Weblog OKU 2

This blog are use both English language and Malays langauge. Anything issues about disabled people can be disscused here. This Blog also known as WEBLOG OKU. Blogger 1 January 2007

 
Menu
|Weblog OKU 1| |Weblog OKU 2| |Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |e-Book|
Iklan





Kunjungan Pelawat


Pengunjung Online
Waktu Malaysia
Waktu Solat
Borak

Free shoutbox @ ShoutMix
Website OKU
Labels
Harakahdaily Yahoogroups

Jom ke yahoo group Harakahdaily!

Harakahdaily

Fri | Jun 22, 07 | 03:55:05 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Ingin mendapatkan berita muktahir dan terkini?

Ingin bersantai sambil membaca berita-berita serta maklumat alternatif sewaktu bercuti?

Atau ingin melengkapi diri dengan perkembangan semasa dengan maklumat alternatif?

Kini anda berpeluang untuk mendapat segalanya dengan menyertai yahoo group Harakahdaily.

Para peminat, penyokong dan pembaca berita alternatif dipelawa untuk menyertai secara percuma yahoo group ini.

Apa yang perlu anda lakukan adalah layari; http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily dan daftarkan diri untuk mendapatkan segala maklumat melalui emel peribadi anda.

Jom meriahkan sumber maklumat dan pemberitaan alternatif terkini!

Subscribe to harakahdaily
Powered by groups.yahoo.com

Jemputan Menyertai GOKUM
Subscribe to gokum
Powered by groups.yahoo.com
OKU antara 9 mat rempit kena dakwa
Wednesday, January 31, 2007
Berita Harian, 30 Januari 2007

KUALA LUMPUR: Sembilan mat rempit termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan berasingan menunggang atau membonceng motosikal yang dipandu secara melulu dan berlumba sehingga membahayakan pengguna jalan, minggu lalu.
Mohd Fazrul Idris, 19; Mohd Al-Hafiz Muhamad Rasdei, 22; Mohd Hafis Saman, 19; Fazly Mahadi, 18 dan Azhar Osman, 21 (OKU yang mempunyai jari tangan dan kaki pendek), masing-masing didakwa menunggang motosikal secara melulu serta berlumba-lumba sesama sendiri.

Mereka didakwa melakukan aksi mengangkat tayar depan motosikal ke udara (willie) dan zig-zag ke kiri dan kanan jalan tanpa sebarang isyarat mengubah haluan sehingga membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Bagi tuduhan itu, kelima-lima mereka didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ) yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM15,000 serta lesen memandu boleh digantung selama dua tahun, jika sabit kesalahan.

Mohd Al-Hafiz, Mohd Hafis dan Fazly, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu, manakala dua yang lain mengaku tidak bersalah.

Mohd Al-Hafiz dan Mohd Hafis juga mengaku bersalah terhadap tuduhan lain iaitu memandu tanpa lesen dan perlindungan insurans.





Majistret Wan Titihani Wan Hamid menetapkan 5 hingga 9 Mac ini untuk menjatuhkan hukuman dan sebutan kes serta membenarkan masing-masing dijamin antara RM1,500 dan RM3,000 dengan seorang penjamin.



Semua mat rempit dijamin oleh ibu atau bapa masing-masing yang hadir ke mahkamah untuk membuat rayuan.



Sementara itu, Azhar juga menghadapi tiga tuduhan lain iaitu memandu tanpa lesen dan cukai jalan serta tidak mempunyai polisi insurans.

Bagi ketiga-tiga tuduhan itu, Azhar didenda RM200.

Azhar dalam rayuannya berkata dia seorang OKU, bekerja di kilang plastik dengan pendapatan RM450 sebulan dan ketika ditangkap menaiki motosikal bapanya.

Ketika disoal Wan Titihani, Azhar berkata dia masih boleh menunggang motosikal walaupun OKU.

Ibu Mohd Fareez dalam rayuan untuk mengurangkan jaminan berkata beliau seorang ibu tunggal yang mempunyai lima anak dan sudah beberapa bulan tidak bekerja kerana masalah kesihatan

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:07 AM   0 comments
Geng Apache turut rekrut OKU
Monday, January 29, 2007
Harian Metro, 29 Januari 2007
Oleh Nazarali Saeril

KUALA LUMPUR: Kumpulan sampah masyarakat, Geng Apache, turut merekrut Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi ahli dan kegiatan terbabit terdedah apabila seorang anggotanya yang jari tangan dan kaki tidak sempurna di tahan, awal pagi kelmarin, ketika beraksi menunggang motosikal dengan satu tayar terangkat. Mat Rempit OKU terbabit tidak mampu untuk menggenggam pemutar minyak dengan sempurna berdasarkan keadaan fizikal jari tangannya yang agak pendek tetapi ia tidak melemahkan remaja berkenaan untuk menjadi mat rempit dengan menyertai Geng Apache.

Dipercayai, Mat Rempit terbabit yang dipercayai rendah diri kerana kekurangannya cuba bercampur dengan kumpulan bermotosikal itu kononnya dia juga ‘cool’ serta tidak kurang handal dalam lumba haram serta aksi bahaya dibandingkan dengan mereka yang sempurna.

Remaja itu dipercayai sudah lama menjadi anggota Geng Apache tetapi sentiasa dapat meloloskan diri daripada ditahan polis sehinggalah diberkas bersama lapan penunggang dan enam pembonceng motosikal dalam operasi di jalankan polis trafik di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Pegawai Turus Balai Polis Trafik Jalan Bandar, Deputi Superintendan (DSP) Tan Hiap Seng, berkata remaja terbabit cuba melarikan diri ketika operasi dijalankan tetapi kecekapan polis berjaya menghalangnya serta beberapa Mat Rempit lain melarikan diri.

“Operasi di jalankan dari jam 10 malam hingga 4 pagi kelmarin di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, di ibu kota, kerana kawasan berkenaan menjadi lokasi utama kumpulan pelumba haram menunjukkan aksi bahaya masing-masing.

“Kami terperanjat sejurus menahan remaja terbabit kerana dia boleh dikategorikan sebagai OKU. Lebih teruk lagi, dia berkemungkinan besar anggota Geng Apache yang sentiasa memperbodohkan diri membahayakan nyawa sendiri serta orang lain semata-mata untuk menunjuk-nunjuk,” katanya, di sini, semalam.

Walaupun merayu, remaja terbabit bersama 14 yang lain dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk siasatan lanjut sama ada mereka terbabit dengan kegiatan haram lain, motosikal curi atau sebaliknya dan pelbagai pemeriksaan lagi.

Semua yang ditahan adalah yang di bawah umur sehinggalah yang berusia lingkungan 20-an. Siasatan awal mendapati, ada di kalangan mereka sering melakukan aksi bahaya serta berlumba sesama sendiri setiap hujung minggu.

“Dalam operasi sama, polis juga mengesan kewujudan dua kumpulan bermotosikal baru yang menggelar geng mereka Tiger Long serta Benetton.

“Tiger Long adalah watak hero dalam komik kungfu dan mungkin ahlinya mahu membuktikan mereka hebat sedangkan sebenarnya, mereka tidak, katanya.

lebih daripada sekumpulan remaja yang mahu menunjuk-nunjuk,” katanya.

Dalam operasi sama di jalankan sehari sebelum itu, Hiap Seng mengatakan, polis menahan tujuh penunggang dan pembonceng di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut dan Dataran Merdeka.

“Operasi bermula dari jam 11 malam sebelum berakhir empat jam kemudian. Daripada jumlah itu, dua penunggang adalah dibawah umur.

“Semua yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 42 Kanun Keseksaan dan ditahan di Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk siasatan lanjut. Lima motosikal turut disita,” katanya.

Beliau menasihatkan remaja supaya tidak terpengaruh dengan gejala lumba haram kerana lebih banyak pengaruh negatif daripada positif dan lebih baik mereka menumpukan kepada usaha menaingkatkan taraf diri untuk masa depan yang cemerlang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan lumba haram diminta menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran untuk diambil tindakan.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:56 PM   0 comments
‘Ibu bapa jangan malu hantar anak istimewa ke PDK’
Wednesday, January 24, 2007
Berita Harian, 24 Januari 2007

RAUB: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, semalam menggesa ibu bapa menghantar anak mereka yang mempunyai kecacatan teruk ke institusi orang kurang upaya (OKU) atau pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Shahrizat berkata, ibu bapa terbabit tidak seharusnya malu kerana kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menjaga dan merawat kanak-kanak itu seperti anak sendiri.

"Saya tahu ada sesetengah ibu bapa merantai anak mereka di rumah, jangan buat begitu. Dulu mungkin (wajar dirantai) kerana mereka takut tetapi sekarang kerajaan amat prihatin dan akan pastikan layanan terbaik.

"Daripada dirantai di rumah, setidak-tidaknya hantar ke institusi penuh atau ke PDK terdekat. Kalau kes itu teruk, maklumkan kepada JKM," katanya selepas majlis mesra Mayang (Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat) di Balai Raya Kampung Melayu Cheroh dekat sini, semalam.

Beliau mengulas kes kematian lelaki kurang siuman, Mohd Mujid Harun, 37, dalam kebakaran di rumah keluarganya di Kampung Acheh, Pekan, Pahang, kelmarin selepas terperangkap kerana dirantai di bilik belakang.

Shahrizat berkata, kerajaan juga akan menaik taraf kemudahan di semua 364 PDK di seluruh negara selain melatih semua 1,433 guru PDK dengan modul kemahiran baru supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada 9,683 pelatih.

Sambil menyatakan kerajaan sudah menambah peruntukan untuk program PDK daripada RM14.3 juta tahun lalu kepada RM17.5 juta tahun ini, beliau memberi jaminan akan mengkaji permintaan guru PDK supaya elaun bulanan RM500 sekarang ditambah.

"PDK banyak membantu anak OKU di luar bandar, mereka tidak ada tempat lain untuk menghantar anak dan PDK menjadi tumpuan. Justeru, saya akan pastikan peralatan dan guru PDK adalah terbaik," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Shahrizat berharap anggota Mayang yang turut membabitkan pemimpin tempatan supaya peka kepada keperluan OKU di kawasan masing-masing.

Katanya, kementerian mahu OKU yang mempunyai kecacatan serius dibantu dalam tempoh 24 jam sebelum JKM mengambil tindakan susulan.

"Masyarakat juga perlu memberitahu anggota Mayang supaya mereka dapat dibantu segera," katanya

Pada majlis itu, Shahrizat turut menyampaikan geran pelancaran dan dua kerusi roda kepada PDK dan OKU di kawasan berkenaan.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:33 AM   0 comments
Lelaki tidak siuman dirantai maut dalam kebakaran
Tuesday, January 23, 2007
Utusan Malaysia, 23 Januari 2007

Oleh: SHAMSIAH ZULKAFLI

PEKAN 22 Jan. – Seorang lelaki kurang siuman yang dirantai di rumahnya, terkorban dalam satu kebakaran yang turut memusnahkan kediaman mangsa di Kampung Acheh, di sini kira-kira pukul 4.40 petang ini. Mangsa, Mohd. Mujid Harun, 37, tinggal bersama keluarganya dikatakan terperangkap di dalam sebuah bilik di bahagian belakang rumahnya sewaktu kebakaran tersebut berlaku.

Ahli keluarga lain yang turut berada di rumah ketika kejadian ialah ibunya, Kalthum Hassan, 72, adik mangsa, Mohd. Najib Harun, 35 dan anak saudaranya, Mohd. Mohaimin Mohd. Najib, 5.

Ketika kejadian, bapa saudara mangsa, Ramli Hassan, 60, yang hendak ke surau secara kebetulan melalui kawasan rumah mangsa dan terlihat kepulan asap dari bahagian belakang rumah.

Ramli berkata, dia kemudian terus berteriak menyuruh kakaknya yang kurang pendengaran keluar dari rumah sebelum cuba menyelamatkan mangsa.

”Saya cuba untuk menolong Mohd. Mujid yang dirantai kerana bimbangkan keselamatannya , tetapi api merebak terlalu cepat sehingga saya tidak sempat menyelamatkannya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Ramli, Mohd. Mujid terpaksa dirantai bagi menghalang pergerakannya berikutan keadaannya yang kurang siuman.

Katanya, barang-barang lain juga tidak sempat diselamatkan berikutan api merebak terlalu cepat.

Sementara itu, Pegawai Bomba Daerah Pekan, Muhamad Salleh berkata, pihaknya yang menerima panggilan dari orang ramai pada pukul 4.50 petang bergegas ke tempat kejadian bersama satu jentera dan tujuh anggota bomba.

”Sewaktu sampai di lokasi, 90 peratus daripada rumah musnah dijilat api dan kami mengambil masa selama setengah jam bagi memadamkan kebakaran,” ujarnya.

Jelas beliau, punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan kerugian yang ditanggung

mangsa dianggarkan bernilai RM57,000.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:16 AM   0 comments
Seorang lagi anak Halim kenit
Utusan Malaysia, 23 Januari 2007

Oleh: AIZAWATI AHMAD

PEKAN 22 Jan. – Bukan Muhd. Zull Hanif Abd. Halim, 7, sahaja yang kenit tetapi adik bongsunya juga senasib dengannya.

Dengan ketinggian 45 sentimeter (sm) atau kira-kira 1 kaki 6 inci dan berat badan 5.9 kilogram (kg), Zurinazlin Abd. Halim, 2 tahun setengah, bersaiz separuh lebih kecil daripada abangnya itu. Zull Hanif memiliki ketinggian 72 sm atau kira-kira 2 kaki 6 inci dengan berat badan 7.5 kg.

Bagaimanapun kakak sulung mereka, Zurinhaliyana, 10, membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Ibu bapa kanak-kanak itu, pasangan Abd. Halim Sulaiman, 30, dan Zurinah Tabingin, 28, memberitahu anak bongsu mereka yang juga kenit seperti abangnya secara kebetulan berkongsi tarikh lahir yang sama.

‘‘Zull Hanif dan Zurinazlin lahir pada 21 Ogos. Abangnya lahir pada pukul 4.15 petang manakala adiknya pula lahir pukul 4.06 petang.

‘‘Cuma yang memisahkan mereka ialah tahun kelahiran kerana Zull Hanif lahir pada tahun 2000 manakala adik bongsunya itu lahir dua tahun selepas itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Bahru Batu 9, Sungai Miang di sini, hari ini.

Menurut Abd. Halim, Zurinazlin seperti juga abangnya, merupakan seorang kanak-kanak yang aktif dan petah bercakap.

Tambahnya, kedua-dua anaknya itu juga tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan yang rumit hanya sekali-sekala mereka akan mengalami demam seperti kanak-kanak lain.

‘‘Cuma Zull Hanif menghadapi masalah saluran pernafasan yang sedikit sempit,” ujarnya.

Abd. Halim berkata, sebagai bapa, dia sentiasa memantau kesihatan anak-anaknya itu terutama Zull Hanif yang amat memerlukan perhatian khusus.

Apa yang merisaukan dirinya kini ialah soal kebajikan anak-anaknya pada masa depan kerana dengan pendapatan RM383 sebulan, dia tidak mampu untuk memastikan semua keperluan mereka benar-benar terjamin.

Menurutnya, dia yang kini bekerja di sebuah syarikat swasta, berhasrat untuk mencari pekerjaan lain jika berpeluang berbuat demikian demi menjamin masa depan lebih cerah untuk mereka sekeluarga.

‘‘Saya bekerja sudah masuk 10 tahun tetapi pendapatan masih ditakuk lama, malah saya juga tidak mampu menyewa rumah sendiri,” katanya yang kini menumpang di rumah abangnya.

Abd. Halim memberitahu, walaupun Zull Hanif dan kakaknya, Zurinhaliyana mendapat bantuan kerajaan tetapi ia masih tidak mencukupi kerana bantuan tersebut hanya setahun sekali.

Zull Hanif mendapat bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 setahun manakala kakaknya, memperoleh biasiswa Yayasan Pahang (YP) sebanyak RM200 setahun.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:08 AM   0 comments
House of Coconut Shell komersialkan tempurung kelapa
Friday, January 19, 2007
GANDINGAN mantap serta kerjasama erat pasangan usahawan muda ini, Syalily Sajad dan Azmi Taha mampu memantapkan bisnes yang diusahakan sejak empat tahun lalu.
Utusan Malaysia, 19 Januari 2007

PRINSIP hidup beliau agak mudah. ‘Yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang.’ Malah menjadi pantangnya sekiranya ada orang menggunakan alasan popular Pak Belalang: ‘Ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia.’

Menurut pasangan pengusaha muda, Syalily Sajad, 34, dan Azmi Taha, 34, jika berpegang kepada pepatah Pak Belalang itu, akibatnya nasib kita tidak akan ke mana-mana, sebaliknya kegagalan yang sentiasa menyapa.

Menurut mereka lagi, adalah pelik sekiranya ada suara-suara yang meluahkan kesukaran memperoleh pendapatan terutamanya di bumi Malaysia.

Negara bertuah ini diibaratkan syurga mencari kemewahan dan kesenangan, apatah lagi dengan keharmonian dan kemakmuran yang dikecapi semenjak kemerdekaan negara 50 tahun lalu.

Kesempatan wartawan ZUARIDA MOHYIN dan jurugambar FATAH SULAIMAN dan A. RAHMAN SALLEH menjengah ke rumah dan bengkel pembuatan aksesori wanita dan rumah yang diperbuat daripada tempurung kelapa bertempat di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur itu membuktikan terdapat pelbagai pekerjaan yang mampu menjana pendapatan keluarga.

Pokok pangkalnya, kena ada kerajinan, kesungguhan, kreativiti, keberanian mencuba dan sedikit bakat. Ikuti sedutan temu bual bersama mereka.

MEGA: Bagaimanakah House of Coconut Shell bermula dan bagaimanakah idea menghasilkan sesuatu yang baru diperoleh?

SYALILY: Tempurung kelapa yang terbuang di pasar-pasar selalunya tidak diendahkan oleh orang ramai. Ia diumpamakan seperti bahan buangan yang diumpamakan ‘habis madu, sepah dibuang’ atau tidak ada nilai komersial.

Saya mendapat idea untuk mengkomersialkan salah satu bahan buangan yang banyak di sini iaitu tempurung kelapa kerana pernah mendapat pengalaman melihat perniagaan barang-barang kraf daripada tempurung dengan seorang kakak ipar yang pada masa itu beroperasi di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Sungguhpun pada masa itu, saya masih bersekolah menengah tetapi dari situ menjadi titik perubahan yang mencambahkan minat dengan penghasilan kerja-kerja berseni ini.

Saya mula serius kira-kira empat tahun lalu. Kebetulan pula saya sudah mula jemu dengan rutin kerja-kerja pentadbiran yang dijawat lebih 10 tahun lamanya. Tambahan pula menyedari minat mendalam dalam kerja-kerja kraf tangan serta lukisan menyebabkan saya memberanikan diri berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian mengkomersialkan bahan asli seperti tempurung.

Saya mula mendaftar dengan Kraftangan Malaysia sebagai usahawan. Dalam masa yang sama berpeluang untuk mempromosikan produk-produk atas jenama House of Coconut Shell menerusi beberapa siri promosi anjuran pihak Kraftangan Malaysia.

Saya juga berterima kasih dengan sokongan daripada suami. Sungguhpun beliau seorang orang kurang upaya (OKU) tetapi semangat jitu dan keazaman beliau menjadi pemangkin semangat kepada saya. Terutamanya untuk berusaha menambah dan mengukuhkan pendapatan keluarga sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara.

Apakah keistimewaan produk-produk dari House of Coconut Shell dan apakah cabaran dalam perniagaan ini?

SYALILY: Alhamdulillah, buat masa ini stok tempurung kelapa masih mudah diperoleh tanpa perlu mengeluarkan kos yang terlalu mahal, kecualilah jika kita menggunakan keseluruhan sebiji tempurung kelapa.

Dengan bantuan mesin-mesin pelbagai fungsi berkaitan penghasilan produk tempurung hasil bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melancarkan dan mempercepatkan pengeluaran sesuatu produk dengan nilai kualiti yang terbaik.

Antara aksesori yang dihasilkan ialah rantai, sarung kepala tali pinggang, gelang, subang, sepit rambut, cucuk sanggul, tali pinggang, anting-anting, loket rantai adalah kekuatan kami.

Di samping itu, House of Coconut Shell turut menghasilkan aksesori rumah seperti bidai daripada tempurung, aneka lampu, tabung dan beberapa lagi produk yang cuba dihasilkan.

Alhamdulillah, buat masa ini produk- produk kami mendapat permintaan, khasnya daripada pelancong luar negara kerana mereka menjadikannya sebagai cenderamata daripada Malaysia. Pelancong memang lebih sukakan kepada sesuatu yang semula jadi dan unik.

Ini tidak bermaksud, orang Malaysia tidak menyukai produk berasaskan tempurung kelapa tetapi masyarakat tempatan lebih berminat dengan manik, logam atau kristal.

Sebenarnya, cita rasa orang tempatan dengan pelancong ada sedikit perbezaan. Bagaimanapun, orang tempatan lebih tertumpu kepada aksesori rumah kalau menyentuh produk tempurung kelapa.

Sejauhmana kekuatan anda berdua dalam memenuhi tempahan yang diterima memandangkan produk-produk anda digemari pelancong asing serta ada yang dieksport ke luar negara?

SYALILY: Kami mempunyai beberapa orang pekerja yang begitu dedikasi dan berkemahiran mengendalikan mesin- mesin tertentu di bengkel.

Pada masa ini, dalam sehari kami boleh menghasilkan sehingga 20 set rantai termasuk gelang dan anting-anting. Ada ketikanya, kerja-kerja melukis di atas tempurung yang sudah siap dipotong dan dikilatkan dilakukan di rumah.

Sementara itu, suami lebih banyak menghabiskan masa di bengkel berbanding saya yang terpaksa menguruskan dua anak berusia 13 dan 10 tahun pada sebelah pagi.

Sebelum sesuatu aksesori itu dihasilkan, sabut tempurung kelapa akan dibersihkan terlebih dahulu sehingga licin. Tempurung kemudian dipotong menggunakan mesin acuan mengikut bentuk yang dikehendaki. Kemudian, tempurung akan dilicinkan menggunakan sanding machine sebelum proses melukis di atasnya dilakukan.

Seterusnya tempurung disapu laker supaya menimbulkan kilat di permukaannya. Akhirnya manik atau hiasan-hiasan lain ditambah pada aksesori tempurung mengikut kreativiti atau tempahan.

Bagaimanakah anda berusaha memastikan produk syarikat anda sentiasa di hadapan dalam pasaran?

SYALILY: Saya berterima kasih kepada JKM yang menyediakan mesin memotong tempurung, sanding machine dan mesin menebuk serta beberapa mesin lagi.

Alhamdulillah, memandangkan produk berasaskan tempurung tidak banyak di pasaran maka secara tidak langsung, persaingannya juga kurang. Namun itu tidak menandakan saya dan suami boleh menarik nafas lega atau duduk goyang kaki.

Dari semasa ke semasa, kami perlu melahirkan idea-idea yang lebih kreatif dan unik. Hakikatnya, bidang ini tidak statik kerana perubahan sentiasa boleh berlaku. Pokoknya, kena sentiasa berusaha menghasilkan kelainan dan mencari idea-idea yang dapat menarik pelanggan sama ada dalam dan luar negara.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan aksesori tempurung House of Coconut Shell yang dijual di Kraftangan Malaysia atau menghubungi saya di talian 019-249 8993 dan 012-241 3637 atau layari lama web www.house-of-coconutshell.com. Kami turut mengggunakan khidmat pos laju bagi menghantar tempahan.

Apakah perbezaan cita rasa yang ketara yang dilihat antara pelancong luar dengan orang tempatan?

SYALILY: Menerusi pemerhatian dan pengalaman dalam bidang ini, saya dapati pelancong Barat dan Jepun menyukai aksesori tempurung kelapa yang bersaiz kecil, comel, bentuk asli dan unik.

Masyarakat tempatan menggemari aksesori yang besar-besar dan ada gabungan dengan bahan-bahan lain.

Aksesori tempurung turut mendapat tempahan daripada KLIA, kedai-kedai aksesori dan orang perseorangan sekitar Kuala Lumpur. Aksesori tempurung sesuai digayakan bersama blaus untuk acara kasual, bersantai atau ke tepi pantai.

Apakah perancangan anda untuk sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 ini?

SYALILY: Sudah pastinya tahun ini menjanjikan pasaran yang lebih luas kepada kami untuk terus berkembang dan maju. Selain menggunakan promosi menerusi Kraftangan Malaysia, saya juga membuat pemasaran sendiri sama ada dengan orang perseorangan atau syarikat.

Terkini saya ada menerima permintaan bagi membekalkan bekas sabun daripada tempurung kelapa ke hotel.

Sebenarnya banyak yang perlu diusahakan tetapi kadang-kadang tidak menang tangan saya dibuatnya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:18 AM   0 comments
Mahkamah Tinggi: Hakim kecewa
Wednesday, January 17, 2007
Harian Metro, 16 Januari 2007

Oleh Meor Riduwan Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my


SHAH ALAM: “Saya benar-benar dukacita. Saya harap awak (peguam) akan mengotakan akujanji,” kata Hakim Mahkamah Tinggi 2 di sini, Datuk Zaharah Ibrahim yang berang tindakan peguam memohon penangguhan perbicaraan kes culik seorang lelaki sindrom down atas alasan terpaksa menghadiri perbicaraan kes pengedaran dadah di Mahkamah Tinggi 4. Beliau dengan tegas menyatakan amat sedih bagaimana peguam, Surjan Singh boleh memohon tarikh perbicaraan pada hari sama membabitkan dua kes, apatah lagi kes di hadapannya sudah ditetapkan dua tahun lalu, iaitu pada 16 Jun 2005.

Manakala tarikh perbicaraan kes dadah di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin, baru ditetapkan tahun lalu, justeru sepatutnya peguam peka mengenainya dan tidak memohon tarikh bertindih sehingga membuang masa mahkamah.

“Hari ini ada tiga saksi pendakwaan hadir dan kita hanya membuang masa,” katanya.

Terdahulu, pada awal prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu mahkamah beliau bersedia meneruskan pendakwaan kes dan tiga saksi hadir untuk memberi keterangan.

Difahamkan kes itu ditetapkan untuk perbicaraan selama empat hari bermula semalam sehingga Khamis ini.

ZAHARAH: Adakah peguam bersedia untuk meneruskan dengan perbicaraan kes ini?

SURJAN: Saya mohon maaf kerana tidak bersedia menjalankan kes kerana saya ada satu lagi kes untuk bicara di Mahkamah Tinggi 4.

ZAHARAH: Bagaimana boleh jadi begini, dua kes ditetapkan untuk bicara serentak hari sama.

SURJAN: Mahkamah berikan tarikh hari ini (semalam) kerana kes ini sudah lama, iaitu pada 2003. Saya tiada pilihan.

ZAHARAH: Awak (peguam) tidak seharusnya tetapkan dua kes untuk dibicara pada hari sama. Saya harap perkara ini tidak akan berulang pada masa akan datang.

SURJAN: Jika mahkamah tidak percaya, boleh berhubung dengan Hakim Datuk Mohd Zaki.

Sebaik mendengar penjelasan itu, Zaharah mengangkat isyarat tangan supaya peguam itu berhenti bercakap.

Surjan kemudian beberapa kali memohon maaf kepada mahkamah sambil berkata: “Saya akujanji kepada mahkamah, tidak akan berbuat sedemikian lagi”.

Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan kes itu pada 3 hingga 7 Julai depan.

Dalam kes itu, Surjan mewakili tertuduh pertama, Lans Koperal Zainal Abidin Ahmad, 46, manakala Mejar (B) Ghazali Nik Taib mewakili pekerja kilang, Fendi Azhar Mohd Sejali, 26, yang juga anak saudara Zainal.

Mengikut pertuduhan, Zainal Abidin dan Fendi didakwa dengan niat bersama menahan Chan Kok Wei, 28, untuk mendapat wang tebusan RM5,000 di hadapan rumah No 12, Jalan BK 2/12A, Bandar Kinrara, Puchong pada 11 Disember 2005, jam 11.45 malam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Semakan 1989) dibaca bersama Seksyen 34, kanun sama.

Jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman gantung atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebat.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:17 AM   0 comments
KTMB Rawang tak mesra OKU
Berita Harian, 17 Januari 2007

PADA 30 Disember lalu, kira-kira jam 8.40 pagi, saya membeli tiket kereta api di Stesen Rawang untuk ke Butterworth dengan anak kecil saya. Tiket itu untuk perjalanan jam 9.28 malam pada 1 Januari.
Ketika membeli tiket, saya memaklumkan kepada petugas kaunter bahawa saya adalah Orang Kurang Upaya (OKU) dan memohon bantuan serta ihsan untuk menaiki koc memandangkan pergerakan saya agak terhad.

Saya tiba di stesen jam 8.15 malam pada hari perjalanan itu dan terus ke tempat menunggu sambil memaklumkan kakitangan bertugas mengenai situasi saya bagi mengelakkan sebarang masalah apabila kereta api tiba.

Kereta api tiba lewat di stesen Rawang menyebabkan orang ramai berasak-asak kerana bimbang ditinggalkan kereta api.

Malangnya, tiada petugas yang membantu saya menaiki kereta api. Ini menyukarkan saya kerana selain membawa beg pakaian, saya juga mempunyai anak kecil.

Dalam kepayahan membimbit beg, membawa anak untuk naik, kereta api mula meninggalkan stesen Rawang dan saya ketinggalan kereta api.

Dalam keadaan yang bingung, sedih, kecewa dan marah, saya terus ke pejabat ketua stesen bagi mengadu perkara berkenaan.

Jawapan yang saya terima sungguh mengejutkan serta mengecewakan. Katanya, beliau tidak boleh berbuat apa-apa dan menyuruh saya membeli tiket baru.

Beliau menyuruh saya merujuk kepada peraturan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) seperti yang tertera di belakang tiket.

Persoalannya kenapa tiada petugas yang sudi membantu OKU seperti kami menaiki kereta api bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini walaupun telah dimaklumkan lebih awal?

Apakah jika berlaku sesuatu insiden buruk baru pihak KTMB akan lebih prihatin? Kenapakah kecuaian serta sikap tidak bertanggungjawab KTMB Rawang dalam kes ini menyebabkan saya menjadi mangsa serta perlu membeli tiket baru?

Di manakah sikap mesra penumpang dan keikhlasan kakitangan KTMB Rawang? Apakah slogan itu hanya untuk sedap didengar?

Pihak atasan KTMB perlu lebih peka bagi memastikan insiden begini tidak berulang, sesuai dengan konsep masyarakat penyayang yang ingin diterapkan kerajaan.

Janganlah menganaktirikan golongan OKU seperti kami sehingga membuatkan kami serik untuk menggunakan perkhidmatan kereta api.

OKU KECEWA,

Kepala Batas, Pulau Pinang.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:06 AM   0 comments
Wheelchair athlete Mohd Hossan lining up this throw
Tuesday, January 16, 2007





Sila klik gambar untuk baca.

Sumber: Malaysia Paralympic Council

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:47 AM   0 comments
Apa pula yang dilepaskan selepas ini


Sila klik gambar untuk baca.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:33 AM   0 comments
Another van to transport the disabled
Sila Klik gambar untuk baca.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:31 AM   0 comments
Jangan Malukan Kami- MPM


Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:19 AM   0 comments
Skuter Untuk Atlit Paralimpik

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:14 AM   0 comments
Ramai OKU buktikan kemampuan
Harian Metro,28 ogos 2006

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

JIKA dulu orang kurang upaya (OKU) dianggap tidak mempunyai peranan serta diketepikan daripada arus pembangunan negara, kini nasib golongan itu semakin berubah termasuk berpeluang mendapatkan pekerjaan.
Sehingga Jun lalu, kira-kira 130,000 OKU sudah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jumlah itu bukan sedikit dan satu kerugian jika sumbangan mereka dipersia-siakan.

Walaupun mereka tidak seperti manusia normal, tidak bermakna mereka tidak mampu menyumbang sesuatu untuk meningkatkan ekonomi diri dan negara.

Peluang harus diberi kepada golongan itu, apa lagi sudah ramai OKU yang membuktikan kemampuan mereka.

Di Jepun, nasib golongan itu lebih terjamin kerana kerajaannya mewajibkan sektor swasta menggaji OKU dan syarikat yang gagal berbuat demikian dikenakan levi.

Seharusnya perkara yang sama dibuat di negara ini. Walau apapun, OKU tidak harus menjeruk rasa kerana peluang bekerja tetap ada untuk mereka.

Golongan ini perlu diberi peluang menunjukkan kemahiran mereka kerana ia bukan saja membantu menghilangkan rasa rendah diri, malah dapat memberi mereka punca pendapatan serta menghalang mereka daripada terjebak menjadi pengemis atau semata-mata mengharapkan belas ihsan orang lain.

Antara sumber kekuatan OKU adalah sokongan daripada pertubuhan OKU serta badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuang serta membela nasib golongan itu.

OKU perlu mempunyai hubungan akrab dengan persatuan seumpama itu supaya jalan mereka untuk mencapai sesuatu akan lebih lancar dengan bantuan dan kerjasama daripada NGO terbabit.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Program Peluang Pekerjaan Untuk Orang Kurang Upaya pada 29 Jun lalu berkata, projek Rancangan Malaysia Ke-9 menjurus kepada pembangunan warga OKU.

Katanya, kerajaan sudah memperuntukkan RM22 juta untuk mewujudkan golongan usahawan OKU berjaya yang akan keluar menjadi majikan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan OKU.

Menurutnya, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengambil cabaran itu kerana menyedari masih kurang majikan yang berkeyakinan dan bersedia menggaji OKU.

Oleh itu, di samping usaha melaksanakan penempatan OKU di tempat kerja secara konvensional, jabatan berusaha mewujudkan majikan di kalangan OKU yang akan membuka peluang pekerjaan kepada mereka.

Menurut maklumat daripada Kementerian Sumber Manusia, buat masa ini, dianggarkan ada lebih 60,000 OKU mampu bekerja. Daripada jumlah ini, hanya 8,175 pencari kerja OKU sudah berdaftar dengan JTK dan seramai 6,440 berjaya ditempatkan.

Masih ramai lagi pencari kerja OKU yang belum mendaftar dengan JTK dan yang sedang menanti peluang pekerjaan.

Golongan OKU tidak harus bersikap merendah diri, mereka harus berani dan percaya pada kemampuan sendiri untuk merebut peluang pekerjaan.

Mereka harus kuatkan semangat dan berusaha mencari peluang berjaya. Jika tidak dapat makan gaji, mereka boleh mencuba membuka perniagaan walaupun secara kecil-kecilan, asalkan tidak perlu mengharap ihsan orang lain.

Selalunya golongan ini mendapat latihan dalam bidang kemahiran seperti kraftangan.

Oleh itu, kemahiran seperti ini boleh digunakan untuk menyara diri dan keluarga.

Sikap berdikari akan meningkatkan keyakinan diri OKU apabila mampu menjana pendapatan sendiri tanpa perlu mengharapkan bantuan orang lain.

Mereka juga boleh berdikari melalui pembabitan dengan aktiviti jualan langsung, atau bekerja dari rumah melalui konsep ‘teleworking’.

TIP Tingkat keyakinan diri

- OKU perlu diberi peluang mendapat punca pendapatan untuk menghalang mereka daripada terjebak menjadi pengemis atau semata-mata mengharap belas ihsan orang lain.

- Selalunya golongan ini mendapat latihan dalam bidang kemahiran seperti kraftangan. Maka, kemahiran seperti itu boleh digunakan untuk mendapatkan pendapatan sendiri.

- OKU boleh berdikari melalui perniagaan secara kecil-kecilan, pembabitan dengan aktiviti jualan langsung, atau bekerja dari rumah melalui konsep ‘teleworking’.

- Sikap berdikari akan meningkatkan keyakinan diri apabila mampu menjana pendapatan sendiri tanpa perlu mengharapkan bantuan orang lain.

- OKU perlu mempunyai hubungan akrab dengan pertubuhan OKU serta badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuang serta membela nasib golongan itu, supaya jalan mereka untuk mencapai sesuatu akan lebih lancar dengan bantuan dan kerjasama daripada NGO terbabit.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:10 AM   0 comments
Mahkamah Sesyen: Lelaki bakal timang anak kedua nafi rogol gadis bisu
Monday, January 15, 2007
Harian Metro, 15 Januari 2007

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki beranak satu dan bakal meminang cahaya mata kedua tahun ini mengaku tidak bersalah selepas didakwa merogol seorang gadis bisu di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam. Pekerja kilang, Mohd Khairul Nizam Mohd Shafiai, 20, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di sebuah hotel di sini, pada Disember lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di bilik 206, Hotel Metro, Jalan Changkat Thamby Dollah, Off Jalan Pudu di sini, kira-kira jam 12 malam pada 10 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Nor Ariffin Hisham manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pendakwaan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin tetapi Mohd Khairul merayu dijamin.

Dalam rayuannya, Mohd Khairul mendakwa mempunyai seorang isteri yang sedang mengandung empat bulan.

Hakim Nursinah Adzmi membenarkan tertuduh dijamin RM15,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 13 Februari ini bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:45 AM   0 comments
Kasih ibu sejati
Harian Metro, 15 Januari 2007

Oleh AHMAD SAUFI MANSOR

Sanggup ke sekolah setiap hari untuk memantau anaknya yang menghadapi masalah 3M

BUTTERWORTH: Kasih sayang seorang ibu terhadap anak tidak pernah terbatas. Zaleha Abdullah, 47, dari Kampung Pisang, di sini, membuktikannya apabila sanggup berkorban masa dan tenaga untuk memastikanya anak bongsunya Mohd Fadzli Yaakob, 11, menerima didikan sempurna.
Ini berikutan anaknya yang belajar di Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil, di sini, belum mampu menguasai konsep 3M iaitu membaca, menulis dan mengira kerana faktor fizikal dan kesihatan.

Suri rumah itu berkata, anak bongsu daripada tujuh beradik itu mengalami masalah tidak tahu membaca mahupun menulis kerana pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika berusia sembilan tahun.

Zaleha berkata, dia bersama suami, Mohd Yaakob Ismail, 50, menyedari kelemahan pemikiran Mohd Fadzli sejak kecil, namun berusaha memasukkannya ke sekolah supaya mampu menjadi insan berguna.

Katanya, berikutan itu dia sanggup ada di sekolah dari Isnin hingga Jumaat untuk memberi semangat kepada Mohd Fadzli supaya belajar seperti rakan lain.

“Mohd Fadzli suka pergi ke sekolah, tetapi dia tidak mampu memberi tumpuan di dalam kelas, menyebabkan pembelajarannya terganggu.

“Sehingga kini dia tidak mampu membaca dan menulis walaupun diberi tumpuan oleh guru, selain abang serta kakak cuba mengajarnya di rumah.

“Saya bukan daripada kalangan orang senang, tetapi cukup sekadar anak menerima didikan sempurna untuk mengubah kehidupan keluarga, namun saya menyedari kemampuannya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Zaleha berkata demikian selepas Pemangku Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad, Datuk Kamarulzaman Darus menyempurnakan pelancaran projek Pintar di sekolah berkenaan.

Seramai 50 murid Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil dipilih menyertai projek Pintar selama tiga tahun yang dibiayai Proton Holdings Berhad untuk meningkatkan pencapaian pendidikan.

Zaleha berkata, dia tidak menafikan pernah timbul perasaan kecewa dalam diri dengan keadaan Mohd Fadzli, tetapi tetap reda dan banyak bersabar kerana semua ini ujian Tuhan.

Katanya, pada setiap hari persekolahan, dia pasti ada di sekolah untuk memerhatikan kelakuan Mohd Fadzli di dalam kelas bagi memastikan dia ada semangat untuk belajar.

Dia turut mengakui jadual hariannya sebagai suri rumah sentiasa bercelaru kerana perlu mengemas rumah, selain turut perlu memantau keadaan anak bongsunya di sekolah.

“Saya tidak menafikan pencapaiannya di sekolah kurang baik, tetapi perlu memberinya semangat tinggi untuk belajar atau sekurang-kurangnya tahu membaca mahupun menulis.

“Ini kerana dia akan mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan, tetapi jika masih tidak tahu membaca dan menulis, keadaan akan menjadi sukar,” katanya.
Emel pada kawan Format Pencetak .

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:41 AM   0 comments
Badrulhisyam dapat sinar baru
Berita Harian, 15 Januari 2007

KUANTAN: "Bantuan kerusi roda ini memberi sinar baru kepada anak saya kerana selama ini dia tidak dapat bergerak dan hanya terbaring atas lantai akibat kecacatan sejak dilahirkan 21 tahun lalu," kata Yahya Mamat.
Beliau berkata, kesedihan anaknya, Badrulhisyam yang lumpuh dan hanya berbaring atas tikar kerana tidak boleh bergerak kini terubat kerana kerusi roda itu memudahkan anggota keluarga membawanya keluar.

"Selepas ini, Badrulhisyam boleh melihat sendiri kegiatan di luar rumah dan bantuan ini dapat menceriakan kehidupannya yang selama ini hanya berkurung dalam rumah.

"Sumbangan yang diberikan ini memang dialu-alukan dan berharap anak saya akan lebih selesa kerana kami akan bergilir-gilir membawanya bersiar-siar," katanya selepas menerima kerusi roda itu di rumahnya di Rancangan Rumah Murah Semambu Dua, di sini, semalam.

Kerusi roda berharga RM2,800 itu disumbangkan Kelab Rotary Kuantan oleh presidennya, R Annamalai.

Sementara itu, Annamalai berkata, sumbangan itu hasil daripada Tabung Amal kelab berkenaan.

Berdasarkan statistik setakat ini, sejumlah RM138,000 sudah dibelanjakan untuk membantu golongan memerlukan termasuk mereka yang menderita pelbagai penyakit.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:30 AM   0 comments
Suami, isteri rayu bantu rawat anak cacat
Berita Harian, 15 Januari 2007

KULIM:
Sepasang suami isteri merayu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya menghulurkan bantuan bagi merawat anak lelaki mereka berusia 12 tahun yang cacat akibat demam kuning.
Pasangan Abdul Azizi Saad, 58 dan Zainab Ahmad, 50, dari Kampung Gajah Merangkak, meminta bantuan bagi membeli makanan seperti beras, susu dan lampin untuk anak mereka, Mohd Nikmat.

"Anak kami mengalami kecacatan selepas menghidap demam kuning ketika dilahirkan dan sejak itu keadaannya lemah. Mohd Nikmat tidak boleh bercakap dan duduk untuk tempoh yang lama kerana badannya tidak seperti kanak-kanak seusianya dan sering mengalami kekejangan tangan serta kaki.

"Dia tidak boleh makan seperti biasa dan hanya diberi bubur dan susu, serta perlu memakai kain lampin sepanjang masa," katanya yang mempunyai sembilan anak.

Beliau berkata, pendapatan RM150 diperolehi hasil mengasuh anak orang dan sumbangan serba sedikit daripada anak-anak yang bekerja tidak mencukupi untuk menampung kos penjagaan Mohd Nikmat.

Beliau tidak bekerja kerana terpaksa menjaga Mohd Nikmat manakala suaminya juga sudah tidak bekerja selepas ditimpa kemalangan jalan raya.

Katanya, keluarga itu memerlukan kira-kira RM300 untuk merawat anak dan membeli keperluan makanan termasuk lampin.

"Pendapatan yang ada digunakan untuk perbelanjaan rumah dan kos penjagaan Mohd Nikmat dan persekolahan dua lagi anak berusia 14 dan 15 tahun," katanya pada majlis penyerahan bantuan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Serai, Abdul Rahman Mahamud.

Beliau pernah pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Kulim dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk memohon bantuan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) tetapi sehingga sekarang masih tiada sebarang jawapan.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Daerah Kulim, Zaini Osman meminta Zainab dan Abdul Aziz datang ke pejabatnya untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:22 AM   0 comments
Tangan lumpuh jika leher diserang tibi
Berita Harian, 15 Januari 2007

Oleh Hafizah Iszahanid

Penyakit batuk kering boleh berlaku di luar paru-paru termasuk pada sendi, lutut dan tulang belakang

HAMPIR 90 peratus kecenderungan penyakit batuk kering (turbecolosis) atau dikenali sebagai tibi membabitkan bahagian paru-paru. Bagaimanapun 10 peratus daripada jumlah itu terjadi di luar paru-paru termasuk sendi, lutut dan tulang belakang. Tibi tulang belakang paling biasa di Malaysia. Bagaimanapun tidak ramai tahu mengenai perkara itu seperti mereka tidak tahu bahawa tibi di luar paru-paru berupaya membuatkan seseorang itu lumpuh jika tidak segera mendapat rawatan. Contohnya, jika tibi menyerang leher, tangan mungkin lumpuh.

Perunding Ortopedik dan Pembedahan Trauma, Dr Khaizatul Ezam Abu Bakar, berkata tibi tulang belakang atau disebut juga sebagai Pott’s paraplegia atau Pott’s disease disebabkan bakteria Mycobecterium tubercolosis.

“Sebenarnya tibi tulang belakang adalah penyakit lama yang memberi impak kesihatan kepada manusia sejak beratus-ratus tahun dulu,” katanya.

Tibi tulang belakang meningkat di seluruh dunia seiring dengan peningkatan pesakit HIV kerana antara golongan berisiko selain kanak-kanak dan orang tua adalah mereka yang mengalami masalah daya tahan penyakit.

“Tibi tulang belakang boleh terjadi kepada sesiapa saja tanpa mengira jantina dan had umur, tetapi dalam kajian akademik saya beberapa tahun lalu, satu pertiga pesakit di Malaysia adalah lelaki,” katanya.

Walaupun tibi tulang belakang terjadi mungkin di bahagian atas atau bawah tulang belakang, ia merebak melalui pernafasan seperti mana tibi yang membabitkan paru-paru.

Apabila seseorang itu terdedah kepada pesakit tibi paru-paru, dia berisiko untuk berhadapan dengan jangkitan di paru-paru atau sendi lain termasuk tulang belakang.

Bagi tibi tulang belakang, jangkitan boleh merebak dari dua tulang berdekatan kepada ruang disc yang bersambung. Jika satu tulang saja berjangkit, disc itu normal tetapi jika ia membabitkan dua ruas tulang yang bersifat avascular (tiada salur darah), nutrisi tidak dapat diterima.

Justeru, tisu disc akan mati, patah, kering dan rapuh. Keadaan ini menyebabkan ruas tulang meruncing dan boleh membuatkan tulang patah dan kerosakan tulang belakang.

Dr Khaizatul berkata, penyakit tibi tulang belakang mengambil masa untuk dikesan. Kerana itu pesakit harus pasti dengan simptom yang mereka alami dan berjumpa doktor.

Kegagalan mendapatkan rawatan dengan segera boleh mengancam nyawa. Disebabkan tibi sangat pandai ‘mengajuk’ (mimic) penyakit barah, diagnosisnya memerlukan biopsi.

SIMPTOM

# Turun berat badan
# Hilang selera makan
# Demam yang sekejap datang dan sekejap sembuh
# Rasa kebas
# Badan lemah
# Sakit tulang belakang
# Tulang belakang bongkok ke depan
# Berpeluh waktu malam

RAWATAN

Rawatan tibi tulang belakang hampir sama dengan tibi paru-paru. Ia membabitkan penggunaan antibiotik. Bagaimanapun pengambilannya lebih lama berbanding tibi paru-paru iaitu menjangkau antara sembilan bulan ke satu setengah tahun.

Dr Khaizatul berkata, jika rawatan tidak diteruskan, bakteria akan menjadi kebal pada antibiotik. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah berulang.

Antibiotik juga rawatan yang baik bagi masalah penyakit yang tidak kronik. Sebaliknya, jika keadaan menjadi serius dan pesakit tidak bertindak balas dengan ubat dalam tempoh dua minggu, simptom semakin teruk, kelumpuhan semakin teruk dan nanah berkumpul dengan lebih banyak, pembedahan menjadi penyelesaian.

Tibi tulang belakang juga boleh membawa maut jika tidak dirawat segera. Selain itu, kerosakan tulang belakang semakin teruk dan boleh merebak ke merata tempat termasuk otak.

Golongan Berisiko

# Mereka yang mempunyai daya ketahanan penyakit yang lemah (pesakit HIV)
# Terdedah kepada penyakit tibi
# Orang tua
# Kanak-kanak di bawah usia 10 tahun (tetapi masalah ini di kalangan kanak-kanak tidak sekerap orang dewasa)
# Kanak-kanak di negara terpencil dan miskin

FAKTA

# Ditemui pakar bedah British, Percivall Pott (1714-1788)
# Selalunya menyerang di bahagian atas tulang belakang
# 10 peratus pesakit tibi adalah pesakit tibi tulang belakang
# Boleh disembuhkan dengan antibiotik jika tidak serius

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:05 AM   0 comments
Orang kurang upaya kecewa
Saturday, January 13, 2007
Berita Harian, 11 Januari 2007

Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

SELAYANG: Sekumpulan kira-kira 50 orang kurang upaya (OKU) yang mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) semalam kecewa kerana keengganan Yang Dipertuanya, Zainal Abidin Azim turun daripada pejabatnya untuk menemui mereka. Mereka yang datang berkerusi roda pulang hampa selepas menunggu lebih sejam di depan pintu bangunan MPS. Zainal hanya menghantar Pegawai Perhubungan Awam MPS, Helda Syima Abu Talab yang kelihatan turun naik sebanyak empat kali ke pejabat ketuanya itu di tingkat sembilan.

Zainal Abidin ketika ditemui selepas kumpulan OKU dari Rawang, dekat sini itu beredar, berkata jika ingin berjumpa dengannya mereka perlu naik sendiri ke pejabatnya dan bukan beliau yang turun berjumpa mereka.

“Jika mereka ingin menyerahkan memorandum itu naiklah sendiri. Kenapa saya perlu turun ke bawah jumpa mereka kerana saya tidak menjemput mereka pun.

“Walaupun mereka OKU tetapi saya tidak perlu turun berjumpa mereka seperti yang diarahkan mereka,” katanya.

Kumpulan itu mahu menyerahkan memorandum berkenaan berikutan tindakan penguat kuasa MPS merampas motosikal roda tiga seorang OKU yang berniaga di tepi jalan, di Rawang pada 4 Januari lalu.

Motosikal M Murugan Rajoo yang tidak mempunyai kaki sejak kecil dirampas kerana didakwa melanggar peraturan berniaga di tepi jalan yang dikatakan mengganggu lalu lintas.

Walaupun sudah memohon lesen perniagaan sejak 2003, Murugan mendakwa tidak memperolehinya, menyebabkan beliau berniaga di situ bagi menyara keluarganya.

Selepas kenderaannya dirampas, beliau ke pejabat MPS di Rawang bersama dua rakannya bagi mendapatkan motosikalnya. Ketika di situ, beliau mendakwa diejek seorang pegawai yang menunjukkan kakinya yang sempurna ketika bertanya lokasi tandas.

Pegawai terbabit juga dikatakan enggan menunjukkan arah tandas, menyebabkan Murugan terpaksa membuang air kecil dalam seluar.

Dalam memorandum yang hendak diserahkan semalam, Murugan dan kumpulan itu mahu menyatakan kekecewaan terhadap layanan yang diberikan pegawai MPS kepada OKU.

Presiden Persatuan Warga Istimewa dan Rehabilitasi Anggota K9, Hospital Kuala Lumpur (Perwira K9 Malaysia), Ras Adiba Radzi yang turut hadir sedih dan kecewa dengan sikap Zainal Abidin yang enggan turun menerima memorandum itu.

“Sepatutnya beliau turun dan menunjukkan keprihatinan kepada OKU, terutama yang membabitkan kes Murugan. Beliau perlu sedar kami juga mempunyai hak seperti masyarakat Malaysia yang normal. Sikapnya seperti mempermain dan menghina OKU dan ini amat mengecewakan kami,” katanya.

Setiausaha Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC), Gurdip Kaur, berkata MPS sepatutnya memberi lesen perniagaan dan menyediakan ruang berniaga kepada warga OKU bagi menyara kehidupan.

“OKU seperti Murugan bukan ingin meminta wang atau derma daripada MPS tetapi hanya meminta lesen dan layanan baik daripada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili OKU bagi menyerahkan memorandum itu, N Surendran, berkata Murugan bukan saja tidak dibenarkan menggunakan tandas, malah dibiarkan berada di pejabat MPS Rawang dari jam 12 tengah hari hingga 10.30 malam sebelum motosikalnya diserahkan semula.

“Ini menunjukkan sikap MPS yang tidak bertanggungjawab kepada masyarakat terutama OKU. Dalam usaha kerajaan memberi perkhidmatan terbaik kepada OKU, ada pihak masih memandang hina golongan itu dan ini amat mengecewakan,” katanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:07 PM   0 comments
Lelaki tak siuman pecah pintu balai polis
Berita Harian, 13 Januari 2007

PUTRAJAYA: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman mengamuk di Balai Polis Dengkil, Sepang dekat sini semalam, selepas cubaannya untuk mengemukakan laporan polis dihalang lelaki lain, yang pada masa sama sedang membuat laporan dengan pegawai polis yang bertugas di kaunter. Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayob yang mengesahkan kejadian itu, berkata berdasarkan siasatan awal, lelaki yang mempunyai masalah kesihatan itu pernah mendapatkan rawatan di Hospital Klang.

"Kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi ketika seorang anggota polis sedang melayan seorang pengadu di kaunter aduan.

"Mungkin kerana tidak sabar menunggu, beliau `naik angin' dan bertindak ganas memecahkan pintu di hadapan balai.

"Dalam cubaan menahannya, komputer yang terletak di kaunter turut musnah," katanya ketika dihubungi semalam.

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki berusia 37 tahun yang hanya berseluar pendek, baju tanpa lengan dan berselipar turut membawa parang ke balai berkenaan.

Bagaimanapun, Zahedi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, sebaliknya berkata, lelaki yang tidak mempunyai rekod jenayah itu dihantar ke Hospital Klang untuk pemeriksaan lanjut.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:59 PM   0 comments
Pencuri tangan kudung tak serik
Berita Harian, 13 Januari 2007

SOFIA: Seorang pencuri di Bulgaria yang hanya memiliki sebelah tangan dijatuhkan hukuman penjara untuk kali ke-17, selepas dia ditangkap ketika cuba memecahkan pintu kereta mewah.
Seorang pegawai Polis di Sofia, ibu negara Bulgaria berkata pencuri sebelah tangan, Rumin Dimitrov, 50, walaupun sudah dipenjarakan 16 kali sebelum ini, masih tidak serik.

Mahkamah yang membicarakan Rumen diberitahu bahawa lelaki itu melakukan pelbagai jenayah sejak 1973 dan terbaru dia cuba mencuri sebuah kereta Mercedes, tetapi tertangkap.

“Kami tahu lelaki terbabit adalah Rumen, sebaik saja menerima gambaran daripada orang ramai yang berkata mereka nampak seorang lelaki mempunyai sebelah tangan cuba memecahkan pintu sebuah kereta. Dia mungkin penjenayah paling teruk di Bulgaria,” kata polis berkenaan. – Agensi

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:53 PM   0 comments
Sindrom Hunter sukar dikesan
Berita Harian, 13 Januari 2007

Oleh Hafizah Iszahanid

Kekacauan serius genetik kerap berlaku di kalangan populasi Yahudi

KURANG insentif untuk membangunkan ubat-ubatan merawat penyakit ganjil dan jarang terjadi selalunya membuatkan penyakit sebegitu tidak berupaya ditangani Malang sekali kebanyakan penyakit ganjil terjadi atas faktor diwarisi secara genetik. Malah, ia sudah diketahui dunia perubatan berdekad lamanya.

Antaranya, Sindrom Hunter atau mucopolysaccharidosis II (MPS II), masalah kekacauan genetik yang sangat serius.

Sindrom Hunter terjadi apabila enzim dalam tubuh yang diperlukan bagi memecahkan molekul yang dipanggil 'glycosaminoglycans’ (GAG) atau ‘mucopolysaccharides’ hilang atau tidak berfungsi.

Justeru tubuh tidak boleh memecahkan molekul yang kompleks ini, ia terkumpul menjadi jumlah yang mengancam sel dan tisu badan tertentu. Jumlah yang terkumpul itu membentuk satu binaan bersifat kekal, merosakkan penampilan secara progresif, perkembangan mental, fungsi organ dan keupayaan fizikal.

Jika pengumpulan GAG itu berterusan di semua sel pada seluruh tubuh, tanda-tanda serangan Sindrom Hunter akan lebih jelas dilihat.

Kerana itu, kanak-kanak yang berhadapan dengan Sindrom Hunter akan kelihatan normal pada awal kelahiran. Tetapi menjelang usianya dua tahun, simptom akan mula muncul.

Justeru ia menyerang atas faktor genetik, Sindrom Hunter lebih cenderung menyerang bayi lelaki berbanding perempuan.

Sindrom Hunter boleh terjadi pada mana-mana kumpulan etnik. Begitupun, dilaporkan ia lebih kerap terjadi di kalangan populasi Yahudi di Israel. Ia muncul satu dalam 65,000 kelahiran atau seorang dalam 132,000 kelahiran.

Simptom

Satu daripada sebab ibu bapa kurang mengenali penyakit ini mungkin simptomnya adalah masalah kesihatan yang biasa dialami kanak-kanak.

Ini termasuklah masalah jangkitan telinga dan selesema. Begitupun, ibu bapa boleh mengenali pesakit Sindrom Hunter dengan mudah jika dilihat dari sudut penampilan fizikal anak.

Biasanya pesakit Sindrom Hunter berdahi luas, tiada batang hidung (hidung kembang) dan lidah yang besar. Kepala mereka juga besar dan perut buncit. Kerana itu, kebanyakan pesakit memiliki wajah yang hampir sama.

Selain itu hampir semua sendi utama (siku, bahu dan lutut) boleh terjejas disebabkan Sindrom Hunter. Ini membawa kepada kesakitan sendi dan pergerakan yang terhad.

Mereka juga kerap berhadapan masalah jangkitan telinga dan pernafasan. Lebih malang, ada antara mereka turut mengalami masalah pendengaran, ketebalan injap jantung yang membawa kepada penurunan fungsi kardiak, masalah pernafasan, masalah tidur (sleep apnea) selain hati dan limpa yang membengkak.

Dalam sesetengah kes, jika sistem saraf tengah turut terjejas, ia akan melambatkan perkembangan kanak-kanak itu selain menjejaskan sistem sarafnya.

Begitupun, bukan semua pesakit Sindrom Hunter terjejas dalam cara yang sama. Senario simptomnya juga pelbagai.

Rawatan

Menurut Persatuan Metabolik Malaysia, kebanyakan pesakit penyakit ganjil dan jarang berlaku seperti ini berhadapan masalah rawatan.

Ini disebabkan tiada penawar yang dibangunkan untuk menangani penyakit sebegitu. Bagi syarikat pengeluar ubat-ubatan, tidak ada insentif untuk membangunkan ubat bagi penyakit begini kerana kurang peluang meraih keuntungan dari populasi yang sedikit.

Mungkin kerana itu di Amerika, Akta ubat-ubatan terpinggir 1983 digubal, bagi menstimulasi pembangunan ubat-ubatan penyakit sebegini. Penyakit ganjil menurut akta itu adalah penyakit yang dideritai kurang dari 200,000 orang.

Mengikut langkah Amerika, beberapa negara Asia seperti Jepun, Taiwan dan Korea menggubal undang-undang sama. Dalam konteks tempatan, undang-undang sebegitu belum wujud. Tetapi Persatuan Metabolik Malaysia tetap berusaha gigih untuk memastikan kepentingan pesakit ganjil termasuk Sindrom Hunter.

Penasihat Persatuan Metabolik Malaysia, Dr YS Choy, berkata kurang kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit sebegini juga mungkin menyebabkan ia sukar diubati.

Tetapi, rawatan yang ada sekarang termasuklah terapi gantian enzim, terapi sel stem dan pemindahan sum-sum tulang.

Justeru ia masalah yang jarang berlaku (tetapi kumpulan besar penyakit ini dikenali sebagai penyakit kekacauan metabolik dan jumlahnya semakin meningkat di Malaysia) jika anda tahu sesiapa yang berhadapan dengan Sindrom Hunter dapatkan maklumat lanjut mengenainya. Ia akan membantu penyelidikan rawatannya.

Untuk maklumat lanjut, anda digalakkan menghubungi Persatuan Metabolik Malaysia di Klinik Metabolik dan Institut Genetik, Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.

FAKTA

# Sindrom Hunter dinamakan sempena nama seorang profesor dari Kanada, Charles Hunter yang menjelaskan penyakit ini kepada dunia sekitar 1917.

# Belum ada penawar boleh menyembuhkan Sindrom Hunter secara sempurna.

# Ada dua jenis Sindrom Hunter, MPSII A dan MPSII B.

# Perkembangan pesakit mula terjejas antara usia satu setengah tahun dan tiga tahun. Ini diikuti kehilangan keupayaan lain seperti pergerakan yang terjejas.

# Walaupun usia pesakit semuda dua tahun, pesakit MPSII A akan mengalami sakit sendi.

# Risiko anak yang bakal lahir berhadapan dengan Sindrom Hunter ditentukan oleh genetik ibunya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:12 PM   0 comments
OKU ke IPT layak terima elaun RM300 sebulan
Friday, January 12, 2007
Utusan Malaysia, 11 Januari 2007

PUTRAJAYA 10 Jan. – Golongan orang kurang upaya (OKU) yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institut pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan kolej komuniti bagi tahun 2007, layak menerima elaun khas sekurang-kurangnya RM300 sebulan Kenyataan yang dipetik dari laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini memberitahu, pelajar OKU boleh membuat tuntutan elaun khas itu dalam tempoh 14 hari selepas mendaftar di institusi pengajian masing-masing.

Tuntutan yang tidak mengira taraf pendapatan sebagai syarat utama itu boleh dibuat melalui Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) atau Pegawai Biasiswa.

‘‘Skop bantuan merangkumi pelajar OKU yang mengikuti pengajian di peringkat diploma ke atas tetapi bagi peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti, akan dipertimbangkan oleh kementerian.

‘‘Bagi pelajar OKU yang melanjutkan pengajian di institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian lain atau IPT luar negara, tidak layak menerima elaun khas itu,” kata kenyataan itu.

Laman web tersebut menjelaskan hanya pelajar OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja layak menerima elaun khas berkenaan.

Bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kecacatannya dan juga mereka yang mengikuti pengajian separuh masa atau jarak jauh, tidak layak menerima elaun tersebut.

‘‘Bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pengajian layak menerima elaun berkenaan.

‘‘Pelajar OKU yang sedang menuntut di mana-mana institut pengajian di bawah KPT turut layak menuntut elaun tersebut,” katanya.

Tarikh tuntutan elaun itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu sistem dua semester setahun dengan tarikh mengemukakan tuntutan iaitu 2 Februari 2007 untuk tuntutan Januari hingga Jun dan 6 Ogos 2007 bagi tuntutan Julai hingga Disember.

Yang kedua ialah sistem tiga semester setahun dan tarikh tuntutan 31 Januari, 31 Mei dan 28 September 2007.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:05 PM   0 comments
OKU ke IPT layak terima elaun RM300 sebulan
Utusan Malaysia, 11 Januari 2007

PUTRAJAYA 10 Jan. – Golongan orang kurang upaya (OKU) yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institut pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan kolej komuniti bagi tahun 2007, layak menerima elaun khas sekurang-kurangnya RM300 sebulan Kenyataan yang dipetik dari laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini memberitahu, pelajar OKU boleh membuat tuntutan elaun khas itu dalam tempoh 14 hari selepas mendaftar di institusi pengajian masing-masing.

Tuntutan yang tidak mengira taraf pendapatan sebagai syarat utama itu boleh dibuat melalui Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) atau Pegawai Biasiswa.

‘‘Skop bantuan merangkumi pelajar OKU yang mengikuti pengajian di peringkat diploma ke atas tetapi bagi peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti, akan dipertimbangkan oleh kementerian.

‘‘Bagi pelajar OKU yang melanjutkan pengajian di institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian lain atau IPT luar negara, tidak layak menerima elaun khas itu,” kata kenyataan itu.

Laman web tersebut menjelaskan hanya pelajar OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja layak menerima elaun khas berkenaan.

Bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kecacatannya dan juga mereka yang mengikuti pengajian separuh masa atau jarak jauh, tidak layak menerima elaun tersebut.

‘‘Bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pengajian layak menerima elaun berkenaan.

‘‘Pelajar OKU yang sedang menuntut di mana-mana institut pengajian di bawah KPT turut layak menuntut elaun tersebut,” katanya.

Tarikh tuntutan elaun itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu sistem dua semester setahun dengan tarikh mengemukakan tuntutan iaitu 2 Februari 2007 untuk tuntutan Januari hingga Jun dan 6 Ogos 2007 bagi tuntutan Julai hingga Disember.

Yang kedua ialah sistem tiga semester setahun dan tarikh tuntutan 31 Januari, 31 Mei dan 28 September 2007.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:05 PM   0 comments
Keluarga anak lumpuh rayu bantuan
Harakahdaily, 12 Januari 2007

Ekmal Yusof
Fri | Jan 12, 07 | 02:28:39 AM

TAIPING, 12 Jan (Hrkh) - Seorang bapa kepada bekas murid Tadika Kemas, Kampung Cheh, Bukit Gantang dekat sini, Fatihah Omar,13, merayu kepada pihak agensi kerajaan supaya dapat memberikan sebarang bantuan ke atas anaknya yang terlantar lumpuh sejak tujuh tahun lalu. Bapa berkenaan Omar Dollah, 47, merayu khususnya kepada Kementerian Pelajaran negeri Perak agar anaknya dapat dimasukkan ke sekolah murid-murid Orang Kurang Upaya (OKU) seperti di Sekolah Menengah Bukit Jana di sini yang mengutamakan murid-murid sebegitu.

Sebelum ini, jelas beliau anaknya itu pernah belajar di sekolah biasa kerajaan di kampungnya tetapi tidaklah memberangsangkan sangat di atas kemampuannya.

"Kerana dia tidak seperti murid-murid lain. Ke sekolah terpaksa dibantu menggunakan kerusi roda. Makan bersuap, Hendak bangun terpaksa dibantu. Yang paling sukar sekali adalah ketika hendak buang air kecil dan besar. Begitullah derita yang dialaminya," kata Omar.

Beliau yang bekerja di kampung itu juga mengharapkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal Pejabat Agama Islam Perak agar dapat membantu memberikan sumbangan sebagai meringankan tanggungan perbelanjaan keperluan hariannya.

Ini disebabkan, beliau terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk menanggung keperluan hidup anaknya itu, ditambah lagi dengan tidak memiliki pendapatan yang mencukupi serta terpaksa menampung lagi perbelanjaan hidup untuk empat lagi anak-anaknya yang lain.

Menurut beliau, antara perbelanjaan wajib setiap bulan adalah ubat-ubatan, susu khas dan lampin dewasa yang agak mahal harganya.

Ketika diziarahi Harakahdaily semalam, beliau yang dibantu sama oleh isterinya Ramlah Awang, 37, mengimbau kembali kejadian yang menimpa anaknya sehingga terlantar lumpuh dari paras pinggang ke kaki ketika ini.

"Ianya berlaku pada minggu pertama di pagi hari kelimanya semasa bersekolah di Tadika Kemas di Dewan Orang Ramai, Kampung Cheh, Bukit Gantang itu tetapi pada pagi itu saya tidak dapat terus menunggunya di situ kerana terpaksa pergi keluar ke pekan sebentar kerana ada urusan lain,"jelas beliau.

Maka, katanya, "sekembalinya selepas itu, saya dapati anak saya telah terbaring lesu dan apabila ditanya kepada Guru Tadika Kemas dan seorang pembantunya mereka menjawab, anak saya telah tergelincir ketika pergi tandas."

Mengulas lanjut peristiwa itu, Omar melahirkan rasa terkilannya kerana anaknya itu tidak mendapat sebarang perlindungan keselamatan seperti Insurans Takaful yang sepatutnya dikenakan pada setiap murid-murid pra-sekolah Tadika Kemas.

Oleh yang demikian, bagi yang ingin membantu dan meringankan beban tanggungan keluarga Omar amatlah dialu-alukan dan bolehlah menyumbang melalui akaun Bank Simpanan Nasional berikut: 0822841000009943. - mks.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:00 PM   0 comments
Sindrom Bardet Biedyl ragut keceriaan empat beradik
Thursday, January 11, 2007
Utusan Malaysia, 10 Januari 2007

Oleh KAMARUDIN HAMZAH

Empat anak pasangan Ismail Udin dan Mik Tom Hussin yang mengidap sindrom Bardet Biedyl hanya mampu menghabiskan sebahagian besar kehidupan di rumah mereka sahaja di Penempatan Program Rakyat Termiskin Kampung Beting Lintang, Besut, Terengganu.

SETIAP pasangan suami isteri sentiasa mengharapkan zuriat yang dilahirkan membesar dengan sihat dan comel sekali gus menjadi pengikat kasih sayang dalam rumah tangga.

Kebanyakan mereka tidak kisah sama ada cahaya mata itu anak lelaki atau perempuan kerana apa yang sebenarnya diinginkan ialah kehadiran anak akan menyeri kehidupan berkeluarga.

Ibu bapa juga tidak pernah menganggap kehadiran anak mengundang masalah, walaupun kehidupan mereka sendiri ibarat `kais pagi makan pagi’ dan sesekali terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kehidupan seharian.

Suara tangisan, tawa dan keletah anak-anak pastinya dapat menghilangkan keletihan setelah seharian berkerja dan menjadi penawar kepada masalah yang dihadapi. Sebenarnya, tidak keterlaluan jika dikatakan jauh di sudut hati ibu bapa menyimpan hasrat agar suatu hari nanti mereka tidak lagi perlu bertungkus lumus bekerja menyara keluarga, sebaliknya tugas itu akan lebih ringan apabila anak-anak meningkat dewasa.

Namun, bagi pasangan Ismail Udin, 61 dan Mik Tom Hussin, 56, dari Kampung Beting Lintang, Besut, Terengganu, harapan sedemikian tidak mungkin menjadi kenyataan, sebaliknya mereka terus menggalas penderitaan apabila empat daripada tujuh anak mereka disahkan menghidap Sindrom Bardet Biedyl.

Empat anak mereka yang menghidap sindrom itu ialah anak keempat, Sulaini, 26, diikuti oleh Azmi, 25, Yah, 22, dan yang bongsu, Mohd Solihin, 19, tidak mampu melakukan apa-apa kecuali berkurung di dalam rumah.

Sejak 26 tahun lalu, pasangan ini tidak pernah merungut walaupun terpaksa menanggung kesusahan membesarkan anak-anak, lebih-lebih lagi dalam kepayahan hidup yang dihimpit kemiskinan.

Sindrom tersebut menyebabkan anak-anak pasangan itu menghadapi masalah penglihatan, fikiran lembab, pendek, kegemukan dan mempunyai risiko penyakit darah tinggi, buah pinggang dan kencing manis.

Selain itu, sindrom yang berpunca daripada kerosakan genetik yang diturunkan daripada kedua ibu bapa, membuatkan kempat-empat anak pasangan itu mempunyai jari tangan dan kaki berlebihan.

Kesemua anak pasangan ini hilang penglihatan semasa masih bersekolah rendah dan tidak dapat menghabiskan persekolahan serta menikmati kegembiraan seperti kanak-kanak lain.

Sulaini didapati amat kurang bercakap, hilang penglihatan sejak darjah dua dan mempunyai enam jari tangan kanan serta di kedua-dua belah kakinya.

Selain masalah kegemukan dan menghidap darah tinggi, anak gadis ini juga menghadapi gangguan kedatangan haid yang tidak menentu. Kini dia sudah tidak datang haid hampir setahun lamanya.

Pembedahan

Adiknya, Azmi pula, walaupun agak petah bercakap tetapi menghadapi masalah penglihatan sejak berumur 12 tahun dan kecacatan jari tangan serta kaki yang sama dengan Sulaini.

Dia juga dikesan menghidap paru-paru berair dan ketika berusia 17 tahun terpaksa menjalani pembedahan di bahagian rusuk kirinya bagi mengeluarkan cecair dan nanah yang terkumpul di bahagian itu.

Anak keenam pasangan itu, Yah, juga mempunyai kecacatan di tangan dan kaki sama seperti abang dan kakaknya serta mengidap darah tinggi, kencing manis dan sering mengalami masalah kekejangan dari paras lutut ke bawah.

Manakala Mohd. Solihin, bersikap sama dengan kakaknya yang enggan bercakap dan mengalami kecacatan pada kakinya yang mempunyai enam jari. Dia juga kini mengalami masalah sakit semasa membuang air kecil.

Penglihatan yang terhad menyebabkan Sulaini dan Mohd. Solihin banyak menghabiskan masa mereka di dalam rumah, manakala Azmi dan Yah sekali- sekala keluar berjalan mundar mandir di sekitar rumah mereka dan jiran terdekat.

Walaupun masing-masing menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM60 setiap seorang sejak tiga tahun lalu, jumlah itu kini dirasakan tidak mencukupi berikutan perbelanjaan yang kian meningkat.

Begitupun, pasangan warga emas itu ternyata begitu gigih mengharungi kehidupan bersama empat anaknya itu walaupun dihimpit kemiskinan dan hanya bekerja menanam sayur di Penempatan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Beting Lintang, di Besut.

Mik Tom mengakui walaupun kehidupan mereka agak susah namun dia dan suami reda dengan apa yang ditentukan Ilahi kerana percaya ramai lagi insan yang ditimpa masalah lebih besar daripada keluarganya.

“Cuma yang diharapkan agar ada pihak yang sudi membantu meringankan beban yang kami tanggung lebih-lebih lagi usia kami semakin lanjut dan kudrat sudah berkurang,” keluhnya.

Pendapatan pasangan itu hasil bertanam sayur di tanah yang disediakan oleh Jabatan Pertanian berhampiran penempatan itu tidak seberapa dan ada kalanya dia serta suami terpaksa mengikat perut untuk berbelanja sehari-hari.

“Walaupun mereka mengalami kecacatan namun perut tetap perlu diisi setiap hari dan kalau tidak ada kerja susahlah kami nak menanggung kehidupan sebegini tambahan pula keadaan sekarang semuanya mahal,” ujarnya sayu.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:48 PM   0 comments
Bantuan rawat rekahan bibir percuma, Kaki/ tangan palsu
Harakahdaily, 11 Januari 2007

Salmah Mat Husain
Thu | Jan 11, 07 | 10:53:27 AM

KOTA BHARU, 11 Jan (Hrkh) - Biar pun sumber kewangan Kelantan agak terhad berbanding negeri-negeri lain, namun kebajikan rakyat tetap diutamakan. Sehingga kini banyak kemudahan ditawarkan. Antaranya bantuan perubatan bagi keluarga yang mempunyai anak-anak menghadapi masalah rekahan bibir dan lelangit terutamanya di kalangan bayi.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato' Husam Musa berkata, peruntukan itu disediakan bagi meringankan bebanan keluarga berkenaan untuk mengubat anak mereka.

Bagaimanapun katanya, setakat ini tidak ramai ibu bapa yang tampil untuk memohon peruntukan terbabit.

Menurutnya kerajaan negeri menyediakan bantuan penuh berjumlah RM18,000 untuk mendapat rawatan penyakit tersebut di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.

“Hospital berkenaan mempunyai kemudahan bagi merawat kes rekahan bibir dan lelangit di kalangan bayi. Sehingga kini dianggar terdapat 600 orang mengalami penyakit itu di Kelantan,” katanya di sini.

Ibu bapa yang berminat boleh memohon borang di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat atau di pejabatnya di Kota Darulnaim. Selain itu permohonan untuk mendapatkan kaki dan tangan palsu juga diterima.

Husam berkata, kerajaan negeri setakat ini menyediakan sebanyak 60 kaki palsu.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:03 PM   0 comments
Mengapa OKU dipinggirkan
Wednesday, January 10, 2007
Utusan Malaysia, 10 januari 2007

Oleh SITI FATIMAH ABDUL RAHMAN


Baru-baru ini sekumpulan orang kurang upaya (OKU) berkempen untuk menyatakan hakikat hidup yang mereka alami. Kehidupan yang telah pun tercabar akibat kekurangan yang mereka miliki, menjadi lebih sukar apabila pengangkutan awam di negara ini tidak mesra OKU. Bukan itu sahaja, malah pengguna-pengguna lain perkhidmatan tersebut yang sempurna anggotanya juga tidak mesra OKU.

Dari segi perangkaannya, dianggarkan bahawa satu peratus penduduk setiap negara adalah terdiri daripada OKU. Ini bermakna, di Malaysia, terdapat seramai 260,000 OKU dalam pelbagai kategori yang memerlukan perhatian kita. Kerajaan Malaysia, melalui Dasar Kebajikan Masyarakat Negara menawarkan perkhidmatan rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan kepada golongan ini dengan hasrat untuk menggabungkan mereka dalam masyarakat.

Iltizam kerajaan adalah satu perkara, namun perlaksanaan iltizam tersebut adalah satu perkara yang lain. Kegagalan para petugas memahami iltizam kerajaan ini menyebabkan timbulnya rungutan demi rungutan daripada pihak sasaran yang mengalami kesulitan dalam mendapatkan segala bentuk bantuan dan kemudahan.

Tanggungjawab

Selain itu, usaha kerajaan ini memerlukan kerjasama daripada pihak lain, khususnya pihak swasta. Banyak aduan mengenai bangunan serta perkhidmatan yang tidak mesra OKU menunjukkan bahawa pihak swasta tidak menyokong usaha-usaha kerajaan dalam menyediakan persekitaran yang mesra OKU. Walaupun setakat ini kerajaan belum mewajibkan pihak swasta untuk menyediakan kemudahan-kemudahan, namun, tanggungjawab masyarakat sepatutnya memadai untuk menggerak mereka untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang mesra OKU.

Jika selama ini kita sering memperkatakan tentang persekitaran jasmani yang tidak mesra OKU, bagaimana dengan masjid-masjid dan surau-surau kita? Apakah ia mesra OKU bagi memudahkan mereka beribadat?

Bagaimana pula dengan dana orang Islam? Sejauh manakah dana itu digunakan untuk membantu golongan OKU ini? Lazimnya, dana yang terkumpul diagihkan kepada golongan terpinggir dari kalangan anak yatim. Bagaimana dengan golongan OKU? Apakah hanya kerana ia tidak disebutkan secara langsung di dalam al-Quran maka ini bermakna mereka tidak perlu dibantu?

Bagaimana pula dengan usaha memberi kefahaman Islam terhadap golongan ini? Apakah kita memiliki sekumpulan pendakwah yang terlatih khusus untuk menunjuk ajar golongan ini mengenai fardu ain selaras dengan kekurangan-kekurangan yang mereka miliki?

Sejauh mana pula badan-badan Islam menyahut seruan kerajaan agar satu peratus pekerjanya terdiri daripada orang kurang upaya?

Suka atau tidak, kita tidak boleh menafikan bahawa negara Barat adalah lebih terkehadapan dalam mewujudkan persekitaran yang mesra OKU. Jika mereka boleh, kita - negara Islam - seribu kali boleh melakukannya kerana agama kita menuntut ia dilakukan.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:11 PM   0 comments
Kerusi roda ubah rutin hidup Nurul
Sunday, January 07, 2007
Berita Harian, 7 januari 2007

GOMBAK: Kerusi roda yang diterima Nurul Jannah Rosli, 7, semalam bakal mengubah rutin hariannya bagi menggapai cita-cita menjadi insan berguna. Dia yang didaftarkan sebagai orang kurang upaya (OKU) kerana tidak mampu berjalan mengalami kesukaran untuk ke sekolah, kini lebih bersemangat untuk belajar seperti rakan lain.

Murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak Satu itu tidak boleh berjalan sejak kecil selepas dilahirkan tidak cukup bulan. Adiknya, Mohamad Roszaini, 6, juga tidak boleh berjalan akibat lemas ketika dalam kandungan.

Kerusi roda itu disumbangkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Dr Rahman Ismail yang prihatin dengan nasib dua beradik itu memudahkan mereka bergerak ketika di sekolah.

Beliau berkata, kerusi roda itu ditempah khas bagi disesuaikan dengan fizikal kanak-kanak.

“Diharap sumbangan ini dapat mengurangkan kesukaran ibu bapanya yang selama ini terpaksa mendukung anak ke sekolah,” katanya.

“Setiap Sabtu, saya berada di Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Gombak bagi mendengar masalah penduduk, manakala Ahad saya turun padang meninjau aduan dikemukakan,” katanya.

Sepanjang tahun lalu, Datuk Dr Rahman menyumbangkan 50 kerusi roda kepada OKU sekitar Gombak.

Sementara itu, ibu dua pelajar itu, Noorfazini Awang, 26, berkata sumbangan itu akan digunakan bagi menghantar anaknya ke sekolah.

“Saya berterima kasih kepada Datuk Dr Rahman kerana menyumbangkan kerusi roda ini yang membawa erti besar kepada anak saya.

“Selama ini saya terpaksa mendukungnya pergi balik sekolah tetapi dengan kerusi roda ini mudahlah sikit,” katanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:15 PM   0 comments
Murid kerdil mulakan persekolahan penuh semangat
Friday, January 05, 2007
Utusan Malaysia, 4 januari 2007

Oleh: AIZAWATI AHMAD

MUHD. Zull Hanif Abd. Halim yang ketinggiannya hanya 72sm disediakan meja dan kerusi khas ketika memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Sungai Miang, Pekan, Pahang, semalam.

PEKAN 3 Jan. – Bagi Muhd. Zull Hanif Abd. Halim dunia ini semuanya besar. Dengan ketinggian hanya 72 sentimeter atau kira-kira 2 kaki 6 inci, dia memulakan alam persekolahan tahun satu hari ini.

Walaupun bertubuh kecil, semangatnya tidak kecil. Jiwanya besar. Dia amat berbangga dapat bersama rakan-rakan normal lain memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara di sini.

Dengan berat badan 7.5 kilogram, pihak sekolah yang prihatin sudah bersedia menerima kedatangan kanak-kanak istimewa ini dengan pelbagai persiapan.

Guru Besar sekolah tersebut, Ab. Razak Jaapar berkata, pihaknya akan memastikan Zull Hanif berasa selesa sewaktu berada di sekolah. ‘‘Sebagai permulaan, pihak sekolah akan menempatkan Zull Hanif di bilik makan prasekolah apabila tiba waktu rehat dan dia juga akan menggunakan kemudahan tandas bersaiz kecil.

‘‘Kita berbuat demikian bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas dirinya,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya lagi, bagi memastikan Zull Hanif turut menggunakan meja dan kerusi seperti yang digunakan oleh rakan-rakannya yang lain, pihak sekolah bercadang untuk memotong kaki meja serta kerusi untuk disesuaikan dengan saiz tubuhnya.

Jelas Ab. Razak, beliau turut memaklumkan kepada guru-guru di sekolah itu agar dapat memberikan perhatian yang lebih kepada Zull Hanif bagi memastikan kanak-kanak kerdil itu dapat memanfaatkan masanya di sekolah dengan sebaik mungkin.

Sementara itu, guru kelas kanak-kanak tersebut, Norhanizah Abu Hanipah memberitahu, setakat ini, Zull Hanif terpaksa menggunakan kerusi dan meja prasekolah dan dia ditempatkan di bahagian hadapan kelas.

‘‘Pergaulannya bersama rakan sekelas semuanya berjalan dengan baik dan saya akan memastikan dia tidak berasa terasing sewaktu berada di dalam kelas,” ujarnya.

Bapa Zull Hanif, Abd. Halim Sulaiman, 30, ketika ditemui berkata, disebabkan saiz tubuh anaknya yang terlalu kecil, dia terpaksa menempah baju sekolah dan membelikan kasut bayi untuk kegunaan anaknya itu.

Selain itu, katanya, dia turut berhadapan dengan masalah untuk menghantar anaknya itu berulang-alik dari rumah ke sekolah.

‘‘Saya perlu bekerja dan saya tidak punya masa yang cukup untuk menghantarnya ke sekolah pada setiap hari,” jelasnya.

Namun begitu, Abd. Halim memberitahu, dia tidak mempunyai pilihan lain kerana anaknya itu amat memerlukan perhatian terutamanya untuk menghantar dan mengambilnya dari sekolah.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:13 PM   0 comments
Sepintas Lalu Dari Penulis/ Owner blog
Monday, January 01, 2007
Assalamualaikum...

Weblog ini diwujudkan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat-maklumat berkenaan OKU. Ia merupakan kesinambungan dari weblog oku 1 iaitu Anything About Disabled People. Penulis/ owner of this blog adalah seorang OKU yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada Ogos 1992 di lebuhraya Paloh Inai, Kuantan, Pahang. Ketika itu penulis masih menuntut di tahun akhir di IPTA.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari IPTA tahun 1994, B.Sc(Hons). Itulah serba sedikit mengenai biodata penulis/ owner blog.

Wassallam...

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 1:00 AM   0 comments
Harian Metro
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Dari Penulis/ Owner Weblog OKU 2
Assalamualaikum...

Weblog ini diwujudkan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat-maklumat berkenaan OKU.

Ia merupakan kesinambungan dari weblog oku 1 iaitu Anything About Disabled People.

Penulis/ owner of this blog adalah seorang OKU yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada Ogos 1992 di lebuhraya Paloh Inai, Kuantan, Pahang.

Itulah serba sedikit mengenai biodata penulis/ owner blog.

Wassallam...

Blogger

1 January 2007
Previous Post
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER


40 Reasons why you should join AGLOCO

1. You can make money safely, legitimately, and easily.

2. It takes maybe three minutes to join.

3. You need nothing more than a working computer connected to the Internet.

4. You don't have to enter any sensitive information to join.

5. You don't have to buy anything to join.

6. You don't have to buy anything ever once you are a member.

7. It's easy to cancel if you don't want to be a member any more.

8. You'll only download a small free toolbar that won't install anything else on your computer, hog its memory, or read your keystrokes.

9. You'll make the same amount of money even if you never click on anything.

10. AGLOCO is the real deal, not some little scam. A good number of notable entrepreneurs are backing it. A Google search with keyword "agloco" will net you 1 million pages and counting.

11. Very important: AGLOCO's business model has been tried before and proven to work. In fact, AGLOCO's predecessor paid out over $120 million to its members (this is what finally convinced me).

12. You can dramatically increase your income by referring other people to AGLOCO, because...

13. ...AGLOCO pays you a portion of the surf money earned by those you referred up to 5 levels below you. So...

14. You can recruit your friends and all make money together when you help them get referrals. Thus,

15. The sooner you sign up, the more folks will come to you for info and the more likely it is that you will be the original seed of a large referral network in your community.

16. You never have to read emails from people you don't know.

17. You'll never be asked to send emails to people you don't know.

18. You don't have to change anything you normally do on the Internet. You surf, AGLOCO pays.

19. AGLOCO's revenue source is genuine: a Viewbar members use that shows targeted advertisements based on your surf history, with the money paid to advertise going back to the members. That's not magic; that's common sense.

20. The Viewbar software you will download will not invade your privacy; it simply looks for keywords on the pages you view in order to show related ads.

21. The Viewbar is maybe the size of your taskbar at the bottom of your screen - in other words, it's small and won't interfere with your browsing experience at all.

22. AGLOCO has a thorough privacy policy that explicitly guarantees personal information will never be sold or given away.

23. In fact, AGLOCO has not one but three agreements every member must agree to. The bases are covered.

24. AGLOCO has a CPO - Chief Privacy Officer - whose responsibility is to make sure your privacy is never violated. His name is Ray Everett-Church, and he has more experience protecting privacy than probably anyone else on the planet.

25. AGLOCO doesn't play; anybody providing fake information, signing up twice, or otherwise trying to cheat the system will be detected by AGLOCO's anti-hacking instruments. This is an honest enterprise through and through.

26. By signing up, you support the company that will change Internet advertising for the better.

27. By signing up, you get to own a piece of the company that will change Internet advertising for the better. AGLOCO belongs to its members, which is to say that...

28. ...you will own stock (more if you refer people) in a company that is likely to become huge and thus your stock will be worth something awesome when AGLOCO goes public on the London Stock Exchange.

29. You will likely find that other AGLOCO members, especially now in the early stages of AGLOCO, are some of the Web's savviest users and developers, and you can learn a bunch from them.

30. You get to be on the cutting edge of World Wide Webware development, which means that as AGLOCO grows, its members will benefit from...

31. ...discounts when members buy from companies affiliated with AGLOCO;

32. ...possible help with spyware/antivirus protection (remember, everyone from Fortune 500 companies to millions of users will all benefit from a better browsing experience);

33. ...community forums where members can meet and discuss not just stuff, but ways and member-based projects to make AGLOCO better (it is our company).

34. Our company is in good hands. AGLOCO pays 10% of its revenues to Infomediary Services Corporation (ISC), which is simply the management company that is responsible for managing AGLOCO. The other 90% of the revenue belongs to us. This 10% will attract the designing talent needed to make AGLOCO great. The corresponding 10% of AGLOCO's shares go to a foundation dedicated to providing every human being on Earth with Internet access.

35. AGLOCO's management team will not get stock in AGLOCO. This ensures that those in positions of high responsibility don't hijack the company.

36. Though circumstances will vary, you can get paid and earn shares no matter where on Earth you live.

37. If you choose, you can donate your earnings and shares to the charity of your choice.

38. If you get involved in referring more members, you might be able to quit your day job and actually spend time at home, with your family, on vacation, wherever - and still make money.

39. If AGLOCO fails, you won't lose any money because you paid none in the first place.

40. AGLOCO ain't gonna fail. The last time such an opportunity existed, people made over $120 million in under 2 years, when far less people had Internet access and conditions weren't yet right for such a company to go public. Now, with record spending on advertising and calls from all sides for less irrelevant advertising and a better business/customer connection, the world is more than ready for an economic network that gives back to its users.

Now, if you aren't yet a member, after everything I just told you, you're not going to go and sign up?

Author: Michael H. Lewis

© 2006 Weblog OKU 2 .Template by Isnaini Dot Com