Weblog OKU 2

This blog are use both English language and Malays langauge. Anything issues about disabled people can be disscused here. This Blog also known as WEBLOG OKU. Blogger 1 January 2007

 
Menu
|Weblog OKU 1| |Weblog OKU 2| |Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |e-Book|
Iklan





Kunjungan Pelawat


Pengunjung Online
Waktu Malaysia
Waktu Solat
Borak

Free shoutbox @ ShoutMix
Website OKU
Labels
Harakahdaily Yahoogroups

Jom ke yahoo group Harakahdaily!

Harakahdaily

Fri | Jun 22, 07 | 03:55:05 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Ingin mendapatkan berita muktahir dan terkini?

Ingin bersantai sambil membaca berita-berita serta maklumat alternatif sewaktu bercuti?

Atau ingin melengkapi diri dengan perkembangan semasa dengan maklumat alternatif?

Kini anda berpeluang untuk mendapat segalanya dengan menyertai yahoo group Harakahdaily.

Para peminat, penyokong dan pembaca berita alternatif dipelawa untuk menyertai secara percuma yahoo group ini.

Apa yang perlu anda lakukan adalah layari; http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily dan daftarkan diri untuk mendapatkan segala maklumat melalui emel peribadi anda.

Jom meriahkan sumber maklumat dan pemberitaan alternatif terkini!

Subscribe to harakahdaily
Powered by groups.yahoo.com

Jemputan Menyertai GOKUM
Subscribe to gokum
Powered by groups.yahoo.com
Zull Hanif kini seronok belajar
Wednesday, February 28, 2007
Utusan Malaysia, 28 Februari 2007


Oleh AIZAWATI AHMAD

MUHD. Zull Hanif Abd. Halim diperhatikan Dr. Mohammad Said Mat Lela (kiri) dan rakan-rakan sekelas, mencuba sendiri kerusi bermotor ‘ZUMP’ di Pekan, Pahang, semalam. – Gambar RUSHDI SALLEH.

PEKAN 27 Feb. – Bagi murid kenit, Muhd. Zull Hanif Abd. Halim, 7, tiada yang lebih menggembirakan apabila mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara di sini dengan menggunakan kerusi bermotor.

Daripada riak wajah, ternyata kanak-kanak yang ketinggiannya hanya 72 sentimeter itu dan berat 7.5 kilogram cukup teruja apabila diberi peluang pertama kali menggunakan kerusi berkenaan sewaktu di dalam kelas.

Bagaimanapun, apabila ditanya perasaannya, Zull Hanif tanpa bersuara dan tersipu-sipu hanya menganggukkan kepala sahaja.

Pemerhatian Utusan Malaysia juga mendapati jika selama ini, murid istimewa itu terpaksa mendongak sewaktu guru mengajar, kini dia tidak lagi perlu berbuat demikian.

Dia dilihat cukup selesa dengan kerusi berkenaan ketika mengikuti pembelajaran di dalam kelasnya. Rakan-rakan sekelas turut teruja dan mengerumuni kanak-kanak tersebut ketika dia menekan butang kawalan untuk menggerakkan kerusi berkenaan ke atas dan ke bawah.

Zull Hanif yang mendapat perhatian umum termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, begitu bersemangat dengan kerusi bermotor yang diberi nama ZUMP rekaan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Abd. Halim Sulaiman, 30, berkata, anaknya itu tidak sabar-sabar untuk menggunakan kerusi tersebut dan sering bertanyakan bila dia boleh menggunakannya.

‘‘Hari-hari Zull tanya saya bila abang hendak dapat kerusi. Bila saya beritahu dia, kerusi bermotor tersebut akan dihantar ke sekolah hari ini, dia seronok sangat,” katanya ketika ditemui.

Kerusi itu telah dihantar oleh kakitangan UMP ke sekolah tersebut dan diserahkan sendiri oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Mohammad Said Mat Lela kepada Guru Besar SK Sinar Mutiara, Mahmad Redzuan Zainabidin.

Menurut Abd. Halim, selepas majlis penyerahan kerusi yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri di Pekan baru-baru ini, anaknya riuh bercerita kepada kakaknya, Zurinhaliyana, 10, mengenai kerusi istimewanya itu.

‘‘Zull tidak henti-henti bercerita dan dia cakap kepada kak longnya bahawa dia sahaja yang akan dapat kerusi tersebut.

‘‘Malah, setiap hari dia bertanya kenapa kerusi tak sampai lagi... dengan rakan-rakan di sekolah pun Zull cukup bersemangat apabila ditanya mengenai kerusinya itu,” ujarnya.

Nama kerusi tersebut telah diambil bersempena nama Zull Hanif dan UMP serta Utusan Malaysia (UM) yang berperanan sebagai media yang mencetuskan idea kreatif bagi membina kerusi berkenaan.

Abd. Halim berkata, peranan yang dimainkan oleh UMP dengan kerjasama Utusan Malaysia telah banyak membantu mengubah kehidupan anaknya itu bagi menjalani proses pembelajaran seimbang bersama rakan-rakan sekelasnya yang lain.

‘‘Saya berasa lega dan terharu, kini anak saya boleh duduk setara dengan rakan-rakan sekelasnya dan yang penting dia boleh belajar seperti kanak-kanak normal yang lain,” jelasnya.

Sementara itu, Dr. Mohammad Said berkata, walaupun terpaksa melalui pelbagai cabaran sewaktu mereka cipta kerusi berkenaan, ia tetap berjaya disiapkan mengikut jadual.

‘‘Saya berterima kasih kepada Utusan Malaysia kerana projek ini merupakan satu cabaran yang menguji kemampuan UMP sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang berfungsi untuk membantu masyarakat,” katanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:56 AM   0 comments
Hormon prolaktin
Monday, February 26, 2007
Berita Harian, 26 Februari 2007

HORMON prolaktin yang dikeluarkan oleh tubuh wanita hamil dapat membantu membaiki kerosakan pada otak dan saraf tunjang akibat daripada penyakit sklerosis pelbagai.
Penyakit ini adalah penyakit kronik yang membabitkan sistem saraf yang menyerang orang muda dan tua. Bagaimanapun, hormon berkenaan mula berkurangan selepas bayi dilahirkan.

Seorang saintis dari National Multiple Sclerosis Society, New York, Patricia O'Looney berkata, dalam kajian yang dijalankan mendapati prolaktin adalah hormon yang bertindak menghasilkan susu badan dan disebabkan itu ia tidak dihasilkan sepanjang masa dalam tubuh wanita.

“Sklerosis berganda berlaku apabila sistem imunisasi badan menyerang mielin, iaitu sarung perlindungan yang melindungi saraf otak dan saraf tunjang. Kerosakan pada mielin berpotensi menjadi simptom kurang upaya seperti sukar untuk bertutur dan berjalan,” katanya.

Kajian dibuat terhadap dua sukarelawan. Seorang disuntik dengan saraf tunjang wanita hamil manakala seorang lagi tidak dikenakan suntikan. Dua minggu kemudian, kajian menunjukkan mielin sukarelawan yang disuntik dua kali ganda lebih baik daripada sukarelawan yang tidak menerima suntikan.

Ubat yang mengandungi dadah yang dijual di pasaran hanya membantu mengawal penyakit ini tetapi tidak memperbaiki kerosakan pada mielin.

“Hormon prolaktin mungkin tidak berkesan kepada pesakit sklerosis pelbagai, dan mungkin boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak sama daripada keputusan positif kajian yang sudah dijalankan,” katanya.





Manusia perlu beristirahat



MANUSIA boleh menghidap pelbagai jenis penyakit kerana tekanan hidup dan sering melakukan kerja berterusan. Penyakit yang mudah menyerang mereka seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kemalangan, sakit kepala dan gila.

Tahukah dengan hanya dengan beristirehat manusia dapat menghindarkan pelbagai penyakit terbabit. Istilah istirahat ini banyak digunakan oleh ahli perubatan kuno seperti dilakukan oleh masyarakat India melalui yoga dan Cina melalui tai chi.

Seorang ahli perubatan Amerika Syarikat, Dr E Jacobson, berkata untuk mencapai kesihatan yang sempurna, seseorang itu harus banyak beristirahat.

“Semua anggota badan memerlukan istirahat. Kita tidak harus membiarkan diri bekerja tanpa henti. Apapun pekerjaan kita, sama ada wartawan, polis, jurutera, doktor, buruh kasar, pengurus bank, ahli politik atau menteri, kita harus mempunyai masa secukupnya untuk istirahat,” katanya.

Fikiran diibaratkan pita. Jika setiap percakapan, perbualan, perbalahan dan keserabutan dibiarkan untuk dirakam oleh fikiran tanpa ditapis, akhirnya pita itu akan habis dan tidak boleh dirakam lagi.

Antara penyakit yang boleh disembuhkan melalui istirahat ialah tekanan darah tinggi, kelesuan, keletihan, insomnia, kegelisahan, sedih tanpa alasan, selalu ketakutan, tekanan urat saraf, sakit kepala, jantung berdebar, serangan jantung, senggugut, kelumpuhan, gagap, tekanan jiwa dan emosi.

Untuk mengatasi masalah itu, tidak perlu makan pil yang terlampau banyak cukup dengan hanya mendapatkan rehat secukupnya.





Kebimbangan matematik pengaruhi memori otak



KEBIMBANGAN mengenai pencapaian anda dalam matematik sebenarnya boleh menyebabkan seseorang itu mendapat keputusan yang lebih teruk.

Kebimbangan matematik dikatakan menyebabkan seseorang berasa sangat takut dan sedaya upaya tidak mahu terbabit dengan apa saja yang berkaitan matematik.

Seorang pakar psikologi dari Universiti Nevada, Las Vegas, Mark Ashcraft, berkata kebimbangan menyebabkan otak mengehadkan kemampuannya untuk bekerja dan menjejaskan keupayaannya menyelesaikan masalah matematik.

“Nampaknya kebimbangan matematik mempengaruhi memori otak seseorang itu,” katanya dalam satu mesyuarat tahunan di San Francisco.

Ashcraft berkata, kerja-kerja matematik yang mudah seperti campur hanya memerlukan sejumlah kecil memori seseorang itu manakala bagi yang lebih sukar memerlukan kapasiti memori yang lebih besar.

“Rasa bimbang pada matematik mengambil sejumlah besar kapasiti memori dan boleh menyebabkan masalah kesalahan ejaan juga,” katanya.

Katanya, tindakan sesetengah kolej yang meletakkan matematik sebagai ujian kemasukan boleh menyebabkan pelajar cemerlang turut gagal.

Walaupun persediaan ujian di dalam kelas membantu pelajar menangani rasa bimbang, ia hanya terhad kepada pelajar yang menyertai kelas seperti itu.

Beliau berkata, tidak bijak untuk sesebuah kolej itu menerima kemasukan pelajar berdasarkan ujian matematik pada hari ujian saja dan bukan ujian keseluruhan sepanjang persekolahan.

Punca terjadinya kebimbangan matematik masih belum diketahui tetapi Ashcarft berkata, mereka yang berjaya menangani masalah kebimbangan matematik akan menguasai bidang itu.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:41 AM   0 comments
Peluang Kerja Kepada Penulis OKU
Saturday, February 24, 2007
Oleh: Badruzamani Azmi
http://www.badruzamani.org/blog/2007/02/24/peluang-kerja-kepada-penulis-oku/

Assalamualaikum dan Salam bahagia,

Kepada member - memberku OKU,

Jika anda :-

* sudah mempunyai PC dan connection ke internet,
* mampu menulis dalam Bahasa Melayu atau English atau ke dua - duanya,
* ingin menambah pendapatan dari rumah anda (hanya duduk rumah aja).
Saya ingin menawarkan peluang menambah pendapatan kepada anda kerana saya dan beberapa orang rakan anda saya memerlukan khidmat anda untuk menulis :-

* artikel dalam berbahasa English;
* menterjemah buku (English) ke Bahasa Melayu;
* artikel dalam Bahasa Melayu.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya dengan mengirimkan emel kepada ke alamat info{at}badruzamani.org (Bila nak emel, gantikan tanda {at} dengan tanda @) dengan menulis subjeknya sebagai “Penulis OKU”. Sekian, terima kasih.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:16 PM   0 comments
Pelatih PLPP ceria terima sijil
Thursday, February 22, 2007

Pelatih PLPP ceria terima sijil: ENAM daripada 20 pelatih kurang upaya dari Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (PLPP) Bangi, Jalan Sungai Merab, gembira bersama sijil latihan vokasional membuat kerusi roda yang mereka terima, semalam. Mereka menerima sijil itu sempena majlis penyerahan rasmi bengkel pembuatan kerusi roda dan promosi sukan bola keranjang berkerusi roda berharga RM1.75 juta oleh Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (Jica) dan Japan Sun Industries (JSI) kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU), Jayalatchumy Cumaraswamy, berkata program terbabit dapat menjalin kerjasama dengan Jepun melalui pertukaran kemahiran.And here is the rest of it.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:53 AM   0 comments
Sakit jiwa, gagal kawal perasaan punca tindakan luar batasan
Wednesday, February 21, 2007
Berita Harian, 21 Februari 2007

KUALA LUMPUR: Sebahagian rakyat negara ini dikesan menunjukkan tanda menghidap penyakit jiwa dan gagal mengawal tekanan sehingga sanggup bertindak di luar batas kemanusiaan.
Perunding Psikiatrik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Madya Dr Osman Che Bakar, berkata sebahagian besar masyarakat Malaysia hidup dalam tekanan, sama ada peribadi, mahupun di tempat kerja.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara ini dapat diatasi jika seseorang bijak mengawal keadaan dengan mengambil pendekatan positif menangani masalah melalui aktiviti riadah dan rekreasi, selain beramal ibadat serta bertemu pakar jika keadaan semakin kritikal.

“Hakikatnya, individu yang mempunyai tanda penyakit ini tidak perlu bimbang kerana ia tidak berbahaya jika mereka mampu mengawal diri dan emosi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas beberapa kejadian bunuh dipercayai perbuatan ibu atau bapa mangsa sejak kebelakangan ini dengan kes terbaru membabitkan dua beradik dijerut dengan mayat kedua-duanya ditemui di rumah mereka, di Batu Maung, Pulau Pinang, Ahad lalu.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pihaknya akan memperkasa program ‘Satu Keluarga Satu Kaunselor’ (SKSK) dalam usaha mengatasi masalah kekeluargaan di negara ini.

Beliau yang kesal terhadap kes di Batu Maung itu, menasihatkan individu bermasalah mengambil pendekatan bijak dalam menghadapi tekanan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, menyifatkan kejadian itu sangat mendukacitakan, selain menyifatkan hanya orang tidak beriman saja sanggup melakukan perkara terkutuk berkenaan.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Hamid, pula berkata kegagalan mengawal tekanan membuktikan iman umat Islam zaman ini rapuh, selain cetek ilmu agama, terutama membabitkan hal perkahwinan.

“Mereka harus sedar, perkahwinan menuntut pengorbanan besar baik aspek rohaniah mahupun fizikal dan yang penting bagaimana manusia menguruskannya,” katanya.

Pengerusi Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Mastura Bardis, pula berkata kegagalan membina komunikasi baik antara suami dan isteri terutama membabitkan pasangan muda, disifatkan antara punca masalah rumah tangga.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:48 AM   0 comments
Separuh pengajar pendidikan khas guru biasa
Utusan Malaysia, 21 Februari 2007

KUALA LUMPUR 18 Feb. – Satu kajian mendapati hampir separuh (45.6 peratus) guru yang bukan dari khusus pendidikan khas mengajar di program pendidikan khas masalah pembelajaran. Aliza Alias dan Mohd Mokhtar Tahar dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kertas kerja mereka berkata 54.4 peratus guru mempunyai pengkhususan pendidikan khas pula mendidik pelajar dalam aliran biasa.

“Hanya 13.3 peratus sahaja guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai bidang pengkhususan masalah pembelajaran. Secara keseluruhannya 86.7 peratus guru yang mengajar dalam program ini adalah guru yang tidak dilatih mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran,” menurut kajian itu.

Kertas kerja kajian itu yang bertajuk Penempatan Guru di Program Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan Negara Ketiga: Dasar dan Pelaksanaan.

Menurut kajian itu, jumlah guru yang telah mengikuti pelbagai kursus dalam bidang pendidikan khas amat menggalakkan.

Bagi guru yang bukan pengkhususan masalah pembelajaran didapati hanya 7.8 peratus sahaja tidak pernah mengikuti sebarang kursus yang berkaitan pendidikan khas dan hampir separuh daripada guru itu hanya mengikuti kursus yang kurang daripada sebulan.

“Kursus yang pendek kurang dari sebulan tidak cukup untuk membantu dan mendedahkan guru-guru ini kepada pengetahuan serta pengalaman yang diperlukan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran,” menurut kajian itu.

Menurut kajian itu, guru perlu mempunyai pengetahuan tentang ciri-ciri kanak-kanak masalah pembelajaran supaya perhatian dapat diberikan kepada keperluan tertentu kanak-kanak itu dalam proses pembelajaran seperti memilih pedagogi sesuai dengan keupayaan pelajar dalam proses pembelajaran.

Menurut Aliza dan Mohd Mokhtar, bidang pengkhususan lain dalam pendidikan khas seperti pintar cerdas, masalah pendengaran, masalah penglihatan dan pemulihan adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari aspek kanak-kanak tersebut mahupun kaedah pedagogi yang sesuai.

“Guru harus mempunyai pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam tentang ciri-ciri kanak-kanak masalah pembelajaran yang menempatkan pelbagai kategori seperti autistik, hiperaktif, sindrom down dan juga disleksia,” menurut kajian itu.

Kajian ini dilakukan terhadap 90 guru yang mengajar di program integrasi di sekolah rendah dan menengah.

– Bernama

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:41 AM   0 comments
Kebijaksanaan undang sakit mental?
Tuesday, February 20, 2007
Utusan Malaysia, 20 Februari 2007

Oleh NURUL ANUAR KARI

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi mungkin bukan sesuatu yang baik kepada seseorang terutama jika anda akan hilang ‘kewarasan’ diri apabila dewasa kelak. Satu kajian baru-baru ini terhadap gen dikenali DARPP-32 menunjukkan ia bukan sahaja menjadikan seseorang itu lebih bijak berfikir malahan meningkatkan risiko menghidapi masalah mental seperti skizofrenia.

Skizofrenia adalah penyakit mental yang menyebabkan halusinasi (berasa sesuatu yang tidak wujud), delusi (kefahaman songsang) dan paranoia (ketakutan tidak berasas).

Selain itu, seseorang pesakit juga mengalami perubahan sikap mendadak, senang keliru, masalah belajar, hilang ingatan, kurang tumpuan dan kemurungan.

Menurut penyelidik kajian tersebut, Dr. Andreas Meyer-Lindenberg, 75 peratus daripada mereka yang mempunyai gen tersebut lebih cekap berfikir.

Beliau berkata, gen itu meningkatkan lagi tahap ‘sambungan saraf’ antara bahagian tengah (Striatum) dan hadapan otak (Prefrontal Cortex), meningkatkan tahap pemikiran individu iaitu dari tahap ‘kepandaian asas’ sehingga kepada tahap tumpuan perhatian.

‘‘Tetapi, sambungan saraf itu turut dikenalpasti meningkatkan risiko penyakit skizofrenia memandangkan kebanyakan pesakit skizofrenia mempunyai gen itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan kajian tersebut yang diterbitkan dalam online Jurnal Penyiasatan Klinikal keluaran 9 Februari lalu.

DARPP-32 yang menjadi antara gen utama dalam perkembangan otak memainkan peranan penting dalam membentuk kawalan ingatan (memori), motivasi dan kebolehan membuat keputusan dengan pantas.

Dalam pada itu, seorang lagi penyelidik kajian itu, Dr. Daniel Weinberger menjelaskan, kepincangan sambungan saraf yang membawa kepada skizofrenia menyerupai ‘jalan mati’ di lebuh raya utama.

‘‘Dalam keadaan normal, peningkatan sambungan saraf akan menambah keupayaan berfikir, termasuk ketajaman ingatan.

‘‘Tetapi, faktor lain seperti gangguan persekitaran atau gen lain mungkin menyebabkan kerosakan kepada sambungan saraf tersebut’' ujarnya.

Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Zulkarnain Ahmad Hamidy menjelaskan, penemuan tersebut masih di peringkat awal dan masih memerlukan penyelidikan yang lebih mendalam.

‘‘Mereka yang mempunyai gen DARPP-32 tidak perlu bimbang kerana kehadiran gen itu cuma meningkatkan risiko skizofrenia.

‘‘Walaupun skizofrenia mempunyai kaitan keturunan (genetik), banyak faktor lain seperti tekanan jiwa dan cara pembesaran menjadi punca mulanya masalah mental itu.

‘‘Berbanding gen untuk barah payu dara yang memberikan 100 peratus kepastian akan menghidap barah tersebut kelak, peratusan gen DARPP-32 menyebabkan skizofrenia belum dapat dipastikan,’’ katanya ketika dihubung Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Zulkarnain, kaitan gen tersebut dengan penyakit lain juga perlu dikaji dengan lebih mendalam memandangkan ia berkait rapat dengan fungsi otak.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:05 AM   0 comments
Telefon bimbit jadi panduan orang buta
Berita Harian, 20 Februari 2007

BANGALORE: Golongan cacat penglihatan boleh menjadikan telefon bimbit sebagai alat panduan apabila Institut Teknologi Maklumat Antarabangsa-Bangalore (IIIT-B) menjalin kerjasama dengan syarikat Lattice Bridge Info dan Spatial Data (Spinfo) beribu pejabat di Chennai mencipta teknologi berasaskan telefon bimbit untuk membantu golongan berkenaan dan pelancong mencari jalan ke lokasi tertentu.
Ia cuma memerlukan pengguna mendial nombor tertentu dan bertanya soalan seperti ‘Di mana saya’ atau ‘Di mana mesin ATM terdekat?’ dan mematikan talian.

Dalam masa beberapa saat, mereka akan mendapat panggilan dan suara automatik memberitahu lokasi tepat malah memberikan panduan untuk ke mesin ATM terdekat.

Dalam kerjasama itu, IIIT-B membangunkan aplikasi pelayan dan Lattice Bridge mencipta enjin suara yang menterjemahkan SMS kepada ucapan manakala Spinfo membekalkan kandungan geografi.

“Satu-satunya perkara yang perlu dijayakan sekarang ialah model perniagaan. Pelaburan dalam struktur organisasi ini perlu ditentukan pelanggan. Kami sudah mempunyai teknologi dan pembekal perkhidmatan boleh menyediakan program komputer,” kata eksekutif kanan IIIT-B, Prof S Rajagopalan.

Kumpulan berkenaan kini dalam perbincangan dengan beberapa pembekal perkhidmatan. Projek itu pada awalnya akan diuji di Bangalore atau Chennai dan kemudian diluaskan ke bandar raya lain. – Agensi

Fasa utama sepatutnya sudah sedia dan akan dimulakan dalam masa enam bulan.

Jika pengguna memiliki telefon bimbit disertakan GPS dengan kemampuan bluetooth, program komputer boleh memberikan lokasi pemanggil dengan lebih tepat. Jika tidak, ia perlu menggunakan menara selular terdekat dan menentukan lokasi saja.

Bagaimanapun, cabaran terbesar ialah menterjemahkan SMS kepada ucapan dan pengecualian loghat diperlukan untuk menyampaikan mesej semula kepada pemanggil. —Agensi

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:59 AM   0 comments
Forum Awam Penyakit Parkinson dan Asma
Friday, February 02, 2007
Berita Harian, 2 Februari 2007

SIAPA yang tidak kenal dengan peninju unggul, Muhammad Ali? Kehebatannya di gelanggang dan tumbukan tepat yang sering dilakukan membuatkan namanya tersohor seantero dunia. Tetapi, kini kehidupannya mendapat perhatian umum terutama peminatnya apabila disahkan menghidap penyakit Parkinson yang menyebabkan beliau sukar mengawal gerakan tangannya.
Pemain bola sepak legenda Malaysia, Mokhtar Dahari juga dikatakan menghidap penyakit itu sebelum beliau meninggal dunia. Penyakit Parkinson berpunca daripada masalah pada otak yang menyebabkan pergerakan menjadi lambat dan tangan sering menggeletar.

Biasanya penyakit ini dialami di kalangan warga emas yang secara tidak langsung menjejaskan mutu hidup pesakit. Dengan peningkatan jumlah warga emas di Malaysia, mungkin ada baiknya jika kita mendapatkan maklumat mengenai penyakit unik itu.

Ingin mengetahui apa itu penyakit Parkinson dan gejalanya, Pusat Perubatan Pantai Cheras (PPPC) dengan kerjasama Persatuan Penyakit Parkinson Malaysia (MPDA) akan mengadakan forum awam bertajuk Penyakit Parkinson dan Asma pada Ahad, 28 Januari ini. Bermula jam 2 petang, ceramah itu akan disampaikan oleh Perunding Neurologi PPPPC, Dr Chew Nee Kong di Dewan perak 2, Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre, Menera PGRM, Cheras.

Selain itu, Pakar Perunding Perubatan PPPC akan menyampaikan ceramah bertajuk ‘Anda sukar bernafas? Anda batuk? Mungkinkah anda menghidapi asma?’. Untuk maklumat lanjut hubungi MPDA di talian 03-79806685.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:30 AM   0 comments
Jiran OKU boleh dapatkan bantuan
Berita Harian, 2 Februari 2007

BATU PAHAT: Penduduk berjiran dengan orang kurang upaya (OKU) dan orang tua uzur diminta bekerjasama dengan ketua kampung atau penghulu untuk memastikan mereka menerima bantuan sewajarnya akibat banjir baru-baru ini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali, berkata kemungkinan besar golongan terbabit menghadapi masalah kerosakan rumah atau kehilangan harta benda, tetapi nama mereka tercicir dari senarai penerima.

Beliau berkata, jiran mereka bertanggungjawab memaklumkan kepada ketua kampung atau penghulu seterusnya kepada wakil rakyat mengenai masalah ditanggung golongan itu.

"Banjir yang melanda baru-baru ini agak luar biasa sehingga membuatkan keadaan agak kelam-kabut. Kita tidak mahu dalam keadaan seperti ini kita terlepas pandang golongan itu.

"Agak mustahil bagi saya sampai ke setiap rumah dan mencari mereka yang tercicir dari senarai itu, sebab itu saya meminta penduduk kampung supaya bekerjasama memastikan jiran masing-masing terutama golongan berkenaan mendapat bantuan, " katanya.

Beliau berkata demikian k pada Program Penyampian Bantuan Kembali ke Rumah di Kampung Parit Haji Ali, Parit Raja, di sini.

Seramai 153 penduduk kampung berkenaan menerima bantuan makanan dan keperluan harian yang disumbangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Samsol berkata, banyak lagi bantuan akan diterima mangsa banjir tetapi meminta mereka bersabar.

"Jangan pula ada antara kita cuba mengambil kesempatan membolot bantuan disediakan ini ataupun menimbulkan kesulitan dengan membandingkan bantuan yang diterimanya orang lain.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:22 AM   0 comments
100 sekolah baru sedia kemudahan murid OKU
Berita Harian, 2 Februari 2007

Oleh Azrina Ahzan

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran semalam mengumumkan sebanyak 100 daripada 150 sekolah rendah yang bakal dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di seluruh negara akan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk murid kurang upaya Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, antara kemudahan disediakan ialah tandas khas, susur tangan dan kawasan tempat letak kereta khas dengan kos tambahan sebanyak RM50,000 bagi setiap sekolah.

Berikutan itu, kementerian dijangka membelanjakan RM5 juta dalam tempoh dua tahun iaitu sepanjang tahun ini dan tahun depan untuk membiayai projek pembinaan semua kemudahan tambahan berkenaan.

"Langkah menyediakan kemudahan tambahan untuk murid kurang upaya adalah susulan resolusi yang dicapai pada Bengkel Pemantapan Pendidikan Khas bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini.

"Antara kandungan resolusi ialah cadangan menyediakan beberapa kemudahan asas untuk pelajar kurang upaya selain menaik taraf beberapa kemudahan sedia ada," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Beliau berkata, kementerian juga bercadang menyediakan kemudahan yang sama untuk pelajar kurang upaya di sekolah menengah secara berperingkat kerana menyedari keperluan kemudahan asas itu di sekolah berkenaan.

"Kementerian menyedari wujudnya keperluan untuk melengkapi sekolah menengah dengan kemudahan sama, tetapi akan dilakukan dari semasa ke semasa, bagi menjamin keselesaan pelajar kurang upaya," katanya.

Hishammuddin berkata, pembinaan kemudahan itu adalah sebahagian perancangan bagi memastikan pelajar kurang upaya dan keperluan khas memperoleh peluang sama rata dalam bidang pendidikan.



Justeru, beliau mengalu-alukan pembabitan NGO terutama yang terbabit dalam bengkel yang diadakan baru-baru ini kerana ia berjaya menghasilkan cadangan yang mampu memperbaiki sistem persekolahan negara.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:20 AM   0 comments
Harian Metro
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Dari Penulis/ Owner Weblog OKU 2
Assalamualaikum...

Weblog ini diwujudkan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat-maklumat berkenaan OKU.

Ia merupakan kesinambungan dari weblog oku 1 iaitu Anything About Disabled People.

Penulis/ owner of this blog adalah seorang OKU yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada Ogos 1992 di lebuhraya Paloh Inai, Kuantan, Pahang.

Itulah serba sedikit mengenai biodata penulis/ owner blog.

Wassallam...

Blogger

1 January 2007
Previous Post
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER


40 Reasons why you should join AGLOCO

1. You can make money safely, legitimately, and easily.

2. It takes maybe three minutes to join.

3. You need nothing more than a working computer connected to the Internet.

4. You don't have to enter any sensitive information to join.

5. You don't have to buy anything to join.

6. You don't have to buy anything ever once you are a member.

7. It's easy to cancel if you don't want to be a member any more.

8. You'll only download a small free toolbar that won't install anything else on your computer, hog its memory, or read your keystrokes.

9. You'll make the same amount of money even if you never click on anything.

10. AGLOCO is the real deal, not some little scam. A good number of notable entrepreneurs are backing it. A Google search with keyword "agloco" will net you 1 million pages and counting.

11. Very important: AGLOCO's business model has been tried before and proven to work. In fact, AGLOCO's predecessor paid out over $120 million to its members (this is what finally convinced me).

12. You can dramatically increase your income by referring other people to AGLOCO, because...

13. ...AGLOCO pays you a portion of the surf money earned by those you referred up to 5 levels below you. So...

14. You can recruit your friends and all make money together when you help them get referrals. Thus,

15. The sooner you sign up, the more folks will come to you for info and the more likely it is that you will be the original seed of a large referral network in your community.

16. You never have to read emails from people you don't know.

17. You'll never be asked to send emails to people you don't know.

18. You don't have to change anything you normally do on the Internet. You surf, AGLOCO pays.

19. AGLOCO's revenue source is genuine: a Viewbar members use that shows targeted advertisements based on your surf history, with the money paid to advertise going back to the members. That's not magic; that's common sense.

20. The Viewbar software you will download will not invade your privacy; it simply looks for keywords on the pages you view in order to show related ads.

21. The Viewbar is maybe the size of your taskbar at the bottom of your screen - in other words, it's small and won't interfere with your browsing experience at all.

22. AGLOCO has a thorough privacy policy that explicitly guarantees personal information will never be sold or given away.

23. In fact, AGLOCO has not one but three agreements every member must agree to. The bases are covered.

24. AGLOCO has a CPO - Chief Privacy Officer - whose responsibility is to make sure your privacy is never violated. His name is Ray Everett-Church, and he has more experience protecting privacy than probably anyone else on the planet.

25. AGLOCO doesn't play; anybody providing fake information, signing up twice, or otherwise trying to cheat the system will be detected by AGLOCO's anti-hacking instruments. This is an honest enterprise through and through.

26. By signing up, you support the company that will change Internet advertising for the better.

27. By signing up, you get to own a piece of the company that will change Internet advertising for the better. AGLOCO belongs to its members, which is to say that...

28. ...you will own stock (more if you refer people) in a company that is likely to become huge and thus your stock will be worth something awesome when AGLOCO goes public on the London Stock Exchange.

29. You will likely find that other AGLOCO members, especially now in the early stages of AGLOCO, are some of the Web's savviest users and developers, and you can learn a bunch from them.

30. You get to be on the cutting edge of World Wide Webware development, which means that as AGLOCO grows, its members will benefit from...

31. ...discounts when members buy from companies affiliated with AGLOCO;

32. ...possible help with spyware/antivirus protection (remember, everyone from Fortune 500 companies to millions of users will all benefit from a better browsing experience);

33. ...community forums where members can meet and discuss not just stuff, but ways and member-based projects to make AGLOCO better (it is our company).

34. Our company is in good hands. AGLOCO pays 10% of its revenues to Infomediary Services Corporation (ISC), which is simply the management company that is responsible for managing AGLOCO. The other 90% of the revenue belongs to us. This 10% will attract the designing talent needed to make AGLOCO great. The corresponding 10% of AGLOCO's shares go to a foundation dedicated to providing every human being on Earth with Internet access.

35. AGLOCO's management team will not get stock in AGLOCO. This ensures that those in positions of high responsibility don't hijack the company.

36. Though circumstances will vary, you can get paid and earn shares no matter where on Earth you live.

37. If you choose, you can donate your earnings and shares to the charity of your choice.

38. If you get involved in referring more members, you might be able to quit your day job and actually spend time at home, with your family, on vacation, wherever - and still make money.

39. If AGLOCO fails, you won't lose any money because you paid none in the first place.

40. AGLOCO ain't gonna fail. The last time such an opportunity existed, people made over $120 million in under 2 years, when far less people had Internet access and conditions weren't yet right for such a company to go public. Now, with record spending on advertising and calls from all sides for less irrelevant advertising and a better business/customer connection, the world is more than ready for an economic network that gives back to its users.

Now, if you aren't yet a member, after everything I just told you, you're not going to go and sign up?

Author: Michael H. Lewis

© 2006 Weblog OKU 2 .Template by Isnaini Dot Com