Weblog OKU 2

This blog are use both English language and Malays langauge. Anything issues about disabled people can be disscused here. This Blog also known as WEBLOG OKU. Blogger 1 January 2007

 
Menu
|Weblog OKU 1| |Weblog OKU 2| |Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |e-Book|
Iklan





Kunjungan Pelawat


Pengunjung Online
Waktu Malaysia
Waktu Solat
Borak

Free shoutbox @ ShoutMix
Website OKU
Labels
Harakahdaily Yahoogroups

Jom ke yahoo group Harakahdaily!

Harakahdaily

Fri | Jun 22, 07 | 03:55:05 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Ingin mendapatkan berita muktahir dan terkini?

Ingin bersantai sambil membaca berita-berita serta maklumat alternatif sewaktu bercuti?

Atau ingin melengkapi diri dengan perkembangan semasa dengan maklumat alternatif?

Kini anda berpeluang untuk mendapat segalanya dengan menyertai yahoo group Harakahdaily.

Para peminat, penyokong dan pembaca berita alternatif dipelawa untuk menyertai secara percuma yahoo group ini.

Apa yang perlu anda lakukan adalah layari; http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily dan daftarkan diri untuk mendapatkan segala maklumat melalui emel peribadi anda.

Jom meriahkan sumber maklumat dan pemberitaan alternatif terkini!

Subscribe to harakahdaily
Powered by groups.yahoo.com

Jemputan Menyertai GOKUM
Subscribe to gokum
Powered by groups.yahoo.com
Majikan tak boleh prasangka, sangsi kebolehan OKU
Friday, June 29, 2007
Berita Harian, 29 jun 2007

KISAH dua siswazah orang kurang upaya (OKU) gagal mendapat pekerjaan kerana kecacatan mereka yang disiarkan beberapa akhbar baru-baru ini menunjukkan masyarakat penyayang di Malaysia ada kalanya mengetepikan golongan ini.

Mohamad Fadhly Mustafa, 25, dari Kuala Terengganu adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan Universiti Darul Iman (UDM) dan pemegang Diploma Teknologi Maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sejak setahun lalu, beliau gagal mendapat pekerjaan kerana status OKU ekoran penyakit soft bone yang dialaminya.

Manakala bekas pegawai bank, Mohd. Zahir Zainol, 40, yang memiliki Diploma Sains Komputer Universiti Putra Malaysia (UPM) pula sukar mendapatkan pekerjaan dan gagal 10 temu duga serta ditolak kerana bisu.

Selepas media menyiarkan nasib mereka Mohamad Fadhly ditawarkan pekerjaan sebagai Pegawai Inventori oleh Pasaraya Mydin manakala Mohd Zahir pula telahpun memperoleh pekerjaan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di pejabat Pergerakan Pemuda Umno Baling.

Memang benar, masih ada yang prihatin menerima OKU sebagai kakitangan, namun adakah setiap kali mereka perlu bersuara di akhbar barulah ada pihak yang tampil memberikan bantuan? Walhal, sejak sekian lama, masalah ini terus didebatkan oleh persatuan OKU dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dalam wawancara Bernama bersama Dr Wong Huey Siew, 38, pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Terbuka Malaysia (OUM), beliau berpendapat prasangka terhadap OKU memang sudah lama wujud. Ia juga ketara di alam pekerjaan walaupun kerajaan turut menyediakan kuota satu peratus jawatan bagi golongan ini dalam setiap jabatan.

Dr Wong yang juga cacat penglihatan sejak berusia 11 tahun menjelaskan beberapa faktor yang menyebabkan timbulnya rasa tidak percaya pihak tertentu kepada OKU. Yang pasti, masih ramai majikan tidak sedar akan kebolehan OKU.

“Ada di kalangan mereka yang langsung tidak tahu ada OKU memohon pekerjaan yang ditawarkan. Bila tiba giliran ketika temu duga, mereka terperanjat. Serta-merta terus membuat kesimpulan calon berkenaan tidak layak untuk jawatan itu.

“Nampak sangat yang panel penemuduga tidak ambil tahu latar belakang calon yang hadir walaupun telah tersedia dalam resume. Itulah sebabnya mereka terperanjat apabila berhadapan dengan calon OKU,” jelas beliau berdasarkan pengalamannya menghadiri temu duga dengan pihak swasta mahupun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Dengan teknologi yang semakin berkembang, Dr Wong yakin orang buta, bisu dan cacat pendengaran juga mampu melayari internet dan mengembangkan minda mereka mungkin lebih luas daripada mereka yang sempurna.

Inilah yang pernah dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi walaupun Malaysia mempunyai kemudahan bertaraf dunia, mentaliti sesetengah pihak masih berada di kelas tiga, katanya dalam nada sugul.

“Hari ini bilangan OKU yang memperoleh PhD di Malaysia melebihi 10 orang. Ramai individu yang cacat anggota sudah berjaya menjadi profesional.

Antara yang perlu dilakukan majikan ialah mendengar dulu kehendak OKU dan mengetepikan rasa tidak percaya terhadap golongan ini.

“Fahami dulu apakah keperluan mereka, kemudian fikirkan bagaimana kerjasama boleh dijalin. Sama ada dengan individu berkenaan ataupun persatuan yang memberi khidmat kepada mereka.

“Lihat kepada kemampuan mereka dan bukannya kekurangan yang ada. Pada saya, jika majikan atau pihak universiti melihat kepada ketidakupayaan mereka, sampai bila-bila pun tidak akan ada jalan penyelesaian,” kata beliau.

“Di mana-mana pun, halangan sosial, psikologi dan stereotaip akan ada. Atas dasar itu jugalah mangsa prasangka majikan seperti Mohd Fadhly dan Mohd Zahir terpaksa menyuarakan kekecewaan mereka menerusi akhbar,” katanya.

“OKU terpaksa berjuang untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Terpaksa `bising-bising’ dulu, barulah ada yang perasan,” jelas Dr Wong.

Dr Wong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Pembangunan Komputer bagi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia kesal dengan sikap majikan yang tidak yakin dengan kebolehan OKU.

Alasan yang sering diberikan ialah mereka tidak mempunyai kemudahan untuk petugas OKU, bimbang dan sangsi akan keupayaan mereka bergaul dan bertemu pelanggan serta menolak permohonan tanpa memberikan sebarang jawapan.

Caranya ialah dengan meminta calon menunggu dua atau tiga minggu dan apabila dihubungi, jawapannya masih sama dan akhirnya senyap tanpa sebarang berita, katanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:38 AM   0 comments
2 beradik kurang upaya terima sumbangan kerusi roda
Thursday, June 28, 2007
Harian Metro, 28 jun 2007

KUALA TERENGGANU: “Saya bersyukur dan terharu kerana menerima bantuan dua kerusi roda bernilai kira-kira RM5,200,” kata Zurina Salleh, 33, ibu kepada dua anak kurang upaya, di sini, semalam.

Anaknya, Mohd Amirul Zainuddin, 8, dan adiknya, Nur Aina Nadirah, 6, mula mengalami penyakit kejang otot sejak masing-masing berusia tiga tahun dan kini mereka berdua tidak mampu bergerak.

“Sejak cerita mengenai anak saya tersiar dalam Harian Metro, pelbagai pihak tampil memberi sumbangan.

“Melalui bantuan kerusi roda kanak-kanak yang ditempah khas, anak saya akan dapat menjalani kehidupan lebih baik, jika selama ini hanya terdampar di rumah, kini mereka boleh bersiar di luar rumah.

“Pemberian kerusi roda memudahkan kami menguruskan kehidupan mereka dengan lebih sempurna. “Walaupun terpaksa memberi tumpuan kepada mereka berdua, namun saya reda dengan ketentuan takdir dan tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang membebankan,” katanya.

Penyerahan kerusi roda itu disampaikan Pegawai Kebajikan Daerah Kuala Terengganu, Zakaria Mohamad di rumah mereka di Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.

“Kami berharap melalui pemberian kerusi roda ini akan dapat mengurangkan beban ditanggung mereka sekeluarga seterusnya menjadikan hari-hari dilalui bertambah ceria,” kayanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:19 PM   0 comments
Terbaring sejak 21 tahun lalu
Harian Metro, 28 jun 2007

ALOR STAR: “Saya pernah memohon bantuan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah untuk membeli barangan keperluan anak saya yang lumpuh tetapi permohonan itu tidak mendapat perhatian,” kata Hasnah Shaari, 38, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pida 5 Baru, dekat sini, semalam.

Anak sulung daripada enam beradik itu, Nur Asiah Sholihen, 21, lumpuh selepas diserang demam panas sejak berusia enam bulan sebelum dimasukkan ke Hospital Kangar selama sebulan.

Selepas itu, dia terpaksa dirujuk ke hospital sama selain turut menerima rawatan tradisional untuk mengubati penyakitnya, bagaimanapun usaha itu tidak berhasil dan kini hanya terbaring di tilam sejak 21 tahun lalu.

Disebabkan tidak mendapat perhatian daripada JKM, Hasnah bersama suaminya, Sholihen Mustapha, 42, yang juga seorang petani dengan pendapatan kira-kira RM600 sebulan terpaksa bertungkus lumus untuk membesarkan enam anak termasuk Nur Asiah.

Seorang daripada anaknya kini menuntut di sebuah kolej di Kuantan, Pahang, manakala tiga lagi belajar di sekolah menengah di Kangar, Perlis, dan seorang lagi masih bersekolah rendah.

“Kami tidak pernah menerima sebarang bantuan dari JKM, bukanlah mudah untuk memelihara seorang anak yang lumpuh kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli lampin pakai buang dan makanan seperti susu yang sesuai untuknya,” katanya.

Hasnah berkata, beberapa tahun lalu, ada pegawai JKM datang meninjau ke rumahnya bagaimanapun selepas tinjauan itu keluarga berkenaan tidak mendapat apa-apa bantuan.

“Kami berharap sekurang-kurangnya JKM dapat memberi bantuan untuk membeli lampin pakai buang yang berharga kira-kira RM120 hingga RM150 sebulan,” katanya.

Sholihen pula berkata, anaknya itu tidak boleh bercakap, makan dan minumnya disuapkan selain terpaksa menggantikan lampin pakai buang beberapa kali sehari.

Katanya, baru-baru ini dia menerima sumbangan katil dan tilam terapeutik berharga RM2,600 daripada TV3 yang berkunjung ke kampung itu sempena program sambutan ulang tahun ke-23 stesyen televisyen swasta itu.

“Jika dulu Nur Asiah hanya terbaring sepanjang hari selama 21 tahun di atas tilam biasa diletakkan atas lantai rumah tetapi kini dia dapat tidur lena di tilam dan katil yang lebih sesuai,” katanya.

Sementara itu, pengarah JKM Kedah, Hadisah Abdul Hamid berkata, pihaknya memang ada peruntukan membantu anak-anak orang kurang upaya (OKU) yang lumpuh seperti Nur Asiah.

“Peruntukan untuk membeli barangan keperluan seperti lampin pakai buang memang ada, kita akan cuba memberi bantuan untuk keperluan itu,” katanya.

Beliau berharap, keluarga berkenaan dapat menghubunginya atau datang sendiri ke pejabat JKM di Alor Star untuk berbincang mengenai masalah itu.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:16 PM   0 comments
RM50,000 bertabur depan bank
Berita Harian, 28 jun 2007

Oleh Hussain Said

SEREMBAN: Seorang perompak sempat mengutip wang tunai kira-kira RM20,000 yang bertaburan di atas lantai selepas sampul surat yang cuba diragut daripada seorang ahli perniagaan koyak di hadapan bangunan Maybank di Jalan Datuk Bandar Tunggal di sini, tengah hari semalam, sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, dia gagal mengambil baki kira-kira RM30,000 yang bertaburan selepas ahli perniagaan itu menjerit meminta tolong, dalam kejadian jam 12.15 tengah hari.

Mangsa berusia lingkungan 40-an dan menggunakan tongkat berkata, ketika kejadian itu beliau dalam perjalanan ke bank untuk memasukkan wang tunai RM50,000 apabila tiba-tiba seorang lelaki menerpa ke arahnya dan meragut sampul dipegangnya.

"Ketika dia cuba merampas, sampul itu terkoyak mengakibatkan semua wang bertaburan di lantai berhampiran bank.

"Lelaki itu bagaimana pun sempat mengutip sebahagian wang tunai (dianggarkan RM20,000) sebelum melarikan diri menaiki kereta Honda Accord berwarna perak dipandu rakannya," katanya ditemui di tempat kejadian, semalam.

Ahli perniagaan berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau gagal berbuat apa-apa kerana kejadian itu berlaku dengan pantas.

Mangsa berkata, apabila beliau menjerit meminta pertolongan orang ramai yang berada berdekatan di tempat kejadian bertempiaran lari mungkin bimbang dicederakan lelaki terbabit.



Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Ahmad Mahmud mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:49 AM   0 comments
TV3 bantu gadis lumpuh
Monday, June 25, 2007
Berita Harian, 25 jun 2007

ALOR STAR: Seorang bapa terharu apabila penderitaan anak gadisnya berusia 21 tahun yang lumpuh seluruh badan sejak kecil mendapat perhatian stesen televisyen swasta, TV3 yang menghulurkan sumbangan.


Solihim Mustapha, 42, berkata mereka sekeluarga amat terhutang budi kepada TV3 kerana sumbangan itu dapat meringankan penderitaan anaknya, Nur Asiah yang terpaksa berbaring sepanjang hayatnya disebabkan penyakit lumpuhnya.

Nur Asiah menerima sumbangan sebuah katil dan tilam terapeutik berharga RM2,600 yang disumbangkan oleh Tv3 sempena sambutan ulang tahun ke-23 stesen itu.

Solihim berkata, anaknya lumpuh sejak berusia enam bulan dan sehingga kini mereka sekeluarga sudah puas membawa Nur Asiah berubat.

"Saya amat terharu dengan sumbangan yang diberikan ini. Kini Nur Asiah dapat baring lebih selesa kerana selama ini dia terbaring di atas tilam biasa yang diletakkan di atas lantai rumah saja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Fida 5 Baru, Kodiang dekat sini, kelmarin.

Sumbangan disampaikan beberapa personaliti TV3, termasuk Zakiah Anas, Norazlina Redzuan, selain selebriti termasuk Zul Yahya, Irma Hasmie, Safura, Lisdawati dan Azwan Ali.

Turut hadir pada majlis itu, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Abdul Rahman Ariffin.

Solihim berkata, beliau pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dua tahun lalu, tetapi sehingga kini masih belum mendapat jawapan.

Beliau yang bekerja sebagai petani dengan pendapatan kira-kira RM500 sebulan terpaksa memperuntukkan RM150 setiap bulan untuk membeli lampin pakai buang Nur Asiah.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 2:05 PM   0 comments
Penderma usus ada, pakar bedah pula tiada
Utusan Malaysia, 25 jun 2007

Oleh SHAMSUL ZAIDI ZOLKOFFLY

KUALA LUMPUR 24 Jun – Walaupun tiga individu bersetuju untuk menderma sebahagian usus mereka kepada insan tanpa tali perut, Ahmad Sabireen Tarmizi – hasrat itu masih belum boleh terlaksana.

Halangannya ialah kerana tiada doktor pakar yang sanggup untuk melakukan prosedur itu, yang dipercayai pertama kali di negara ini.

Menurut bapanya, Tarmizi Nasir, 48, tiga individu menelefonnya baru-baru ini apabila terbaca kisah anaknya dalam akhbar dan bersetuju untuk menderma sebahagian usus mereka kepada Ahmad Sabireen, 19.

Namun jelas beliau, masalah yang dihadapi kini adalah kesukaran untuk mendapatkan doktor pakar bagi mengendalikan kes anaknya dan perkara ini diakui oleh doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

‘‘Saya sudah rujuk kepada pihak doktor pakar di HKL, mereka kata susah nak cari doktor pakar dalam kes ini dan ia adalah kes pertama di Malaysia.

‘‘Masalah ketiadaan doktor pakar ini menyebabkan saya terpaksa menunggu walaupun sudah ada penderma yang ingin menderma sebahagian usus mereka,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Tarmizi, beliau memerlukan wang sebanyak RM150,000 untuk melakukan pembedahan dan setakat ini jumlah yang dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai hanya RM3,000.

Jelasnya lagi, beliau ada menghubungi doktor pakar di India menerusi e-mel dan apa yang dikatakannya sama dengan yang dimaklumkan oleh doktor pakar di negara ini.

‘‘Saya menghubungi doktor pakar di India, mereka kata agak sukar mencari saiz usus dan jenis darah yang sama dengan pesakit dan memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi,’’ katanya.

Pemuda itu memerlukan usus kecil sepanjang 150 sentimeter daripada penderma untuk memudahkan penghadapan.

Ahmad Sabireen menderita sejak hampir setahun lalu menjalani kehidupan tanpa usus akibat kemalangan jalan raya yang memaksa kesemua ususnya dibuang. Kini dia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pemakanan.

Tarmizi berharap ada doktor pakar yang akan tampil untuk menghulurkan bantuan dan merubah nasib Ahmad Sabireen agar dia dapat melakukan aktiviti seharian seperti remaja normal lain.

‘‘Saya berharap dengan adanya bantuan doktor pakar di negara ini akan dapat meringankan penderitaan anak saya. Dia kini hanya mampu terbaring dan minum susu khas yang dibekalkan oleh pihak HKL sementara menunggu bantuan pakar untuk melakukan pembedahan tersebut,’’ ujarnya lagi.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun CIMB Bank Siti Zauyah Sh. Mahmood (nombor akaun: 1251-006 92 97-52-2) atau boleh menghubungi di talian 013-3810973 atau 03-62755415.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 1:21 PM   0 comments
Kembar penghidap tulang rapuh dapat bekalan susu
Utusan Malaysia, 25 jun 2007

MARANG 24 Jun – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Marang akan menyediakan bekalan susu setiap bulan di bawah Program Susu Sekolah (PSS) kepada pasangan kembar yang menghidap tulang rapuh atau softbone, Nur Fatihah dan Mohd. Shafiq Hashim bermula bulan depan.

Ketua Pemuda Umno Marang, Razali Idris berkata, wakil PPD yang melawat pasangan kembar berusia 11 tahun itu pagi ini telah memasukkan nama mereka ke dalam senarai PSS.

Menurutnya, ketika ini Nur Fatihah dan Mohd. Shafiq merupakan antara pelajar yang menerima makanan percuma di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah mereka.

‘‘Walaupun penyakit tulang rapuh tidak boleh diubati tetapi diharap bantuan susu akan membantu menguatkan tulang pasangan kembar berkenaan,” katanya ketika melawat pasangan kembar itu di rumah mereka di kawasan perumahan Orang Kurang Upaya (OKU) Taman Rahmat, Pulau Kerengga, di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan penderitaan pasangan kembar itu yang menghidap tulang rapuh sehingga menyebabkan tulang kaki mereka patah lebih daripada 20 kali.

Penyakit tersebut juga menyebabkan kaki mereka tidak membesar seperti biasa, sebaliknya ia membengkok dan keadaan itu menyebabkan Nur Fatihah hanya mampu mengesot untuk bergerak.

Razali berkata, pihak Sekolah Kebangsaan Mercang di sini sebelum ini telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan pendidikan kepada pasangan kembar itu termasuk pinjaman buku teks dan tuisyen.

‘‘Nur Fatihah dan Mohd. Shafiq yang kini belajar di tahun lima juga di tempatkan di kelas di tingkat paling bawah bagi memudahkan mereka bergerak,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan penglibatan pihak swasta untuk membantu meningkatkan ekonomi golongan OKU di Taman Rahmat.

‘‘Kebanyakan golongan OKU di kawasan perumahan ini tidak mempunyai pekerjaan tetap dan jika disediakan kemudahan seperti mesin jahit, mungkin dapat membantu mereka menjana pendapatan,” katanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 1:19 PM   0 comments
Bapa rayu bantu anak tanpa usus
Saturday, June 23, 2007
Utusan Malaysia, 23 jun 2007

Oleh: HAFSHAM JAMIL dan MOHD AMIRUL HAYAT MENAN

KUALA LUMPUR 22 Jun – Seorang bapa merayu bantuan pakar bedah untuk merawat anaknya yang menderita kerana hidup tanpa usus selepas terbabit dalam kemalangan pada awal Ogos tahun lalu.

Pada masa yang sama, Tarmizi Nasir, 48, juga berharap ada individu yang tampil mendermakan sebahagian usus kecil mereka bagi merawat anaknya itu.

Bapa kepada enam orang anak itu memberitahu, anaknya, Ahmad Sabireen Tarmizi, 19, memerlukan usus kecil sepanjang kira-kira 150 sentimeter untuk memudahkan penghadaman.

Anaknya itu meneruskan kehidupan hampir setahun tanpa usus akibat kemalangan jalan raya yang memaksa kesemua ususnya dibuang. Kini dia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pemakanan.

“Memang sukar untuk mendapatkan khidmat pakar bedah usus di Malaysia. Tambahan pula, ia merupakan kes pertama di negara ini.

“Pembedahan usus juga sukar dijalankan kerana ia hanya boleh dilakukan sekiranya penderma mempunyai jenis darah dan saiz usus yang sama dengan pesakit,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Desa Jaya, Kepong di sini hari ini.

Tarmizi yang bekerja di sebuah syarikat swasta memberitahu, dia memerlukan perbelanjaan sebanyak RM500 sebulan untuk kos perubatan dan penyediaan makanan yang disalurkan menerusi tiub kecil.

Menurutnya, segala alat dan bekalan perubatan yang digunakan anaknya adalah ihsan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, biarpun banyak pihak tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan dari segi kewangan dan perubatan, namun masih belum ada penderma dan pakar bedah yang tampil menghulurkan bantuan kepakaran.

Sementara itu, ibu Ahmad Sabireen, Siti Zauyah Sheikh Mahmood, 47, berkata, sejak kemalangan tersebut, segala urusan harian anaknya itu diuruskan olehnya.

“Sehingga kini, dia (Ahmad Sabireen) hanya mampu terbaring tanpa melakukan sebarang aktiviti. Keadaan fizikalnya juga susut kerana kekurangan antibodi dan sering terkena jangkitan kuman,” jelasnya.

Ahmad Sabireen yang juga merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik itu hanya mampu bergerak dengan bantuan kerusi roda.

Tambah Siti Zauyah, anaknya itu diberikan susu khas yang dibekalkan HKL untuk membekalkan tenaga kepadanya.

“Ahmad Sabireen tidak boleh makan dan hanya boleh minum susu tersebut. Setiap 16 jam saya perlu memberikannya susu tersebut bagi mengelakkan jangkitan kuman dan juga sebagai makanannya,” katanya.

Kejadian yang menimpa Ahmad Sabireen pada 6 Ogos lalu turut memusnahkan harapannya untuk menyambung pelajaran di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Tanjung Malim.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun CIMB Bank Siti Zauyah Sh. Mahmood (nombor akaun: 1251-006 92 97-52-2) atau boleh menghubungi di talian 013-3810973 atau 03-62755415.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:24 AM   0 comments
Pasangan kembar derita penyakit tulang rapuh

Utusan Malaysia, 23 jun 2007

Oleh: IRMAN HASHIM


HASHIM Omar memeluk dua anak kembarnya Mohd. Syafik (kiri) dan Nur Fatihah yang menghidap penyakit tulang rapuh di Perumahan OKU, Taman Rahmat, Marang, Terengganu, semalam.

MARANG 22 Jun – Ketika kanak-kanak normal yang lain lasak bermain, sepasang kembar berusia 11 tahun terpaksa berhati- hati dengan pergerakan mereka kerana takut patah tulang.

Ini kerana sejak dilahirkan, Nur Fatihah dan Mohd. Shafiq Hashim mengalami penyakit tulang rapuh atau ‘softbone’ dari paras pinggang ke bawah yang menghalang mereka bergerak aktif.

Namun, dalam pada mereka berhati-hati, sudah lebih 20 kali tulang di bahagian kaki pasangan kembar itu patah dan ia berlaku sejak mereka mula belajar berjalan pada usia lebih setahun.

Penyakit tersebut menyebabkan tulang pasangan kembar yang merupakan anak keenam dan ketujuh daripada lapan adik-beradik itu tidak membesar seperti biasa sebaliknya ia membengkok.

Bapa kanak-kanak kembar itu, Hashim Omar, 50, yang turut mengalami penyakit sama berkata, setakat ini Mohd. Shafiq mengalami tulang patah di kaki kanannya sebanyak empat kali, manakala tulang Nur Fatihah pula sudah patah melebihi sebanyak 20 kali.

‘‘Ekoran masalah ini, Nur Fatihah hanya mampu bergerak secara mengesot dan Mohd. Shafiq pula masih boleh bergerak seperti biasa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Rahmat, Pulau Kerengga di sini hari ini.

Hashim yang tidak mempunyai pekerjaan tetap ketika ini berkata, selain pasangan kembar itu, seorang lagi anaknya, Asrul, 19, turut menderita penyakit tulang rapuh dan doktor memaklumkan bahawa ia merupakan satu penyakit keturunan.

‘‘Namun saya bersyukur kerana isteri, Nurzaimah Husin, 43, serta lima anak saya yang lain normal,” ujarnya yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan.

Dalam pada itu, beliau melahirkan kebimbangan berhubung masa depan dua anak kembarnya itu yang kini masih bersekolah di tahun lima di Sekolah Kebangsaan Mercang di sini.

‘‘Nur Fatihah tidak berupaya bergerak sendiri dan perlu dibantu kakak serta sahabatnya untuk menaiki bas yang disediakan oleh kerajaan negeri untuknya berulang alik ke sekolah.

‘‘Setiap kali kaki Nur Fatihah patah, dia perlu dibawa berjumpa bomoh untuk memperbetulkan tulangnya dan perlu berehat di rumah selama beberapa bulan sebelum boleh ke sekolah semula,” katanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:21 AM   0 comments
Ini kisah tentang ketabahan...
Friday, June 22, 2007

www.klpos.com. 20 jun 2007

Oleh Helme Hanafi


INI KISAH tentang ketabahan, dan dia adalah gurunya. Dia yang saya maksudkan adalah Karim Sulaiman.

Wartawan, pengarang, pemenang anugerah Kajai sekaligus orang lama Jalan Riong. Karim seorang yang tabah, ketika tubuhnya perlahan-lahan mengeras kerana sejenis penyakit (hanya 151 pesakit di seluruh dunia) Karim masih mampu tersenyum dan kuat bekerja. Saya ingat, satu hari di bulan Ogos 3 tahun lalu, dia dan isteri Siti Hawa datang ke majlis perkahwinan saya. Kami bersalaman, tangannya yang keras, dan saya masih ingat tangan itu.

Hari itu, saya tidak hanya menggenggam tangannya, bahkan memeluknya. Beliau dan isteri, datang dari Kuala Lumpur ke Melaka, melupai sakit dan deritanya hanya untuk hadir ke majlis seorang rakan. Begitu kuat beliau menghargai persahabatan.

Sakit itu menyebabkan beliau sukar berjalan, bercakap bahkan berbaring. Kulit di seluruh badannya menegang.

Satu ketika, beliau dimasukkan ke Hospital Tawakal, saya dan isteri melawatnya pula, ada juga anak (amat pintar) dan Siti Hawa, jam sudah pukul 9.00 malam, beliau baru lepas menjalani rawatan kimoterapi, tapi kami disambut dengan senyum (jelas dia kesakitan) dia menyapa kami, berbual dan bercerita tentang America Idol yang beliau tonton di tv dalam biliknya! Langsung tidak bercakap soal penderitaannya. (Barangkali disimpan jauh di lubuk hati)

Karim, tidak pernah menyerah pada sakitnya, scleromyxoedema dia lawan dengan senyum dan ketawa, biarpun kita yang melihat bagai mahu mengalirkan air mata.

Sudah berbagai pakar ditemuinya, bomoh pula ratusan, tapi usaha pemulihan amat perlahan.

Satu hari, Karim sms, barangkali kepada semua rakan-rakannya, "panggil saya mamat, jangan lagi panggil Karim,". Mungkin ada bomoh yang cadangkan, tapi apa yang penting Karim lakukan semuanya untuk pulih, dan dia lakukan dengan ketawa dan senyuman, sabar dan ketabahan.

Kisah Karim mendapat perhatian media apabila rakan-rakan lamanya di dunia kewartawanan melakukan lawatan dan mengusahakan bantuan, antara yang cukup ke depan adalah Datuk Ahmad Talib, bekas boss karim di Berita Harian. Datuk A Kadir Jasin, Datuk Ibrahim Yahaya, Ahirudin Attan @ Rocky Bru dan ramai lagi.

Datuk Ahmad Talib, hingga kini mengabadikan kisah Karim dalam blognya Pahit Manis.

Kepada Karim, kami doakan yang termampu. Selalu ada 'rahsia' dari setiap kisah derita, barangkali rahsia itu masih disimpan-Nya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:11 AM   0 comments
Pemenang Anugerah Kajai Terlantar Akibat Penyakit Kulit
www.klpos.com.20 jun 2007

BACA JUGA BERITA BERNAMA

Pemenang Anugerah Kajai Terlantar Akibat Penyakit Kulit
kAIRM DAN HAWA

Karim dan isterinya Siti Hawa


KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pemenang anugerah kewartawanan Kajai 2001, Karim Sulaiman, kini terlantar tenat di rumah tanpa mampu menggerakkan anggota badannya akibat sejenis penyakit kulit yang tiada penawar.

Akibat penyakit dikenali `papular mucinosis', Karim, 45, tidak lagi berupaya bertutur dengan lancar dan hanya mampu membaca dengan bantuan anaknya.

Wartawan akhbar Berita Harian itu mula menghidap penyakit itu pada 2000 dan keadaannya semakin meruncing Oktober lepas apabila beliau tidak lagi mampu menggerakkan badannya, kata isterinya Siti Hawa Mohd Ariff.

Siti Hawa, 44, seorang suri rumah, berkata penyakit itu mengakibatkan kulit suaminya menegang dan keras hingga menyebabkan Karim tidak boleh menggerakkan sendinya.

"Karim mula mengesan penyakit itu ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal enam tahun lalu tetapi penyakit itu semakin teruk pada tahun 2003.

"Doktor mengatakan penyakit ini boleh membawa maut kerana lapisan kulit yang menipis dan mencengkam tubuh badan pesakit boleh menyebabkan jangkitan kepada organ-organ lain seperti jantung," katanya.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, yang menziarahi Karim di kediamannya di Taman Seri Gombak dekat sini hari ini, berkata beliau akan segera mengusahakan rawatan pakar dari Hospital Kuala Lumpur untuk membantu Karim.

Yang turut sama menziarahi Karim ialah Ketua Pengarang Bernama Datuk Azman Ujang juga Pengerusi Institut Akhbar Malaysia (MPI).

Jawatan terakhir Karim sebelum mengambil cuti sakit ialah Pengarang Unit Khas Berita Harian.

-- BERNAMA

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:07 AM   0 comments
Mahkamah Sesyen: Remaja nafi rogol sepupu (OKU)
Sunday, June 10, 2007
Harian Metro, 10 jun 2007

SHAH ALAM: Seorang remaja yang mengaku pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jitra, Kedah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol sepupunya sendiri, seorang gadis kurang upaya (OKU).

Tertuduh berusia 20 tahun, mengaku faham pertuduhan dibacakan terhadapnya, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dari Taman Greenwood, Batu Caves, Selangor dituduh merogol mangsa berusia 16 tahun dua bulan di sebuah rumah di taman itu pada 7 Februari lalu, antara jam 2 petang hingga 5 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hana Hadinah S Mohd Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Rashid Tasin. Kes itu didengar Hakim Mahkamah Sesyen, Azimah Omar.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 2:22 PM   0 comments
Ibu perlu bantuan beli pam sedut kahak anak
Wednesday, June 06, 2007
Berita Harian, 6 jun 2007

KUALA TERENGGANU: Seorang ibu, Zurina Salleh, 33, dari Kampung Serdang Baru, di sini memerlukan bantuan untuk membeli pam menyedut kahak dua anaknya yang mengalami cacat fizikal, yang dianggarkan bernilai RM1,000.

Kata Zurina, dua anaknya yang mengalami penyakit kejang otot ketika berusia tiga tahun amat memerlukan alat itu kerana ketika ini dia hanya menggunakan jari untuk mengeluarkan kahak yang sering keluar dari mulut anaknya itu.

"Suami saya hanya seorang buruh dan pendapatannya hanya cukup untuk perbelanjaan harian kerana itulah saya tidak mampu membelinya yang dianggar berharga RM1,000.

"Pam menyedut kahak itu disyorkan oleh pihak hospital dan boleh dibeli di farmasi," katanya.

Zurina berkata, dengan ada alat itu juga, dua anaknya, Mohd Amirul Zainuddin, 8, dan Nur Aina Nadirah, 6, dapat bernafas dengan sempurna.

Katanya, selain itu anaknya juga mengharapkan supaya ada pihak yang mendermakan kerusi roda khas untuk kanak-kanak kepada kedua-dua anaknya itu bagi memudahkan pergerakan anaknya.

"Kerusi khas itu agak mahal, saya memang tidak mampu membelinya. Dengan adanya kerusi itu sekurang-kurangnya dapatlah saya membawa mereka bersiar pada waktu petang," katanya.


Labels: ,


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:01 AM   0 comments
OKU dapat elaun RM300
Utusan Malaysia, 6 jun 2007

Oleh AMIRAH ZAWATIL AMALY

KOTA BHARU 5 Jun – Para pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang belajar di institut pengajian tinggi awam dan swasta di dalam dan luar negara akan menerima elaun bulanan RM300 seorang tidak lama lagi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, para pelajar tersebut bagaimanapun perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terlebih dahulu bagi menentukan tahap kecacatan mereka. ‘‘JKM akan mengeluarkan laporan berkaitan kecacatan yang dialami pelajar berkenaan sebelum melayakkan mereka mendapat elaun itu.

‘‘Peruntukan besar yang disalurkan oleh kerajaan itu akan membolehkan golongan OKU meneruskan pengajian mereka tanpa menghadapi masalah kewangan,” katanya.

Mustapa memberitahu, mereka yang terpilih akan diberi elaun bulanan sehingga akhir pengajian yang akan disalurkan melalui kementeriannya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tilawah al-Quran dan Nasyid Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim), di sini malam tadi.

Sebanyak 2,500 anak-anak yatim dari rumah anak-anak yatim seluruh negara menghadiri majlis itu yang menyaksikan 26 peserta tilawah dan 195 peserta nasyid mengambil bahagian dalam pertandingan akhir itu.

Turut hadir ialah Presiden Peyatim, Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan, Datuk Dr. Abdul Razak Kechik.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:16 AM   0 comments
Berilah saya kerja – Fadhly
Utusan Malaysia, 6 jun 2007

Pelajar orang kurang upaya, Mohamad Fadhly Mustaffa menunjukkan skrol Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dengan Kepujian yang diterima kepada ayahnya Mustaffa Osman (kanan), ibunya Fattimah Che Tawang dan adiknya Hadi Iskandar dan Mohd. Fitree pada majlis 'Idul-Ilmi' KUSZA di Universiti Darul Iman Kampus KUSZA, Kuala Terengganu semalam. – Gambar FAUZI BAHARUDIN.

KUALA TERENGGANU 5 Jun – Walaupun memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan, Universiti Darul Iman (UDM) dan Diploma Teknologi Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohamad Fadhly Musfata, 25, masih gagal mendapat pekerjaan kerana statusnya sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

Semua syarikat yang memanggilnya untuk menghadiri sesi temuduga enggan mengambil Mohamad Fadhly bekerja apabila mengetahui statusnya sebagai OKU, walaupun beliau telah menyatakan kesediaan untuk di tempatkan di mana-mana negeri.

‘‘Saya telah mengisi borang di Internet untuk mendapatkan pekerjaan tetapi tidak memasukkan status OKU, jadi apabila syarikat menghubungi saya untuk ditemuduga dan saya memaklumkan kepada mereka mengenai status OKU, serta-merta permohonan saya ditolak.

‘‘Saya hanya minta diberi peluang menunjukkan kebolehan bekerja,” katanya yang turut memohon pekerjaan sebagai pustakawan di UDM, ketika ditemui selepas majlis konvokesyen ke-22 institusi itu di sini hari ini. Mohamad Fadhly merupakan antara 909 orang graduan kumpulan terakhir yang menerima diploma dan ijazah di bawah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza) kerana bermula tahun depan, semua graduan institusi berkenaan menerima diploma dan ijazah mereka di bawah nama UDM.

Diploma dan ijazah berkenaan disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Pengerusi Kusza. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong dan Naib Canselor UDM, Datuk Prof. Dr. Alias Daud.

Mengimbas kepayahannya apabila terpaksa berulang alik menghadiri kuliah dan bergantung kepada bantuan rakan ketika belajar di universiti itu, Mohamad Fadhly bertekad membuktikan bahawa kecacatan tidak menghalangnya untuk berjaya dalam pelajaran.

Lebih membanggakan beliau yang berketinggian 94 sentimeter memperoleh kepujian kelas kedua dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan.

Mohamad Fadhly yang mengalami penyakit soft bone’ berkata, sepanjang pengajiannya di UDM (Kusza) selama dua tahun, beliau banyak bergantung kepada rakan-rakan untuk ke kuliah kerana tinggal di rumah sewa.

‘‘Saya akan menumpang kereta atau motosikal rakan untuk ke kelas dan apabila mereka tiada kelas jadi saya pun tidak ke kelas,” katanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:56 AM   0 comments
Anak rela jaga ibu bapa buta
Monday, June 04, 2007
Berita Harian, 4 jun 2007

Oleh Zulfa Mohamad


BUKIT MERTAJAM: Walaupun masih berhasrat menyambung pelajaran, seorang pemuda terpaksa memendam cita-citanya itu berikutan perlu menjaga ibu bapanya yang buta.

Pengorbanan itu terpaksa dilalui Mohd Asri Abdul Hamid, 20, kerana dia anak tunggal pasangan Abdul Hamid Mat Piah, 46, dan Khatijah Mad Isa, 58, di Machang Bubok, di sini.

Selain menjaga ibu bapanya termasuk memasak dan membasuh, Mohd Asri juga perlu bekerja bagi menampung kos sara hidup.

Mohd Asri dan ibu bapanya kini bergantung pada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan.

"Sebelum ini saya tidak dapat bekerja kerana menjaga ibu sebab dia tidak boleh berjalan. Sekarang sakitnya sudah sembuh dan saya serta bapa kini baru bekerja itu pun di kilang di Prai dan tidak sampai sebulan," katanya ketika ditemui, semalam.

Mohd Asri sebelum ini belajar di Institut Pendidikan Teknologi di sini, dalam bidang komputer.

Katanya, walaupun masih berminat untuk menyambung pelajaran, dia terpaksa menangguhkan hasrat berkenaan kerana perlu bekerja bagi menampung kos sara hidup.

"Sebelum ini, saya perlu memandikan ibu tetapi sekarang dia boleh berjalan dan mandi sendiri. Jika saya dan bapa bekerja, ibu saudara yang tinggal bersebelahan tolong tengok ibu," katanya yang ke tempat kerja dengan menaiki bas kilang.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jalan Gajah Mati/Machang Bubok, Hamid Yahaya, berkata sebelum ini keluarga berkenaan ditawarkan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin, tetapi tidak dihuni berikutan masalah tertentu.

Katanya, syarikat korporat atau pihak yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga Abdul Hamid boleh menghubunginya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:21 AM   0 comments
OKU terima pelawat diraja
Utusan Malaysia, 4 Jun 2007

Oleh: HAMDEN RAMLI


BANGI 3 Jun – Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah hari ini berkenan melawat Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU) di sini.

Ia merupakan lawatan kali pertama Tuanku Nur Zahirah sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam. Raja Permaisuri Agong yang diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tiba di PLPP pada pukul 10 pagi.

Selepas menyaksikan acara lintas hormat pasukan pancaragam institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Raja Permaisuri Agong kemudiannya berangkat ke majlis taklimat yang disampaikan oleh Shahrizat.

Acara lawatan diteruskan dengan menyaksikan demonstrasi dan pameran produk serta kemahiran pelatih-pelatih PLPP, kemudahan rawatan terapi dan kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di pusat berkenaan.

Raja Permaisuri Agong kemudiannya berangkat ke Majlis Santapan Diraja.

Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan pelatih PLPP dan institusi-institusi kebajikan di bawah kementerian, selain persembahan penyanyi popular termasuk Salamiah Hasan dan juara Akademi Fantasia 5, Mila.

Pada majlis itu Raja Permaisuri Agong berkenan mengurniakan cek kepada kepada PLPP serta cenderamata kepada pelatih pusat berkenaan.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:12 AM   0 comments
Bapa cacat kecewa sikap DBKL
Sunday, June 03, 2007
Utusan Malaysia, 3 jun 2007

Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 2 Jun – Seorang bapa tunggal yang cacat, Madrazhid Isa, 45, kecewa dan terasa terhina berikutan keengganan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengatasi masalah rumahnya yang dilanda air najis sejak Khamis lalu.

Beliau yang ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Taman Seri Rampai di sini berkata, sehingga hari ini tiada seorang pegawai atau kakitangan DBKL datang untuk mengenal pasti punca masalah itu.

Apa yang paling dikesalinya, beliau mendakwa telah dicerca oleh pegawai di Jabatan Perumahan DBKL ketika melaporkan kejadian tersebut, petang semalam. Menurut Madrazhid, aduan rasmi telah dibuat oleh seorang jirannya pada hari ia berlaku tetapi tiada tindakan diambil.

‘‘Saya kemudian telah melaporkan kejadian ini di pejabat kecil DBKL di sini pada pagi semalam (Jumaat). Setelah tiada sebarang tindakan dibuat, saya cuba menghubungi Datuk Bandar tetapi gagal.

‘‘Sebelah petangnya saya menghubungi Jabatan Perumahan dan apa yang saya kesalkan, saya dicerca dengan perkataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang kakitangan DBKL,’’ dakwanya.

Beliau yang merupakan seorang peniaga kecil-kecilan pernah menerima anugerah Bapaku, Wiraku sempena Hari Bapa anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun lepas.

Tambah Madrazhid, kakitangan terbabit berkata, kerosakan yang berlaku di rumahnya itu perlu dibaik sendiri oleh penghuni terbabit.

‘‘Saya bukan tidak mahu buat tetapi saya tidak mampu melakukannya. Saya bukan seorang yang normal seperti orang lain. Saya lumpuh sejak tujuh tahun lalu,’’ jelasnya.

Ujar beliau, akibat limpahan air najis itu, rumahnya kini berbau busuk dan selama dua malam beliau dan anaknya, Raihah Nadhirah, 12, tidur dalam keadaan yang sungguh tidak selesa.

‘‘Mujur petang semalam ada tiga kakitangan Alam Flora datang secara sukarela membantu saya membersihkan rumah saya ini.

‘‘Namun begitu apa yang saya khuatir sekarang kemungkinan kejadian ini boleh berulang kerana ada pihak memberitahu saya yang saluran najis di dalam rumah saya ini perlu diperbaiki,’’ katanya.

Selain itu, beliau juga pernah membuat aduan mengenai longkang di tepi rumahnya yang tersumbat sejak 2005 tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil.

‘‘Bagi saya jalan terbaik, Datuk Bandar perlu melawat rumah kami dan jangan terlalu percaya dengan kata-kata pegawai berkenaan,’’ ujarnya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:28 AM   1 comments
Harian Metro
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Dari Penulis/ Owner Weblog OKU 2
Assalamualaikum...

Weblog ini diwujudkan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat-maklumat berkenaan OKU.

Ia merupakan kesinambungan dari weblog oku 1 iaitu Anything About Disabled People.

Penulis/ owner of this blog adalah seorang OKU yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada Ogos 1992 di lebuhraya Paloh Inai, Kuantan, Pahang.

Itulah serba sedikit mengenai biodata penulis/ owner blog.

Wassallam...

Blogger

1 January 2007
Previous Post
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER


40 Reasons why you should join AGLOCO

1. You can make money safely, legitimately, and easily.

2. It takes maybe three minutes to join.

3. You need nothing more than a working computer connected to the Internet.

4. You don't have to enter any sensitive information to join.

5. You don't have to buy anything to join.

6. You don't have to buy anything ever once you are a member.

7. It's easy to cancel if you don't want to be a member any more.

8. You'll only download a small free toolbar that won't install anything else on your computer, hog its memory, or read your keystrokes.

9. You'll make the same amount of money even if you never click on anything.

10. AGLOCO is the real deal, not some little scam. A good number of notable entrepreneurs are backing it. A Google search with keyword "agloco" will net you 1 million pages and counting.

11. Very important: AGLOCO's business model has been tried before and proven to work. In fact, AGLOCO's predecessor paid out over $120 million to its members (this is what finally convinced me).

12. You can dramatically increase your income by referring other people to AGLOCO, because...

13. ...AGLOCO pays you a portion of the surf money earned by those you referred up to 5 levels below you. So...

14. You can recruit your friends and all make money together when you help them get referrals. Thus,

15. The sooner you sign up, the more folks will come to you for info and the more likely it is that you will be the original seed of a large referral network in your community.

16. You never have to read emails from people you don't know.

17. You'll never be asked to send emails to people you don't know.

18. You don't have to change anything you normally do on the Internet. You surf, AGLOCO pays.

19. AGLOCO's revenue source is genuine: a Viewbar members use that shows targeted advertisements based on your surf history, with the money paid to advertise going back to the members. That's not magic; that's common sense.

20. The Viewbar software you will download will not invade your privacy; it simply looks for keywords on the pages you view in order to show related ads.

21. The Viewbar is maybe the size of your taskbar at the bottom of your screen - in other words, it's small and won't interfere with your browsing experience at all.

22. AGLOCO has a thorough privacy policy that explicitly guarantees personal information will never be sold or given away.

23. In fact, AGLOCO has not one but three agreements every member must agree to. The bases are covered.

24. AGLOCO has a CPO - Chief Privacy Officer - whose responsibility is to make sure your privacy is never violated. His name is Ray Everett-Church, and he has more experience protecting privacy than probably anyone else on the planet.

25. AGLOCO doesn't play; anybody providing fake information, signing up twice, or otherwise trying to cheat the system will be detected by AGLOCO's anti-hacking instruments. This is an honest enterprise through and through.

26. By signing up, you support the company that will change Internet advertising for the better.

27. By signing up, you get to own a piece of the company that will change Internet advertising for the better. AGLOCO belongs to its members, which is to say that...

28. ...you will own stock (more if you refer people) in a company that is likely to become huge and thus your stock will be worth something awesome when AGLOCO goes public on the London Stock Exchange.

29. You will likely find that other AGLOCO members, especially now in the early stages of AGLOCO, are some of the Web's savviest users and developers, and you can learn a bunch from them.

30. You get to be on the cutting edge of World Wide Webware development, which means that as AGLOCO grows, its members will benefit from...

31. ...discounts when members buy from companies affiliated with AGLOCO;

32. ...possible help with spyware/antivirus protection (remember, everyone from Fortune 500 companies to millions of users will all benefit from a better browsing experience);

33. ...community forums where members can meet and discuss not just stuff, but ways and member-based projects to make AGLOCO better (it is our company).

34. Our company is in good hands. AGLOCO pays 10% of its revenues to Infomediary Services Corporation (ISC), which is simply the management company that is responsible for managing AGLOCO. The other 90% of the revenue belongs to us. This 10% will attract the designing talent needed to make AGLOCO great. The corresponding 10% of AGLOCO's shares go to a foundation dedicated to providing every human being on Earth with Internet access.

35. AGLOCO's management team will not get stock in AGLOCO. This ensures that those in positions of high responsibility don't hijack the company.

36. Though circumstances will vary, you can get paid and earn shares no matter where on Earth you live.

37. If you choose, you can donate your earnings and shares to the charity of your choice.

38. If you get involved in referring more members, you might be able to quit your day job and actually spend time at home, with your family, on vacation, wherever - and still make money.

39. If AGLOCO fails, you won't lose any money because you paid none in the first place.

40. AGLOCO ain't gonna fail. The last time such an opportunity existed, people made over $120 million in under 2 years, when far less people had Internet access and conditions weren't yet right for such a company to go public. Now, with record spending on advertising and calls from all sides for less irrelevant advertising and a better business/customer connection, the world is more than ready for an economic network that gives back to its users.

Now, if you aren't yet a member, after everything I just told you, you're not going to go and sign up?

Author: Michael H. Lewis

© 2006 Weblog OKU 2 .Template by Isnaini Dot Com