. You never have to read emails from people you don't know.

17. You'll never be asked to send emails to people you don't know.

18. You don't have to change anything you normally do on the Internet. You surf, AGLOCO pays.

19. AGLOCO's revenue source is genuine: a Viewbar members use that shows targeted advertisements based on your surf history, with the money paid to advertise going back to the members. That's not magic; that's common sense.

20. The Viewbar software you will download will not invade your privacy; it simply looks for keywords on the pages you view in order to show related ads.

21. The Viewbar is maybe the size of your taskbar at the bottom of your screen - in other words, it's small and won't interfere with your browsing experience at all.

22. AGLOCO has a thorough privacy policy that explicitly guarantees personal information will never be sold or given away.

23. In fact, AGLOCO has not one but three agreements every member must agree to. The bases are covered.

24. AGLOCO has a CPO - Chief Privacy Officer - whose responsibility is to make sure your privacy is never violated. His name is Ray Everett-Church, and he has more experience protecting privacy than probably anyone else on the planet.

25. AGLOCO doesn't play; anybody providing fake information, signing up twice, or otherwise trying to cheat the system will be detected by AGLOCO's anti-hacking instruments. This is an honest enterprise through and through.

26. By signing up, you support the company that will change Internet advertising for the better.

27. By signing up, you get to own a piece of the company that will change Internet advertising for the better. AGLOCO belongs to its members, which is to say that...

28. ...you will own stock (more if you refer people) in a company that is likely to become huge and thus your stock will be worth something awesome when AGLOCO goes public on the London Stock Exchange.

29. You will likely find that other AGLOCO members, especially now in the early stages of AGLOCO, are some of the Web's savviest users and developers, and you can learn a bunch from them.

30. You get to be on the cutting edge of World Wide Webware development, which means that as AGLOCO grows, its members will benefit from...

31. ...discounts when members buy from companies affiliated with AGLOCO;

32. ...possible help with spyware/antivirus protection (remember, everyone from Fortune 500 companies to millions of users will all benefit from a better browsing experience);

33. ...community forums where members can meet and discuss not just stuff, but ways and member-based projects to make AGLOCO better (it is our company).

34. Our company is in good hands. AGLOCO pays 10% of its revenues to Infomediary Services Corporation (ISC), which is simply the management company that is responsible for managing AGLOCO. The other 90% of the revenue belongs to us. This 10% will attract the designing talent needed to make AGLOCO great. The corresponding 10% of AGLOCO's shares go to a foundation dedicated to providing every human being on Earth with Internet access.

35. AGLOCO's management team will not get stock in AGLOCO. This ensures that those in positions of high responsibility don't hijack the company.

36. Though circumstances will vary, you can get paid and earn shares no matter where on Earth you live.

37. If you choose, you can donate your earnings and shares to the charity of your choice.

38. If you get involved in referring more members, you might be able to quit your day job and actually spend time at home, with your family, on vacation, wherever - and still make money.

39. If AGLOCO fails, you won't lose any money because you paid none in the first place.

40. AGLOCO ain't gonna fail. The last time such an opportunity existed, people made over $120 million in under 2 years, when far less people had Internet access and conditions weren't yet right for such a company to go public. Now, with record spending on advertising and calls from all sides for less irrelevant advertising and a better business/customer connection, the world is more than ready for an economic network that gives back to its users.

Now, if you aren't yet a member, after everything I just told you, you're not going to go and sign up?

Author: Michael H. Lewis

© 2006 Weblog OKU 2 .Template by Isnaini Dot Com