Weblog OKU 2

This blog are use both English language and Malays langauge. Anything issues about disabled people can be disscused here. This Blog also known as WEBLOG OKU. Blogger 1 January 2007

 
Menu
|Weblog OKU 1| |Weblog OKU 2| |Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |e-Book|
Iklan





Kunjungan Pelawat


Pengunjung Online
Waktu Malaysia
Waktu Solat
Borak

Free shoutbox @ ShoutMix
Website OKU
Labels
Harakahdaily Yahoogroups

Jom ke yahoo group Harakahdaily!

Harakahdaily

Fri | Jun 22, 07 | 03:55:05 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Ingin mendapatkan berita muktahir dan terkini?

Ingin bersantai sambil membaca berita-berita serta maklumat alternatif sewaktu bercuti?

Atau ingin melengkapi diri dengan perkembangan semasa dengan maklumat alternatif?

Kini anda berpeluang untuk mendapat segalanya dengan menyertai yahoo group Harakahdaily.

Para peminat, penyokong dan pembaca berita alternatif dipelawa untuk menyertai secara percuma yahoo group ini.

Apa yang perlu anda lakukan adalah layari; http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily dan daftarkan diri untuk mendapatkan segala maklumat melalui emel peribadi anda.

Jom meriahkan sumber maklumat dan pemberitaan alternatif terkini!

Subscribe to harakahdaily
Powered by groups.yahoo.com

Jemputan Menyertai GOKUM
Subscribe to gokum
Powered by groups.yahoo.com
Demi pelajaran 4 anak
Sunday, April 29, 2007
Harian Metro, 28 april 2007


Oleh Zaitie Satibi

SEORANG bapa cacat penglihatan sanggup berjalan kaki sejauh dua kilometer semata-mata ingin menambah pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang sedang berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 2 di Kuantan.
Shaadun Badu, 52, berkata dia berjalan bersama isterinya, Sharifah Hassan, 40, dari Taman Esplanade berhampiran Jeti Syahbandar kerana bas yang dinaiki dari rumah mereka di Taman Tas tidak menurunkan penumpang di tapak pameran itu.

Menurutnya, dia dan isteri mengambil keputusan itu demi memastikan empat anak mereka dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading.

“Saya dan isteri memperoleh pendapatan kecil hasil menjual bakul rotan yang dianyam sendiri dan wang itu tidak cukup bagi menampung pembiayaan pelajaran empat anak.

“Disebabkan itu, saya memilih membuat pelaburan dalam ASB kerana dividen yang tinggi diperoleh setiap tahun. Wang itu akan saya gunakan untuk perbelanjaan anak kami melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi,” katanya.

Shaadun berkata, anak sulungnya menuntut di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), manakala anak kedua sedang menunggu panggilan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Dua lagi anak saya masing-masing bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan SPM tahun in,” katanyai..

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:45 AM   0 comments
Pengalaman graviti sifar hebat – Hawking
Saturday, April 28, 2007
Utusan Malaysia, 28 April 2007

STEPHEN Hawking dengan dibantu oleh krew pesawat G-Force One melalui suasana graviti sifar dalam penerbangan sulung beliau di ruang udara Lautan Atlantik, kelmarin. – AP.

CAPE CANAVERAL, Florida 27 April – Ahli sains yang lumpuh, Stephen Hawking teruja merasai pengalaman bebas berat badan semalam dengan mengikuti penerbangan graviti sifar yang membolehkan beliau tidak duduk di atas kerusi roda untuk satu tempoh yang singkat.

“Ia sangat menakjubkan,” katanya selepas penerbangan dua jam dalam pesawat yang diubah suai dan meluncur seakan rollercoaster untuk mencipta keadaan mikro graviti.

“Angkasa, saya datang!” kata Hawking di Pusat Angkasa Kennedy.

Ahli sains dari Britain yang banyak menghabiskan masa dengan mengkaji lubang hitam dan graviti itu berharap pesawat tersebut akan menjadi pesawat pertama untuk misi angkasa 2009. “Dah lama saya ingin ke angkasa. Pesawat tanpa graviti ini adalah langkah pertama sebelum ke angkasa,” katanya bercakap pada sidang akhbar selepas menamatkan penerbangan itu semalam.

“Saya harap lebih ramai akan mengikuti langkah saya,” katanya lagi.

Empat orang doktor dan dua jururawat menemani Hawking dalam kapal G-Force One, kendalian Zero Gravity Corporation itu.

Kebiasaannya, syarikat tersebut mengenakan bayaran RM12,825 kepada penumpang, tetapi bayaran tersebut dikecualikan untuk Hawking.

Juruterbang terlatih akan memandu pesawat meluncur ke atas hingga ketinggian 10,000 meter sebelum menjunam semula 2,500 meter bagi membolehkan penumpang merasai penerbangan bebas graviti selama 30 saat.

Dalam penerbangan Hawking, pesawat tersebut membuat terjunan sebanyak lapan kali dan ahli sains itu dapat merasai empat minit tanpa graviti.

“Saya sudah berada di atas kerusi roda selama empat dekad, peluang untuk terapung dalam keadaan graviti sifar sangat menakjubkan,” katanya.

– AFP

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:18 AM   0 comments
Rawatan parkinson pertama di Pantai Timur
Wednesday, April 25, 2007
Harakahdaily, 24 April 2007

Salmiyah Harun

Tue | Apr 24, 07 | 06:10:37 PM

KOTA BHARU, 24 April (Hrkh) - Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian menawarkan rawatan rangsangan dalam otak secara percuma kepada pesakit parkinson yang kurang berkemampuan. HUSM dibawah lapan pakar antaranya neorosains, radiologis, dan psikologis mensasarkan tiga hingga empat pesakit setiap tahun.

Rawatan tersebut adalah untuk mereka yang menghadapi pergerakan abnormal termasuklah parkinson, essential tremor (keras dan tidak boleh kawal pergerakan tubuh), dan dystonia (kedudukan tubuh tidak normal).

Pesakit yang mengalami penyakit ini biasanya terpaksa berhenti bekerja memandangkan proses penakulan otak berjalan perlahan dan ini memerlukan penjagaan sepenuh masa oleh kaum keluarga.

Bagaimanapun pada persepsi masyarakat apabila otak menghadapi masalah mereka menganggap penyakit berkenaan tidak boleh diubati.

Rawatan rangsangan otak itu merupakan yang terbaru di Malaysia, di mana pembedahan pertama dilakukan di sebuah hospital swasta di ibu negara tiga tahun lepas, dan selepas itu di Hospital Universiti Malaya.

Pada 21 Mac 2007 HUSM merupakan hospital yang ketiga melakukan rawatan tersebut. Seorang pesakit Che Idris Che Ahmad, 54 yang menghidap penyakit itu selama 17 tahun, di mana beliau tidak boleh mengawal badannya sejak awal 1998. Lima tahun selepas itu anggota badannya menjadi keras dan terketar-ketar.

Hari ini, Che Idris pesara Telekom Malaysia Berhad ketika ditemui mengakui hasil rawatan tersebut beliau sudah boleh berjalan dengan baik, kaki dan tangannya tidak lagi menjadi keras.

Menurut Perunding Neorologis HUSM Prof Dr John Tharakan ketika memberi penerangan kepada media hari ini, kajian di Australia mendapati rawatan melalui pembedahan itu sudah menjadi perkara biasa memandangkan kos ubat bagi pesakit berkenaan setiap bulan lebih tinggi berbanding kos pembedahan.

"Ubat perlu diambil tiap-tiap bulan dan kos ini lebih tinggi berbanding kos pembedahan yang hanya dilakukan sekali sahaja," katanya.

Beliau juga menjelaskan kos rawatan dan pembedahan otak tersebut tidak kurang daripada RM90,000 seorang, bagaimanapun kos di hospital swasta boleh mencecah RM200,000 hingga RM250,000.

Dr John mensasarkan rakyat di negeri pantai timur dan juga utara semenanjung untuk membuat rawatan rangsangan otak bagi pesakit seperti itu di HUSM.

Sebelum menjalani pembedahan, kiri dan kanan otak pesakit terlebih dahulu akan diperiksa melalui CT Scan supaya tidak berlaku sebarang komplikasi semasa pembedahan.

Apabila pesakit berkenaan sesuai untuk dilakukan pembedahan, lubang sebesar duit syiling lima sen akan ditebuk di kiri kanan kepala untuk menanam sejenis alat yang dikenali sebagai 'neurostimulator' sebesar enam hingga sepuluh milimeter (mm).

Kemudian alat tersebut akan disambung melalui elektrod sepanjang lapan hingga 10 (mm) di dalam otak. 'Neurostimulator' yang di tanam kiri kanan otak akan disambungkan ke satu bateri yang ditanam bawah kulit melalui leher. Bateri tersebut ditanam di dada kanan pesakit.

Dr John menegaskan pembedahan perlulah dilakukan dengan betul-betul tepat jika tidak ia boleh memberi kesan sampingan kepada pesakit.

Beliau berkata tujuh pakar dalam beberapa bidang terlibat dalam pembedahan itu termasuk Perunding Kanan Neurosurgeon dan Neurosains USM, Prof Dr Jafri Malin Abdullah dan Pakar Bedah Neurosurgeri yang juga pensyarah USM, Dr Abdul Rahman Izaini Ghani dari jabatan yang sama.

Apa yang menakjubkan, semasa pembedahan dilakukan di kepala, pesakit dalam keadaan 70 peratus sedar untuk memastikan pesakit serta merta memberi tindakbalas.

"Semasa pembedahan kita boleh terus kesan tangan pesakit yang sebelum ini keras dan boleh digerakkan serta merta. Sebab itulah kita lakukan pembedahan dalam keadaan pesakit sedar," jelasnya.

Bagaimanapun tambahnya, dalam proses pembedahan selama 30 minit untuk memasukkan bateri di dada, pesakit ketika itu pesakit dalam keadaan tidak sedar.

Ketika ditanya sejauh mana rawatan tersebut boleh memulihkan pesakit parkinson, Dr John berkata rawatan tersebut tidak seratus peratus boleh memulihkan pesakit tetapi boleh menjadikan pesakit seperti orang biasa.

"Parkinson tidak boleh dipulihkan sepenuhnya, dan pesakit akan bergantung pada alat yang ditanam di kepalanya sehingga akhir hayat, tetapi melalui rawatan ini sekurang-kurangnya

pesakit dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa tanpa perlu perhatian daripada orang lain," katanya.

Pesakit yang menjalani rawatan ini hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM5,000 setiap lima tahun untuk menukar bateri yang ditanam di dadanya.

Penyakit parkinson boleh berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya genetik, kecederaan otak yang lama, jangkitan kuman dan strok. - /mj .

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:18 AM   0 comments
Mohd Muslim selesa berkerusi roda
Tuesday, April 24, 2007
Berita Harian, 24 april 2007

Oleh Mohd Rafi Mamat

KUANTAN: Penderitaan Mohd Muslim Roslan, 16, yang tidak mempunyai kedua-dua tangan dan kaki, mendapat perhatian daripada pembaca Berita Harian dan New Straits Times (NST) yang menyalurkan sumbangan kerusi roda jenis Invacare buatan Amerika Syarikat berharga RM4,500.

Kerusi roda model 9000 XT dengan berat 11 kilogram (kg) itu memudahkan anak keempat daripada lima beradik itu bergerak di luar rumah.

Bagi Sarifah Ahmad, 46, hanya ucapan terima kasih dapat diberikan kepada seluruh pembaca Berita Harian-NST yang sudi menyumbangkan kerusi roda kepada anaknya yang sebelum ini pergerakannya terbatas di dalam rumah.

"Dengan kerusi roda ini, Mohd Muslim dapat ke padang permainan melihat rakannya bermain bola sepak selain bersiar-siar sekitar kawasan Felda Bukit Sagu Dua dan sekitarnya.

"Walaupun terpaksa dibantu, namun kerusi roda ini dapat mengurangkan beban keluarga kami," katanya selepas menerima kerusi roda yang diserahkan Ketua Biro Eksekutif Berita Harian Pahang, Ahmad Ghazali Musa, di rumahnya di Felda Bukit Sagu Dua, dekat sini, semalam.

Pada majlis sama, Mohd Muslim turut menerima cek RM1,500 sumbangan pembaca Berita Harian-NST yang prihatin terhadap nasib remaja berkenaan.

Sarifah berkata, sebelum ini, dia ada membeli kerusi roda bayi untuk membawa Mohd Muslim bersiar-siar, tetapi sejak kejadian anaknya terjatuh dalam longkang sehingga menyebabkan giginya patah, ia tidak lagi digunakannya.

Beliau berkata, pada peringkat awal, Muslim mungkin menghadapi masalah untuk naik ke atas kerusi roda berkenaan berikutan kedudukan kerusi itu agak tinggi.

Sementara itu, Mohd Muslim berkata, hidupnya kini lebih bermakna apabila berpeluang melihat persekitaran luar rumahnya.

Beliau yang agak pendiam dan pemalu juga ingin menyambung persekolahan selepas hanya belajar di tadika sebelum ini.

Sebelum ini, kisah Mohd Muslim turut mendapat perhatian pakar Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang sedia mencipta kerusi khas yang memiliki ciri kenderaan pacuan empat roda bernilai kira-kira RM50,000.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:12 AM   0 comments
Anak kembar cacat: Pemuda PAS bantu ringan beban keluarga Solleh
Monday, April 23, 2007

Harakahdaily, 23 April 2007

Mohd Sabri Said Mon | Apr 23, 07 | 12:43:20 PM
PERMATANG PAUH, 23 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat menyumbangkan RM3,700 kepada keluarga Solleh Ahmad, 42, untuk membantu pembiayaan membeli kerusi roda khas bagi kegunaan anak kembar cacatnya, adik Noor Shafawani dan Shaqilah yang kini berusia enam tahun. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Azizi Ayob ketika mengadakan lawatan ke kediaman mereka di Kuaters Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang petang semalam.

ImageTurut hadir ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Nordin; Exco Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah; Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh, Ustaz Zakaria Hamzah dan beberapa orang Jawatankuasa Pemuda peringkat kawasan.

Menurut Azizi, sumbangan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan penderitaan keluarga Solleh dan isterinya, Zauyah Abdullah Hadi, 42, yang terpaksa bergilir-gilir menjagai kedua anak cacatnya.

Selain mempunyai anak kembar cacat berusia enam tahun iaitu adik Noor Syafawani yang cacat anggota tangan dan kaki akibat menghidap penyakit kejang otot (cerebral palsy) dan Noor Shaqilah tiada sebarang pergerakan sejak lahir kerana menghidap penyakit kepala berair (hydrocephalus) mereka juga mempunyai seorang anak lelaki sulung normal, adik Mohd Syazwan, 10.

"Awal pagi lagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayob menghubungi memberitahu kisah seorang bapa merayu kerusi roda khas untuk kembar cacat terpampang di muka depan akhbar. Beliau meminta kami wakilkan daripada Pemuda PAS Pusat bagi menghulurkan bantuan, " ujar Azizi.

Sementara itu, Solleh Ahmad ketika menceritakan kisah penjagaan anaknya menambah, beliau yang bekerja petang di Pejabat Pos Butterworth akan mengasuh kedua kembar cacat pada sebelah pagi sehingga pukul 4.30 petang setiap hari.

Tugas itu akan disambung oleh anak sulungnya kira-kira setengah jam sebelum isterinya yang bertugas di bahagian pemulihan cara kerja, Hospital Seberang Jaya pulang pada jam 5.00 petang.

Setelah berita mengenai kisahnya tersiar dalam akhbar ramai individu dari pelusuk tanah air menelefon bertanyakan masalah anaknya serta menghulurkan bantuan.

Menurut isterinya, semasa berurusan dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Urus Zakat (PUZ) mereka terasa dipermainkan.

"Saya rasa terkilan dengan JKM kerana menolak permohonan untuk mendapatkan bantuan kerusi roda khas dengan alasan pendapatan suami saya RM900 dan saya RM898 sebulan telah melebihi kelayakan Yayasan Kebajikan Malaysia, " terangnya.

Sedangkan sambungnya, hasil pendapatan berdua baru RM1798 tidak tolak kos membeli lampin, perubatan, keperluan hidup serta pendidikan anak sulungnya.

Namun begitu, beliau sekeluarga tidak mahu membesar-besarkan isu ini sebaliknya menerima sahaja keputusan yang telah dibuat oleh kedua-dua agensi itu.

Bukan apa tambah Zauyah, keperluan memiliki kerusi roda khas itu semata-mata untuk membawa kedua anaknya ke hospital empat kali sebulan.

Sekarang ini ujarnya, keduanya telah besar dan sukar untuk kami mendukung kerana berat Syafawani 10 kilogram manakala adiknya Noor Shaqilah meningkat 26 kg.

Walau bagaimanapun, beliau bersyukur Dewan Pemuda PAS Pusat kerana prihatin untuk membantu membeli kerusi roda khas yang berharga sekitar RM3,600.

"Apa pun kami sekeluarga berterima kasih pada Dewan Pemuda PAS Pusat khususnya YB Salahudin Ayob dan kepimpinan Pemuda PAS Negeri yang sudi menyumbangkan peruntukan tersebut, " tegasnya gembira.- mks.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:52 PM   0 comments
Ramai tawar bantu kembar cacat
Utusan Malaysia, 23 April 2007


Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN

ARIFF Shah Omar Shah (kanan) bergurau dengan Noor Syafawani sambil diperhatikan oleh ibu bapanya, Solleh Ahmad (memangku kembarnya, Noor Shaqilah) dan Zauyah Abdullah Hadi di rumah mereka di Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam.

BUKIT MERTAJAM 22 April – Ibu bapa kembar cacat berusia enam tahun, Noor Syafawani dan Noor Shaqilah Solleh hari ini menerima panggilan telefon bertubi-tubi termasuk dari Brunei bagi menyatakan hasrat membantu mendapatkan kerusi roda khas untuk kegunaan anak mereka.

Pasangan Solleh Ahmad, 42, dan Zauyah Abdullah Hadi, 42, cukup terharu kerana selepas kisah anak mereka dipaparkan pada muka depan Mingguan Malaysia, pelbagai pihak tampil menawarkan bantuan kewangan bagi meringankan bebanan mereka terutama untuk membeli kerusi roda yang amat diperlukan itu.

Malah, sebuah institusi pengajian tinggi swasta, Universiti Terbuka Malaysia (Open University) turut menyatakan kesediaan untuk mendapatkan sebuah kerusi roda khas bagi memudahkan pergerakan pasangan kembar tersebut. Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO, Datuk Subahan Kamal turut menghubungi pasangan suami isteri itu bagi menyampaikan komitmen pergerakan itu untuk menyumbang sebanyak RM5,000 untuk menampung kos perubatan dan peralatan harian anak kembar mereka.

Di Kuala Selangor, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil meluluskan pembelian kerusi roda khas bagi kegunaan kanak-kanak malang itu secepat mungkin.

Shahrizat selaku Pengerusi Yayasan Kebajikan Masyarakat (YKM) juga meluluskan pemberian bantuan bulanan RM300 untuk membeli lampin dan barangan keperluan kembar tersebut.

Solleh yang menerima terlalu banyak panggilan dari seluruh negara sejak pagi tadi nyata cukup terharu dengan keprihatinan masyarakat terhadap masalahnya sekeluarga.

‘‘Beberapa individu dari Brunei pun ada hubungi kami dan mereka meminta nombor akaun kami bagi memudahkan mereka menghulurkan bantuan kewangan.

‘‘Ada juga yang mahu memberikan kerusi roda tapi saya terpaksa tolak kerana sudah banyak pihak yang menyatakan kesediaan untuk membelikan alat itu kepada anak kami,” katanya ketika ditemui semasa kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Seberang Jaya, Ariff Shah Omar Shah di rumahnya di sini.

Ariff Shah mengunjungi rumah kembar cacat itu bagi menyerahkan sendiri sebuah kerusi roda khas bernilai RM1,900 untuk kegunaan Noor Syafawani.

Petang ini pula, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salehuddin Ayub melalui wakilnya menghulurkan sumbangan RM3,700 kepada pasangan suami isteri itu.

Mingguan Malaysia semalam menyiarkan kesengsaraan Solleh yang juga kakitangan Pos Malaysia dan isteri dalam menjaga kedua-dua anak kembar kesayangan mereka yang terlantar sejak dilahirkan pada 10 Disember 2001.

Noor Syafawani cacat anggota tangan dan kaki akibat menghidap penyakit kejang otot (cerebral palsy) manakala adiknya, Noor Shaqilah, tidak ada sebarang pergerakan sejak lahir kerana menghidap penyakit kepala berair (hydrocephalus).

Lebih menyedihkan, permohonan Solleh untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk membeli kerusi roda khas dan bantuan makanan untuk anak-anaknya itu ditolak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang, baru-baru ini.

Shahrizat ketika ditemui semasa Program Nur Bestari di Dewan Kampung Jaya Setia, Kuala Selangor memberitahu penolakan permohonan itu adalah mengikut garis panduan bahawa kakitangan kerajaan tidak layak mendapat kemudahan JKM.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan akan menghantar pegawai YKM untuk melihat keadaan kembar berkenaan dan menggunakan kuasanya sebagai menteri bagi meluluskan bantuan yang sewajarnya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:11 AM   0 comments
Adu PKOK jika hadapi masalah
Sunday, April 22, 2007
Harian Metro, 22 April 2007

KUALA LUMPUR: Golongan orang kerdil negara ini dinasihatkan membuat aduan kepada Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil (PKOK) jika berdepan masalah diskriminasi atau disisih masyarakat.

Presiden PKOK, Jasmi Shafie, berkata golongan terbabit tidak sepatutnya mengambil sikap berdiam diri kerana sikap seperti itu boleh melemahkan semangat serta keyakinan diri.

“Memang ada di kalangan kami disindir di tempat kerja atau ketika berurusan dengan orang ramai. Berdasarkan maklumat yang saya terima, kebanyakan orang kerdil hanya meluahkan perasaan sesama sendiri tanpa membuat aduan melalui saluran disediakan.

“Saya sendiri pernah dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti abang pendek dan sebagainya. Lebih menyedihkan apabila perkara ini turut diikuti anak kecil,” katanya ketika ditemui di Majlis Penutup Kursus Lanjutan Keusahawanan PKOK di Chow Kit, semalam.

Beliau yang mula menerajui pertubuhan berkenaan sejak 1989, berkata, ramai orang kerdil belum mendaftar dengan PKOK dan berharap mereka segera berbuat demikian.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:06 AM   0 comments
Birokrasi punca Muslim tak diterima bersekolah
Berita Minggu, 22 April 2007

KUANTAN: Bapa Mohd Muslim, Roslan Man mengakui terpaksa menyembunyikan kecacatan anaknya, tanpa kedua-dua tangan dan kaki daripada pengetahuan isterinya sebaik dilahirkan.
“Bukan tidak mahu menerima takdir tetapi kecacatannya tanpa kedua-dua tangan dan kaki dibimbangi menjejaskan kesihatan isteri (Sharifah Ahmad) ketika itu.

"Bagi mengelak isteri terkejut, Mohd Muslim dibungkus dengan kain lampin sama seperti bayi lain dan urusan memandikannya dibuat sepenuhnya oleh bidan tanpa diketahui isteri berhubung kecacatannya.

"Hanya selepas dua hari, isteri dimaklumkan perkara sebenar dan walaupun sedih dengan kekurangannya, saya dan isteri tabah menerima anugerah Allah ini," katanya.

Beliau berkata, anaknya sangat aktif dan dihantar ke tadika ketika berusia enam tahun. Dia tekun belajar membaca, tetapi hasratnya memasuki sekolah Tahun Satu pada 1998, tidak diterima kerana kecacatannya itu.

Roslan berkata, dia kecewa kerana kerenah birokrasi menyebabkan Mohd Muslim bukan saja gagal meneruskan persekolahan, malah bantuan yang sepatutnya diterima sebagai orang kurang upaya (OKU) juga tidak pernah dinikmati sehingga kini walaupun permohonan sudah dikemukakan," katanya.

Selain Mohd Muslim, empat lagi anak Roslan ialah Faradina, 22; Noruzita, 20; Norsarida, 18; dan Mohd Hisham, 15, normal.

Roslan yang memiliki pendapatan bersih kira-kira RM400 sebulan berkata, dia sedih memikirkan masa depan Mohd Muslim, jika ditakdirkan dia dan isteri yang kini bekerja kilang coklat di Semambu, meninggal dunia.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:55 AM   0 comments
UMP cipta kerusi untuk lelaki tanpa kaki, tangan
Berita Minggu, 22 april 2007

Oleh Sariha Mohd Ali

KUANTAN: “Saya boleh menggolekkan badan atas jalan raya tetapi bahaya dan terpaksalah bapa saya mendukung setiap kali ke bandar untuk membeli-belah,” kata Mohd Muslim Roslan, 16, yang tidak mempunyai kedua-dua tangan dan kaki. Walaupun cacat, Mohd Muslim yang agak pendiam dan pemalu, tidak mahu menyusahkan keluarganya.

"Dulu, saya malu dengan keadaan begini tetapi sekarang tidak lagi. Saya cuma berharap dapat bergerak sendiri bagi menghilangkan kebosanan berkurung di rumah dan terpaksa menonton kawan-kawan bermain di pintu rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Felda Bukit Sagu 2 dekat sini, semalam.

Penderitaan Mohd Muslim untuk bergerak sendiri, mendapat perhatian sekumpulan pakar dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang sedia mencipta kerusi khas memiliki ciri kenderaan pacuan empat roda bernilai kira-kira RM50,000.

Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UMP, Profesor Madya Dr Rosli Abu Bakar yang datang sendiri menemui Mohd Muslim di rumahnya berkata, sekumpulan enam pakar UMP akan mereka bentuk kerusi roda berkenaan untuk disiapkan dalam tempoh empat bulan.

"Kita simpati dengan keadaannya dan usaha mereka bentuk kerusi roda khas ini satu cabaran besar untuk kami kerana alat ini satu-satunya yang akan dilengkapi ciri keselamatan dan kemudahan pacuan empat roda.

"Secara kasar, kerja mereka cipta kerusi roda khas ini lebih sukar berbanding kerusi yang kami cipta untuk kegunaan murid kenit di Pekan baru-baru ini dan kosnya lebih mahal, kerana Mohd Muslim tidak mempunyai tangan dan kaki untuk mengimbangi badannya.

"Kita berharap sektor korporat membantu membiayai kos membina kerusi roda khas ini kerana kami hanya mampu menyumbang kepakaran untuk mencipta," katanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:52 AM   0 comments
Bapa rayu kerusi roda khas untuk kembar cacat

Mingguan Malaysia, 22 April 2007

Oleh: SAHBULAH DARWI


MENGHARAP BANTUAN...Solleh Ahmad dan isterinya, Zauyah Abdullah Hadi memangku anak kembar mereka yang berusia 6 tahun, Noor Shaqilah (kanan) yang menghidap penyakit kepala berair (hydrocephalus) dan Noor Syafawani, mengalami kejang otot (cerebral palsy) di rumah mereka di Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam. - Gambar SHAMSUDIN SALEH.
BUKIT MERTAJAM 21 April – Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Demikianlah yang dialami oleh seorang kakitangan Pos Malaysia, Solleh Ahmad, 42, dan isterinya, Zauyah Abdullah Hadi, 42, demi menjaga dua anak kembar mereka yang terlantar sejak dilahirkan.

Kedua kembar berusia enam tahun itu, Noor Syafawani cacat anggota tangan dan kaki akibat menghidap penyakit kejang otot (cerebral palsy) manakala adiknya, Noor Shaqilah tidak ada sebarang pergerakan sejak dilahirkan kerana menghidap penyakit kepala berair (hydrocephalus).

Penyakit tersebut dihidapi ketika mereka berusia kira-kira dua minggu akibat jangkitan kuman selepas dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan pada 10 Disember 2001.

Lebih menyedihkan, permohonan Solleh untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk membeli kerusi roda khas dan bantuan makanan untuk anak-anaknya itu ditolak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang, baru-baru ini. “Semasa bayi, kami boleh dukung mereka untuk ke mana-mana tetapi sekarang usia mereka sudah enam tahun dan badan Noor Syafawani sudah seberat 10 kilogram (kg) manakala Noor Shaqilah 26kg.

“Kami terpaksa berulang-alik membawa mereka ke hospital empat kali setiap bulan dan sekiranya kerusi roda yang khas ini ada maka mudahlah sedikit pergerakan mereka,” kata Solleh Ahmad ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, Noor Shaqilah terpaksa menerima rawatan perubatan berkala manakala Noor Syafawani menjalani rawatan fisioterapi, pemulihan cara kerja, telinga dan pertuturan setiap bulan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Disebabkan keadaan anak mereka itu, Solleh dan Zauyah terpaksa menjaga mereka secara bergilir kerana pada masa sama pasangan suami isteri itu terpaksa bekerja bagi menampung keperluan keluarga dan perbelanjaan perubatan anaknya.

Solleh memberitahu, selepas dia dan isterinya memandikan dan memberi minum susu kepada dua beradik itu pada awal waktu pagi, dia akan menjaga mereka sementara isterinya pergi bekerja.

“Saya akan pergi kerja pukul 4.30 petang dan isteri saya balik ke rumah pukul 5 petang maka anak saya yang sulung iaitu Mohd. Syazwan, 10, akan menjaga adik-adiknya di rumah dalam tempoh setengah jam itu sementara menunggu ibunya pulang,” jelasnya.

Zauyah yang bekerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di HSJ berkata, dua beradik itu tidak boleh berkomunikasi bahkan Noor Shaqilah hanya mampu membuka mulutnya tanpa suara atau terbatuk sebagai isyarat sekiranya berasa lapar dan diberi minum melalui saluran pada hidungnya.

Solleh berkata, mereka meminta bantuan JKM untuk memberi kerusi roda khas yang sesuai dengan Noor Shaqilah berharga kira-kira RM3,600 pada Februari tahun lalu.

Katanya, permohonan tersebut bagaimanapun ditolak dengan alasan pendapatan keluarga, iaitu Solleh yang bergaji RM900 sebulan dan Zauyah RM898 sebulan, melebihi kelayakan bantuan yang ditetapkan Yayasan Kebajikan Malaysia.

Zauyah memberitahu, PUZ pula tidak dapat memberi bantuan kerana alamat pada kad pengenalan mereka adalah di Kedah sedangkan wang zakat agensi itu diamanahkan hanya untuk penduduk Pulau Pinang.

“Jadi saya merayu kepada pihak berkaitan supaya dapat membantu anak saya ini dengan sumbangan kerusi roda untuk memudahkan mereka mendapat rawatan berkala setiap bulan,” ujarnya yang telah menetap di Pulau Pinang kira-kira 18 tahun.

Katanya, sumber kewangan keluarga tidak mencukupi untuk membeli kerusi roda dan peralatan lain kerana setiap bulan kira-kira RM300 diperuntukkan untuk lampin dan barangan keperluan harian dua beradik itu dan jumlah tersebut tidak termasuk susu sebanyak empat tin sebulan yang berharga RM36 satu tin.

Sementara itu, Pengarah JKM Pulau Pinang, Mahfudz Omardi ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menghantar pegawai untuk menyiasat dan meneliti kes tersebut.

“Kita akan siasat perkara ini dan yang penting bukan soal harga barang (kerusi roda itu) tetapi adakah kerusi itu benar-benar dapat membantu mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar PUZ, Azman Abdul Samat berkata, permohonan lalu terpaksa ditolak oleh PUZ kerana bapa kanak-kanak itu menggunakan alamat lama di Kedah sewaktu mengisi borang permohonan bantuan.

Beliau berkata, ini kerana mengikut prosedur, PUZ tidak boleh menyalurkan bantuan kepada penduduk negeri lain dan PUZ hanya bertindak sebagai agensi pelengkap dalam soal memberi bantuan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Solleh di talian 012-5801201 atau Zauyah (019-4970780).

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:17 AM   0 comments
Kurikulum pendidikan mesti tumpu OKU
Saturday, April 21, 2007
Berita Harian, 21 April 2007

SAYA bersetuju cadangan ‘Mohd Hilmi Ramli’ dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia yang menyarankan beberapa elemen penting untuk dimasukkan ke dalam kurikulum pendidikan kebangsaan agar dapat melahirkan lebih ramai pemikir. Saya ingin menambah pemahaman mengenai orang kurang upaya (OKU) juga dimasukkan ke dalam kurikulum berkenaan bagi mengelakkan pembangunan negara mendiskriminasikan golongan itu. Pada masa ini banyak pembangunan dan infrastruktur negara meminggirkan OKU.

Kita akan malu walaupun mempunyai ramai pemikir, isu OKU tidak dapat ditangani.

Kurikulum berkenaan tidak mungkin sampai kepada pelajar OKU jika kemahiran berkomunikasi di kalangan pendidik tidak diberikan perhatian. Keruntuhan pembangunan potensi OKU pendengaran adalah disebabkan kelemahan itu yang diabaikan dari dulu sehingga kini. Untuk memastikan matlamat itu tercapai, wakil semua golongan OKU wajar diundang bagi membangunkan kurikulum lengkap dan bersepadu.

MOHAMAD SAZALI

SHAARI,

Persekutuan Orang Pekak Malaysia

Bandar Puchong Jaya, Puchong.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:33 AM   0 comments
RapidKL belum mesra OKU
Friday, April 20, 2007
Harian Metro, 20 april 2007

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

KUALA LUMPUR: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) didakwa tidak berlaku adil terhadap orang kurang upaya (OKU) negara ini kerana kemudahan pengangkutan bas OKU yang disediakan tidak mengikut spesifikasi keperluan mereka, selain mengenakan bayaran. Ini berikutan bas berkenaan dikatakan sukar untuk dinaiki serta membahayakan nyawa OKU terutama pengguna kerusi roda kerana landas gerak (ramp) yang pendek dan tidak dilengkapi alat bantuan hingga membolehkan mereka menggelongsor.

Presiden Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC), Francis Siva, berkata usaha murni RapidKL menyediakan kemudahan bas bagi OKU diakui baik dan harus dicontohi pihak lain, namun kelengkapannya yang tidak mesra OKU perlu diperbaiki secepat mungkin.

Katanya, sebelum mewujudkan kemudahan berkenaan, pihak pengurusan perlu mengadakan perbincangan dengan OKU kerana mereka pengguna utama yang akan memanfaatkan perkhidmatan berkenaan selain perlu disediakan mengikut keperluan dan keselesaan OKU.

“Kami menyambut baik usaha RapidKL memperkenalkan bas ini, namun kecewa apabila mendapati bas berkenaan tidak benar-benar selamat untuk dinaiki.

“Ia bukan saja menyukarkan berikutan ‘ramp’ yang pendek, malah ruangan dalam bas juga sempit menyebabkan pengguna kerusi roda sukar bergerak mahupun memusingkan kerusi roda mereka mengikut keselesaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Terapi Bantuan Haiwan untuk Warga Kurang Upaya dan Warga Emas (Petspositive), Anthony Siva Balan Thanasayan, berkata berdasarkan kemudahan sedemikian, tidak wajar bagi OKU sepertinya dikenakan bayaran walaupun diberi diskaun 50 peratus.

Ini kerana, katanya, bukan semua OKU mempunyai pekerjaan tetap dan mampu membayar tambang setiap kali menggunakan kemudahan bas berkenaan.

“Dengan mengenakan tambang dan kemudahan yang tidak mesra OKU seperti ini lebih membuatkan kami berasa terasing daripada kelompok masyarakat,” katanya yang berpengalaman lebih 20 tahun menaiki bas awam OKU di luar negara.

Anthony berkata, RapidKL perlu mencontohi negara Barat yang terlebih dulu menyediakan kemudahan OKU berciri teknologi seperti bas yang mempunyai pintu masuk berupa lif yang menyenangkan pengguna OKU.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:48 AM   0 comments
Lelaki kudung kaki, tangan masuk UUM
Thursday, April 19, 2007
Berita Harian, 19 April 2007

Oleh Johari Ibrahim


SINTOK: Kecacatan tidak menjadi halangan untuk seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meneruskan cita-citanya untuk mendapatkan segulung ijazah.

Mohd Zahir Mohd Saad, 23, yang tidak mempunyai kedua kaki dan tangan sejak lahir dan bergerak menggunakan kerusi roda adalah antara 208 penuntut yang mendaftar program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM) sesi 2007/2008, semalam. "Saya berharap mengembangkan kerjaya selepas tamat pengajian di UUM nanti," katanya yang kini bertugas sebagai pembantu tadbir kewangan, di Taman Sinar Harapan, JKM Jitra.

Beliau menyedari tugas berat yang bakal dihadapi untuk tempoh empat tahun akan datang sebelum menerima ijazah tetapi ia tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan cita-citanya. Mohd Zahir mendaftar untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam.

"Banyak cabaran akan saya hadapi, termasuk untuk berulang alik ke kelas dua kali sebulan di UUM, tetapi saya berharap dapat menempuhnya," katanya.

Mohd Zahir menulis dengan mengepit alat tulis dengan kedua tangannya yang kudung pada paras siku tetapi jarang menggunakan kerusi roda.

Dia juga memandu kereta Proton Wira Automatik yang diubah suai untuk orang kurang upaya (OKU) sepertinya.

Ibu Mohd Zahir, Puteh Johari, 56, berbangga kerana anaknya dapat meneruskan hasrat untuk melanjutkan pengajian walaupun kurang upaya.

"Kami sekeluarga sentiasa memberikan sokongan agar beliau berjaya," katanya.

Daripada 208 penuntut mendaftar di Kampus Sintok UUM, semalam, 115 akan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian (BPM), 66 bagi Pentadbiran Perniagaan dan 27 lagi Komunikasi.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:40 AM   1 comments
Diploma ICT orang cacat penglihatan diperkenal
Berita Harian, 19 April 2007

KUALA LUMPUR: Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) akan memperkenalkan program diploma khas berkaitan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada golongan cacat penglihatan dalam meluaskan pasaran kerja golongan itu.

Presiden MAB, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, berkata dengan pengenalan kursus itu, lebih banyak peluang kerja di pejabat dapat diisi golongan ini (cacat penglihatan) selepas mendapat kemahiran ICT.
“Jika sebelum ini skop pekerjaan golongan kurang upaya (OKU) ini hanya terhad kepada bidang telepemasaran, kemahiran menjawab telefon, urutan refleksologi dan membuat kraftangan.

“Ini tidak mencukupi kerana dengan perkembangan globalisasi dunia memaksa kita untuk memahirkan diri dengan teknologi dan dengan lahirnya graduan OKU dalam bidang ICT, ia akan mampu bersaing dengan orang normal,” katanya pada sidang media selepas menerima sumbangan RM100,000 daripada Giant Retail (M) Sdn Bhd (Giant)

Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Bahagian Korporatnya, Zamri Maulan dan ia adalah hasil derma daripada pelanggan di 88 pasar Pasar Raya Giant seluruh negara sejak April hingga Disember tahun lalu.

Ismail berkata, keutamaan diberikan kepada bidang ICT kerana banyak syarikat enggan mengambil golongan cacat penglihatan sebagai pekerja kerana menganggap mereka tidak mampu menggunakan komputer.

“Kami jamin yang graduan yang bakal dikeluarkan itu nanti sama kualitinya seperti dengan orang biasa kerana kami menggunakan komputer dan perisian sesuai dengan golongan cacat penglihatan ini.

“Syarikat tidak harus ragu-ragu terhadap keupayaan mereka kerana sebelum program diploma ICT ini diperkenalkan sudah ada segelintir OKU berjaya di bidang lain seperti pendidikan,” katanya.

Beliau berkata, MAB juga merancang memperkenalkan beberapa program diploma lain seperti fisioterapi mudah alih dan orientasi kepada golongan cacat penglihatan ini.

“Dengan diploma ini, ia bukan saja akan memberi kemahiran untuk menjaga dirinya sendiri tetapi juga menjaga golongan senasib jika mereka mengambil keputusan untuk bekerja di rumah kebajikan atau pusat OKU,” katanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:38 AM   0 comments
Murid kenit ceria dapat Zump
Tuesday, April 10, 2007

Oleh Rosli Abdul Jalil

Kerusi khas ciptaan pensyarah UMP bantu proses pembelajaran Zulhanif



BERDIRI memang tak sama tinggi, tetapi duduknya kini sama rendah. Mungkin itulah gambaran perasaan murid kenit, Zulhanif Abdul Halim, 7, pelajar Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Sungai Miang, Pekan, selepas menggunakan kerusi khas disumbangkan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Jika sebelum ini, Zulhanif yang mempunyai ketinggian 72 sentimeter terpaksa mendongak untuk melihat papan hitam setiap kali mengikuti pembelajaran, kini dia boleh duduk dengan selesa tanpa perlu mendongak lagi.

Kerusi dan meja biasa yang disediakan di dalam bilik darjah terlalu besar buatnya, walaupun ia sudah diubah suai untuk Zulhanif.

Tinjauan Berita Harian ke Sekolah Kebangsaan Sinaran Mutiara mendapati Zulhanif lebih selesa mengikuti pembelajaran sambil duduk di atas kerusi khas yang diberi nama `Zump', iaitu gabungan singkatan nama Zulhanif dan UMP Dia juga sudah mahir menggunakan alat kawalan pada kerusi berkenaan dan tidak lagi kekok untuk naik dan duduk di atasnya.

Malah, kerusi itu turut menarik perhatian rakan sekelasnya kerana reka bentuknya yang unik dan boleh dikawal menggunakan butang khas disediakan.


Guru Besar SK Sinar Mutiara, Mahmad Redzuan Zainabidin, berkata beliau dimaklumkan pembelajaran Zulhanif juga meningkat sejak menggunakan kerusi khas itu.

"Secara peribadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada UMP kerana menyumbangkan kerusi khas ini kepada Zulhanif kerana ia membolehkan dia belajar dengan lebih selesa.

"Saya dapati dia sangat gembira kerana dapat `duduk sama rendah' dengan rakan sekelasnya," katanya.

Kerusi ciptaan sekumpulan pensyarah UMP yang diberi nama `Zump', direalisasikan hasil gabungan usaha Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) UMP, Profesor Madya Dr Rosli Abu Bakar dan dibantu Gan Leong Ming, Wong Hong Mun, Devarajan Ramasamy, Mohd Fazli Ismail, Faizul Syahidan Rajuli dan Mohd Aminuddin Ayob.

Dr Rosli berkata, kerusi itu direka dengan mengambil kira persekitaran pelajar sekolah rendah yang lasak.


"Sebab itu, ia tidak boleh bergerak seperti kerusi roda kerana ia bukan kerusi roda, tetapi kerusi yang direka khas untuk pelajar kenit seperti Zulhanif.

"Jika ia boleh bergerak ke sana sini, sudah tentu ia akan membahayakan pelajar dan memberi risiko kerosakan pada kerusi itu.

"Kerusi ini juga direka supaya ia dapat terus digunakan oleh Zulhanif sehingga dia memasuki tahun enam," katanya.

Beliau berkata, kerusi yang menggunakan program kawalan logik, disiapkan dalam tempoh dua minggu dan diserahkan kepada Zulhanif pada 27 Februari lalu.

Sementara itu, Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Mohamed Said Mat Lela berkata, nama `Zump' adalah gabungan nama Zulhanif dan UMP, iaitu Universiti Malaysia Pahang.

"Ini adalah projek khidmat masyarakat UMP untuk mereka bentuk dan memfabrikasi kerusi khas dengan pacuan motor elektrik.

"Ia disesuaikan dengan asas `ergonomik' pelajar itu dari segi ketinggian dan saiz badan," katanya.

Katanya, kerusi itu yang dibina dengan kos kira-kira RM12,000 mempunyai bahagian rehat tangan rehat kaki, bahagian duduk yang boleh dilaras dan rak buku di kiri dan kanan tempat duduk.

Selain itu, katanya, ciri tambahan kerusi itu dilengkapi pelindung keselamatan dan mudah alih.

Sementara itu, bapa Zulhanif, Abdul Halim Sulaiman, 30, berkata kerusi itu dapat memudahkan anaknya mengikuti pelajaran di dalam bilik darjah.

"Sebelum ini, dia terpaksa mendongak di dalam kelas untuk melihat ke arah papan hitam, tetapi dengan adanya kerusi ini, kedudukannya boleh diubah suai," katanya.

Beliau menyifatkan sumbangan yang diberikan itu tidak ternilai harganya kepada Zulhanif dan beliau sekeluarga.

"Saya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit memberikan sumbangan ini, terutama UMP," katanya.

FAKTA: Muhamad Zulhanif Abdul Halim

# Pelajar Tahun Satu Sekolah Kebangsaan

Sinar Mutiara, Sungai Miang, Pekan, Pahang.

# Tinggi: 72 sentimeter.

# Berat: 7.5 kilogram.

# Adik perempuan (Zurin Hazlin, 6,) mengalami nasib sama dan hanya seberat enam kilogram.

# Mempunyai tarikh lahir sama dengan adiknya, 21 Ogos.

# Takut kucing.

# Suka bermain bola selain aktif dengan aktiviti lasak seperti memanjat pokok.

# Kurang makan nasi, sebaliknya lebih suka biskut, ayam goreng dan kuih.

# Menerima kerusi khas sumbangan Universiti Malaysia Pahang (UMP) diberi nama Zump iaitu gabungan nama Zulhanif dan UMP.

# Zump dibina dengan kos kira-kira RM12,000, mempunyai bahagian rehat tangan dan kaki, tempat duduk boleh laras dan rak buku di kiri dan kanan tempat duduk.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:40 PM   0 comments
Guru sekolah khas tiada kemahiran KTBM
Friday, April 06, 2007
Berita Harian, 6 april 2007

SAYA ingin menarik perhatian mengenai guru mata pelajaran termasuk guru besar dan pengetua, serta ustaz dan ustazah mengajar di sekolah khas di negara ini yang tidak mahir berkomunikasi dengan pelajar kurang upaya pendengaran. Di negara kita, kaedah komunikasi menyeluruh dan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dalam pembelajaran dan pengajaran digunakan sejak 1980-an. Setiap tahun, keputusan akademik pelajar bermasalah pendengaran sangat menyedihkan dan tidak pernah diambil perhatian.

Walaupun ada satu atau dua yang berjaya mendapat keputusan baik seperti dilaporkan dalam akhbar, pelajar berkenaan bukanlah dari sekolah khas. Faktor utama kegagalan akademik di kalangan pelajar berkenaan adalah kerana tiada usaha Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan program peningkatan kemahiran guru dalam KTBM serta mempunyai panel penilaian bagi menilai tahap kemahiran guru itu.

Subjek KTMB walaupun diajar pada peringkat institut pendidikan guru (IPG) dan universiti, tetapi tidak dijadikan mata pelajaran wajib dan menduduki peperiksaan.

Majoriti guru baru lepasan universiti atau IPG yang tidak mahir KTBM ditempatkan di sekolah khas berkenaan dan ini menyebabkan keruntuhan sistem pendidikan di sekolah bermasalah pendengaran.

Lebih malang, guru besar dan pengetua juga tiada kemahiran KTBM yang sepatutnya. Adalah menjadi kebiasaan guru besar atau pengetua akan mengarahkan guru biasa menjadi penterjemah tanpa mengetahui salah atau betul penggunaannya. Sudah tiba masanya Menteri Pelajaran turun padang mengotakan janjinya iaitu mengutamakan pendidikan khas.

PEMERHATI OKU,

Setapak, Kuala Lumpur.

Menteri boleh menubuhkan panel bebas untuk menyiasat program ini dan memberi nafas baru kepada pendidikan khas bermasalah pendengaran yang sudah tidak bermaya ini.

PEMERHATI OKU,

Setapak, Kuala Lumpur.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:46 AM   0 comments
Harian Metro
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Dari Penulis/ Owner Weblog OKU 2
Assalamualaikum...

Weblog ini diwujudkan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat-maklumat berkenaan OKU.

Ia merupakan kesinambungan dari weblog oku 1 iaitu Anything About Disabled People.

Penulis/ owner of this blog adalah seorang OKU yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada Ogos 1992 di lebuhraya Paloh Inai, Kuantan, Pahang.

Itulah serba sedikit mengenai biodata penulis/ owner blog.

Wassallam...

Blogger

1 January 2007
Previous Post
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER


40 Reasons why you should join AGLOCO

1. You can make money safely, legitimately, and easily.

2. It takes maybe three minutes to join.

3. You need nothing more than a working computer connected to the Internet.

4. You don't have to enter any sensitive information to join.

5. You don't have to buy anything to join.

6. You don't have to buy anything ever once you are a member.

7. It's easy to cancel if you don't want to be a member any more.

8. You'll only download a small free toolbar that won't install anything else on your computer, hog its memory, or read your keystrokes.

9. You'll make the same amount of money even if you never click on anything.

10. AGLOCO is the real deal, not some little scam. A good number of notable entrepreneurs are backing it. A Google search with keyword "agloco" will net you 1 million pages and counting.

11. Very important: AGLOCO's business model has been tried before and proven to work. In fact, AGLOCO's predecessor paid out over $120 million to its members (this is what finally convinced me).

12. You can dramatically increase your income by referring other people to AGLOCO, because...

13. ...AGLOCO pays you a portion of the surf money earned by those you referred up to 5 levels below you. So...

14. You can recruit your friends and all make money together when you help them get referrals. Thus,

15. The sooner you sign up, the more folks will come to you for info and the more likely it is that you will be the original seed of a large referral network in your community.

16. You never have to read emails from people you don't know.

17. You'll never be asked to send emails to people you don't know.

18. You don't have to change anything you normally do on the Internet. You surf, AGLOCO pays.

19. AGLOCO's revenue source is genuine: a Viewbar members use that shows targeted advertisements based on your surf history, with the money paid to advertise going back to the members. That's not magic; that's common sense.

20. The Viewbar software you will download will not invade your privacy; it simply looks for keywords on the pages you view in order to show related ads.

21. The Viewbar is maybe the size of your taskbar at the bottom of your screen - in other words, it's small and won't interfere with your browsing experience at all.

22. AGLOCO has a thorough privacy policy that explicitly guarantees personal information will never be sold or given away.

23. In fact, AGLOCO has not one but three agreements every member must agree to. The bases are covered.

24. AGLOCO has a CPO - Chief Privacy Officer - whose responsibility is to make sure your privacy is never violated. His name is Ray Everett-Church, and he has more experience protecting privacy than probably anyone else on the planet.

25. AGLOCO doesn't play; anybody providing fake information, signing up twice, or otherwise trying to cheat the system will be detected by AGLOCO's anti-hacking instruments. This is an honest enterprise through and through.

26. By signing up, you support the company that will change Internet advertising for the better.

27. By signing up, you get to own a piece of the company that will change Internet advertising for the better. AGLOCO belongs to its members, which is to say that...

28. ...you will own stock (more if you refer people) in a company that is likely to become huge and thus your stock will be worth something awesome when AGLOCO goes public on the London Stock Exchange.

29. You will likely find that other AGLOCO members, especially now in the early stages of AGLOCO, are some of the Web's savviest users and developers, and you can learn a bunch from them.

30. You get to be on the cutting edge of World Wide Webware development, which means that as AGLOCO grows, its members will benefit from...

31. ...discounts when members buy from companies affiliated with AGLOCO;

32. ...possible help with spyware/antivirus protection (remember, everyone from Fortune 500 companies to millions of users will all benefit from a better browsing experience);

33. ...community forums where members can meet and discuss not just stuff, but ways and member-based projects to make AGLOCO better (it is our company).

34. Our company is in good hands. AGLOCO pays 10% of its revenues to Infomediary Services Corporation (ISC), which is simply the management company that is responsible for managing AGLOCO. The other 90% of the revenue belongs to us. This 10% will attract the designing talent needed to make AGLOCO great. The corresponding 10% of AGLOCO's shares go to a foundation dedicated to providing every human being on Earth with Internet access.

35. AGLOCO's management team will not get stock in AGLOCO. This ensures that those in positions of high responsibility don't hijack the company.

36. Though circumstances will vary, you can get paid and earn shares no matter where on Earth you live.

37. If you choose, you can donate your earnings and shares to the charity of your choice.

38. If you get involved in referring more members, you might be able to quit your day job and actually spend time at home, with your family, on vacation, wherever - and still make money.

39. If AGLOCO fails, you won't lose any money because you paid none in the first place.

40. AGLOCO ain't gonna fail. The last time such an opportunity existed, people made over $120 million in under 2 years, when far less people had Internet access and conditions weren't yet right for such a company to go public. Now, with record spending on advertising and calls from all sides for less irrelevant advertising and a better business/customer connection, the world is more than ready for an economic network that gives back to its users.

Now, if you aren't yet a member, after everything I just told you, you're not going to go and sign up?

Author: Michael H. Lewis

© 2006 Weblog OKU 2 .Template by Isnaini Dot Com