Weblog OKU 2

This blog are use both English language and Malays langauge. Anything issues about disabled people can be disscused here. This Blog also known as WEBLOG OKU. Blogger 1 January 2007

 
Menu
|Weblog OKU 1| |Weblog OKU 2| |Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |e-Book|
Iklan





Kunjungan Pelawat


Pengunjung Online
Waktu Malaysia
Waktu Solat
Borak

Free shoutbox @ ShoutMix
Website OKU
Labels
Harakahdaily Yahoogroups

Jom ke yahoo group Harakahdaily!

Harakahdaily

Fri | Jun 22, 07 | 03:55:05 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Ingin mendapatkan berita muktahir dan terkini?

Ingin bersantai sambil membaca berita-berita serta maklumat alternatif sewaktu bercuti?

Atau ingin melengkapi diri dengan perkembangan semasa dengan maklumat alternatif?

Kini anda berpeluang untuk mendapat segalanya dengan menyertai yahoo group Harakahdaily.

Para peminat, penyokong dan pembaca berita alternatif dipelawa untuk menyertai secara percuma yahoo group ini.

Apa yang perlu anda lakukan adalah layari; http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily dan daftarkan diri untuk mendapatkan segala maklumat melalui emel peribadi anda.

Jom meriahkan sumber maklumat dan pemberitaan alternatif terkini!

Subscribe to harakahdaily
Powered by groups.yahoo.com

Jemputan Menyertai GOKUM
Subscribe to gokum
Powered by groups.yahoo.com
Ibu tabah jaga 4 anak cacat dapat simpati isteri MB
Friday, August 10, 2007
Harakahdaily, 10 ogos 2007

Salmah Mat Husain

Fri | Aug 10, 07 | 03:51:37 PM

TUMPAT, 10 Ogos (Hrkh) – Apa perasaan anda sekiranya ditakdirkan lima daripada sembilan anak yang dikurniakan Allah cacat dari segi fizikal dan mental. Tiada ungkapan yang mampu dilafaz, melainkan tabah dan redha.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Inilah hakikat yang ditempuhi pasangan suami isteri Noraini Ismail dan Mohd Zain Abdullah dari Kampung Kok Keli. Ia sudah menjadi asam garam bagi kehidupan mereka.

Lima dari sembilan anaknya menghidap penyakit ‘metapolik’ (ketidakupayaan fizikal dan mental) yang memerlukan penumpuan sepenuh sepanjang masa.

Bagaimanapun seorang daripadanya iaitu anak sulung kepada pasangan itu telah meninggal dunia. Dan sekarang tinggal empat anaknya yang mengidap penyakit tersebut iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Noraini ketika ditemui berkata, bukan sahaja perhatian penuh diberi kepada mereka, sebaliknya memerlukan peruntukan agak besar untuk membeli lampin pakai buang.

“Walaupun saya mendapat sumbangan sekitar RM600 sebulan dari orang ramai serta beberapa pihak lain, namun ia masih belum mencukupi,” ujarnya yang mendapat anugerah Fatimah Az-Zahra kategori khas ibu yang cekal sempena sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri di sini, baru-baru ini.

Hasil kemenangan itu melayakkan beliau menerima wang tunai RM2,000, trofi dan sijil penyertaan yang disampaikan Raja Perempuan Kelantan.

Ketabahan Noraini dan suaminya ternyata menyentuh perasaan hadirin yang berada di Dewan Besar Balai Islam ketika biodatanya dibaca.

Tidak kurang juga, situasi yang sama meruntun perasaan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana ketabahan luar biasa pasangan itu menjaga empat anak istimewa.

Dan sehari selepas itu, isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak bersama anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Aziz Yunus serta isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid mengunjungi rumah Noraini.

Pada kunjungan itu, Tuan Sabariah dan anggota rombongan benar-benar tersentuh hati melihat keempat-empat anak Noraini.

Pada kesempatan itu beliau memberi kata-kata semangat kepada ibu tersebut agar tabah menjalani kehidupan seharian walaupun diuji dengan kehadiran anak-anak yang tidak sempurna.

Tuan Sabariah turut menghulurkan sumbangan wang tunai, hamper dan barangan keperluan harian. Abdul Fattah dan Siti Zubaidah juga memberi sumbangan wang.

Kisah penderitaan keluarga Noraini pernah disiarkan dalam rancangan Bersamamu terbitan stesen TV3 yang diketengahkan hasil usaha seorang pemuda kurang upaya Roslan Ismail dari Pulau Seratus.

Roslan yang juga hadir di rumah Noraini turut menerima sumbangan wang daripada Tuan Sabariah dan Siti Zubaidah.

“Saya begitu terharu di atas keprihatinan isteri Menteri Besar dan pemimpin kerajaan negeri yang cakna terhadap nasib rakyat,” ujarnya. - mj

Labels: ,


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:15 PM   0 comments
Zurina tabah jaga 2 anak cacat fizikal
Friday, August 03, 2007
http://groups.yahoo.com/group/gokum/message/2983

SETIAP ibu tentu mahukan anak yang sempurna sifatnya ketika dilahirkan malah
sanggup berpantang daripada melakukan sesuatu yang tidak elok ketika mengandung
kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku ke atas bayi yang akan dilahirkan.

Namun, semuanya takdir Ilahi. Walaupun setiap ibu bapa itu mahukan zuriat yang
normal, ada antara mereka terpaksa menerima hakikat kekuasaan Tuhan apabila
dikurniakan anak yang cacat.

Bagi seorang ibu, Zurina Salleh, 33, dari Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal,
Kuala Terengganu, dia tetap tabah menerima kehadiran dua anaknya yang mengalami
kecacatan fizikal walaupun terpaksa menghadapi pelbagai dugaan ketika
membesarkan mereka.

Menurutnya, dua anaknya, Mohd Amirul Zainuddin, 8, dan adiknya, Nur Aina
Nadirah, 6, mula mengalami penyakit kejang otot sejak masing-masing berusia tiga
tahun. Kini mereka berdua tidak mampu bergerak.

"Walaupun terpaksa memberi sepenuh perhatian kepada mereka berdua, saya reda
dengan ketentuan takdir dan tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang membebankan
malah hati saya sentiasa tenang apabila melihat raut wajah mereka," katanya.

Zurina berkata, dua anaknya itu dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain
namun, selepas berusia tiga tahun, keadaan fizikal mereka berubah dan tidak
mampu bergerak.

"Saya tidak tahu punca sebenar anak saya mengalami penyakit sedemikian kerana
saya tidak mempunyai saudara mara yang menghidap penyakit seperti itu.

"Sedih memanglah sedih, apa tidaknya seorang demi seorang anak saya mengalami
kecacatan selepas berusia tiga tahun tetapi apabila memikirkan ia datang
daripada Allah dan mungkin ada hikmahnya, saya reda menerima mereka berdua,"
katanya.

Zurina tidak menjangka kelahiran anak sulungnya, Mohd Amirul, lapan tahun lalu
dalam keadaan sempurna dan mampu bermain bersama rakan-rakannya ketika berusia
tiga tahun, tiba-tiba berubah menjadi lemah dan tidak bermaya.

"Sebagai ibu, saya gembira apabila melihat Amirul membesar dengan sempurna
tetapi saya tidak pernah menyangka sesuatu yang pelik akan berlaku ke atasnya.
Dia tiba-tiba rebah ketika bermain dan otot-ototnya menjadi kejang.

"Saya membawanya berjumpa doktor dan mengesahkan anak saya itu mengalami
penyakit kejang otot serta sukar untuk dipulihkan," katanya.

Menurutnya, keadaan demikian juga berlaku ke atas anak keduanya, Aina yang
menghidap penyakit yang sama ketika berusia tiga tahun tetapi keadaan Aina
sekarang belum seteruk Amirul.

"Saya akan terus menjaga mereka berdua, menukar lampin serta menyuapkan
makanan mereka selagi saya terdaya," katanya.

Zurina berkata, dia juga mengharapkan mana-mana pakar perubatan tradisional
supaya tampil memberi bantuan untuk mengubati penyakit anaknya kerana masih
yakin penyakit anaknya dapat dipulihkan.

"Doktor mengesahkan anak saya memang sukar dipulihkan dan boleh dikurangkan
dengan melakukan terapi tetapi sekiranya ada pihak yang boleh menawarkan rawatan
percuma ke atas anak saya, saya mengharapkan mereka datang melihat anak saya,"
katanya.

Zurina berkata, dengan pendapatan suaminya sebagai buruh kilang, dia tidak
mampu menghantar anaknya untuk mendapat rawatan kerana ia memerlukan
perbelanjaan yang besar.

Sementara itu, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu
anaknya terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi bantuan kerusi roda
dan bantuan bulanan untuk mereka.

Orang ramai yang bersimpati dengan dua beradik ini bolehlah menghubungi
Bahagian Kebajikan NSTP, The New Straits Times Press Berhad, Jalan Riong, Kuala
Lumpur.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 11:35 AM   0 comments
RM50,000 bertabur depan bank
Thursday, June 28, 2007
Berita Harian, 28 jun 2007

Oleh Hussain Said

SEREMBAN: Seorang perompak sempat mengutip wang tunai kira-kira RM20,000 yang bertaburan di atas lantai selepas sampul surat yang cuba diragut daripada seorang ahli perniagaan koyak di hadapan bangunan Maybank di Jalan Datuk Bandar Tunggal di sini, tengah hari semalam, sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, dia gagal mengambil baki kira-kira RM30,000 yang bertaburan selepas ahli perniagaan itu menjerit meminta tolong, dalam kejadian jam 12.15 tengah hari.

Mangsa berusia lingkungan 40-an dan menggunakan tongkat berkata, ketika kejadian itu beliau dalam perjalanan ke bank untuk memasukkan wang tunai RM50,000 apabila tiba-tiba seorang lelaki menerpa ke arahnya dan meragut sampul dipegangnya.

"Ketika dia cuba merampas, sampul itu terkoyak mengakibatkan semua wang bertaburan di lantai berhampiran bank.

"Lelaki itu bagaimana pun sempat mengutip sebahagian wang tunai (dianggarkan RM20,000) sebelum melarikan diri menaiki kereta Honda Accord berwarna perak dipandu rakannya," katanya ditemui di tempat kejadian, semalam.

Ahli perniagaan berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau gagal berbuat apa-apa kerana kejadian itu berlaku dengan pantas.

Mangsa berkata, apabila beliau menjerit meminta pertolongan orang ramai yang berada berdekatan di tempat kejadian bertempiaran lari mungkin bimbang dicederakan lelaki terbabit.



Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Ahmad Mahmud mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:49 AM   0 comments
Ibu perlu bantuan beli pam sedut kahak anak
Wednesday, June 06, 2007
Berita Harian, 6 jun 2007

KUALA TERENGGANU: Seorang ibu, Zurina Salleh, 33, dari Kampung Serdang Baru, di sini memerlukan bantuan untuk membeli pam menyedut kahak dua anaknya yang mengalami cacat fizikal, yang dianggarkan bernilai RM1,000.

Kata Zurina, dua anaknya yang mengalami penyakit kejang otot ketika berusia tiga tahun amat memerlukan alat itu kerana ketika ini dia hanya menggunakan jari untuk mengeluarkan kahak yang sering keluar dari mulut anaknya itu.

"Suami saya hanya seorang buruh dan pendapatannya hanya cukup untuk perbelanjaan harian kerana itulah saya tidak mampu membelinya yang dianggar berharga RM1,000.

"Pam menyedut kahak itu disyorkan oleh pihak hospital dan boleh dibeli di farmasi," katanya.

Zurina berkata, dengan ada alat itu juga, dua anaknya, Mohd Amirul Zainuddin, 8, dan Nur Aina Nadirah, 6, dapat bernafas dengan sempurna.

Katanya, selain itu anaknya juga mengharapkan supaya ada pihak yang mendermakan kerusi roda khas untuk kanak-kanak kepada kedua-dua anaknya itu bagi memudahkan pergerakan anaknya.

"Kerusi khas itu agak mahal, saya memang tidak mampu membelinya. Dengan adanya kerusi itu sekurang-kurangnya dapatlah saya membawa mereka bersiar pada waktu petang," katanya.


Labels: ,


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:01 AM   0 comments
Rosdalila perlu RM7,800 ganti kaki palsu
Friday, May 18, 2007
Berita Harian, 18 mei 2007

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang kudung kaki kiri sejak berumur sembilan tahun memerlukan RM7,800 untuk mendapatkan kaki palsu bagi membolehkannya berjalan seperti insan sempurna lain.

Rosdalila Yaacob, 25, yang kakinya dipotong kerana kanser tulang memerlukan bantuan kewangan secepat mungkin kerana kaki palsu sedia ada sudah tidak boleh digunakan.

Ibunya, Zainab Saad, berkata kaki palsu yang dibeli sejak empat tahun lalu, ketika Rosdalila berusia 21 tahun sudah tidak muat lagi.

“Ia menyukarkan pergerakannya dan dengan pendapatan RM600 sebulan sebagai penoreh getah, saya dan Rosdalila tidak mampu mengumpul wang sebanyak itu.

“Sebahagian pendapatan pula perlu diperuntukkan untuk kos perubatan Rosdalila, selain perbelanjaan seharian,” katanya di Balai Berita, di sini, semalam.

Disebabkan masalah kesihatan, Rosdalila hanya bersekolah hingga Tahun Enam kerana pergerakannya terhad serta perlu kerap ke hospital bagi rawatan lanjut.

Rosdalila yang berasal dari Perak juga terpaksa mendapatkan rawatan kimoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setiap tahun akibat penyakitnya dan pernah menerima sumbangan kaki palsu menerusi bantuan Unit Kebajikan, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) kira-kira sembilan tahun lalu.

Zainab berkata, adik beradik Rosdalila yang semuanya wanita juga tidak berkemampuan menghulurkan bantuan bagi pembelian kaki palsu berkenaan kerana mereka hanya suri rumah dan hidup dalam kesempitan.



Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghantar cek kepada Berita Harian (dengan catatan nama penerima di belakang cek) dan dialamatkan ke Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau hubungi 03-22822323.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:37 AM   0 comments
Pengawal kem PLKN tak bertimbang rasa
Friday, May 04, 2007
Berita Harian, 4 Mei 2007

SEBAGAI Orang Kurang Upaya (OKU), saya kesal sikap pengawal keselamatan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Teluk Rubiah, Seri Manjung, Perak kerana tidak membenarkan kereta yang saya naiki masuk ke pekarangan kem berkenaan. Peristiwa itu berlaku jam 4 petang 25 Mac lalu ketika kami sekeluarga ke sana untuk menemui anak perempuan kami yang menjalani latihan PLKN Kumpulan 2, Siri 4/2007.

Apabila kami sekeluarga sampai di pintu pagar kem PLKN berkenaan, kami meminta kebenaran daripada pengawal keselamatan yang bertugas supaya membenarkan kereta masuk ke pekarangan kem itu bagi membolehkan saya diturunkan.

Saya amat dukacita apabila pengawal itu tidak membenarkan kereta masuk walaupun sekejap bagi membolehkan keluarga saya menurunkan saya. Pengawal keselamatan itu sungguh angkuh dan tidak bertimbang rasa. Kerana terlalu rindukan anak, keluarga terpaksa memapah saya sambil berjalan perlahan-lahan ke pekarangan kem PLKN berkenaan.

A H AL-ASHAARI,

Parit, Perak.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:12 AM   0 comments
Mohd Muslim selesa berkerusi roda
Tuesday, April 24, 2007
Berita Harian, 24 april 2007

Oleh Mohd Rafi Mamat

KUANTAN: Penderitaan Mohd Muslim Roslan, 16, yang tidak mempunyai kedua-dua tangan dan kaki, mendapat perhatian daripada pembaca Berita Harian dan New Straits Times (NST) yang menyalurkan sumbangan kerusi roda jenis Invacare buatan Amerika Syarikat berharga RM4,500.

Kerusi roda model 9000 XT dengan berat 11 kilogram (kg) itu memudahkan anak keempat daripada lima beradik itu bergerak di luar rumah.

Bagi Sarifah Ahmad, 46, hanya ucapan terima kasih dapat diberikan kepada seluruh pembaca Berita Harian-NST yang sudi menyumbangkan kerusi roda kepada anaknya yang sebelum ini pergerakannya terbatas di dalam rumah.

"Dengan kerusi roda ini, Mohd Muslim dapat ke padang permainan melihat rakannya bermain bola sepak selain bersiar-siar sekitar kawasan Felda Bukit Sagu Dua dan sekitarnya.

"Walaupun terpaksa dibantu, namun kerusi roda ini dapat mengurangkan beban keluarga kami," katanya selepas menerima kerusi roda yang diserahkan Ketua Biro Eksekutif Berita Harian Pahang, Ahmad Ghazali Musa, di rumahnya di Felda Bukit Sagu Dua, dekat sini, semalam.

Pada majlis sama, Mohd Muslim turut menerima cek RM1,500 sumbangan pembaca Berita Harian-NST yang prihatin terhadap nasib remaja berkenaan.

Sarifah berkata, sebelum ini, dia ada membeli kerusi roda bayi untuk membawa Mohd Muslim bersiar-siar, tetapi sejak kejadian anaknya terjatuh dalam longkang sehingga menyebabkan giginya patah, ia tidak lagi digunakannya.

Beliau berkata, pada peringkat awal, Muslim mungkin menghadapi masalah untuk naik ke atas kerusi roda berkenaan berikutan kedudukan kerusi itu agak tinggi.

Sementara itu, Mohd Muslim berkata, hidupnya kini lebih bermakna apabila berpeluang melihat persekitaran luar rumahnya.

Beliau yang agak pendiam dan pemalu juga ingin menyambung persekolahan selepas hanya belajar di tadika sebelum ini.

Sebelum ini, kisah Mohd Muslim turut mendapat perhatian pakar Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang sedia mencipta kerusi khas yang memiliki ciri kenderaan pacuan empat roda bernilai kira-kira RM50,000.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:12 AM   0 comments
Anak kembar cacat: Pemuda PAS bantu ringan beban keluarga Solleh
Monday, April 23, 2007

Harakahdaily, 23 April 2007

Mohd Sabri Said Mon | Apr 23, 07 | 12:43:20 PM
PERMATANG PAUH, 23 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat menyumbangkan RM3,700 kepada keluarga Solleh Ahmad, 42, untuk membantu pembiayaan membeli kerusi roda khas bagi kegunaan anak kembar cacatnya, adik Noor Shafawani dan Shaqilah yang kini berusia enam tahun. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Azizi Ayob ketika mengadakan lawatan ke kediaman mereka di Kuaters Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang petang semalam.

ImageTurut hadir ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Nordin; Exco Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah; Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh, Ustaz Zakaria Hamzah dan beberapa orang Jawatankuasa Pemuda peringkat kawasan.

Menurut Azizi, sumbangan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan penderitaan keluarga Solleh dan isterinya, Zauyah Abdullah Hadi, 42, yang terpaksa bergilir-gilir menjagai kedua anak cacatnya.

Selain mempunyai anak kembar cacat berusia enam tahun iaitu adik Noor Syafawani yang cacat anggota tangan dan kaki akibat menghidap penyakit kejang otot (cerebral palsy) dan Noor Shaqilah tiada sebarang pergerakan sejak lahir kerana menghidap penyakit kepala berair (hydrocephalus) mereka juga mempunyai seorang anak lelaki sulung normal, adik Mohd Syazwan, 10.

"Awal pagi lagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayob menghubungi memberitahu kisah seorang bapa merayu kerusi roda khas untuk kembar cacat terpampang di muka depan akhbar. Beliau meminta kami wakilkan daripada Pemuda PAS Pusat bagi menghulurkan bantuan, " ujar Azizi.

Sementara itu, Solleh Ahmad ketika menceritakan kisah penjagaan anaknya menambah, beliau yang bekerja petang di Pejabat Pos Butterworth akan mengasuh kedua kembar cacat pada sebelah pagi sehingga pukul 4.30 petang setiap hari.

Tugas itu akan disambung oleh anak sulungnya kira-kira setengah jam sebelum isterinya yang bertugas di bahagian pemulihan cara kerja, Hospital Seberang Jaya pulang pada jam 5.00 petang.

Setelah berita mengenai kisahnya tersiar dalam akhbar ramai individu dari pelusuk tanah air menelefon bertanyakan masalah anaknya serta menghulurkan bantuan.

Menurut isterinya, semasa berurusan dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Urus Zakat (PUZ) mereka terasa dipermainkan.

"Saya rasa terkilan dengan JKM kerana menolak permohonan untuk mendapatkan bantuan kerusi roda khas dengan alasan pendapatan suami saya RM900 dan saya RM898 sebulan telah melebihi kelayakan Yayasan Kebajikan Malaysia, " terangnya.

Sedangkan sambungnya, hasil pendapatan berdua baru RM1798 tidak tolak kos membeli lampin, perubatan, keperluan hidup serta pendidikan anak sulungnya.

Namun begitu, beliau sekeluarga tidak mahu membesar-besarkan isu ini sebaliknya menerima sahaja keputusan yang telah dibuat oleh kedua-dua agensi itu.

Bukan apa tambah Zauyah, keperluan memiliki kerusi roda khas itu semata-mata untuk membawa kedua anaknya ke hospital empat kali sebulan.

Sekarang ini ujarnya, keduanya telah besar dan sukar untuk kami mendukung kerana berat Syafawani 10 kilogram manakala adiknya Noor Shaqilah meningkat 26 kg.

Walau bagaimanapun, beliau bersyukur Dewan Pemuda PAS Pusat kerana prihatin untuk membantu membeli kerusi roda khas yang berharga sekitar RM3,600.

"Apa pun kami sekeluarga berterima kasih pada Dewan Pemuda PAS Pusat khususnya YB Salahudin Ayob dan kepimpinan Pemuda PAS Negeri yang sudi menyumbangkan peruntukan tersebut, " tegasnya gembira.- mks.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:52 PM   0 comments
Ramai tawar bantu kembar cacat
Utusan Malaysia, 23 April 2007


Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN

ARIFF Shah Omar Shah (kanan) bergurau dengan Noor Syafawani sambil diperhatikan oleh ibu bapanya, Solleh Ahmad (memangku kembarnya, Noor Shaqilah) dan Zauyah Abdullah Hadi di rumah mereka di Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam.

BUKIT MERTAJAM 22 April – Ibu bapa kembar cacat berusia enam tahun, Noor Syafawani dan Noor Shaqilah Solleh hari ini menerima panggilan telefon bertubi-tubi termasuk dari Brunei bagi menyatakan hasrat membantu mendapatkan kerusi roda khas untuk kegunaan anak mereka.

Pasangan Solleh Ahmad, 42, dan Zauyah Abdullah Hadi, 42, cukup terharu kerana selepas kisah anak mereka dipaparkan pada muka depan Mingguan Malaysia, pelbagai pihak tampil menawarkan bantuan kewangan bagi meringankan bebanan mereka terutama untuk membeli kerusi roda yang amat diperlukan itu.

Malah, sebuah institusi pengajian tinggi swasta, Universiti Terbuka Malaysia (Open University) turut menyatakan kesediaan untuk mendapatkan sebuah kerusi roda khas bagi memudahkan pergerakan pasangan kembar tersebut. Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO, Datuk Subahan Kamal turut menghubungi pasangan suami isteri itu bagi menyampaikan komitmen pergerakan itu untuk menyumbang sebanyak RM5,000 untuk menampung kos perubatan dan peralatan harian anak kembar mereka.

Di Kuala Selangor, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil meluluskan pembelian kerusi roda khas bagi kegunaan kanak-kanak malang itu secepat mungkin.

Shahrizat selaku Pengerusi Yayasan Kebajikan Masyarakat (YKM) juga meluluskan pemberian bantuan bulanan RM300 untuk membeli lampin dan barangan keperluan kembar tersebut.

Solleh yang menerima terlalu banyak panggilan dari seluruh negara sejak pagi tadi nyata cukup terharu dengan keprihatinan masyarakat terhadap masalahnya sekeluarga.

‘‘Beberapa individu dari Brunei pun ada hubungi kami dan mereka meminta nombor akaun kami bagi memudahkan mereka menghulurkan bantuan kewangan.

‘‘Ada juga yang mahu memberikan kerusi roda tapi saya terpaksa tolak kerana sudah banyak pihak yang menyatakan kesediaan untuk membelikan alat itu kepada anak kami,” katanya ketika ditemui semasa kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Seberang Jaya, Ariff Shah Omar Shah di rumahnya di sini.

Ariff Shah mengunjungi rumah kembar cacat itu bagi menyerahkan sendiri sebuah kerusi roda khas bernilai RM1,900 untuk kegunaan Noor Syafawani.

Petang ini pula, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salehuddin Ayub melalui wakilnya menghulurkan sumbangan RM3,700 kepada pasangan suami isteri itu.

Mingguan Malaysia semalam menyiarkan kesengsaraan Solleh yang juga kakitangan Pos Malaysia dan isteri dalam menjaga kedua-dua anak kembar kesayangan mereka yang terlantar sejak dilahirkan pada 10 Disember 2001.

Noor Syafawani cacat anggota tangan dan kaki akibat menghidap penyakit kejang otot (cerebral palsy) manakala adiknya, Noor Shaqilah, tidak ada sebarang pergerakan sejak lahir kerana menghidap penyakit kepala berair (hydrocephalus).

Lebih menyedihkan, permohonan Solleh untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk membeli kerusi roda khas dan bantuan makanan untuk anak-anaknya itu ditolak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang, baru-baru ini.

Shahrizat ketika ditemui semasa Program Nur Bestari di Dewan Kampung Jaya Setia, Kuala Selangor memberitahu penolakan permohonan itu adalah mengikut garis panduan bahawa kakitangan kerajaan tidak layak mendapat kemudahan JKM.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan akan menghantar pegawai YKM untuk melihat keadaan kembar berkenaan dan menggunakan kuasanya sebagai menteri bagi meluluskan bantuan yang sewajarnya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:11 AM   0 comments
Birokrasi punca Muslim tak diterima bersekolah
Sunday, April 22, 2007
Berita Minggu, 22 April 2007

KUANTAN: Bapa Mohd Muslim, Roslan Man mengakui terpaksa menyembunyikan kecacatan anaknya, tanpa kedua-dua tangan dan kaki daripada pengetahuan isterinya sebaik dilahirkan.
“Bukan tidak mahu menerima takdir tetapi kecacatannya tanpa kedua-dua tangan dan kaki dibimbangi menjejaskan kesihatan isteri (Sharifah Ahmad) ketika itu.

"Bagi mengelak isteri terkejut, Mohd Muslim dibungkus dengan kain lampin sama seperti bayi lain dan urusan memandikannya dibuat sepenuhnya oleh bidan tanpa diketahui isteri berhubung kecacatannya.

"Hanya selepas dua hari, isteri dimaklumkan perkara sebenar dan walaupun sedih dengan kekurangannya, saya dan isteri tabah menerima anugerah Allah ini," katanya.

Beliau berkata, anaknya sangat aktif dan dihantar ke tadika ketika berusia enam tahun. Dia tekun belajar membaca, tetapi hasratnya memasuki sekolah Tahun Satu pada 1998, tidak diterima kerana kecacatannya itu.

Roslan berkata, dia kecewa kerana kerenah birokrasi menyebabkan Mohd Muslim bukan saja gagal meneruskan persekolahan, malah bantuan yang sepatutnya diterima sebagai orang kurang upaya (OKU) juga tidak pernah dinikmati sehingga kini walaupun permohonan sudah dikemukakan," katanya.

Selain Mohd Muslim, empat lagi anak Roslan ialah Faradina, 22; Noruzita, 20; Norsarida, 18; dan Mohd Hisham, 15, normal.

Roslan yang memiliki pendapatan bersih kira-kira RM400 sebulan berkata, dia sedih memikirkan masa depan Mohd Muslim, jika ditakdirkan dia dan isteri yang kini bekerja kilang coklat di Semambu, meninggal dunia.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:55 AM   0 comments
UMP cipta kerusi untuk lelaki tanpa kaki, tangan
Berita Minggu, 22 april 2007

Oleh Sariha Mohd Ali

KUANTAN: “Saya boleh menggolekkan badan atas jalan raya tetapi bahaya dan terpaksalah bapa saya mendukung setiap kali ke bandar untuk membeli-belah,” kata Mohd Muslim Roslan, 16, yang tidak mempunyai kedua-dua tangan dan kaki. Walaupun cacat, Mohd Muslim yang agak pendiam dan pemalu, tidak mahu menyusahkan keluarganya.

"Dulu, saya malu dengan keadaan begini tetapi sekarang tidak lagi. Saya cuma berharap dapat bergerak sendiri bagi menghilangkan kebosanan berkurung di rumah dan terpaksa menonton kawan-kawan bermain di pintu rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Felda Bukit Sagu 2 dekat sini, semalam.

Penderitaan Mohd Muslim untuk bergerak sendiri, mendapat perhatian sekumpulan pakar dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang sedia mencipta kerusi khas memiliki ciri kenderaan pacuan empat roda bernilai kira-kira RM50,000.

Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UMP, Profesor Madya Dr Rosli Abu Bakar yang datang sendiri menemui Mohd Muslim di rumahnya berkata, sekumpulan enam pakar UMP akan mereka bentuk kerusi roda berkenaan untuk disiapkan dalam tempoh empat bulan.

"Kita simpati dengan keadaannya dan usaha mereka bentuk kerusi roda khas ini satu cabaran besar untuk kami kerana alat ini satu-satunya yang akan dilengkapi ciri keselamatan dan kemudahan pacuan empat roda.

"Secara kasar, kerja mereka cipta kerusi roda khas ini lebih sukar berbanding kerusi yang kami cipta untuk kegunaan murid kenit di Pekan baru-baru ini dan kosnya lebih mahal, kerana Mohd Muslim tidak mempunyai tangan dan kaki untuk mengimbangi badannya.

"Kita berharap sektor korporat membantu membiayai kos membina kerusi roda khas ini kerana kami hanya mampu menyumbang kepakaran untuk mencipta," katanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:52 AM   0 comments
Bapa rayu kerusi roda khas untuk kembar cacat

Mingguan Malaysia, 22 April 2007

Oleh: SAHBULAH DARWI


MENGHARAP BANTUAN...Solleh Ahmad dan isterinya, Zauyah Abdullah Hadi memangku anak kembar mereka yang berusia 6 tahun, Noor Shaqilah (kanan) yang menghidap penyakit kepala berair (hydrocephalus) dan Noor Syafawani, mengalami kejang otot (cerebral palsy) di rumah mereka di Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam. - Gambar SHAMSUDIN SALEH.
BUKIT MERTAJAM 21 April – Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Demikianlah yang dialami oleh seorang kakitangan Pos Malaysia, Solleh Ahmad, 42, dan isterinya, Zauyah Abdullah Hadi, 42, demi menjaga dua anak kembar mereka yang terlantar sejak dilahirkan.

Kedua kembar berusia enam tahun itu, Noor Syafawani cacat anggota tangan dan kaki akibat menghidap penyakit kejang otot (cerebral palsy) manakala adiknya, Noor Shaqilah tidak ada sebarang pergerakan sejak dilahirkan kerana menghidap penyakit kepala berair (hydrocephalus).

Penyakit tersebut dihidapi ketika mereka berusia kira-kira dua minggu akibat jangkitan kuman selepas dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan pada 10 Disember 2001.

Lebih menyedihkan, permohonan Solleh untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk membeli kerusi roda khas dan bantuan makanan untuk anak-anaknya itu ditolak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang, baru-baru ini. “Semasa bayi, kami boleh dukung mereka untuk ke mana-mana tetapi sekarang usia mereka sudah enam tahun dan badan Noor Syafawani sudah seberat 10 kilogram (kg) manakala Noor Shaqilah 26kg.

“Kami terpaksa berulang-alik membawa mereka ke hospital empat kali setiap bulan dan sekiranya kerusi roda yang khas ini ada maka mudahlah sedikit pergerakan mereka,” kata Solleh Ahmad ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, Noor Shaqilah terpaksa menerima rawatan perubatan berkala manakala Noor Syafawani menjalani rawatan fisioterapi, pemulihan cara kerja, telinga dan pertuturan setiap bulan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Disebabkan keadaan anak mereka itu, Solleh dan Zauyah terpaksa menjaga mereka secara bergilir kerana pada masa sama pasangan suami isteri itu terpaksa bekerja bagi menampung keperluan keluarga dan perbelanjaan perubatan anaknya.

Solleh memberitahu, selepas dia dan isterinya memandikan dan memberi minum susu kepada dua beradik itu pada awal waktu pagi, dia akan menjaga mereka sementara isterinya pergi bekerja.

“Saya akan pergi kerja pukul 4.30 petang dan isteri saya balik ke rumah pukul 5 petang maka anak saya yang sulung iaitu Mohd. Syazwan, 10, akan menjaga adik-adiknya di rumah dalam tempoh setengah jam itu sementara menunggu ibunya pulang,” jelasnya.

Zauyah yang bekerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di HSJ berkata, dua beradik itu tidak boleh berkomunikasi bahkan Noor Shaqilah hanya mampu membuka mulutnya tanpa suara atau terbatuk sebagai isyarat sekiranya berasa lapar dan diberi minum melalui saluran pada hidungnya.

Solleh berkata, mereka meminta bantuan JKM untuk memberi kerusi roda khas yang sesuai dengan Noor Shaqilah berharga kira-kira RM3,600 pada Februari tahun lalu.

Katanya, permohonan tersebut bagaimanapun ditolak dengan alasan pendapatan keluarga, iaitu Solleh yang bergaji RM900 sebulan dan Zauyah RM898 sebulan, melebihi kelayakan bantuan yang ditetapkan Yayasan Kebajikan Malaysia.

Zauyah memberitahu, PUZ pula tidak dapat memberi bantuan kerana alamat pada kad pengenalan mereka adalah di Kedah sedangkan wang zakat agensi itu diamanahkan hanya untuk penduduk Pulau Pinang.

“Jadi saya merayu kepada pihak berkaitan supaya dapat membantu anak saya ini dengan sumbangan kerusi roda untuk memudahkan mereka mendapat rawatan berkala setiap bulan,” ujarnya yang telah menetap di Pulau Pinang kira-kira 18 tahun.

Katanya, sumber kewangan keluarga tidak mencukupi untuk membeli kerusi roda dan peralatan lain kerana setiap bulan kira-kira RM300 diperuntukkan untuk lampin dan barangan keperluan harian dua beradik itu dan jumlah tersebut tidak termasuk susu sebanyak empat tin sebulan yang berharga RM36 satu tin.

Sementara itu, Pengarah JKM Pulau Pinang, Mahfudz Omardi ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menghantar pegawai untuk menyiasat dan meneliti kes tersebut.

“Kita akan siasat perkara ini dan yang penting bukan soal harga barang (kerusi roda itu) tetapi adakah kerusi itu benar-benar dapat membantu mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar PUZ, Azman Abdul Samat berkata, permohonan lalu terpaksa ditolak oleh PUZ kerana bapa kanak-kanak itu menggunakan alamat lama di Kedah sewaktu mengisi borang permohonan bantuan.

Beliau berkata, ini kerana mengikut prosedur, PUZ tidak boleh menyalurkan bantuan kepada penduduk negeri lain dan PUZ hanya bertindak sebagai agensi pelengkap dalam soal memberi bantuan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Solleh di talian 012-5801201 atau Zauyah (019-4970780).

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:17 AM   0 comments
Lelaki kudung kaki, tangan masuk UUM
Thursday, April 19, 2007
Berita Harian, 19 April 2007

Oleh Johari Ibrahim


SINTOK: Kecacatan tidak menjadi halangan untuk seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meneruskan cita-citanya untuk mendapatkan segulung ijazah.

Mohd Zahir Mohd Saad, 23, yang tidak mempunyai kedua kaki dan tangan sejak lahir dan bergerak menggunakan kerusi roda adalah antara 208 penuntut yang mendaftar program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM) sesi 2007/2008, semalam. "Saya berharap mengembangkan kerjaya selepas tamat pengajian di UUM nanti," katanya yang kini bertugas sebagai pembantu tadbir kewangan, di Taman Sinar Harapan, JKM Jitra.

Beliau menyedari tugas berat yang bakal dihadapi untuk tempoh empat tahun akan datang sebelum menerima ijazah tetapi ia tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan cita-citanya. Mohd Zahir mendaftar untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam.

"Banyak cabaran akan saya hadapi, termasuk untuk berulang alik ke kelas dua kali sebulan di UUM, tetapi saya berharap dapat menempuhnya," katanya.

Mohd Zahir menulis dengan mengepit alat tulis dengan kedua tangannya yang kudung pada paras siku tetapi jarang menggunakan kerusi roda.

Dia juga memandu kereta Proton Wira Automatik yang diubah suai untuk orang kurang upaya (OKU) sepertinya.

Ibu Mohd Zahir, Puteh Johari, 56, berbangga kerana anaknya dapat meneruskan hasrat untuk melanjutkan pengajian walaupun kurang upaya.

"Kami sekeluarga sentiasa memberikan sokongan agar beliau berjaya," katanya.

Daripada 208 penuntut mendaftar di Kampus Sintok UUM, semalam, 115 akan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian (BPM), 66 bagi Pentadbiran Perniagaan dan 27 lagi Komunikasi.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:40 AM   1 comments
Masalah fizikal tidak halang Chee Seng dapat 11A
Wednesday, March 14, 2007
Utusan Malaysia, 14 Mac 2007

SEREMBAN 13 Mac – Perasaan Lue Chee Seng, 17, pernah remuk apabila seorang guru memanggilnya dengan gelaran ‘tempang’ sewaktu di tingkatan satu kerana masalah kakinya yang panjang sebelah.

Akibat insiden itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (KGV) tersebut amat tertekan kerana tidak dapat menerima hakikat digelar sedemikian rupa sedangkan beliau mampu berjalan secara normal menggunakan kasut khas yang bertapak tebal.

Semalam, anak bongsu daripada dua beradik itu tersenyum bangga apabila mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan 10 1A dan 1 2A. “Pencapaian ini adalah khas untuk abang saya, Lue Chee Onn, 22, yang sedang belajar di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Dia banyak melindungi dan memberi nasihat agar masalah fizikal saya ini tidak dijadikan penghalang mencapai kejayaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Anak kepada pasangan pengusaha sebuah kedai makan di Jalan Rasah itu memberitahu, kejayaan tersebut bagaimanapun tidak memadamkan ingatannya terhadap penghinaan yang dihamburkan guru terbabit.

Perkara itu dibuktikan apabila beliau mampu menyatakan tarikh kejadian tersebut iaitu pada hari Khamis, 21 Mac 2002 kira-kira pukul 9 pagi di padang sekolah berkenaan.

“Janganlah kita menghina orang kerana semua manusia tidak sempurna. Saya tidak dapat menerima perbuatan itu, hati saya amat tercalar,” tegasnya yang bercita-cita menjadi jurutera.

Menceritakan mengenai masalah kaki kanannya yang pendek kira-kira 10 sentimeter, beliau berkata, ia berlaku sejak lahir dan pernah menjalani pembedahan sebanyak tiga kali di Kuala Lumpur dan Singapura.

“Sewaktu berusia enam tahun, saya menjalani pembedahan pertama di Kuala Lumpur tetapi ia gagal, kemudiannya saya dihantar menjalani prosedur sama di Singapura sebanyak dua kali.

“Setahun selepas itu, kaki saya menjadi sama panjang namun selepas itu ia kembali bermasalah, tulang keting saya sebenarnya kurang satu dan satu ketika dulu saya perlu memakai braket besi sebagai struktur sokongan,” katanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:32 PM   0 comments
‘Seperti diduga’
Tuesday, March 13, 2007
Harian Metro, 13 Mac 2007

Oleh Mohamad Yatim Latip

mylatip@hmetro.com.my

MELAKA: Kecacatan kedua-dua belah kaki sejak dilahirkan dan terpaksa dihantar setiap kali pergi dan balik sekolah oleh ibunya bukan penghalang kepada Gazlia Umat, 18, yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Perempuan Melaka, memperoleh 8 1A 2 3B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 yang diumumkan semalam. Gazlia berkata, kejayaannya itu sesuatu yang sudah diduga kerana dia meletakkan sasaran untuk mendapat 6A dan ke atas, malah ketika peperiksaan lalu dia mampu menjawab dengan baik walaupun demam.

Katanya, menyedari tergolong dalam golongan orang kurang upaya (OKU), dia menanam azam melakukan yang terbaik dalam pelajaran dan bersyukur atas pencapaian yang diperolehnya itu.

Menurutnya, kaedah pembelajaran yang diamalkan sama seperti pelajar lain terutama rakan di sekolah cuma masa belajar dan membuat kerja rumah diperuntukkan tidak lebih lima atau enam jam setiap hari.

“Waktu belajar dan membuat kerja sekolah saya lakukan secara berasingan dalam tempoh lima jam itu bermula jam 8 malam hingga 1 pagi.

“Memandangkan keadaan diri yang sukar bergerak ke mana-mana maka beberapa rakan sekelas datang ke rumah untuk sesi perbincangan berkumpulan,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di Kampung Musai, Bukit Baru, di sini semalam.

Gazlia yang juga mendapat 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2004 berkata, dia mempunyai impian menjadi pensyarah Matematik kerana minat mendalam bidang berkenaan.

Katanya, sokongan dan semangat yang diberi rakan serta guru turut menyumbang kepada kejayaannya itu.

Sementara itu, Gazlia juga berterima kasih diatas pengorbanan ibunya, Maznah Abdullah, 58, yang besusah-payah menghantar dan mengambilnya dari sekolah.

“Sepatutnya saya kena tinggal di asrama berdasarkan kepada kelas khas yang saya ikuti di sekolah tetapi disebabkan saya selalu pengsan maka ibu meminta pengesahan surat doktor agar saya tidak diwajibkan tinggal di asrama.

“Ibu juga berjanji kepada guru, dia sanggup menghantar saya jika ada sebarang aktiviti atau program motivasi dalam kelas tidak kira siang atau malam,” katanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 4:07 PM   0 comments
Keputusan SPM: Cacat bukan penghalang
Harian Metro, 13 Mac 2007

ALOR STAR: “Kejayaan ini hadiah kepada ibu bapa saya yang banyak berkorban apatah lagi dengan kecacatan yang saya alami ini.” kata Khairunnisa Johari, 18, yang cacat kedua-dua kakinya. Pelajar orang kurang upaya (OKU) yang belajar di Sekolah Menengah Seri Gunung, dekat sini, memperoleh 5 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006, yang diumumkan, semalam.

Khairunnisa berkata, dia gembira dan ingin mengucapkan terima kasih kepada guru dan rakan yang banyak membantu kerana tidak menyangka akan memperoleh keputusan sebegitu.

Katanya, keputusan itu untuk membalas pengorbanan ibu dan bapanya yang terpaksa mengangkatnya setiap kali memasuki kelas dari tingkatan satu hinggalah tingkatan lima.

“Walaupun tidak memasuki kelas tambahan di luar sekolah kerana kecacatan, tetapi saya memberi tumpuan penuh setiap kali guru mengajar selain rajin mengulangkaji soalan peperiksaan SPM sebelum ini.

“Malah, kejayaan ini adalah detik paling manis dan diharap akan menjadi pencetus semangat kepada golongan OKU lain bahawa kecacatan tidak akan menjadi penghalang bagi mencapai kejayaan,” katanya ketika ditemui, di sini.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:59 PM   0 comments
Tangan hancur tersepit lif
Wednesday, March 07, 2007
Harian Metro, 6 Mac 2007

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


SUBANG JAYA: Seorang ahli perniagaan nyaris kehilangan tangan kiri apabila jari hingga sikunya hancur selepas tersepit pada pintu lif di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, baru-baru ini. Mangsa, Khor Lee Hong, 35, mendakwa ke pusat beli-belah itu untuk mengambil barang bagi syarikatnya ketika kejadian jam 6 petang, 22 Februari lalu.

Dia yang ditemui semalam berkata, beberapa minit sebelum kejadian, dia dan rakannya menaiki kereta dan meletakkannya di kawasan meletak kenderaan di tingkat bawah pusat beli-belah berkenaan.

Menurutnya, sebaik keluar daripada kenderaan, rakannya segera masuk ke dalam lif yang terbuka sambil dia mengekori dari belakang.

“Bagaimanapun, sebelum sempat saya masuk ke lif, pintunya tiba-tiba tertutup menyebabkan tangan kiri saya tersepit.

“Rakan saya cuba menekan butang bagi membuka semula pintu lif berkenaan, namun gagal,” katanya.

Menurutnya, lif berkenaan kemudian terus bergerak ke tingkat atas menyebabkan tangannya yang tersepit turut ditarik hingga terkoyak.

“Saya kemudian tersangkut antara ruang sempit lif tingkat B1 dan LG dalam keadaan tangan berlumuran darah.

“Berikutan itu bomba dan penyelamat segera dipanggil membantu saya yang ketika itu hanya mampu menahan sakit,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus lebih 40 minit mengeluarkan tangan kirinya.

“Sebaik tangan dikeluarkan, saya hanya melihat tangan hampir lumat hingga menampakkan tulang.

“Saya kemudian segera dikejarkan ke sebuah hospital swasta berhampiran untuk rawatan,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan tulang tangan kirinya patah manakala seluruh kulit tangannya hancur hingga pergelangan siku.

“Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana tangan itu tidak terputus dan masih boleh diselamatkan.

“Doktor terpaksa menjalani pembedahan dengan mengambil daging pada bahagian paha untuk digantikan pada lengan tangan yang hancur,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa menerima 40 jahitan selepas daging tangan digantikan.

“Kemalangan ngeri itu menyebabkan saya terlantar di hospital selama 10 hari selain menanggung kos perubatan RM10,000.

“Malangnya pihak pengurusan pusat beli-belah itu seolah-olah enggan bertanggungjawab berikutan tiada wakil yang melawat saya di hospital,” katanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:41 AM   0 comments
OKU antara 9 mat rempit kena dakwa
Wednesday, January 31, 2007
Berita Harian, 30 Januari 2007

KUALA LUMPUR: Sembilan mat rempit termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan berasingan menunggang atau membonceng motosikal yang dipandu secara melulu dan berlumba sehingga membahayakan pengguna jalan, minggu lalu.
Mohd Fazrul Idris, 19; Mohd Al-Hafiz Muhamad Rasdei, 22; Mohd Hafis Saman, 19; Fazly Mahadi, 18 dan Azhar Osman, 21 (OKU yang mempunyai jari tangan dan kaki pendek), masing-masing didakwa menunggang motosikal secara melulu serta berlumba-lumba sesama sendiri.

Mereka didakwa melakukan aksi mengangkat tayar depan motosikal ke udara (willie) dan zig-zag ke kiri dan kanan jalan tanpa sebarang isyarat mengubah haluan sehingga membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Bagi tuduhan itu, kelima-lima mereka didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ) yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM15,000 serta lesen memandu boleh digantung selama dua tahun, jika sabit kesalahan.

Mohd Al-Hafiz, Mohd Hafis dan Fazly, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu, manakala dua yang lain mengaku tidak bersalah.

Mohd Al-Hafiz dan Mohd Hafis juga mengaku bersalah terhadap tuduhan lain iaitu memandu tanpa lesen dan perlindungan insurans.





Majistret Wan Titihani Wan Hamid menetapkan 5 hingga 9 Mac ini untuk menjatuhkan hukuman dan sebutan kes serta membenarkan masing-masing dijamin antara RM1,500 dan RM3,000 dengan seorang penjamin.



Semua mat rempit dijamin oleh ibu atau bapa masing-masing yang hadir ke mahkamah untuk membuat rayuan.



Sementara itu, Azhar juga menghadapi tiga tuduhan lain iaitu memandu tanpa lesen dan cukai jalan serta tidak mempunyai polisi insurans.

Bagi ketiga-tiga tuduhan itu, Azhar didenda RM200.

Azhar dalam rayuannya berkata dia seorang OKU, bekerja di kilang plastik dengan pendapatan RM450 sebulan dan ketika ditangkap menaiki motosikal bapanya.

Ketika disoal Wan Titihani, Azhar berkata dia masih boleh menunggang motosikal walaupun OKU.

Ibu Mohd Fareez dalam rayuan untuk mengurangkan jaminan berkata beliau seorang ibu tunggal yang mempunyai lima anak dan sudah beberapa bulan tidak bekerja kerana masalah kesihatan

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:07 AM   0 comments
Geng Apache turut rekrut OKU
Monday, January 29, 2007
Harian Metro, 29 Januari 2007
Oleh Nazarali Saeril

KUALA LUMPUR: Kumpulan sampah masyarakat, Geng Apache, turut merekrut Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi ahli dan kegiatan terbabit terdedah apabila seorang anggotanya yang jari tangan dan kaki tidak sempurna di tahan, awal pagi kelmarin, ketika beraksi menunggang motosikal dengan satu tayar terangkat. Mat Rempit OKU terbabit tidak mampu untuk menggenggam pemutar minyak dengan sempurna berdasarkan keadaan fizikal jari tangannya yang agak pendek tetapi ia tidak melemahkan remaja berkenaan untuk menjadi mat rempit dengan menyertai Geng Apache.

Dipercayai, Mat Rempit terbabit yang dipercayai rendah diri kerana kekurangannya cuba bercampur dengan kumpulan bermotosikal itu kononnya dia juga ‘cool’ serta tidak kurang handal dalam lumba haram serta aksi bahaya dibandingkan dengan mereka yang sempurna.

Remaja itu dipercayai sudah lama menjadi anggota Geng Apache tetapi sentiasa dapat meloloskan diri daripada ditahan polis sehinggalah diberkas bersama lapan penunggang dan enam pembonceng motosikal dalam operasi di jalankan polis trafik di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Pegawai Turus Balai Polis Trafik Jalan Bandar, Deputi Superintendan (DSP) Tan Hiap Seng, berkata remaja terbabit cuba melarikan diri ketika operasi dijalankan tetapi kecekapan polis berjaya menghalangnya serta beberapa Mat Rempit lain melarikan diri.

“Operasi di jalankan dari jam 10 malam hingga 4 pagi kelmarin di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, di ibu kota, kerana kawasan berkenaan menjadi lokasi utama kumpulan pelumba haram menunjukkan aksi bahaya masing-masing.

“Kami terperanjat sejurus menahan remaja terbabit kerana dia boleh dikategorikan sebagai OKU. Lebih teruk lagi, dia berkemungkinan besar anggota Geng Apache yang sentiasa memperbodohkan diri membahayakan nyawa sendiri serta orang lain semata-mata untuk menunjuk-nunjuk,” katanya, di sini, semalam.

Walaupun merayu, remaja terbabit bersama 14 yang lain dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk siasatan lanjut sama ada mereka terbabit dengan kegiatan haram lain, motosikal curi atau sebaliknya dan pelbagai pemeriksaan lagi.

Semua yang ditahan adalah yang di bawah umur sehinggalah yang berusia lingkungan 20-an. Siasatan awal mendapati, ada di kalangan mereka sering melakukan aksi bahaya serta berlumba sesama sendiri setiap hujung minggu.

“Dalam operasi sama, polis juga mengesan kewujudan dua kumpulan bermotosikal baru yang menggelar geng mereka Tiger Long serta Benetton.

“Tiger Long adalah watak hero dalam komik kungfu dan mungkin ahlinya mahu membuktikan mereka hebat sedangkan sebenarnya, mereka tidak, katanya.

lebih daripada sekumpulan remaja yang mahu menunjuk-nunjuk,” katanya.

Dalam operasi sama di jalankan sehari sebelum itu, Hiap Seng mengatakan, polis menahan tujuh penunggang dan pembonceng di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut dan Dataran Merdeka.

“Operasi bermula dari jam 11 malam sebelum berakhir empat jam kemudian. Daripada jumlah itu, dua penunggang adalah dibawah umur.

“Semua yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 42 Kanun Keseksaan dan ditahan di Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk siasatan lanjut. Lima motosikal turut disita,” katanya.

Beliau menasihatkan remaja supaya tidak terpengaruh dengan gejala lumba haram kerana lebih banyak pengaruh negatif daripada positif dan lebih baik mereka menumpukan kepada usaha menaingkatkan taraf diri untuk masa depan yang cemerlang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan lumba haram diminta menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran untuk diambil tindakan.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:56 PM   0 comments
Pencuri tangan kudung tak serik
Saturday, January 13, 2007
Berita Harian, 13 Januari 2007

SOFIA: Seorang pencuri di Bulgaria yang hanya memiliki sebelah tangan dijatuhkan hukuman penjara untuk kali ke-17, selepas dia ditangkap ketika cuba memecahkan pintu kereta mewah.
Seorang pegawai Polis di Sofia, ibu negara Bulgaria berkata pencuri sebelah tangan, Rumin Dimitrov, 50, walaupun sudah dipenjarakan 16 kali sebelum ini, masih tidak serik.

Mahkamah yang membicarakan Rumen diberitahu bahawa lelaki itu melakukan pelbagai jenayah sejak 1973 dan terbaru dia cuba mencuri sebuah kereta Mercedes, tetapi tertangkap.

“Kami tahu lelaki terbabit adalah Rumen, sebaik saja menerima gambaran daripada orang ramai yang berkata mereka nampak seorang lelaki mempunyai sebelah tangan cuba memecahkan pintu sebuah kereta. Dia mungkin penjenayah paling teruk di Bulgaria,” kata polis berkenaan. – Agensi

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:53 PM   0 comments
Harian Metro
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Dari Penulis/ Owner Weblog OKU 2
Assalamualaikum...

Weblog ini diwujudkan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat-maklumat berkenaan OKU.

Ia merupakan kesinambungan dari weblog oku 1 iaitu Anything About Disabled People.

Penulis/ owner of this blog adalah seorang OKU yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada Ogos 1992 di lebuhraya Paloh Inai, Kuantan, Pahang.

Itulah serba sedikit mengenai biodata penulis/ owner blog.

Wassallam...

Blogger

1 January 2007
Previous Post
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER


40 Reasons why you should join AGLOCO

1. You can make money safely, legitimately, and easily.

2. It takes maybe three minutes to join.

3. You need nothing more than a working computer connected to the Internet.

4. You don't have to enter any sensitive information to join.

5. You don't have to buy anything to join.

6. You don't have to buy anything ever once you are a member.

7. It's easy to cancel if you don't want to be a member any more.

8. You'll only download a small free toolbar that won't install anything else on your computer, hog its memory, or read your keystrokes.

9. You'll make the same amount of money even if you never click on anything.

10. AGLOCO is the real deal, not some little scam. A good number of notable entrepreneurs are backing it. A Google search with keyword "agloco" will net you 1 million pages and counting.

11. Very important: AGLOCO's business model has been tried before and proven to work. In fact, AGLOCO's predecessor paid out over $120 million to its members (this is what finally convinced me).

12. You can dramatically increase your income by referring other people to AGLOCO, because...

13. ...AGLOCO pays you a portion of the surf money earned by those you referred up to 5 levels below you. So...

14. You can recruit your friends and all make money together when you help them get referrals. Thus,

15. The sooner you sign up, the more folks will come to you for info and the more likely it is that you will be the original seed of a large referral network in your community.

16. You never have to read emails from people you don't know.

17. You'll never be asked to send emails to people you don't know.

18. You don't have to change anything you normally do on the Internet. You surf, AGLOCO pays.

19. AGLOCO's revenue source is genuine: a Viewbar members use that shows targeted advertisements based on your surf history, with the money paid to advertise going back to the members. That's not magic; that's common sense.

20. The Viewbar software you will download will not invade your privacy; it simply looks for keywords on the pages you view in order to show related ads.

21. The Viewbar is maybe the size of your taskbar at the bottom of your screen - in other words, it's small and won't interfere with your browsing experience at all.

22. AGLOCO has a thorough privacy policy that explicitly guarantees personal information will never be sold or given away.

23. In fact, AGLOCO has not one but three agreements every member must agree to. The bases are covered.

24. AGLOCO has a CPO - Chief Privacy Officer - whose responsibility is to make sure your privacy is never violated. His name is Ray Everett-Church, and he has more experience protecting privacy than probably anyone else on the planet.

25. AGLOCO doesn't play; anybody providing fake information, signing up twice, or otherwise trying to cheat the system will be detected by AGLOCO's anti-hacking instruments. This is an honest enterprise through and through.

26. By signing up, you support the company that will change Internet advertising for the better.

27. By signing up, you get to own a piece of the company that will change Internet advertising for the better. AGLOCO belongs to its members, which is to say that...

28. ...you will own stock (more if you refer people) in a company that is likely to become huge and thus your stock will be worth something awesome when AGLOCO goes public on the London Stock Exchange.

29. You will likely find that other AGLOCO members, especially now in the early stages of AGLOCO, are some of the Web's savviest users and developers, and you can learn a bunch from them.

30. You get to be on the cutting edge of World Wide Webware development, which means that as AGLOCO grows, its members will benefit from...

31. ...discounts when members buy from companies affiliated with AGLOCO;

32. ...possible help with spyware/antivirus protection (remember, everyone from Fortune 500 companies to millions of users will all benefit from a better browsing experience);

33. ...community forums where members can meet and discuss not just stuff, but ways and member-based projects to make AGLOCO better (it is our company).

34. Our company is in good hands. AGLOCO pays 10% of its revenues to Infomediary Services Corporation (ISC), which is simply the management company that is responsible for managing AGLOCO. The other 90% of the revenue belongs to us. This 10% will attract the designing talent needed to make AGLOCO great. The corresponding 10% of AGLOCO's shares go to a foundation dedicated to providing every human being on Earth with Internet access.

35. AGLOCO's management team will not get stock in AGLOCO. This ensures that those in positions of high responsibility don't hijack the company.

36. Though circumstances will vary, you can get paid and earn shares no matter where on Earth you live.

37. If you choose, you can donate your earnings and shares to the charity of your choice.

38. If you get involved in referring more members, you might be able to quit your day job and actually spend time at home, with your family, on vacation, wherever - and still make money.

39. If AGLOCO fails, you won't lose any money because you paid none in the first place.

40. AGLOCO ain't gonna fail. The last time such an opportunity existed, people made over $120 million in under 2 years, when far less people had Internet access and conditions weren't yet right for such a company to go public. Now, with record spending on advertising and calls from all sides for less irrelevant advertising and a better business/customer connection, the world is more than ready for an economic network that gives back to its users.

Now, if you aren't yet a member, after everything I just told you, you're not going to go and sign up?

Author: Michael H. Lewis

© 2006 Weblog OKU 2 .Template by Isnaini Dot Com