This blog are use both English language and Malays langauge. Anything issues about disabled people can be disscused here. This Blog also known as WEBLOG OKU. Blogger 1 January 2007
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Ingin mendapatkan berita muktahir dan terkini?
Ingin bersantai sambil membaca berita-berita serta maklumat alternatif sewaktu bercuti?
Atau ingin melengkapi diri dengan perkembangan semasa dengan maklumat alternatif?
Kini anda berpeluang untuk mendapat segalanya dengan menyertai yahoo group Harakahdaily.
Para peminat, penyokong dan pembaca berita alternatif dipelawa untuk menyertai secara percuma yahoo group ini.
Apa yang perlu anda lakukan adalah layari; http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily dan daftarkan diri untuk mendapatkan segala maklumat melalui emel peribadi anda.
Jom meriahkan sumber maklumat dan pemberitaan alternatif terkini!
SINGAPURA 27 Julai – Warga Islam Singapura kini termasuk di bawah Akta Pemindahan Organ Manusia (Hota) republik ini yang menjadikan mereka penderma organ secara automatik kecuali mereka memilih tidak mahu berbuat demikian.
Selepas menolak Hota sejak pengwujudannya pada 1987, jawatankuasa fatwa republik ini mengumumkan minggu ini bahawa warga Islam kini boleh tertakluk di bawah akta itu.
Sebelum ini hanya rakyat bukan Islam yang diliputi Hota, dan umat Islam yang mahu menderma organ mereka, perlu memilih untuk dimasukkan di bawah Hota.
Jawatankuasa fatwa itu yang diketuai Mufti Singapura, Syed Isa Semait mengumumkan keputusan itu selepas mempertimbangkannya selama dua tahun, mengambil kira bahawa Islam tidak melarang pendermaan atau pemindahan organ, bagaimanapun persetujuan perlu dinyatakan secara jelas.
Masalahnya ialah cara persetujuan itu diperoleh di bawah akta berkenaan.
“Kami membincangkan masalah anggapan setuju itu pada 2004 dan menegaskan bahawa dalam undang-undang Islam, niat itu perlu jelas,” katanya dalam satu laporan yang disiarkan The Straits Times hari ini.
Selepas mengambil masa yang lama membincangkannya, jawatankuasa itu akhirnya bersetuju bahawa di bawah akta berkenaan, warga Islam mempunyai peluang yang cukup untuk memilih dikecualikan dan oleh itu proses mendapatkan satu persetujuan di bawah akta itu adalah selaras dengan undang-undang Islam.
Hota, di mana rakyat Singapura dianggap telah memberikan persetujuan bahawa organ mereka diambil ketika mati kecuali mereka memilih untuk tidak berbuat demikian – tidak meliputi umat Islam se- takat ini.
Bagaimanapun bilangan warga Islam yang telah berjanji untuk menderma organ mereka adalah terlalu sedikit, menurut laporan itu.
Sehingga kini hanya 16,000 daripada 300,000 orang dewasa yang layak telah memilih untuk disenaraikan dan bilangan mereka yang berikrar berbuat demikian semakin berkurangan.
ALOR STAR: Seorang wanita yang dipercayai mengalami gila meroyan selepas bersalin bertindak meluru keluar dari kereta yang dinaikinya sebelum meletakkan bayinya di tepi jalan dan terjun ke dalam sungai.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 4.45 petang ketika kereta Perodua Kancil yang dinaiki wanita itu yang berusia 30-an dan dipandu seorang lelaki melalui jambatan yang merentangi Sungai Kedah, di Ampang Jajar, di situ.
Tindakan wanita terbabit yang dilihat memakai baju kurung menyebabkan pemandu yang melalui jalan itu gempar sehingga berlaku kesesakan di atas jambatan setinggi kira-kira 15 meter berkenaan.
Perbuatan wanita terbabit menyebabkan pemandu kereta berkenaan yang dipercayai ahli keluarganya terkejut.
Bagaimanapun, wanita terbabit dan bayi perempuan berkenaan yang dikatakan baru berusia dua minggu selamat. Bayi berkenaan yang hanya mengalami calar pada dagunya kemudian dibawa oleh anggota keluarganya itu, manakala wanita itu dibawa ke hospital berkenaan oleh sebuah kenderaan polis tidak lama kemudian.
Bayi berkenaan dimasukkan ke Wad K4 HAS untuk pemeriksaan lanjut.
Wanita berkenaan hanya cedera ringan di kaki dan kelihatan bingung.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Zainal Abidin Kasim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, wanita berkenaan dimasukkan ke Unit Psikiatri untuk menjalani pemeriksaan doktor. Polis masih menyiasat punca kejadian berkenaan.
SINTOK: Seorang tukang urut yang cacat penglihatan bangga apabila tiga anaknya mendaftar serentak untuk melanjutkan pengajian di menara gading yang bermula kelmarin.
Tiga anak pasangan Ibrahim Md Isa, 47, bersama isterinya, Nur Sakinah Thomas Abdullah, 42, masing-masing mendaftar Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Anak sulung mereka Mohd Ammar Ibrahim, 20, mendaftar di USM, manakala anak kembarnya Nur Mutmainnah, 19, mendaftar di UUM manakala Nur Syuhada mendaftar di UPM, hari ini.
Ibrahim yang ditemui ketika menemani Nur Mutmainnah mendaftar sebagai pelajar di Kolej Yayasan Albukhary UUM berkata, dia bersyukur kerana tiga anaknya berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana doa dan harapan supaya anak-anak ke menara gading tercapai.
“Kesungguhan isteri dan anak-anak untuk menjadikan keluarga ini mengamalkan budaya berpelajaran dan sentiasa berusaha untuk beroleh kejayaan amat membanggakan saya,” katanya.
Bapa kepada empat anak yang mengusahakan pusat urut tradisional di Kajang itu berkata, kehidupan mereka sederhana, namun berpegang kepada prinsip usaha dan menanamkan semangat untuk beroleh kemenangan yang dalam kehidupan.
“Rumah saya mempunyai tujuh almari tetapi bukan untuk menyimpan pakaian sebaliknya menyimpan buku-buku,” ujarnya lagi.
Ibrahim yang sentiasa senyum dan peramah ketika ditemubual melahirkan
rasa terkilan kerana tidak dapat membimbing anak-anaknya untuk belajar, tetapi dengan ketabahan dan kesanggupan ibu mereka Nur Sakinah yang turut menjadi pelajar dalam Unit Pendidikan Jarak Jauh di UPM menjadikan keluarga ini lebih bersemangat mengukir kejayaan demi kejayaan.
DENGKIL: Seorang suri rumah tangga dari Kampung Limau Manis di sini, memerlukan bantuan RM80,000 bagi merawat penyakit 'Parkinson’ yang dideritai sejak enam tahun lalu sebaik saja melahirkan anak bongsu.
Sejak itu, Sarena Zinon, 37, lumpuh dari bahagian pinggang hingga kaki menyebabkannya terbaring dan tidak mampu bertutur serta terpaksa mengharapkan bantuan daripada keluarga bagi menguruskan dirinya.
Suami Sarena, Saharani Abu Bakar, 38, berkata isterinya menderita penyakit itu ketika mengandungkan anak bongsunya, Nurul Hafiza Saharani, 6 tahun.
“Dia hanya terbaring dan segala urusan hariannya perlu dibantu kerana dia tidak mampu menjaga dirinya kerana selain penyakit ini, dia juga menghidap kanser payu dara dan masalah buah pinggang.
“Saya dimaklumkan doktor yang merawatnya, kami perlu mengeluarkan perbelanjaan RM80,000 bagi membolehkan Sarena menjalani rawatan rapi dan membeli peralatan khas untuk membantu mengawal pergerakannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Dengkil, Suhaimi Mohd Ghazali dan Penghulu Mukim Dengkil, Ansor Sarmidi, yang melawat keluarga itu dalam program Mesra Rakyat Dun Dengkil dan menyerahkan sumbangan kepada keluarga itu.
Selain keluarga Sarena, mereka melawat 10 keluarga lain yang mempunyai ahli keluarga cacat dan warga emas.
Saharani yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di Bandar Baru Bangi, berkata dengan pendapatan RM550 sebulan, dia tidak mampu menyediakan perbelanjaan sebanyak itu.
“Selain isteri saya yang sakit ini, saya juga menanggung dua lagi anak berusia 10 dan 12 tahun yang bersekolah,” katanya.
Orang ramai yang bersimpati boleh menghubungi Saharani di nombor telefon, 012-3064132.
“Keadaan ini cukup membebankan dan menyedihkan apabila kami melihatnya terbaring saja setiap hari,” katanya.
Mengenai perubatan seharian Sarena, Saharani berkata, dia hanya mampu membawa isterinya ke hospital kerajaan untuk rawatan dan mendapatkan bekalan ubat.
“Hanya itu saja yang saya mampu lakukan ketika ini.
“Masalah utama saya sekarang ialah saya perlu bekerja untuk menyara keluarga dan terpaksa mengharapkan anak saya untuk menjaganya.
“Tetapi, mereka tidak kuat untuk memapahnya dan jika ada kerusi roda, ia dapat mengurangkan beban yang kami tanggung ketika ini,” katanya.
Sementara itu, Suhaimi berkata, pihaknya akan berusaha sedaya-upaya membantu Sarena memperoleh bantuan RM80,000 bagi membolehkannya menjalani rawatan rapi selepas ini.
“Kami amat bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini, terutama sekali dengan pendapatan suami yang tidak seberapa itu.
“Kami akan berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada pelbagai pihak bagi membolehkan bantuan ini diperoleh secepat mungkin,” katanya.
Beliau berkata, nasib malang yang menimpa Sarena itu perlu dibantu kerana ia turut membabitkan pembelajaran anaknya.
“Kami tidak mahu anak seperti ini terabai disebabkan terdapat ibu atau bapa mereka yang menderita penyakit. Anak mereka adalah harapan pada masa depan untuk mengubah nasib keluarga,” katanya.
Orang ramai yang bersimpati boleh menghubungi Saharani di nombor telefon, 012-3064132.
GUA MUSANG: Penderitaan seorang kanak-kanak lelaki yang kejang otot selepas menghidap demam panas sejak berusia seminggu terubat, apabila menerima kerusi roda di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir, di sini.
Kegembiraan jelas terbayang di wajah Mohd Ayub Razali, 12, selepas begitu lama mengidamkan kerusi roda bagi memudahkan dia bergerak.
“Anak saya sudah lama menantikan kemudahan kerusi roda kerana ingin bergerak sendirian tanpa dibantu adik-beradik lain.
“Tidak ada kata-kata yang menggambarkan kesyukuran dan terima kasih saya kepada penyumbang,” kata Razali Ariffin, 39, bapa Mohd Ayub, semalam.
Majlis penyerahan kerusi roda itu disampaikan Naib Pengerusi Kelab Lion Gua Musang, Zalelawati Abu Bakar dan diringi Ketua Biro Kebajikan badan itu, Azizah Latif.
Razali berkata, walaupun anaknya tidak boleh bercakap, tetapi memberi reaksi gembira ketika mencuba kerusi roda itu.
Menurutnya, Mohd Ayub anak keempat daripada tujuh beradik dan diserang demam panas ketika berusia seminggu selepas dilahirkan menyebabkannya mengalami kecacatan.
“Yang paling sedih dalam hidup saya apabila dua anak terpaksa berhenti sekolah untuk menjaga Mohd Ayub yang cacat itu di rumah, jika tidak pasti saya susah untuk menoreh getah.
“Malah, permohonan anak saya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gua Musang belum mendapat sebarang maklum balas,” katanya.
Menurutnya, walaupun pasrah dengan takdir tetapi berharap JKM dapat menyegerakan bantuan.
“Saya perlu menanggung perbelanjaan tiga anak yang masih bersekolah dan benar-benar mengharapkan JKM meneliti semula permohonan sebelum ini,” katanya.
Dia berkata, Mohd Ayub sudah mendapat kad Orang Kurang Upaya sejak berusia empat tahun, tetapi ia tidak memberi sebarang makna jika kad itu untuk simpanan sahaja.
“Saya terpaksa bekerja keras dengan dibantu isteri, Saleha Ismail, 39, bagi menambahkan pendapatan kerana perbelanjaan sekarang semakin meningkat disebabkan harga barang keperluan melambung,” katanya.
MARANG: Seorang suami kurang upaya merayu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri membebaskan isterinya yang kini ditahan selepas didapati mengemis sejak akhir bulan lalu.
Tun Muda Tun Sulaiman, 52, dari Taman Rahmat di sini, berkata, isterinya, Halimah Ngah, 47, yang cacat penglihatan ditahan di sebuah pasar malam di Paka, Dungun, pada 27 Jun lalu dan kini ditempatkan di Taman Seri Kemumin Pengkalan Chepa, Kelantan.
“Sejak isteri saya ditahan, kehidupan saya bersama empat anak di dalam lingkungan 18 hingga sembilan tahun semakin tidak terurus.
“Kami kini terpaksa bergantung kepada anak sulung untuk memasak dan menguruskan rumah, sedangkan dia masih belajar di sebuah kolej di pusat bandar,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Tun Muda yang juga cacat penglihatan dan lumpuh kerana angin ahmar sejak lima tahun lalu berkata, dia risau ketiadaan isterinya boleh menjejaskan pelajaran empat anak yang masih bersekolah.
“Anak bongsu saya sering menangis dan hilang selera makan kerana terlalu merindui ibunya menyebabkan saya semakin risau,” katanya.
Tun Muda berkata, sebelum ini, dia sering menasihatkan isterinya supaya tidak mengemis bagi mengelakkan ditahan JKM, apatah lagi hasil yang diperoleh tidak seberapa.
“Pada hari berkenaan, saya sudah melarang isteri saya, tetapi dia tetap berdegil untuk mengemis di pasar malam kerana berpendapat bantuan bulanan RM400 daripada JKM tidak mencukupi untuk menyara kehidupan kami enam beranak,” katanya.
Tun Muda berkata, dia tidak mampu berkeras kerana ada kebenaran dalam kata-kata isterinya, menyebabkan dia hanya mampu berdoa supaya isterinya selamat pulang.
“Tetapi saya sangat terkejut dan risau apabila dimaklumkan jiran isteri saya ditahan bersama lima rakan lain yang turut mengemis di pasar malam.
“Difahamkan, isteri saya akan ditahan di Pengkalan Chepa sehingga hari perbicaraan di Mahkamah Dungun pada 18 Julai ini.
“Saya sedih kerana isteri saya mengemis bukan kerana suka-suka, tetapi bagi membantu kehidupan kami sekeluarga,” katanya.
KUALA LUMPUR: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) memfailkan saman RM11 juta terhadap Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan tiga yang lain, kerana lumpuh akibat cedera tulang belakang selepas melakukan tekan tubi, Februari lalu.
Asila Latin Husna Abdul Basir, 18, dan bapanya, Abdul Basir Abdul Rahman, (plaintif kedua) dari Pasir Mas, Kelantan, memfailkan saman itu terhadap Jurulatih Kem Teluk Rubiah, Fadzilah Jalaluddin, dan Ketua Pengarah JLKN, Abdul Hadi Awang Kechil
Turut dinamakan sebagai defendan, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kerajaan Malaysia. Mereka memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini melalui Tetuan Haniff Khatri.
Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Basir memohon ganti rugi am berjumlah RM5 juta dan ganti rugi khas termasuk bagi perbelanjaan perubatan di hospital pakar swasta, kos penginapan serta kos untuk rawatan susulan.
Selain itu, bapa kepada pelajar malang itu juga memfailkan ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk masing-masing berjumlah RM1 juta. Ganti rugi secara berasingan yang bernilai RM2 juta turut difailkan terhadap Fadzilah (plaintif pertama) dan Abdul Hadi (plaintif kedua).
Plaintif mendakwa defendan gagal membekalkan peralatan sokongan, kehadiran pakar perubatan bagi meneliti laporan dan pemeriksaan serta pemindahan ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan pakar.
Dalam afidavit sokongannya, Azila yang memulakan latihan PLKN pada 1 Januari lalu, mendakwa Fadzilah mengarahkannya melakukan dua set tekan tubi dengan 10 kali setiap set.
Weblog ini diwujudkan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat-maklumat berkenaan OKU. Ia merupakan kesinambungan dari weblog oku 1 iaitu Anything About Disabled People. Penulis/ owner of this blog adalah seorang OKU yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada Ogos 1992 di lebuhraya Paloh Inai, Kuantan, Pahang.
Itulah serba sedikit mengenai biodata penulis/ owner blog. Wassallam... Blogger
1 January 2007
1. You can make money safely, legitimately, and easily.
2. It takes maybe three minutes to join.
3. You need nothing more than a working computer connected to the Internet.
4. You don't have to enter any sensitive information to join.
5. You don't have to buy anything to join.
6. You don't have to buy anything ever once you are a member.
7. It's easy to cancel if you don't want to be a member any more.
8. You'll only download a small free toolbar that won't install anything else on your computer, hog its memory, or read your keystrokes.
9. You'll make the same amount of money even if you never click on anything.
10. AGLOCO is the real deal, not some little scam. A good number of notable entrepreneurs are backing it. A Google search with keyword "agloco" will net you 1 million pages and counting.
11. Very important: AGLOCO's business model has been tried before and proven to work. In fact, AGLOCO's predecessor paid out over $120 million to its members (this is what finally convinced me).
12. You can dramatically increase your income by referring other people to AGLOCO, because...
13. ...AGLOCO pays you a portion of the surf money earned by those you referred up to 5 levels below you. So...
14. You can recruit your friends and all make money together when you help them get referrals. Thus,
15. The sooner you sign up, the more folks will come to you for info and the more likely it is that you will be the original seed of a large referral network in your community.
16. You never have to read emails from people you don't know.
17. You'll never be asked to send emails to people you don't know.
18. You don't have to change anything you normally do on the Internet. You surf, AGLOCO pays.
19. AGLOCO's revenue source is genuine: a Viewbar members use that shows targeted advertisements based on your surf history, with the money paid to advertise going back to the members. That's not magic; that's common sense.
20. The Viewbar software you will download will not invade your privacy; it simply looks for keywords on the pages you view in order to show related ads.
21. The Viewbar is maybe the size of your taskbar at the bottom of your screen - in other words, it's small and won't interfere with your browsing experience at all.
22. AGLOCO has a thorough privacy policy that explicitly guarantees personal information will never be sold or given away.
23. In fact, AGLOCO has not one but three agreements every member must agree to. The bases are covered.
24. AGLOCO has a CPO - Chief Privacy Officer - whose responsibility is to make sure your privacy is never violated. His name is Ray Everett-Church, and he has more experience protecting privacy than probably anyone else on the planet.
25. AGLOCO doesn't play; anybody providing fake information, signing up twice, or otherwise trying to cheat the system will be detected by AGLOCO's anti-hacking instruments. This is an honest enterprise through and through.
26. By signing up, you support the company that will change Internet advertising for the better.
27. By signing up, you get to own a piece of the company that will change Internet advertising for the better. AGLOCO belongs to its members, which is to say that...
28. ...you will own stock (more if you refer people) in a company that is likely to become huge and thus your stock will be worth something awesome when AGLOCO goes public on the London Stock Exchange.
29. You will likely find that other AGLOCO members, especially now in the early stages of AGLOCO, are some of the Web's savviest users and developers, and you can learn a bunch from them.
30. You get to be on the cutting edge of World Wide Webware development, which means that as AGLOCO grows, its members will benefit from...
31. ...discounts when members buy from companies affiliated with AGLOCO;
32. ...possible help with spyware/antivirus protection (remember, everyone from Fortune 500 companies to millions of users will all benefit from a better browsing experience);
33. ...community forums where members can meet and discuss not just stuff, but ways and member-based projects to make AGLOCO better (it is our company).
34. Our company is in good hands. AGLOCO pays 10% of its revenues to Infomediary Services Corporation (ISC), which is simply the management company that is responsible for managing AGLOCO. The other 90% of the revenue belongs to us. This 10% will attract the designing talent needed to make AGLOCO great. The corresponding 10% of AGLOCO's shares go to a foundation dedicated to providing every human being on Earth with Internet access.
35. AGLOCO's management team will not get stock in AGLOCO. This ensures that those in positions of high responsibility don't hijack the company.
36. Though circumstances will vary, you can get paid and earn shares no matter where on Earth you live.
37. If you choose, you can donate your earnings and shares to the charity of your choice.
38. If you get involved in referring more members, you might be able to quit your day job and actually spend time at home, with your family, on vacation, wherever - and still make money.
39. If AGLOCO fails, you won't lose any money because you paid none in the first place.
40. AGLOCO ain't gonna fail. The last time such an opportunity existed, people made over $120 million in under 2 years, when far less people had Internet access and conditions weren't yet right for such a company to go public. Now, with record spending on advertising and calls from all sides for less irrelevant advertising and a better business/customer connection, the world is more than ready for an economic network that gives back to its users.
Now, if you aren't yet a member, after everything I just told you, you're not going to go and sign up?