This blog are use both English language and Malays langauge. Anything issues about disabled people can be disscused here. This Blog also known as WEBLOG OKU. Blogger 1 January 2007
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Ingin mendapatkan berita muktahir dan terkini?
Ingin bersantai sambil membaca berita-berita serta maklumat alternatif sewaktu bercuti?
Atau ingin melengkapi diri dengan perkembangan semasa dengan maklumat alternatif?
Kini anda berpeluang untuk mendapat segalanya dengan menyertai yahoo group Harakahdaily.
Para peminat, penyokong dan pembaca berita alternatif dipelawa untuk menyertai secara percuma yahoo group ini.
Apa yang perlu anda lakukan adalah layari; http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily dan daftarkan diri untuk mendapatkan segala maklumat melalui emel peribadi anda.
Jom meriahkan sumber maklumat dan pemberitaan alternatif terkini!
LANGKAH Kementerian Sumber Manusia mewujudkan sebuah geran yang dinamakan Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilancarkan pada 29 Mei lalu dianggap bijak dan tepat pada masanya kerana ia dapat membela nasib golongan kurang bernasib baik di negara ini. Geran yang diwujudkan itu, secara tidak langsung dapat memupuk budaya berdikari, malah menunjukkan kreativiti, bakat dan kebolehan mereka untuk bekerja dengan baik.
Geran bernilai RM22 juta di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi tempoh lima tahun itu secara tidak langsung memberi peluang kepada golongan itu untuk membuka dan menjalankan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan, sekali gus membuktikan kemampuan mereka yang sebenar.
Sebelum ini, ramai yang tidak tahu nasib OKU di negara ini masih belum terbela sepenuhnya. Hakikatnya, mereka sering merintih kerana sering kali menjadi mangsa kepada stigma masyarakat dan juga faktor keadaan sekeliling.
Faktor kekurangan fizikal turut menjadi alasan kepada majikan untuk menolak permohonan kerja mereka secara terang-terangan walaupun berkelayakan dan mempunyai segulung ijazah.
Bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga dilihat masih tidak memadai pada zaman era globalisasi yang serba mahal ini, malah bantuan itu hanya menjadi pengalas perut dan tidak menjamin corak kehidupan yang lebih selesa.
Diskriminasi atau tiada kelayakan? Ia bukan lagi menjadi persoalan. Apa yang penting adalah keyakinan dan kesanggupan para majikan untuk menerima pekerja daripada golongan yang hanya mengalami sedikit kekurangan ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn sendiri turut mengakui bahawa OKU adalah golongan yang kreatif dan produktif jika diberi peluang.
Katanya, kecacatan fizikal bukan merupakan halangan kepada golongan itu untuk bekerja dan apa yang penting, para majikan perlu bersikap rasional dengan menyediakan kemudahan khas kepada golongan terbabit.
Jelasnya lagi, OKU juga akan bekerja dengan baik apabila mereka ditempatkan di tempat kerja yang kondusif, selesa dan selamat.
‘‘OKU lebih fokus bekerja berbanding orang lain dan ia merupakan kelebihan mereka,’’ katanya kepada Utusan Malaysia selepas melancarkan Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk Ismail Abd. Rahim pula berpendapat, tidak semua OKU dapat menjalankan kerja yang biasa dilakukan oleh orang lain.
Ini kerana faktor usia, jenis kecacatan dan tiada pengalaman antara alasan yang menyebabkan golongan ini sering kali ditolak mentah-mentah daripada permohonan pekerjaan.
Jelas Ismail lagi, bagi membendung masalah itu, pihaknya turut mewujudkan sistem pendaftaran OKU yang dinamakan Sistem Penempatan OKU.
Melalui sistem ini, katanya, selain menyimpan maklumat tentang OKU, majikan yang ingin menggajikan pekerja OKU juga boleh mendaftarkan jawatan yang terdapat di tempat masing-masing. Sehingga Mac 2007, sistem ini sudah mendaftarkan seramai 9,070 dan telah berjaya menempatkan seramai 6,799 orang dalam sektor pekerjaan.
Namun, jumlah itu dianggap masih kecil jika dibandingkan dengan bilangan OKU yang dianggarkan satu peratus daripada bilangan penduduk di negara ini.
KOTA BHARU, 25 Mei (Hrkh) – Bagi kaum ibu jasa anda amat dihargai. Lebih-lebih lagi ibu yang melahirkan anak-anak cemerlang dan mengharungi kehidupan gentir tanpa suami.
Pengorbanan mereka dihargai kerajaan negeri. Sehubungan itu bagi memastikan kecekalan dan keunggulan mereka diraikan, lima kategori dipertandingkan bagi menobatkan ibu yang paling cemerlang di Kelantan tahun ini.
Kategori tersebut iaitu ibu bekerja, armalah (ibu tunggal), ibu orang kurang upaya (OKU), ibu surirumah dan anugerah khas.
Setiap ibu yang cemerlang daripada lima kategori itu akan menerima wang tunai RM3,000, plak dan sijil penghargaan. Mereka akan diraikan pada sambutan Hari Ibu peringkat negeri yang dijangka diadakan awal Julai depan.
Oleh itu bagi mencari Tokoh Ibu 2007, kerajaan negeri melalui Urusetia Pembangunan Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan mengedarkan borang penyertaan kepada orang ramai.
Pengarahnya, Haji Abdul Aziz Yunus berkata, tarikh tutup penyertaan tersebut pada 4 Jun ini yang terbuka kepada semua ibu tanpa mengira bangsa dan agama.
“Pada tahun ini kita mengharapkan ada penyertaan calon bukan Melayu bagi merebut kategori yang dipertandingkan,” katanya di sini.
Anugerah Tokoh Ibu mulai diperkenalkan kerajaan negeri pada 2005, sempena sambutan Hari Ibu yang diadakan di Balai Islam, Lundang. Program itu dirasmikan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Pada sambutan enam tokoh ibu menerima anugerah tersebut. Mereka adalah daripada hampir 100 calon yang menyertai pencarian awal. Anugerah tokoh diadakan dua tahun sekali.
Panel pemilih tahun ini dipengerusi Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan timbalannya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Kamaruddin Mohd Zain.
Manakala jawatankuasa pengesahan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Haji Abdul Fattah Mahmood.
Kriteria umum yang ditetapkan bagi setiap pencalonan iaitu mesti warganegara Malaysia bermestautin di Kelantan, beragama Islam atau bukan Islam, berumur 40 tahun ke atas, bilangan anak tiga ke atas, anak-anak yang berjaya memberi sumbangan kepada masyarakat.
Ibu yang mempunyai sumbangan kepada masyarakat dan ibu yang menunjukkan komitmen dan kesungguhan bagi memastikan kejayaan anak-anak.
Maklumat lanjut mengenai program itu boleh hubungi 09 748 1959/7873/7874 (Azlina, Salwati, Adyani, Hajar atau Nor Rohani).
Dalam perkembangan lain Abdul Aziz berkata, sambutan Hari Belia 2007 akan diadakan pada 30 Jun depan yang akan menobatkan lima Tokoh Belia.
Kategori tersebut iaitu Tokoh Ulama Muda, Tokoh Usahawan, Tokoh Kebajikan, Tokoh Kepemimpinan NGO dan Tokoh Pendidik.
“Sambutan itu akan diadakan selama dua hari di Balai Islam, Lundang. Belia dan beliawanis yang datang juga berpeluang menghadiri temuduga terbuka.
“Mereka yang berminat boleh membawa sijil ketika datang ke program berkenaan. Pihak kami menjemput agensi-agensi pekerjaan dan syarikat terlibat dengan program tersebut,” ujarnya.
Sambutan itu akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KUALA LUMPUR: “Mereka berdua sangat rapat dan akan menamatkan kursus dalam bidang urutan hujung bulan ini,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Latihan Gurney, George Thomas ketika dihubungi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, dua lelaki cacat penglihatan, Chua Geok Quan, 38, dan Ong Weng Fat, 23, dipercayai terjun dari sebuah jambatan ke dalam Sungai Klang berhampiran Stesen Monorel Tun Sambanthan.
Menurut George, kedua-dua mereka keluar dari pusat latihan petang kelmarin dan tidak pulang selepas itu.
“Saya hairan kerana kedua-duanya masih tidak pulang ke pusat latihan selepas dibenarkan keluar.
“Bimbangkan keselamatan mereka, saya membuat laporan polis mengenai kehilangan mereka jam 9 pagi semalam.
Katanya, dia kemudian terkejut apabila menerima panggilan daripada polis yang mengatakan mereka menjumpai satu mayat di Sungai Klang berhampiran Stesen Monorel Tun Sambanthan.
“Saya kemudian bergegas ke tempat kejadian dan selepas membuat pengecaman mendapati mayat terbabit adalah Chua berdasarkan pakaian dipakainya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sulaiman Junaidi, berkata polis menerima panggilan daripada orang awam yang mengatakan mereka ternampak seorang lelaki terjun ke sungai berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam.
“Bertindak dari maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan menjalankan operasi menyelamat bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).
“Selepas hampir 12 jam melakukan operasi menyelamat, satu mayat ditemui dalam keadaan terapung berhampiran lokasi,” katanya, semalam.
Menurutnya, seorang lagi mangsa, Ong Weng Fat masih belum ditemui dan polis sehingga kini sedang giat menjalankan operasi mencari.
“Kita masih meneruskan usaha mencari dan tidak menolak kemungkinan Ong juga turut terjun ke sungai berkenaan,” katanya.
Katanya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
JKM hantar pegawai ke Jepun pelajari cara latih orang kurang upaya ceburi kerjaya sektor awam, swasta
KOTA BHARU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memperkenalkan khidmat Perunding Kerjaya kepada golongan kurang upaya bagi membantu mereka mengenal pasti peluang kerja dalam sektor awam dan swasta. Pengarah Bahagian Orang Kurang Upaya (OKU) JKM, Norani Hashim, berkata JKM sudah menghantar empat pegawainya termasuk dua dari Jabatan Tenaga Kerja (JTK) ke Jepun bagi mempelajari pelaksanaan program itu.
Katanya, menerusi program itu, lebih ramai golongan OKU negara ini akan dibantu pegawai yang dilantik termasuk dari JKM, JTK dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan pekerjaan.
“Itu adalah antara usaha terbaru JKM membantu OKU yang dijangka akan dilaksanakan menjelang akhir tahun ini dalam usaha membantu OKU hidup berdikari.
"Menerusi program itu, peluang OKU mendapat kerja lebih terbuka kerana pegawai berkenaan akan mengenal pasti majikan sektor awam dan swasta untuk menerima mereka sebagai kakitangan atau pekerja," katanya.
Beliau memberitahu demikian selepas mewakili Ketua Pengarah JKM, Datuk Rafek Reshidullah, merasmikan Seminar OKU Berdikari peringkat Kelantan anjuran JKM bersama Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah JKM negeri, Md Noor Chik dan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Kampus Kesihatan USM, Prof Zainul Fadziruddin Zainuddin.
Norani berkata, kerajaan memberi perhatian terhadap peluang OKU dalam sektor awam dengan memperuntukkan sekurang-kurangnya satu peratus pekerjaan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bil 10/1988.
"Ketika ini, 377 OKU sedang berkhidmat dalam sektor awam. Daripada 8,037 OKU berdaftar dengan Sistem Pendaftaran Pekerjaan, seramai 6,425 OKU sudah mendapat pekerjaan dalam sektor swasta.
"Kerajaan menggalakkan pembabitan swasta dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU menerusi Kod Amalan Penggajian, selain mengarahkan semua bangunan kerajaan dan swasta menyediakan kemudahan asas golongan itu," katanya.
Beliau berkata, ketika ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula mewajibkan semua bangunan menyediakan kemudahan asas untuk OKU seperti tangga, lif, tandas dan tempat letak kereta selain pengangkutan awam.
"Kita dimaklumkan, syarikat pengangkutan di Lembah Klang, RapidKL akan menyediakan 100 bas yang mesra OKU berulang alik ke pelbagai destinasi mulai 1 Jun ini," katanya.
Kebanyakan infrastruktur sedia ada sekitar ibu kota tidak mesra pengguna, wajar ditambah, naik taraf
KUALA LUMPUR: Kemudahan awam yang disediakan untuk orang kurang upaya (OKU) di sekitar ibu kota masih perlu dipertingkatkan kerana banyak yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, selain tidak mesra OKU.
Ini kerana kemudahan seperti tandas awam, ramp, laluan pejalan kaki, laluan kerusi roda, lif dan tempat letak kenderaan disediakan bukan saja tidak sempurna, malah dibina ala kadar sehinga sekali gus menyusahkan golongan itu untuk menggunakannya. Ia diakui jurutera Jabatan Kerja Awam DBKL, Abdul Hamid Surip yang berkata walaupun pelbagai kemudahan disediakan untuk OKU, ia belum mencapai tahap membanggakan kerana tidak bersifat mesra OKU.
Walaupun tandas awam dibina khusus untuk OKU, malangnya langsung tidak menggambarkan kemudahan itu adalah untuk diguna pakai golongan berkenaan.
Ini kerana kedudukan suis lampu yang tinggi iaitu 1.6 meter sedangkan ketinggian itu untuk golongan normal, ada halangan seperti tong sampah, baldi serta jarak tab dengan pili terlalu jauh menyebabkan timbul kesukaran kepada OKU.
Laluan pejalan kaki juga tidak sesuai untuk OKU berkerusi roda. Contohnya, di pusat beli-belah Sogo kerana menggunakan jenis ‘Interlocking Fabers’ yang tidak rata boleh mendatangkan bahaya kepada golongan berkenaan.
Katanya, selain itu wujud halangan seperti kenderaan yang parkir di laluan pejalan kaki, penutup longkang berjaring dan menegak serta benteng yang dibina terlalu tinggi membataskan pergerakan mereka yang berkerusi roda.
“Pada masa sama, kemudahan awam untuk OKU belum mencukupi dan perlu ditambah kerana ada sesetengah bangunan langsung tidak menyediakan kemudahan seperti laluan pejalan kaki, tempat letak kenderaan, tandas dan ramp.
“Justeru, kita perlu memperbanyakkan kemudahan itu dan pada masa sama menaik taraf kemudahan awam sedia ada bukan saja di luar bangunan malah dalam bangunan,” katanya.
Itulah rumusan yang peserta Bengkel Audit Akses OKU yang dianjurkan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), baru-baru ini.
Menerusi bengkel itu, peserta yang terdiri daripada kakitangan DBKL pelbagai jabatan turun padang bagi merasai sendiri pengalaman menjadi OKU demi memastikan kemudahan yang akan dibina menepati kehendak golongan berkenaan.
Bengkel itu juga bertujuan melatih pegawai supaya memahami keperluan, kepentingan serta cara pelaksanaan kemudahan OKU serta melaksana audit akses untuk mengetahui status infrastruktur tahap kemudahan awam memenuhi ketepatan keperluan OKU.
Tujuh lokasi sekitar ibu kota yang menjadi tumpuan orang ramai dipilih untuk eksperimen berkenaan, iaitu Tasik Perdana, KL Sentral, Istana Budaya, Bandar Wawasan, Institut Sosial Negara, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Masjid Negara.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang kudung kaki kiri sejak berumur sembilan tahun memerlukan RM7,800 untuk mendapatkan kaki palsu bagi membolehkannya berjalan seperti insan sempurna lain.
Rosdalila Yaacob, 25, yang kakinya dipotong kerana kanser tulang memerlukan bantuan kewangan secepat mungkin kerana kaki palsu sedia ada sudah tidak boleh digunakan.
Ibunya, Zainab Saad, berkata kaki palsu yang dibeli sejak empat tahun lalu, ketika Rosdalila berusia 21 tahun sudah tidak muat lagi.
“Ia menyukarkan pergerakannya dan dengan pendapatan RM600 sebulan sebagai penoreh getah, saya dan Rosdalila tidak mampu mengumpul wang sebanyak itu.
“Sebahagian pendapatan pula perlu diperuntukkan untuk kos perubatan Rosdalila, selain perbelanjaan seharian,” katanya di Balai Berita, di sini, semalam.
Disebabkan masalah kesihatan, Rosdalila hanya bersekolah hingga Tahun Enam kerana pergerakannya terhad serta perlu kerap ke hospital bagi rawatan lanjut.
Rosdalila yang berasal dari Perak juga terpaksa mendapatkan rawatan kimoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setiap tahun akibat penyakitnya dan pernah menerima sumbangan kaki palsu menerusi bantuan Unit Kebajikan, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) kira-kira sembilan tahun lalu.
Zainab berkata, adik beradik Rosdalila yang semuanya wanita juga tidak berkemampuan menghulurkan bantuan bagi pembelian kaki palsu berkenaan kerana mereka hanya suri rumah dan hidup dalam kesempitan.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghantar cek kepada Berita Harian (dengan catatan nama penerima di belakang cek) dan dialamatkan ke Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau hubungi 03-22822323.
KOTA BHARU, 16 Mei (Hrkh) – Mengejutkan, apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporannya mendedahkan setiap saat seorang penduduk dunia berdepan dengan penyakit kecacatan penglihatan. Manakala setiap minit pula seorang kanak-kanak terdedah dengan risiko menjadi buta.
Presiden Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Prof Dato’ Dr Ismail Mohd Salleh berkata, statistik tersebut dikeluarkan WHO yang menggambarkan begitu kronik penyakit kebutaan sekiranya tidak diberi rawatan segera.
“MAB sehingga kini menjalankan pelbagai program pencegahan kebutaan termasuk kepada kanak-kanak prasekolah. Program yang dijalankan itu melibatkan perbelanjaan yang besar.
“Setiap tahun sebanyak RM5 juta diperlukan bagi menjalankan program rawatan, di mana ia mampu merawat 2,500 orang. Perbelanjaan itu ditanggung MAB dan kerajaan hanya menyumbang 27 peratus daripada jumlah itu,” katanya pada majlis penyampaian cek sumbangan kerajaan negeri kepada MAB di JKR 10 di sini, hari ini.
Kelantan menyumbang sebanyak RM100,000 kepada MAB yang disampaikan anggota Exco, Dato’ Takiyuddin Hassan kepada Dr Ismail. Sempena program itu turut diadakan pemeriksaan dan rawatan mata (katarak) percuma.
Dr Ismail berkata, jumlah penduduk di dunia yang berdepan dengan masalah penglihatan sekarang seramai 140 juta orang.
Dan dalam tempoh 20 tahun akan datang jumlah kes kebutaan dan rabun dijangka meningkat kepada 280 juta orang sekiranya usaha-usaha bagi mengurangkan risiko tersebut tidak dilakukan.
“Sebanyak 90 peratus kes kebutaan dapat dicegah melalui pembedahan. Bagaimanapun masyarakat kita enggan mendapatkan rawatan segera,” katanya.
Beliau berkata, bagi mendapatkan dana untuk menjayakan pelbagai program kesedaran dan rawatan, MAB terpaksa mengadakan pelbagai program amal.
Dr Ismail juga berharap mendapat kerjasama daripada kerajaan Kelantan bagi mengenal pasti tapak untuk dibina cawangan Hospital Mata Tun Hussien Onn di negeri ini.
Menurutnya, bekas Pusat Serenti dikenalpasti antara tapak sesuai digunakan bagi tujuan itu sekiranya mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri.
Beliau juga mendedahkan Kelantan mempunyai perangkaan tertinggi kes rabun dan kebutaan disebabkan gaya hidup mereka yang suka kepada makanan manis secara berlebihan.
Katanya, akibat mengambil gula berlebihan mengundangkan kepada risiko kencing manis dan penyakit tersebut boleh menyebabkan kebutaan.
Selain itu, golongan nelayan juga dikenalpasti mudah terdedah dengan penyakit tersebut kerana mereka terdepan dengan angin kuat ketika di laut dan kemasinan air laut.
“Sebab itu MAB memberi tumpuan kepada Kelantan bagi menjalankan program rawatan melalui hospital bergerak yang masuk ke kampung-kampung,” katanya.
Menurutnya melalui program yang dijalankan seramai 10,500 kanak-kanak telah diberi cermin mata dan melakukan 350 pembedahan katarak.
MAB juga mempunyai pejabat cawangan di Jalan Telipot, Kota Bharu sejak beberapa tahun lalu.
Takiyuddin pula berkata, melalui sumbangan sebanyak RM100,000 kepada MAB dan Hospital Mata Tun Hussien Onn membolehkan kira-kira 200 rakyat Kelantan mendapat rawatan percuma.
“Sama-samalah kita mencegah penyakit tersebut dengan mengamalkan gaya hidup sihat,” ujarnya.
Kata beliau juga kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi membantu pesakit kronik setiap tahun.
Pada majlis itu Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri mengisi borang menderma kedua-dua belah matanya apabila meninggal dunia kelak.
Hadir sama pada program itu, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud, wakil-wakil rakyat, Penyelia Dun dan penasihat program berkenaan, Prof Dr Viramani.
Pada program yang sama seorang pesakit strok, Mohd Hashim Abdullah menerima sumbangan kerusi roda elektronik daripada kerajaan negeri.
BATU PAHAT, 8 Mei (Hrkh) – Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfods Mohamad, mengekalkan jawatan Yang DiPertua (YDP), PAS kawasan Pagoh setelah menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung PAS kawasan berkenaan yang diadakan baru-baru ini. Ketua Dewan Ulama PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussin dan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, pula terus mengekalkan jawatan masing-masing, manakala Hajah Atiah Ahmad, dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Johor yang baru.
Bagaimanapun pelantikan tiga jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Johor iaitu Ketua, Timbalan dan Naib, dibuat secara syura.
Sementara itu pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS kawasan bagi sesi 2007-2009 di kesemua 26 kawasan di negeri ini hampir selesai kecuali kawasan Parit Sulung yang akan bersidang pada 13 Mei ini.
Pemilihan kali ini juga tidak menyaksikan banyak muka baru dipilih menerajui kawasan-kawasan kecuali di Batu Pahat, manakala dua muka lama yang sebelum ini pernah menyandang jawatan YDP telah dipilih semula menerajui kawasan masing-masing.
Ahmad Kailani Kosnin, yang sebelum ini Naib YDP PAS Batu Pahat, dipilih sebagai YDP yang baru, manakala Rosli Kemin dan Rosman Kemin dipilih semula menerajui kawasan Johor Bahru dan Ledang.
Pemilihan AJK sesi ini juga telah menempa sejarah baru bagi PAS Johor apabila buat pertama kalinya seorang Orang Kurang Upaya (OKU) telah dipilih menerajui Dewan Pemuda PAS kawasan.
Azhan Atan, yang cacat penglihatan sejak lahir telah dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Tanjung Piai yang baru menggantikan Ghazaly Ayub, yang telah mencapai usia kelayakan bagi jawatan tersebut. - mks.
KOTA BHARU, 14 Mei (Hrkh) – Tidak sampai satu peratus Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini yang diberi peluang bekerja di sektor awam dan sektor swasta. Sedangkan amalan tersebut bercanggah dengan pekeliling Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Perkara itu disahkan Pengarah Bahagian OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia, Norani Hashim pada sidang media selepas merasmikan Seminar OKU Berdikari peringkat negeri Kelantan di sebuah hotel di sini, hari ini.
Menurut beliau, hanya seramai 377 OKU yang berdaftar dengan JKM di seluruh negara bekerja di sektor awam.
Bagaimanapun katanya, 2.7 peratus OKU berdaftar bekerja di bawah JKM dan peratusan itu mengatasi kuota satu peratus sebagaimana yang ditetapkan kerajaan.
“Saya kecewa, peratusan OKU yang bekerja di sektor awam dan swasta tidak mencapai sasaran, seboleh-bolehnya mereka perlu diberi peluang untuk berkhidmat di swasta mahu pun sektor awam,” katanya.
Jelasnya, keadaan itu berlaku mungkin kerana majikan kurang yakin dengan keupayaan OKU dari aspek pergerakannya, dan penumpuan penuh kepada kerja serta produktiviti.
Kata beliau kebanyakkan OKU yang diberi tempat dalam sektor awam bekerja di bahagian sokongan dan segelintir sahaja daripada mereka berkhidmat sebagai pegawai.
Bagi mengatasi masalah itu JKM memperkenalkan ‘Jobcoach’ yang bertindak sebagai perantara untuk mencari dan menyediakan pekerjaan kepada OKU.
Norani ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Perkhidmatan dan Kemudahan JKM’ pula berkata, sehingga hari ini perkhidmatan yang disediakan kerajaan masih lagi tidak mesra OKU.
Katanya, kemudahan awam yang ada masih menjadi penghalang mereka bergerak ke tempat kerja.
“Kemudahan mesra OKU mesti diwujudkan, bukan sahaja boleh diguna mereka, orang tua pun boleh juga. Kita hendak capai negara maju tetapi masih ada lagi perkara asas dan penting yang tidak dipenuhi,” tambah beliau.
Seramai 350 peserta mengikuti seminar yang dianjurkan bersama JKM, Universiti Sains Malaysia dan Medicare Health Service yang terdiri daripada OKU cacat pendengaran, penglihatan, fizikal, dan pembelajaran.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mencatatkan 10 peratus penduduk di seluruh negara adalah OKU, manakala di Malaysia seramai 2.6 juta OKU.
Sehingga Disember 2006 seramai 197,519 OKU yang berdaftar dengan JKM, jumlah OKU dalam pembelajaran paling ramai iaitu 76,619 berbanding OKU fizikal seramai 66,250 orang.
Manakala negeri yang mencatat OKU paling ramai ialah Selangor iaitu 25,625 orang, diikuti Johor 24,228 orang dan Perak 20,285 orang. Di Kelantan seramai 17,239 OKU yang berdaftar. - /mj
KUALA LUMPUR 13 Mei – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mewujudkan Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat Perdana (CSR) bagi menggalakkan pelbagai pihak berganding bahu dengan kerajaan dalam menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat.
Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, anugerah itu dijangka disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada September atau Oktober ini.
Menurutnya, pada masa ini, kementeriannya sedang membuat persiapan bagi mengenal pasti kaedah penyertaan sebelum ia diumumkan dalam tempoh sebulan dari sekarang. ‘‘Sejak kebelakangan ini, konsep CSR telah dilaksanakan dalam bentuk dan pendekatan baru oleh banyak pihak yang mempunyai kepentingan dalam masyarakat.
‘‘Anugerah itu diwujudkan bagi menggalakkan semua sektor dalam kerajaan dan pihak swasta melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Hubungan Komuniti (Community Link) Kumpulan CIMB di Kota Damansara dekat sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Tun Razak berkata, untuk program CSR, pihaknya memperuntukkan lebih RM2 juta untuk diagihkan kepada 60 projek seluruh negara.
Katanya, jumlah itu akan meningkat untuk membiayai ratusan projek lagi bagi tempoh tahun 2008.
Ditanya mengenai program Community Link di Kota Damansara, Nazir memberitahu, Kumpulan CIMB membantu persatuan penduduk ‘Friends of Kota Damansara’ membina laluan khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) serta sebuah pondok rehat (gazebo) bernilai dalam lingkungan RM60,000.
Menyentuh konsep CSR yang dilakukan menerusi 383 cawangan Kumpulan CIMB, Nazir berkata, setiap cawangan akan menyumbang kepada tabung kebajikan setiap kali akaun dibuka, kad kredit diluluskan atau insurans, pinjaman dan produk pelaburan dijual.
Katanya, jika banyak transaksi dan aktiviti perdagangan dilakukan di sesuatu cawangan CIMB, maka jumlah tabung itu juga akan bertambah.
Katanya, sebuah ‘termometer’ gergasi akan diletakkan di setiap pusat perbankan elektronik CIMB untuk menunjukkan jumlah wang yang telah dikutip untuk projek Hubungan Komuniti.
Pada majlis itu, Kumpulan CIMB turut menyumbang sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Pencinta Alam Malaysia yang bekerjasama dengan persatuan penduduk Kota Damansara bagi memulihara Taman Perhutanan Komuniti Kota Damansara.
DALAM sebuah rancangan televisyen, telah dipaparkan kehidupan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) di Amerika Syarikat yang dilahirkan tanpa tangan. Namun, beliau hidup bebas seperti ahli masyarakat yang lain. Keretanya diubah suai sehingga beliau boleh memandu (kakinya yang mengawal stereng); digambarkan juga bagaimana beliau menggunakan perkhidmatan pandu masuk (drive thru’) di salah sebuah restoran makanan segera; malah digambarkan juga bahawa beliau telah pun berkahwin dan melahirkan anak.
Yang lebih mengharukan, turut dipaparkan bagaimana beliau menukar sendiri lampin anaknya dengan menggunakan kaki tanpa mengalami apa-apa kesukaran. Beberapa tahun lalu, penulis berkesempatan untuk menghadiri satu konvensyen antarabangsa di Kuala Lumpur yang mengundang orang-orang yang berjaya dari seluruh dunia untuk memberi galakan (motivasi) kepada para peserta. Salah seorang penceramah yang memberikan galakan kepada ratusan peserta pada hari tersebut ialah seorang yang tiada tangan dan kaki dari Amerika Syarikat. Hakikat bahawa beliau yang lahir tanpa tangan dan kaki tetapi masih boleh menjadi penceramah untuk berceramah di merata dunia menunjukkan betapa kecacatannya itu tidak menghalang beliau untuk berjaya. Ia juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa masyarakatnya dan kemudahan-kemudahan dalam masyarakatnya juga tidak pernah menghalangnya untuk melalui hidup ini sama seperti insan sempurna anggota yang lain.
Keprihatinan masyarakat Amerika Syarikat untuk memberikan peluang yang sama kepada rakyatnya yang kurang bernasib baik jelas terpancar dalam laporan seorang wartawan tempatan yang berkesempatan mengunjungi Disneyland baru-baru ini. Menurut wartawan tersebut, taman tema itu amat mesra OKU. Bukan sahaja disediakan kerusi roda elektronik untuk memudahkan perjalanan golongan ini, tetapi jalan, tandas, restoran, permainan dan tempat istirahatnya amat mementingkan ciri-ciri keselamatan untuk OKU. Dalam kata-kata lain, golongan OKU boleh sahaja berseronok di Disneyland tanpa dihalang oleh kecacatan mereka kerana pengurusan taman tema itu telah mengambil kira keperluan golongan tersebut dan menyediakan segala kemudahan yang perlu untuk mereka berseronok sama seperti pengunjung yang lain.
Baru-baru ini sebuah akhbar melaporkan bahawa lebih dari 70 peratus bangunan di negara ini belum memenuhi peraturan-peraturan bangunan yang memerlukannya diubah suai agar menjadi lebih mesra OKU. Pihak penguat kuasa pula dikatakan tidak menjalankan tugas untuk memastikan peraturan ini dipatuhi. Malah, dilaporkan juga bahawa tiada peruntukan dalam peraturan tersebut yang membolehkan mereka yang tidak mematuhinya dikenakan tindakan.
Di sektor pekerjaan pula, dari 173, 192 orang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hanya 5,700 orang (4 peratus) yang diambil bekerja. Maka, tidak hairanlah ketika sambutan Hari Pekerja baru-baru ini, YAB Perdana Menteri mengingatkan para majikan untuk mengambil pekerja OKU, khususnya mereka yang hilang upaya akibat kemalangan di tempat kerja.
Namun, memastikan OKU menjalani hidup sama seperti orang sempurna anggota yang lain bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata. Ia juga bermula di rumah dengan ibu bapa dahulu membantu dan memberikan peluang untuk anak-anak OKU menjalani kehidupan yang serba biasa. Mengurung anak di rumah atau menganggap tiada apa boleh dilakukan untuk merawat anak tersebut hanya akan memburukkan keadaan. Sebaliknya, jika ibu bapa membantu anak tadi untuk mendapatkan kehidupan yang serba biasa mungkin, insya-Allah, anak tersebut tidak akan terpinggir. Ini boleh dimulakan dengan mendaftar anak-anak OKU di JKM dan mengambil segala manfaat yang ada.
Satu berita baik untuk OKU di Kuala Lumpur ini ialah, bermula bulan hadapan RapidKL akan memperkenalkan bas-bas baru yang lebih mesra OKU. Sementara usaha RapidKL ini amat kita hargai, namun, memberikan perkhidmatan yang mesra OKU ini bukan terhad kepada kemudahan jasmaninya sahaja - bas serta hentian bas yang mesra OKU sahaja. Apa yang tidak kurang pentingnya ialah pemandu-pemandu yang mesra OKU yang dengan ikhlas mahu menolong dan memudahkan golongan ini.
Bagi penulis, sikap mahu ‘menolong dan memudahkan’ OKU adalah asas kepada kehidupan yang lebih selesa untuk OKU di negara ini. Jika semua pihak ada sikap mahu menolong dan memudahkan golongan OKU ini, akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin. Bagi umat Islam, hadis berikut yang diriwayatkan oleh Muslim, perlu dijadikan pendorong untuk kita membuat lebih lagi untuk golongan ini, “Sesiapa yang melepaskan satu kesulitan seorang Mukmin di dunia, Allah lepaskannya dari satu kesulitan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang susah, Allah memudahkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, Allah tutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hamba-Nya yang sentiasa menolong saudaranya.”
Semoga semua OKU di Malaysia menikmati kemanisan ajaran Islam ini di Malaysia, bumi kita yang tersayang.
- SITI FATIMAH ABDUL RAHMAN ialah Fellow Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin yang berkunjung ke Los Angeles baru-baru ini
LAIN padang, lain belalang! Kita mungkin berbangga apabila Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, tetapi sudah bersediakah kita mengubah mentaliti ‘kelas ketiga’ kepada ‘kelas pertama’ dalam pelbagai segi? Sejauh mana tahap kesedaran sivik kita terhadap kebersihan, keprihatinan terhadap golongan kurang bernasib baik, sikap ketika di jalan raya dan tahap kesedaran mengenai pentingnya kebersihan sekitar? Jika anda bekerja dalam sektor perkhidmatan, apakah sikap anda terhadap tetamu – senyum atau masam muka?
Kunjungan saya ke kota perfileman terkenal – Hollywood di Los Angeles, California, Amerika Syarikat baru-baru ini membuka minda saya terhadap beberapa perkara.
Misalnya sepanjang seminggu mengunjungi beberapa restoran di sana, didapati pekerja restoran amat menghargai kerja mereka dan sentiasa tersenyum melayani pelanggan. Mereka bekerja dengan gembira dan membelakangkan tekanan apabila berdepan pelanggan.
Servis juga cekap. Rasanya, contoh seperti ini boleh dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia supaya perkhidmatan mereka lebih cemerlang lagi. Sesetengah pekerja restoran di negara kita, tidak pernah senyum atau muka masam memanjang. Ada kalanya pengunjung menunggu lama sebelum diambil pesanan makanan.
Di AS juga, anda tidak boleh terus masuk dan memilih tempat duduk yang anda suka di restoran, sebaliknya perlu menunggu di pintu masuk dan pekerja restoran akan menunjukkan tempat duduk anda. Jika tidak berbuat demikian, anda tidak akan mendapat layanan mereka. AS adalah 'tipping country'. Majoriti perkhidmatan mereka perlu diberi tips.
Penginapan di Hotel Hilton Anaheim berhampiran kota keriangan kartun terkemuka dunia, Disneyland sangat mendamaikan. Anaheim dulunya sebuah penempatan pinggiran yang sunyi, tetapi semakin maju dengan pembangunan pelbagai hotel. Semuanya tempias kemasyhuran Disneyland yang menjana keuntungan lebih AS$4 bilion setahun.
Pengalaman sehari suntuk di Disneyland pertama di dunia itu memang menakjubkan. Sedari awal melangkah ke Disneyland, mata terpaku melihat kebersihan dan keindahan persekitarannya.
Namun, di celah lautan manusia itu juga, terlihat kelibat pekerja di situ yang tidak lekang memegang penyapu dan pengaut sampah. Pantang melihat walau sebutir bertih jagung terjatuh di lantai, pasti pantas saja mereka membersihkannya.
Di Disneyland, pengunjung tidak dibenarkan merokok sesuka hati dan tujuh zon merokok disediakan. Di negara kita, walaupun terpampang perkataan ‘terima kasih kerana tidak merokok’, asap rokok masih berkepul-kepul.
Turut mencuri perhatian bukan saja watak kartun Disneyland yang comel belaka, malah tong sampah disediakan juga sangat menarik dengan lakaran watak kartun serta warna ceria yang secara psikologinya boleh menggalakkan pengunjung membuang sampah di tempat disediakan.
Mungkin langkah ini boleh kita ‘tiru’ di Malaysia yang secara tidak langsung dapat membantu menjamin kebersihan persekitaran kawasan taman tema atau destinasi pelancongan terkenal negara kita. Apa yang lebih penting, taman tema ini dan lokasi pelancongan lain di AS sangat mesra Orang Kurang Upaya (OKU).
Disneyland misalnya menyediakan kerusi roda elektronik untuk kegunaan OKU. Malah, jalan, tandas, restoran, permainan dan tempat istirahatnya juga mementingkan ciri keselamatan untuk OKU. Tinggi betul penghormatan kerajaan AS terhadap OKU. Berbanding di negara kita, OKU terpaksa bermati-matian memperjuangkan hak mereka. Negara kita masih jauh ketinggalan dalam aspek penyediaan kemudahan asas untuk OKU.
AS juga satu-satunya negara di dunia yang tidak menggunakan sistem metrik untuk jalan rayanya. Bak kata pemandu pelancong kami, Willy Sin, itu mungkin tanda keangkuhan AS yang tidak mahu menjadi pengikut, sebaliknya mahu negara lain mengikut apa yang mereka lakukan.
Pemerhatian penulis juga mendapati, pejalan kaki di sana cukup dihormati. Jika pejalan kaki melintas ketika lampu hijau sekalipun, kenderaan tetap berhenti tanpa membunyikan hon. Namun, disiplin pejalan kaki di sana juga tinggi. Mereka tidak melintas jalan jika lampu isyarat pejalan kaki berwarna merah, walaupun tiada kenderaan sedang melintasi jalan raya itu.
Beberapa hari berada di Los Angeles berkunjung ke Disneyland, Universal Studios, Hollywood Boulevard, Rodeo Drive Beverly Hills, Farmer’s Market dan Chinatown, kami meneruskan perantauan ke kota kasino, Las Vegas, kira-kira enam jam perjalanan dari Los Angeles.
Sebenarnya, tidak pernah terlintas di benak penulis akan berpeluang berkunjung ke AS. Namun, peluang keemasan itu datang apabila ditugaskan membuat liputan bersama Astro ke kota perfileman terkenal – Hollywood, yang penulis rasa memang diidamkan kebanyakan orang.
Keterujaan mengunjungi negara Barat itu bukan saja dirasai penulis, malah keghairahan itu dikongsi bersama ahli rombongan terdiri daripada lima pemenang peraduan Kaki Wayang Astro bersama pasangan masing-masing, selain kakitangan Astro dan artis popular, Anuar Zain serta hos program Wayang Kita, Zainal Alam Kadir, tatkala bertemu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX) sepanjang perjalanan 18 jam, termasuk sejam singgah di Lapangan Terbang Taipei, kami terpaksa melalui pemeriksaan Kastam yang agak ketat. Kelibat beberapa ekor anjing yang membantu pengawal keselamatan menjalankan pemeriksaan keselamatan menggerunkan penulis.
Anjing itu berkeliaran di tempat menuntut bagasi untuk memastikan tiada barangan larangan diseludup masuk atau keluar dari lapangan terbang ketiga tersibuk di dunia itu. Ketat sungguh pemeriksaan keselamatannya.
Ketika menjalani pemeriksaan Kastam di LAX, penulis bertemu seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina yang sudah 20 tahun berkhidmat di lapangan terbang itu. Terkejut juga apabila tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang memulakan perbualan dalam bahasa Melayu. Sempat juga dia bertanyakan penulis keadaan Malaysia sekarang yang sudah lama ditinggalkannya.
Selepas selesai semua pemeriksaan, ahli rombongan dibawa menjamu selera di restoran makanan segera tidak jauh dari lapangan terbang itu. Di hadapan restoran itu, ada barisan mesin yang menjual surat khabar. Pembeli hanya perlu memilih akhbar yang ingin dibeli dan memasukkan syiling ke dalam mesin sebelum boleh mengambil akhbar di dalam cermin.
Terfikir oleh penulis betapa jujurnya penduduk di AS. Kejujuran yang penulis maksudkan ialah pembeli mungkin mempunyai peluang untuk mengambil lebih daripada satu akhbar di dalam peti itu, tetapi ia tidak berlaku. Justeru, kerajaan di sana tiada masalah menggunakan mesin berkenaan sebagai salah satu medium menjual akhbar. Bayangkan, jika kaedah sama ada di negara kita.
Kami turut ke Las Vegas. Terus terang dikatakan, jika orang lain menganggap Las Vegas kota hiburan terbaik dunia, tidak pula bagi penulis. Menghirup udaranya ketika bersiar-siar bersama ahli rombongan sudah menyeksakan penulis sehingga demam tiba-tiba.
Udaranya agak kotor. Mungkin kerana kedudukannya di kawasan gurun ditambah dengan pembangunan yang semakin pesat dan aliran kenderaan yang bertali arus. Namun, kesempatan mencuba ‘roller coaster’ paling tinggi dan pantas pernah penulis naiki di hotel dan Kasino New York satu pengalaman ‘gerun’ yang tidak mungkin dilupakan.
Paling menyeronokkan bagi ahli rombongan, pastinya kesempatan membeli-belah barang berjenama pada kadar harga terendah di Factory Outlet yang memang melekakan, hingga masing-masing terlajak masa kerana terlalu asyik!
KUALA LUMPUR 5 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu majikan mengambil semula pekerja yang hilang upaya akibat kemalangan di tempat kerja, setelah mereka kembali pulih.
Perdana Menteri juga meminta majikan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada golongan orang kurang upaya (OKU) supaya mereka boleh berdikari. Menurutnya, walaupun mereka yang terbabit menerima bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), namun golongan pekerja itu masih memerlukan pekerjaan untuk menyara kehidupan sekeluarga.
“Ada pekerja yang cedera dan hilang anggota (tubuh badan) akibat kemalangan di tempat kerja. Ini satu perkara yang perlu diambil berat dan diberi perhatian.
“Bila pulih, kita mahu pastikan mereka diambil bekerja semula jika masih muda dan mampu bekerja. Jika tidak, wujudkan peluang-peluang lain. Ini perlu dianggap perkara penting,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Hari Pekerja 2007 di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, hari ini.
Pada masa yang sama, tambahnya, setiap majikan perlu memastikan kes-kes kemalangan di tempat kerja dikurangkan.
“Kalau boleh, mencapai sifar iaitu tidak ada langsung pekerja cedera di kilang-kilang,” ujar beliau.
Mengenai pekerja OKU, Abdullah berkata, majikan perlu mencari kaedah tertentu dengan memberi peluang kepada mereka terlibat dalam pembangunan ekonomi dan diberi upah yang setimpal.
Dalam konteks ini, beliau mahu majikan mempunyai sikap penyayang kepada pekerja OKU kerana sifat itu amat tinggi nilainya.
Kita perlu menghargai manusia lain yang ingin maju, berjaya dan hendak bekerja. Kita perlu memberi perhatian untuk menjayakan hasrat mereka,” jelasnya.
Perdana Menteri seterusnya membangkitkan soal kebajikan pekerja-pekerja kerana ia dapat mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan seterusnya membantu meningkatkan produktiviti.
Malah, kata Abdullah, majikan perlu menunjukkan sikap prihatin kepada para pekerja kerana ia boleh mewujudkan keinginan kepada mereka untuk mencapai kejayaan dalam pekerjaan masing-masing.
SEBAGAI Orang Kurang Upaya (OKU), saya kesal sikap pengawal keselamatan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Teluk Rubiah, Seri Manjung, Perak kerana tidak membenarkan kereta yang saya naiki masuk ke pekarangan kem berkenaan. Peristiwa itu berlaku jam 4 petang 25 Mac lalu ketika kami sekeluarga ke sana untuk menemui anak perempuan kami yang menjalani latihan PLKN Kumpulan 2, Siri 4/2007.
Apabila kami sekeluarga sampai di pintu pagar kem PLKN berkenaan, kami meminta kebenaran daripada pengawal keselamatan yang bertugas supaya membenarkan kereta masuk ke pekarangan kem itu bagi membolehkan saya diturunkan.
Saya amat dukacita apabila pengawal itu tidak membenarkan kereta masuk walaupun sekejap bagi membolehkan keluarga saya menurunkan saya. Pengawal keselamatan itu sungguh angkuh dan tidak bertimbang rasa. Kerana terlalu rindukan anak, keluarga terpaksa memapah saya sambil berjalan perlahan-lahan ke pekarangan kem PLKN berkenaan.
Weblog ini diwujudkan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat-maklumat berkenaan OKU. Ia merupakan kesinambungan dari weblog oku 1 iaitu Anything About Disabled People. Penulis/ owner of this blog adalah seorang OKU yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada Ogos 1992 di lebuhraya Paloh Inai, Kuantan, Pahang.
Itulah serba sedikit mengenai biodata penulis/ owner blog. Wassallam... Blogger
1 January 2007
1. You can make money safely, legitimately, and easily.
2. It takes maybe three minutes to join.
3. You need nothing more than a working computer connected to the Internet.
4. You don't have to enter any sensitive information to join.
5. You don't have to buy anything to join.
6. You don't have to buy anything ever once you are a member.
7. It's easy to cancel if you don't want to be a member any more.
8. You'll only download a small free toolbar that won't install anything else on your computer, hog its memory, or read your keystrokes.
9. You'll make the same amount of money even if you never click on anything.
10. AGLOCO is the real deal, not some little scam. A good number of notable entrepreneurs are backing it. A Google search with keyword "agloco" will net you 1 million pages and counting.
11. Very important: AGLOCO's business model has been tried before and proven to work. In fact, AGLOCO's predecessor paid out over $120 million to its members (this is what finally convinced me).
12. You can dramatically increase your income by referring other people to AGLOCO, because...
13. ...AGLOCO pays you a portion of the surf money earned by those you referred up to 5 levels below you. So...
14. You can recruit your friends and all make money together when you help them get referrals. Thus,
15. The sooner you sign up, the more folks will come to you for info and the more likely it is that you will be the original seed of a large referral network in your community.
16. You never have to read emails from people you don't know.
17. You'll never be asked to send emails to people you don't know.
18. You don't have to change anything you normally do on the Internet. You surf, AGLOCO pays.
19. AGLOCO's revenue source is genuine: a Viewbar members use that shows targeted advertisements based on your surf history, with the money paid to advertise going back to the members. That's not magic; that's common sense.
20. The Viewbar software you will download will not invade your privacy; it simply looks for keywords on the pages you view in order to show related ads.
21. The Viewbar is maybe the size of your taskbar at the bottom of your screen - in other words, it's small and won't interfere with your browsing experience at all.
22. AGLOCO has a thorough privacy policy that explicitly guarantees personal information will never be sold or given away.
23. In fact, AGLOCO has not one but three agreements every member must agree to. The bases are covered.
24. AGLOCO has a CPO - Chief Privacy Officer - whose responsibility is to make sure your privacy is never violated. His name is Ray Everett-Church, and he has more experience protecting privacy than probably anyone else on the planet.
25. AGLOCO doesn't play; anybody providing fake information, signing up twice, or otherwise trying to cheat the system will be detected by AGLOCO's anti-hacking instruments. This is an honest enterprise through and through.
26. By signing up, you support the company that will change Internet advertising for the better.
27. By signing up, you get to own a piece of the company that will change Internet advertising for the better. AGLOCO belongs to its members, which is to say that...
28. ...you will own stock (more if you refer people) in a company that is likely to become huge and thus your stock will be worth something awesome when AGLOCO goes public on the London Stock Exchange.
29. You will likely find that other AGLOCO members, especially now in the early stages of AGLOCO, are some of the Web's savviest users and developers, and you can learn a bunch from them.
30. You get to be on the cutting edge of World Wide Webware development, which means that as AGLOCO grows, its members will benefit from...
31. ...discounts when members buy from companies affiliated with AGLOCO;
32. ...possible help with spyware/antivirus protection (remember, everyone from Fortune 500 companies to millions of users will all benefit from a better browsing experience);
33. ...community forums where members can meet and discuss not just stuff, but ways and member-based projects to make AGLOCO better (it is our company).
34. Our company is in good hands. AGLOCO pays 10% of its revenues to Infomediary Services Corporation (ISC), which is simply the management company that is responsible for managing AGLOCO. The other 90% of the revenue belongs to us. This 10% will attract the designing talent needed to make AGLOCO great. The corresponding 10% of AGLOCO's shares go to a foundation dedicated to providing every human being on Earth with Internet access.
35. AGLOCO's management team will not get stock in AGLOCO. This ensures that those in positions of high responsibility don't hijack the company.
36. Though circumstances will vary, you can get paid and earn shares no matter where on Earth you live.
37. If you choose, you can donate your earnings and shares to the charity of your choice.
38. If you get involved in referring more members, you might be able to quit your day job and actually spend time at home, with your family, on vacation, wherever - and still make money.
39. If AGLOCO fails, you won't lose any money because you paid none in the first place.
40. AGLOCO ain't gonna fail. The last time such an opportunity existed, people made over $120 million in under 2 years, when far less people had Internet access and conditions weren't yet right for such a company to go public. Now, with record spending on advertising and calls from all sides for less irrelevant advertising and a better business/customer connection, the world is more than ready for an economic network that gives back to its users.
Now, if you aren't yet a member, after everything I just told you, you're not going to go and sign up?